43

Romance Completed 26570

"Izaty oii, cepatlah sikit. Macam mak neneklah awak ni bersiap. Ada anak 10 orang ke tu sampai lambat sangat?" Laung Rafiq sambil bersandar pada pintu keretanya. Cermin mata hitam setia terlekat pada hidungnya yang mancung itu.

Cuaca petang ini pula semakin panas, nasib baiklah dia sudah pakai sunblock tebal-tebal sikit hari ni kalau tidak habislah hitam muka dia.

"Nenek... cepatlah nenek... Aduh." Kata Rafiq lagi setelah Izaty tidak muncul tiba.

"Ish, yalah sekejap. Awak tu bukan perempuan memanglah boleh bersiap awal." Kata Izaty yang baru kelihatan wajahnya. Dia mencampakkan kasut tingginya ke arah Rafiq.

"Wuish!" Rafiq mengelak, lantas dia memandang ke arah Izaty dengan mulut terlopong luas.

"Awak ni nak bunuh saya ke apa?" Kata Rafiq sambil mengerutkan dahinya.

"Alah, kasut tinggi lima inci je pun, bukan boleh bunuh orang, lagi-lagi orang macam awak ni. Ergh!" Kata Izaty sambil menyarung selipar pada kakinya. Sengaja dia bawa kasut lebih kalau ada hal mustahak. Dia mula berjalan menuju ke arah Rafiq, kasut tingginya yang berwarna rose gold itu di ambil kembali.

"Kasut tinggi awak tu tajam tapak dia, tahu tak? Kalau awak baling tadi tertikam perut saya, kepala saya ke, otak saya ke, tak pasal-pasal awak masuk berita. Haha." Kata Rafiq sambil ketawa.

"Haa, Haa. jangan buat lawaklah Rafiq. Eloklah tertikam otak awak yang biul tu bagi betul sikit wayar yang dah lama putus tu." Kata Izaty sambil memusingkan bebola matanya. Layankan sahajalah Si Rafiq yang kadang-kadang tak ada idea nak mengusik orang ni. Dah kering idea nak mengusik oranglah tu.

"Haish, tak bestlah awak ni. Nak bergurau pun tak boleh." Kata Rafiq sambil membuka pintu keretanya lantas, dia masuk ke dalam kereta importnya itu.

Izaty turut masuk dan duduk di tempat penumpang di sebelah.

"Jauh ke tempat butik kawan awak tu?" Tanya Rafiq sambil membetulkan kaca mata hitamnya. Gula-gula getah yang disimpan dalam kereta diambil satu lalu, di masukkan ke dalam mulutnya.

"Dekat pusat bandar je. Dari sini ke pusat bandar tu dalam 30 minit je. Tak jauh pun."

"Ouh, ya ke? Kalau macam tu nanti awak tunjuk jalan okay."

"Saya memang GPS awak pun kan?" Kata Izaty dengan bernada memerli Rafiq.

"Saya memang driver awak pun kan?" Rafiq memerli balik Izaty.

Okay, Izaty kalah lagi. Dia hanya mampu terdiam. Dia sedar, dia dah banyak menyusahkan Rafiq.

"Alalala, janganlah merajuk. Penampar nak?" Kata Rafiq sambil ketawa lagi.

"Aish, berani sangat awak tu nak tampar saya. Dahlah cepat jalan sikit driver kuli tak guna. Saya dah penat dah ni nak layan awak." Kata Izaty sambil mula buat muka tak puas hati.

"Baiklah Datin Sri Izaty. Pakai tali pinggang keledar ya, nanti kena saman driver kuli tak guna awak ni jugak yang nak kena bayar."

"Haish, macam-macamlah awak ni jalannya tak jugak, mengusik orang je tahu." Kata Izaty sambil memasang tali pinggang keledar.

"Haha, bukan selalu nak kacau orang cantik macam awak ni." Kata Rafiq sambil mula menggerakkan keretanya. Setelah beberapa saat, mereka meninggalkan kawasan rumah Izaty itu dan mula menuju ke pusat bandar.

~~~~~•~~~~~

"Izaty, please jadi model untuk baju pengantin aku..." Rayu Minah sambil memegang tangan Izaty. Wajahnya benar-benar berharap.

Izaty yang duduk di kerusi sudah tidak senang duduk. Kalau dia tak tolong kasihan pulak dekat Minah ni.

Jam tepat pukul tiga petang. Izaty dan Rafiq berada di satu kedai baju pengantin milik kawannya, Minah.

"Alah, jadi model baju pengantin? Malaslah." Tak ada mood dia hari ini nak jadi model secara mengejut kalau bagitahu dari semalam okay lah jugak.

"Alah, bolehlah Izaty, tolonglah kami." Kata Pawi pula yang sedang memegang kameranya. Pawi ini merangkap suami Minah. Butik ini mereka berdua punya dan Pawi ini merangkap cameraman juga untuk butik ini bagi sesiapa yang memerlukan khidmat photografi.

Izaty memikir sejenak. Pasangan suami isteri itu setia menunggu jawapan Izaty.

"Hmm, bolehlah." Kata Izaty sambil mengoyangkan kepalanya.

"Yes, thank you Izaty. Ayang, dapat jugak kita pakai supermodel terkenal untuk gambar baju pengantin kita." Kata Pawi sambil memandang ke arah isterinya.

Izaty tersenyum sahaja apabila dipuji sebegitu rupa. 'Supermodel terkenal'? Wah kembang setalam Izaty jadinya.

"Eh!" Tiba-tiba Izaty tersentak kehairanan.

"Wait. Kalau aku jadi pengantin perempuan, siapa yang nak jadi pengantin lelaki?" Kata Izaty menyentakkan keadaan.

"A'ah. Yalah..." Kata Minah sambil memandang ke atas silling. Pawi turut memandang ke arah yang sama.

Setelah beberapa saat, Minah dan Pawi tersenyum memandang ke arah Rafiq yang tengah duduk di satu sudut secara serentak.

Perlahan-lahan Izaty memusingkan kepalanya memandang ke arah Rafiq sambil menelan liur.

'Gila! Takkan nak suruh Rafiq jadi partner aku kot? Ah mampus!' Kata Izaty dalam hati.

"Yes..." Pawi dan Minah pandang antara satu sama lain sambil sudah tersenyum. mereka berdua menganggukkan kepala mereka seakan-akan sudah ada kata sepakat.

"Hah, apa?" Kata Rafiq yang baru tersedar setelah ketiga-tiga orang di dalam ruangan itu memandang ke arahnya. Rafiq mengangkat keningnya dengan muka tidak bersalahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience