59

Romance Completed 26570

BAM!!!

Pintu kereta dihempas kuat oleh Izaty. Sepantas mungkin dia melangkah masuk ke dalam bangunan berwarna putih itu dengan wajah pucat lesi dan nafas tercunggap-cunggap.

Telefon yang berada di dalam beg dia segera diambil lalu dia membuat satu panggilan.

"H... Hello Afiq! Kat mana bilik dia?!" Kata Izaty dengan telefon itu sambil nafasnya semput-semput.

"O... okay. Sekejap lagi sampai."

---

Sebaik sahaja Izaty berdiri tepat di hadapan satu bilik langkahnya terhenti.

"Haaaah..." Izaty mengembuskan nafasnya.

Jantungnya lagi bertambah berdegup kencang setelah melihat pintu di hadapannya ini.

Air mata yang ingin gugur cuba ditahan sedaya upaya. Izaty masih lagi berdiri tepat di hadapan pintu bilik hospital swasta tersebut.

*Krrkk... Pintu dibuka dari dalam.

Seorang doktor melayu dalam umur 29 tahun berkulit putih tinggi lebih kurang 176cm berdiri tepat di hadapan Izaty.

"Dokter, macam mana dengan keadaan dia?" Tanya Izaty dengan nada seperti merayu.

Doktor itu tertunduk ke bawah. Wajahnya langsung tiada segaris senyuman.

"Maaf, saya dah tak boleh buat apa dah cik. Cuma tunggu masa untuk..."

"Untuk apa?" Tanya Izaty dengan wajah cuak.

Doktor itu tidak menjawab.

"Dokter! Saya tanya ni! Untuk apa?" Jerit Izaty sekuat hati. Air mata jernih mula gugur membasahi pipi.

"Hanya tunggu masa untuk mati. I'm sorry. So sorry." Kata doktor itu lalu berlalu pergi.

"Ya Allah... Kenapa jadi macam ni!"

Sesungguhnya dia langsung tidak terdaya nak melangkah masuk ke dalam tapi, dia harus juga!

Ya! Dia tiada pilihan lain. Dia harus melihat dengan mata kepalanya sendiri. Apa yang terjadi, mungkin ini adalah peluang terakhir untuk Izaty melihat dia.

Dengan kalimah Allah, Izaty melangkah masuk. Pada mulanya matanya ditutup rapat sambil memegang tombol pintu, perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ya Allah Rafiq!!!" Izaty tergamam. Tangan kanannya menutup mulut. Kaki mula lemah, langsung tidak dapat rasakan kakinya.

"Rafiq..."

Segera Izaty pergi ke arah Rafiq yang terbaring di atas katil dengan badannya dipenuhi wajar-wayar bersirat di tubuh.

Pagi tadi, Afiq menelefon Izaty untuk memberitahu bahawa Rafiq kemalangan.

Segera Izaty datang ke hospital swasta ini.

"Rafiq... Ya Allah..." Segera Izaty pergi mendapatkan Rafiq yang terbaring kaku.

"Rafiq, please sayang jangan tinggalkan saya?" Kata Izaty pada tubuh kaku itu.

Wajah polos yang kaku dihapannya ditenung dengan pandangan yang kabur. Air mata mula bergenang di tubir mata.

"Rafiq... Awak janganlah tinggalkan saya macam ni... Saya sayangkan awak. Rafiq bangunlah... Seminggu lagi kita nak bersanding, awak tak boleh tinggalkan saya macam ni. Saya tak kuat tanpa awak Rafiq."

Tiada jawapan. Rafiq hanya kaku di atas katil. Wajahnya langsung tiada reaksi.

Izaty terdiam seketika, lantas dia tertunduk ke bawah. Air matanya mula reda perlahan-lahan, setelah dia dapatkan kembali semangatnya, dia memandang ke arah tubuh kaku itu kembali.

"Yaa, memang betul saya ada cakap, cuma ajal yang akan memisahkan kita, tapi awak belum sampai seru Ilahi lagi, awak masih lagi boleh lawan. Rafiq please Rafiq bertahan. Saya tahu awak kuat. Cepatlah sedar Rafiq, saya sayangkan awak, kerana awaklah saya pertahankan cinta kita berdua. Katakan sayang Rafiq dejat saya, katakan sekarang jugak!" Kata Izaty lantang seraya dia mengesat air matanya.

"Saya dapat rasakan keikhlasan di hati awak, sebab itu saya terima awak, bukan sebab harta, tetapi kerana cinta." Sambung Izaty lagi.

Izaty meletakkan kepalanya di sisi Rafiq, setitis air mata jatuh lagi. Tidak lama selepas itu dia berbisik pada telinga Rafiq dengan mata terpejam.

"Rafiq, I love you..."

.

Izaty memejamkan matanya lama. Suasana hanya sepi.

.

"Rafiq, I love you..." Kata Izaty buat kali kedua.

.

Selepas beberapa saat dia terdengar satu bunyi suara orang yang datang entah dari mana.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Izaty, happy birthday to you..."

Segera Izaty membuka mata dengan pantas. Dia kenal sangat dengan suara itu milik siapa!

Segera dia menoleh ke arah Rafiq.

"Tadaa!!!" Kata Rafiq sambil tersenyum bahagia, gembira, aman, ceria, sentosa semua ada lah kat muka dia tuh! Erghh!!! Geramnya!!!

Segera Izaty menjauhkan dirinya dengan Rafiq sambil mulutnya terbuka luas!

"Astarfirullah!!! Aku kena prank lagi!!!" Kata Izaty sambil terkejut beruk. Haih, apa ke-slow sangat si Izaty ni pun entahlah, asyik kena prank je dengan Rafiq!

Hehehekk..

"Happy Birthday sayang!!!" Kata Rafiq sambil tersenyum lebar. Kedua-dua belah tangannya dilebarkan seperti ingin memeluk.

"Rafiq, awak prank saya lagi eh? Eee... Kurang ajarnya awak! Kan saya dah cakap jangan prank saya lagi! Awak ni suka kenakan saya, awak tahu tak! Nak sangat saya kena serangan jantung kot! Kalau bukan awak yang mati silap-silap saya yang pergi dulu! Ergh!!!" Pantas tangan Izaty mengapai buah epal hijau yang ada di atas meja itu lalu dibaling ke arah Rafiq dengan kuat.

"Adoi!!!" Rafiq mengaduh sakit sebaik sahaja buah epal hijau itu selamat kena kepalanya.

"Arghh!!! Awak ni jangan laa brutal sangat. Sakitlah!" Sambung Rafiq lagi sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit.

"Ish! Ish! Awak tu haaa yang kejam sangat!" Kali ini Izaty mengambil bantal lalu dipukul-pukul kepala Rafiq, biar pengsan seminggu! Padan muka! Ergh!! Boleh pulak buat-buat nak mati. Mau tak marah! Mati betul tak pasal jadi janda muda Izaty! Eh terlupa! Mereka belum rasmi lagi.

Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Izaty, happy birthday to you...

Izaty terus menoleh ke arah suara yang baru datang itu. Jelas terpapar wajah Afiq dan Melina yang tengah memegang kek coklat dan doktor tadi pun ada sekali!

Segera Izaty menghampiri ke arah doktor tadi yang tersenggih-senggih dengan muka tak bersalahnya.

"Ish! Ish!" Izaty menampar-nampar lenggan doktor tadi sambil berkata...

"Ish! Dasar doktor penipu! Doktor pembohong! Orang tak sakit kata sakit, siap kata tunggu masa nak mati pulak tu, mati betul tunang aku, siap kau! Kau yang mati dulu nanti aku kerjakan!" Izaty melepaskan geram.

"Aduh!!aduh!! Sorry! Sorry! Dia orang yang suruh cakap macam tu, saya buat je lah! Stop it! Stop it! Argh.." Kata Doktor Azlan sambil cuba mengelak dari tamparan Izaty.

Yang lain sudah ketawa terbahak-bahak melihat adengan itu.

"Sayang, sayang dah dah janganlah pukul kawan saya tu, dia tak salah pun. Saya yang suruh dia cakap macam tu kat awak. Hihi..." Kata Rafiq dengan sisa tawa yang masih terlekat di bibirnya.

Izaty kembali memandang ke arah Rafiq sambil memuncungkan bibir, lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil menyilangkan tangan tanda merajuk.

"Awak ni kan, suka buat saya macam tu. Bazir air mata saya je. Suka prank orang sampai rasa nak mampus! Huh!" Kata Izaty dengan nada merajuk.

"Alolololo... Sayang abang ni merajuk pulak. Meh sini meh!" Kata Rafiq dengan nada mengada-ngada.

"Tak nak! Werkk!" Izaty menjelirkan lidah.

"Hmm, yelah yelah sorry. Adeh! Deh! Deh! Sakit, aduh sakit perut!!!" Kata Rafiq sambil mengaduh sakit yang dibuat-buat.

Izaty buat bodoh sahaja sambil tak pandang pun Rafiq.

"Misi Izaty, please help me! I'm sick! So sick! Adeh!! Deh!! Deh!!"

Izaty buat bodoh sahaja malas nak layan lawak tak betul dia tu.

"Alamak, dia merajuk betullah pulak..." Kata Rafiq sambil menggarukan kepalanya.

Wajah Afiq dan Melina dia pandang minta idea untuk pujuk.

Melina tersenyum, sepotong kek di potong, lantas diletakkan di atas pingan kecil lalu di serahkan kepada Rafiq.

Rafiq bangkit dari katil lalu dia mengambil kek tersebut lalu dia menghadap muka Izaty. Rafiq duduk bercangkung di hadapan Izaty sambil tersenyum comel. Rafiq mengambil potongan kecil kek tersebut lalu disuakan ke arah mulut Izaty

"Hmm, sorry. Saya janji tak buat dah okey? Please? Saya cuma nak buat suprise je kat awak tanda saya sayang awak. Saya nak tengok berapa banyak sayang awak tu dekat saya rupanya awak memang sayangkan saya. Please rasa sikit kek ni?"

Izaty terdiam sebentar, lama kelamaan dia memandang juga muka Rafiq.

Merajuknya tidak lama lagi-lagi dengan mamat handsome depan dia ni, kejap je cair sebab pandai pujuk.

Izaty membuka mulutnya kecil tetapi matanya memandang ke arah lain.

Rafiq tersenyum, lalu Rafiq menyuapkan kek itu masuk ke dalam mulut Izaty.

"Kita kosong-kosong okay?" Kata Rafiq lagi.

Izaty tersenyum lantas mengangguk.

"Hmm, kosong-kosong. Janji eh! Jangan buat lagi. Lagi sekali awak buat saya sepak terajang muka awak boleh?" Izaty memberi amaran keras!

Rafiq tersenyum.

"Hahaha, okey-okey..." Rafiq layankan sahaja, malas nak panjangkan cerita.

"I love you , forever..." Sambung Rafiq lagi.

"I love you too, forever and ever always remember..." Kata Izaty dengan nada gedik sambil memetik jarinya ke udara.

Mereka ketawa bersama-sama dengan penuh rasa bahagia mekar dalam hati.

"Izaty, i love you."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience