54

Romance Completed 26574

Sekotak tisu setia berada di sebelahnya. Izaty termenung seorang diri dalam bilik sambil duduk memeluk lutut di atas katil.

Dia tidak mahu sesiapa pun tahu dia sedang menangis. Kalau orang tahu masalah akan jadi lebih parah. Biarlah dia uruskan sendiri.

"Rafiq... Awak... Kejam..." Ayat itu di ulang beberapa kali sambil termenung. Sesekali setitis air mata jatuh ke pipi.

*Kring... *Kring...

Telefonnya berdering lagi untuk entah ke berapa kali. Kerap sangat hari ni telefonnya berdering. 

Nama Rafiq tertera pada skrin telefon.

"Ish, nak apa lagi dia ni? Tak cukup ke buat aku sedih hah?" Kata Izaty perlahan. Dia mengesat air matanya lantas telefonnya diambil butang hijau ditekan.

"Rafiq, stoplah ganggu saya! Kita dah tak ada apa-apa lagi. Cukuplah awak lukakan hati saya!" Kata Izaty sambil teresak-esak, merayu kepada Rafiq supaya lepaskannya pergi dari hidup Rafiq.

"Sayang, sayang... Kejap. Tunggulah dulu! Jangan buat saya macam ni. Kita bincang elok-elok okey?" Pujuk Rafiq.

"Rafiq, cukuplah jangan panggil saya sayang lagi! Kalau awak sayang awak takkan buat saya macam ni! Sayang awak tu fake! Semua jantan sama! Semua sweettalker sama! Bila tak dapat lagi kata sayang, bila dah bosan buang macam sampah. Sekarang saya dah benci dekat awak, faham tak!"

"Tak, saya takkan dan tak mahu faham! Awak yang salah faham!" Kata Rafiq dengan nada tegas di hujung talian.

"Salah faham apanya hah? Salah faham apanya? Saya nampak dengan biji mata kepala saya sendiri yang awak dengan perempuan tu mesra sangat berduaan dalam bilik tu! Saya terkejut sangat tengok awak buat macam tu di belakang saya! Sangat terkejut! Awak just nak mainkan hati saya je kan?"

"Tak, tak.. Itu yang awak salah faham sekarang ni!! Sekarang dengar dulu apa yang saya nak terangkan." Kata Rafiq dengan nada ditenangkan kembali.

"Tak nak ! cukup Rafiq, cukup! Awak pergilah kat perempuan tu! Saya dah letihlah! Saya dah tak nak kat awak lagi! Awak penipu!"

Rafiq terdiam beberapa saat. Izaty pula menangis teresak-esak di hujung talian.

Selepas beberapa saat, Rafiq mula bersuara.

"Okay, fine! Kalau itu yang awak nak! Saya akan tinggalkan awak!! Saya akan berkahwin dengan Melina Ahad depan dekat kampung saya di Kedah tu. Awak jangan menyesal!"

Panggilan telefon ditamatkan oleh Rafiq.

Sebaik sahaja telinga Izaty mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Rafiq itu, tangisannya menjadi lebih deras. Hatinya sekarang ini sangat sedih. Kecewa. Semuanya bercampur. Remuk berkecai!

Seolah-olah dilukai beribu kali. Apa? Berkahwin? Sepatutnya dia yang patut berkahwin dengan Rafiq! Tapi kenapa perempuan itu pula yang harus berkahwin dengan Rafiq!

Izaty jadi tidak keruan. Perasaannya sangat-sangat terhiris sekarang ini. Begitu mudahnya Rafiq mempermainkan rasa sayangnya.

Sungguh, dia mula jatuh cinta kepada Rafiq tapi lain pula jadinya. Dia tidak pernah mengharapkan kisah cintanya menjadi tragedi. Dia mahukan kisah cintannya menjadi manis.

"Rafiq! Awak kejam!" Kata Izaty dengan air mata jatuh berjurai-jurai membasahi pipi. Tangannya digengam rapat seperti penumbuk seolah-olah mahu melepaskan geram.

"Ya Allah kuatkanlah semangat aku Ya Allah. Kau kuatkanlah semangat aku Ya Allah..." Doa Izaty dengan hati yang meronta-ronta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience