19

Romance Completed 26574

"Aku nak kau jadi pengapit aku esok! Boleh?"

"Hah? Apa?" Terbeliak biji mata Izaty dibuatnya setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Asmida sebentar tadi.

Asmida hanya tersenyum.

"Tapi kenapa?" Soal Izaty kembali.

"Aku, aku nak kita jadi kawan. Aku nak minta maaf masa sekolah dulu aku ni selalu buat jahat dekat kau kalau boleh aku nak balik ke masa silam nak ubah apa yang tak patut tu sebab kau walau macam mana pun tetap baik dengan aku." Kata Asmida sambil tersenyum.

Izaty menyedut seketika jus oren di hadapannya itu. Restoran Syam itu sunyi ketika waktu petang.

"Aku, aku..." Izaty seakan-akan hilang kata-katanya.

"Kalau tak boleh takpelah." Asmida tersenyum tawar.

Aduh, tiba-tiba sahaja Izaty jadi kasihan dengan Asmida. Kenapala dia ni senang sangat rasa kasihan dengan orang?

"Hm, okaylah. Aku akan jadi pengapit kau esok." Kata Izaty sambil tersenyum.

"Serius?" Asmida sudah berwajah ceria.

Izaty mengganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Terima kasih Izaty kau sudi juga terima pelawaan aku yang tak seberapa ni."

"Tak seberapa apanya? Hari bahagia kau kot."

"Terima kasih Izaty sebab satukan kami kembali. Aku ingatkan kami dah takda harapan lagi dah sebab dia dah lama macam bosan dengan aku. Yalah, sekarang aku dah tak cantik macam dulu dah. Mungkin ni balasan sebab aku selalu kta dekat kau dulu." Kata Asmida dengan riak sedih.

"Haih, jangan cakap macam tu kau tetap cantiklah aku tengok. Cuba kau jaga balik badan macam dulu-dulu tu kalau kau nak rujukan fasyen boleh je tanya aku bukan nak kata aku pandai sangat tapi bolehlah sejak aku masuk dunia modelling ni."

Asmida mengangguk gembira. Terserlah keikhlasan di wajahnya.

~~~~~•~~~~~

"Alamak baju apa yang aku nak pakai esok? Semua gaun kembang. Nanti orang kata aku ni over dari pengantin pulak. Haiyo." Izaty mengusut-ngusutkan rambutnya fikirannya mula serabut sebab tidak tahu nak pakai baju apa esok. Tema warna Royal Blue pulak tu. Haish.

"Kak!" Sampuk Syazwan yang berdiri di pintu bilik.

Izaty menoleh ke arah adiknya.

"Ya Wan, ada apa?" Kata Izaty.

"Ada orang bagi something dekat kakak." Kata Syazwan ringkas.

"Apa tu?" Soal Izaty dengan dahi berkerut.

"Entah, manalah tahu." Balas Syazwan sambil mencampakkan kotak itu di atas katil Izaty lalu dia terus pergi masuk ke biliknya sendiri.

"Aik? Hadiah ke ni?" Izaty mengerutkan dahinya dengan segera dia membuka kotak itu.

Izaty tersenyum lihat dress berwarna royal blue yang simple dan disediakan sekali tudung selendang putih. Ada sekeping nota.

"Terima kasih Izaty from Raja Azreen."

Izaty tersenyum sendiri setelah membaca isi nota tersebut. Akhirnya esok sah Ex-crush nya itu menjadi suami orang. Dia harus lupakan rasa sayangnya selama ini secara perlahan-lahan. Siapa tahu mungkin di masa hadapan dia dapat jodoh yang lebih baik? Siapa tahu?

Izaty menyedut bau baju itu sedalam dalamnya. Masih berbau kedai. Dia berasa tidak sabar untuk menunggu hari esok tiba. Dia rasa bersyukur kerana esok hari bahagia Raja Azreen dan Asmida.

"Haih..." Izaty mengeluh seketika tanpa sebab.

~~~~~•~~~~~

Izaty sudah siap duduk di dalam kereta bersama Asmida di tempat duduk belakang, macam-macam mereka berborak sampai make-up Asmida hampir retak. Nasiblah tukang make-up nya juga Izaty. Jadi senang kalau ada masalah apa-apa. Selain model, Izaty juga boleh dikira sebagai MUA sambilan nampaknya.

"Itu pengantin lelaki dah sampai." Kata Seseorang.

Izaty dan Asmida terus melihat ke arah raja sehari lelaki itu. Ya Allah! Gugur iman dibuatnya! Sangat kacak!

"Ya Allah, handsomenya suami kau Asmida. Macam baru umur 20 muka dia tak nampak tua langsung hehe..." Usik Izaty.

"Mestilah handsome. Tak handsome tak jadi kegilaan lah masa zaman sekolah dulu kan? Hahaha..."

"Eh, kan. Betul jugak." Balas Izaty sambil ketawa.

Asmida mula keluar dari perut kereta diikuti Izaty sambi memegang payung.

Asmida dan Raja Azreen saling berpandangan. Mereka tersenyum bersama.

"Ehem! Perut dah lapar ni. Cepatlah kita pergi makan nasi kenduri?" Usik Izaty dari belakang.

Mereka berdua ketawa ke arah Izaty. Mereka berdua sudah bersedia untuk berjalan bersama. Untung Aiman adik kepada Izaty jadi pengapit untuk Raja Azreen. Orang-orang di belakang juga mengikuti mereka.

"Asmida jalan elok-elok okay. Tinggi kasut tu." Usik Izaty lagi.

"Ish, aku tahulah. Haha.." Kata Asmida sambil memegang tangan Izaty dengan mesra.

Mereka pun berjalan berdua sambil dipasang lagu One Thousand Years by Christina Perri. Sesekali Izaty curi-curi pandang wajah Raja Azreen yang segak mengenakan baju pengantin berwarna royal blue. Wajahnya yang putih berseri juga memainkan peranan yang penting. Raja Azreen kelihatan tenang sekali. Jika Raja Azreen gembira, Asmida gembira... Izaty juga akan turut gembira. Gembira untuk mereka berdua dapat disatukan kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience