14

Romance Completed 26574

KFC yang berada di hadapannya hanya dipandang, habis seleranya hilang dek kerana hal tadi. 

Adik-adiknya sudah habis dua ketul ayam. Maknya pula hanya makan seketul. Biasalah orang tua, nafsu makannya semakin kurang. 

"Kak, tak makan ke." Tanya Syazwan. 

"Hah, makanlah. Kak dah makan dah tadi dalam kereta." Tipu Izaty yang tersentak dari lamunan yang jauh.

"Ye ke?" Aiman mengerutkan keningnya. 

"Haah.... Betul... Aish... Kalau tak dah lama akak join makan sekali. Hahahaha..." 

"Eleh, kak tu hantu ayam." Syazwan berkata sambil tersenyum. 

"Dulu okay, dulu." Balas Izaty. 

"Kak nak pergi solat zohor dululah. Lupa pulak. Makan sampai habis tau." 

"Gila nak habis! Banyak sangat ni!" 

"Alah, boleh aje bagi habis. Aiman kan athlete sekolah, kenalah banyak energy." 

"Athlete tak gemuk kak, yang nak badan gemuk-gemuk orang main sumo je. Hahaha..." 

"Amboi, perli akak eh! Ergh... Dahla nak solat layan korang memang tak ke sudah." 

Izaty terus melangkah pergi, hanya kedengaran suara Aiman dan Syazwan ketawa. 

****

Izaty duduk di atas pangkin seorang diri lagi. Sayu sahaja rasanya sekarang ni. Cuaca cerah petang ini tetapi tidak panas. 

Izaty terus termenung dan termenung memandang ke arah jalan. 

"Nahh..." 

Izaty memandang ke arah suara itu. Aiman dengan sepingan ayam KFC. 

Izaty hanya memandang ayam itu dengan wajah kosong.

"Nah, makanlah." 

Izaty memandang wajah adiknya itu. Sungguh kacak adik dia ni, tinggi lampai, kulitnya agak cerah berkening lebat. Walaupun masih sekolah menegah tetapi wajahnya sangat matang. Jelas kelihatan ketulan halkum yang timbul di lehernya. Boleh jadi model macam kakak dia ni. Syazwan juga tidak kurangnya. Comel juga orangnya.

"Emm, taknaklah." Izaty tersenyum hambar. 

"Alah, kenapa ni?"

Izaty terdiam. 

"Tahu, mesti kakak tengah ada masalah ni. Betul? Kalau tak, takkan monyok je dari tadi." Tanya Rahman sambil mencuit bahu kakaknya.

"Hmm..." Izaty mengerutkan mukanya.

"Alah, kalau tak nak cerita pun tak kisah cuma janganlah fikirkan sangat sebab kadang-kadang apa yang kita fikirkan itu belum tentu akan jadi kenyataan di masa hadapan." 

"Amboi, pandai adik akak ni eh sekarang bercakap." Izaty mencubit pipi adiknya. 

"Haha, tak adalah pandai sangat." Kata Aiman sambil mengurut pipinya.

"Nanti makan tau, jangan tak makan. Aiman nak keluar kejap dengan Wan. Bye." Sambungnya lagi. 

"Ish, asyik keluar aje. Duduklah rumah study ke apa." 

"Alah... Kejap je. Nak keluar dengan adik. Please... Please..." Rahman merenggek seperti budak kecil dengan suara garaunya itu. 

"Haah, pergilah. Ergh geli dengar suara dah garau dok merengek macam tu lagi. Balik sebelum mahgrib tau." 

"Hehe okay!" Kata Aiman sambil berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. 

Izaty tersenyum sambil menggelengkan kepala. 

"Haih, Aiman, Aiman..." 

****

Izaty bersiar-siar mengelilingi kampungnya dengan menaiki basikal lamanya itu. Matanya ke kiri dan ke kanan menikmati rasa suasana petang di kampung itu. 

Jiwanya tenang dan sayu. 

Perlahan-lahan dia menyanyikan sebuah lagu. 

My heart goes shalala lala, shalala in the morning.
shalala lala, shalala in the sunshine.
Shalala lala, shalala lala in the evening.
Shalala lala shalala lala just for you.
(Vangaboys- Shalala lala)

Matanya tiba-tiba memandang ke arah satu susuk tubuh. Dia mengecilkan kelopak matanya memandang ke arah susuk itu.

"Woi Syam!"

Serta merta lelaki itu memandang ke arah Izaty. Dia mengerutkan keningnya. Izaty memberhentikan basikalnya di hadapan syam.

"Woi, syam... Lama tak nampak kau. Malam semalam dekat dewan tak nampak pun kau."

Syam terdiam sambil mengerutkan keningnya. Di pandangnya perempuan itu dari atas sampai ke bawah.

"Woi, kau kenapa Syam?" Izaty jadi kehairanan setelah melihat muka Syam yang dah macam kena sampuk hantu tu.

"Kau siapa?" Tanya syam sambil menggaru-garu kepalanya.

Izaty terus menampar dahinya. Betullah! Orang tidak kenal lagi siapa dia.

"Alah, aku lupa. Ni akulah Izaty!"

Serta-merta mulut syam ternganga luas.

"I...Izaty? Yang gemuk tu?"

"Iyalah.. A.k.a Endut?!" Izaty ketawa.

"Ya Allah! Kau bedah plastik ke apa ni?" Kata syam separuh kuat.

"Banyaklah kau bedah plastik! Mana ada!"

"Ni, kenapa cantik sangat ni? Kau pakai susuk kan? Baik mengaku!" Syam mengerutkan keningnya sambil memandang tubuh izaty dari bawah sampai atas. Sangat cantik!

"Hahaha, adalah. Mana boleh tahu. Tapi apa yang penting aku tak bedah sana sini okay. Susuk pun tak. Ni semua original!"

"Alahai, menyesal aku tak mengorat kau dulu." Syam tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Haaa tu lah kau, padan muka. Dulu suka sangat buli aku, sekarang baru nak menyesal. Haha.. Semalam aku tak nampak kau pun. Datang ke tak?"

"Eh, datang... Tapi lambat."

"Owh, patutlah. Sekarang kau kerja apa?" Tanya Izaty.

"Owh aku bukak kedai makan sekarang. Nanti kau senang-senang datanglah."

"Owh, haa... Yang kedai makan depan tu ke?"

"Haah, kedai tulah tapi bukak malam je. Sebab tu aku lambat sikit datang semalam."

"Kau, kahwin ke belum?" Tanya izaty.

"Dah, dah ada sorang anak dah pun."

"Owh, baguslah dah kahwin." Izaty tersenyum.

"Wei, kau macam mana boleh kurus? Agaklah kan, sampai aku tak tahu. Kita sekampung kot!"

"Aku jarang balik kampung, balik pun hari raya je. Sebab itulah korang tak tahu aku dah slim. Huhu."

"Patutlah aku kahwin pun taktau. Tadi aku ingat siapalah tadi. Kau kerja apa sekarang?" Tanya Syam pula.

"Cikgu pra-sekolah, alah kat tadika kita dulu-dulu tu."

"Owh, kau kerja situ. Ingatkan kau jadi model dah sekarang ni." Kata Syam sambil tersenyum masih lagi terkejut seakan-akan tidak percaya orang di depannya ini Izaty.

"Haah, part-time memang model pun masa aku duduk dekat KL dulu."

"Aku nak kena gerak dulu ni. Nanti kau datanglah kat kedai makan aku tu." Sambung syam lagi.

"In sha Allah. Aku datang. Tapi, wait! Wait!"

Syam mengerutkan keningnya.

"Apa?"

"Kau jangan bagitahu kat siapa-siapa tau ini aku yang sekarang. Aku tak nak ramai orang yang tahu ini aku. Yang tahu pun geng aku dengan cikgu Zamrie aje."

"Eh kau ada geng ke? Ingatkan kau halimunan dekat sekolah tu. Hehe..." Usik Syam.

"Kau ni janganlah. Tau lah rindu nak kacau aku macam dulu lagi kan?" Izaty sudah menarik muncung.

"Haha, takdelah gurau je tapi Kenapa kau taknak bagitahu kat orang?" Syam keliru.

"Adalah. Mana boleh tahu."

"Haah, okaylah. Aku tak bagitahu kat sesiapa pun."

"Janji! Sumpah!" Kata Izaty.

"Aishh... Ya, janji! Sumpah!"

Okay, kalau kau cakap macam tu. Okay aku pun nak gerak dulu. Assalamualaikum." Kata Izaty sambil mengayuh basikalnya perlahan.

"Waalaikumsalam." Balas Syam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience