7

Romance Completed 26570

Hari ini dia pergi ke sekolah seperti biasa.
Basikalnya sudah dibaiki. Pukul 12 tengah malam baru siap.

"Okay, tak ada apa-apa yang tertinggal?" Izaty memeriksa barang-barangnya. Sebaik sahaja semuanya cukup, dia pun berlalu pergi. Cermin matanya diangkat sedikit agar lebih selesa dipakai.

Izaty menyanyi lagi love story - taylor swift perlahan sambil kakinya mengayuh basikal.

We were both young when I first saw you.
I close my eyes and the flashback starts:
I'm standing there on a balcony in summer air.
See the lights, see the party, the ball gowns.
See you make your way through the crowd
And say, "Hello."
Little did I know...
That you were Romeo, you were throwing pebbles,
And my daddy said, "Stay away from Juliet."
And I was crying on the staircase
Begging you, "Please don't go."
And I said...
Romeo, take me somewhere we can be alone.
I'll be waiting; all that's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess,
It's a love story, baby, just say "Yes".
So I sneak out to the garden to see you.
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes,
Escape this town for a little while.
Oh, oh.

Dia menyanyikan lagu itu berulang-ulang kali sampailah kakinya menjejak ke kawasan sekolah. Hanya lagu inggeris itu sahaja yang dia hafal.

****

Izaty memakirkan basikalnya di tempat biasa, harap tak adalah setan-setan yang akan pecahkan tayar basikalnya itu lagi.

Kakinya mula melangkah ke kelasnya. Satu per satu anak tangga dinaikinya.

'Hmm, Asmida tak ada pulak hari ni. Tak datang ke?' Kata Izaty dalam hati.

Sebaik sahaja waktu pertama, dia belajar seperti biasa. Apa yang cikgu kata dia cuba untuk faham walaupun otaknya susah untuk mencerna.

Kring...

Bunyi loceng menandakan waktu pertama habis. Semua murid di dalam kelas itu kalut mengemas buku-buku sains untuk turun ke makmal sains. Mereka hanya diberikan masa lima minit. Jika lebih lima minit satu kelas akan di denda oleh cikgu sains mereka.

"Weh, cepatlah Izaty. Lembabnya." Kata Tasha.

"Sekejaplah. Aku cari nota sains warna biru tu. Hilanglah. Semalam aku letak bawah meja Tasha." 

"Alah, mesti kau tinggal kat rumah tu. Alah, cakap jelah tak ada nanti."

"Hmm, matilah aku." Dengan wajah hampa dia terus pergi ke makmal sains.

****

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelasnya semula...

"Ya Allah." Itu sahaja mampu dia katakan.

Mejanya habis patah dua! Kerusinya juga sudah patah dua.

Izaty mengetap gigi kuat. Buku sains di tangannya itu di lempar!

"Setan mana pulak yang buat meja aku macam ni!" Jerit izaty sekuat hati. Satu kelas bergaung dengan suaranya.

Nafasnya turun naik. Geramnya rasa.

'Ni dah takde orang lain. Mesti Raja Azreen?'

"Sabar zaty sabar." Kata Tasha cuba menenangkan Izaty.

"Aku memang dah tak boleh sabar dah ni Tasha! Dia dah melampau!" Rasa cinta dulu yang mekar semakin layu dimakan oleh rasa kebencian!

Izaty dengan segera belari menuju ke kelas Raja Azreen itu. Memandangkan sekarang waktu rehat. Dia kena segera sebelum Raja Azreen turun ke kantin.

Sebaik sahaja dia nampak kelibat Raja Azreen dengan kawan-kawannya berjalan menuruni anak tangga, dia terus menerpa ke arah Raja Azreen, lantas bahu Raja Azreen ditolak kuat olehnya!
Nafas izaty sekarang ini turun naik! Rasa marah memang tak dapat dikawal lagi.

Tolakan Izaty itu tidak sedikit pun dapat menjatuhkan tubuh Raja Azreen yang sasa itu.

Raja Azreen mengerut dahinya sambil memandang muka Izaty dengan wajah pelik.

"Weh, kau dah kenapa? Haha..." Raja Azreen ketawa sinis sambil memandang wajah Izaty yang sudah merah menyala itu.

"Kau cakap, kau kan yang patahkan kerusi dan meja aku! Cakap!" Suara Izaty separuh menjerit.

"Hah? Apa kau merepek? Hahaha... Taulah kau tu asal dari budak kelas bodoh. Tapi, tolonglah cerdik sikit! Aku tak buatlah!"

Izaty terdiam. Dia berdiri keras memandang wajah Raja Azreen.

"Hahaha, dah jomlah kawan, jangan layan manusia tak cukup sifat ni. Buat cerita bukan-bukan semata-mata nak tarik perhatian aku. Huh, dasar perempuan murahan!" Kata Raja Azreen dengan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan wajahnya dipalingkan ke tepi dengan riak yang sombong lantas, dia dan kawannya yang lain berlalu pergi membiarkan Izaty di belakang.

Tersentak Izaty dibuatnya sebaik sahaja dia dilemparkan kata-kata yang hina itu. Ya Allah! Sehina itu Izaty dimata Raja Azreen.

Izaty memandang tajam ke arah Raja Azreen yang sudah melangkah pergi itu. Sepantas mungkin dia cuba untuk memegang bahu Raja Azreen yang tinggi lampai itu.

"Woi, Raja!"

"Ish, apa ni! Jijiklah!" Raja Azreen menepis tangan Izaty daripada memegang bahunya. Tubuh Izaty yang gempal itu dilihatnya dari bawah sampai atas dengan wajah yang tidak puas hati.

"Raja! Tolong jangan hina aku macam tu. Aku bukan perempuan murahan! Kau ingat aku macam iblis si Asmida tu ke? Kalau dia tu bolehlah dapat tittle perempuan murahan!"

Raja Azreen mengetap giginya kuat. Nafasnya mula turun naik. Wajah Izaty yang sudah tersenyum sinis itu ditatap geram olehnya.

"Mulut busuk kau tu jaga sikit eh? Jangan libatkan dia dalam hal ni!"

"Huh? Sebut nama minah tu mula nak marah-marah. Hello please lah! Asmida tu dah takde maruah dah okay sebab perangai dia macam pelacur!"

PANG!!!!!

Izaty memegang pipinya.

"Argh!!!" Izaty mengaduh sakit kerana pipinya ditampar oleh seseorang tetapi bukan Raja Azreen!

"Apa kau cakap! Ulang lagi sekali!" Asmida menjegilkan biji matanya!

Izaty mengepal penumbuk. Muka Asmida dipandang benci! Rasa takutnya selama ini terus hilang! Sekarang hatinya sudah keras, sekeras batu!

"You're a fucking bitch!" Kata Izaty sambil mengangkat Jari tengah.

"Arghhhh!!! Tak guna!!!" Jerit Asmida sekuat hati. Dia terus menarik tudung yang dipakai oleh izaty sekuat hati.

Izaty tidak mengalah, dia turut menarik rambut Asmida yang panjang itu sekuat hati. Mahu sahaja dia cabut rambut Asmida sampai tercabut otak! Raja Azreen dan kawannya terpaku, tidak tahu nak buat apa. Izaty menumbuk muka Asmida sekuat yang boleh berulang kali.

"Kau tak guna Asmida! Kau ingat aku bodoh! Aku bukan anak patung kau Asmida! Kau perempuan tak guna! Anak haram! Anak pelacur!"

Asmida hanya mampu mengaduh sakit setelah mukanya ditumbuk berkali-kali. Puas! Sekarang ini Izaty berasa sangat puas! Dendam kesumatnya selama ini terbalas!

"Woi! Woi! Berhenti!!!"

Kata Cikgu Zamrie yang datang cuba untuk leraikan pergaduhan itu.

Izaty masih lagi menumbuk muka Asmida sedangkan Asmida sudah terkulai lemah.

"Dah cukup!!!"

Cikgu Zamrie menarik badan Izaty sekuat tenagannya.

Barulah Izaty berhenti.

Asmida sudah melutut di tepi dengan air mata membasahi pipinya.

"Kamu berdua saya akan hantar kepada pengetua! Sekarang!"

****

Kedua-dua mereka berdiri tegak di hadapan pengetua. Asmida sudah menangis. Izaty tahu Asmida hanya buat menangis agar dia akan jadi orang yang dianiayai dan Izatylah akan menjadi orang jahat dalam masalah ini. Izaty sudah masak dengan lakonan Asmida itu. Lagipun, bukan kuat sangat dia tumbuk walaupun boleh tahan kesan lebam tu.

"Saya tak sangka boleh jadi macam ini di sekolah kita! Kamu ni pelajar perempuan! Saya amat terkejut! Kalau pelajar lelaki saya masih lagi boleh terima! Tapi, kamu berdua perempuan!"

"Puan pengetua... Dia yang pukul saya tiba-tiba. Takkanlah saya yang kurus kecik ni berani nak pukul dia?" Kata Asmida dengan tangisan teresak-esak yang sangat mengada.

'Huh! Dasar babi.' Kata Izaty dalam hati.

"Puan pengetua. Dia yang mulakan dulu..." Kata Izaty perlahan.

"Diam!!! Saya tak suruh cakap." Kata pengetua. Di sebelahnya ada cikgu Zamrie dan cikgu disiplin. Cikgu-cikgu yang lain sudah berkerumun di luar bilik pengetua.

'Tak guna! Time Asmida cakap, dia diam je. Time aku cakap, tengking macam nak mampus! Nampak sangat pilih kasih. Tahu lah Asmida budak kelas pandai. Aku so so je.' Kata Izaty dalam hati.

"Asmida kamu okey? Kita pergi klinik nak?" Tanya pengetua dengan wajah kasihan.

"Sakit pengetua dia tumbuk saya, senak sampai sekarang. Saya nak balik pengetua, saya nak balik. Sekarang pun masih rasa pening. Ahh..." Lakonan Asmida semakin menjadi-jadi.

"Hah! Siapa nama kamu tadi!" Tanya pengetua dengan wajah masam mencuka.

"Izaty." Balas Izaty acuh tak acuh. Air matanya mula bertakung di kelopak matanya.

'Babi pengetua ni kat aku cakap macam apa lagi. Kata nak bawak pergi klinik macam Asmida pun tak. Sampai hati pengetua pun buat aku macam ni. Dia Aku layan macam binatang! Asmida elok je layan macam tuan puteri.'

"Kamu pukul dia kenapa Izaty?" Tanya cikgu disiplin.

"Dia mula tampar saya." Izaty cuba membela diri.

"Tapi takkan dia pukul kamu tanpa sebab kan?" Tanya pengetua pula sambil tersenyum sinis.

Izaty terdiam.

"Hah! Kamu bersalah! Pukul Asmida tanpa sebab! Kamu tahu tak dia ni pelajar kesayangan sekolah. Pelajar kesayangan saya! Dia banggakan sekolah kita! Macam-macam aktiviti persatuan dia masuk! Kamu ada buat apa? Tak ada buat apa kan?" Kata Pengetua perempuan itu dengan rasa penuh hina.

"Tapi, saya syak! Kerusi dan meja saya dia yang rosakkan!" Izaty meninggikan suaranya.

"Tak cikgu saya tak buat macam tu." Asmida menggelengkan kepala sebagai tanda tidak bersalah.

Cikgu Zamrie memeluk tubuh sambil memandang tajam ke arah Asmida.

"Kamu ada bukti?" Tanya pengetua pula.

"T...tak ada." Balas Izaty.

"Ooo... Dahlah bersalah. Tuduh bukan-bukan pulak tu. Budak-budak yang tak pandai kat sekolah ni memang macam ni ke? Bab pelajaran langsung tak pandai buat. Kalau bab cari alasan dia oranglah nombor satu? Macam tu?" Kata pengetua.

Kata-kata itu membuatkan hati Izaty benar-benar terguris. Argh!!! Sakitnya kena hina dengan pengetua tua kerepot tu!

"Dah! Cukup! Saya tak bersalah!" Kata Izaty cuba membela diri.

"Dah salah tu salahlah. Jangan nak menipu lagi. Tak padan..." Tak sempat cikgu disiplin lelaki itu menghabiskan kata-katanya, mulutnya terus terlopong luas.

"Aku tak buatlah babi!!!" Izaty menjerit sekuat hati ke arah cikgu disiplin dan pengetua.

"Lantaklah apa yang nak jadi! Aku dah tak kisah! Pergi mampos! Cikgu-cikgu dekat sekolah ni semua anak haram! Babi! Pengetua ni mak segala babi!" Kata Izaty sambil membaling kerusi yang berada di dalam bilik itu. Habis patah dua.

Dia tidak peduli apa yang akan berlaku selepas ini. Biarlah! Kena buang sekolah pun lantaklah janji dia puas!

Dia terus keluar dari bilik itu.

Semua orang yang berada dalam bilik itu tergamam dengan tindakan berani mati Izaty itu. Termasuklah cikgu Zamrie.

****

"Argh! Lantaklah! Nak buang sekolah ke apa. Lagi pun semua orang tak suka aku. Dahlah tak suka. Kenal pun tak! Semua orang nak bela Asmida tu. Aku lah yang setan dalam masalah ni." Katanya seorang diri dalam tandas. Begnya sudah digalas. Dia tidak masuk ke dalam kelas sedangkan waktu balik lambat lagi dia cuba melarikan diri ke dalam tandas.

"Woi Zaty!"

Izaty menoleh ke arah suara itu. Jelas kelihatan wajah Asmida tersenyum seperti iblis.

Izaty hanya merenung dengan tajam wajah itu.

"Mampuslah kau lepas ni. Hahaha... Lain kali jangan buat benda bodoh. Pergi baling kerusi sampai pecah depan pengetua tu dah kenapa?"

"Suka hati akulah!" Balas Izaty. Izaty jadi sedikit takut selepas mendengar kata-kata Asmida itu.

"Okay, kalau kau cakap macam tu. Tunggu dan lihat!"

Asmida terus berlalu pergi dari situ.

"Ops! lupa sesuatu!" Asmida menghentikan langkahnya.

"Pasal.... Kerusi dan meja kau tu kan?"

"Yes, aku yang buat. Ops! Sorry! Hahaha..." Asmida terus pergi dari situ dengan perangai binatangnya itu.

Izaty mengetap gigi serapat yang boleh. Geram! Memang geram! Tapi cukuplah untuk hari ini. Dia perlu bersabar selagi mampu walaupun tadi dia dah lepaskan segala marahnya.

Dia memandang cermin di hadapannya. Lalu dia menangis semahu-mahunya.

"Ya Allah... Apa nak jadi dengan aku ni Ya Allah!! Arghh...."

Air matanya masih mengalirkan air mata. Tidak mampu ditahan lagi olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience