31

Romance Completed 26574

Isnin 7.00 pagi~

Pagi ini, Izaty mulakan kerjanya dengan senyuman yang manis. Hari ini juga dia mengenakan baju kurung berwarna putih bercorak bunga ros berwarna merah. Tudungnya juga berwarna merah. Warna itu sangat galak apabila dikenakan ke tubuh Izaty yang ramping itu. Lipstik merah dicalit sedikit sebagai penyeri wajahnya.

"Kakak, kitaorang nak pergi sekolah harini. Kita orang balik lambat tau harini ada perjumpaan kelab dan persatuan." Kata Aiman yang mengenakan baju t-shirt kadet remaja sekolah berlengan panjang.

"Kakak nak duit." Kata Syazwan pula sambil menyalam kakaknya. Dia pula mengenakan t-shirt kadet polis sekolah berlengan panjang juga.

"Haish, duit je kan kerja korang." Izaty menngambil beg duitnya yang diletakkan di atas tangga kayu lantas dia memberikan seorang RM5.

"Lima ringgit je? Selalu kalau mintak sepuluh ringgit paling sikit." Kata Syazwan sambil memuncungkan bibirnya.

"Hello? Haritu dah bagi 20 ringgit kan? Tak cukup lagi ke? Haish, korang ni kira bertuah boleh pergi sekolah bawa duit banyak. Kakak dulu nak bawak seringgit pun susah." Izaty sudah mula berleter macam maknya sambil mencekak pinggang.

Aiman menyiku adiknya lantas dia berbisik.

"Hish, kau ni. Kakak bagi pun kira baguslah tu. Kan dah kena bising. Kaulah ni." Kata Aiman sambil memandang tajam ke arah adiknya.

"Okaylah sorry." Kata Syazwan dengan rasa sedih dan sedikit rasa serba salah.

"Dahlah. Kakak nak pergi dah ni. Korang taknak tumpang sekali?" Pelawa Izaty.

"Nanti balik kami nak naik apa? Kakak tu dahla kuat pelupa." Kata Aiman membidas kakaknya.

"Haiesh, yalah. Assalamualaikum." Izaty terus meluru ke kereta kancilnya. Adik-adiknya pula sudah duduk di atas motosikal.

"Hmm..." Izaty tersenyum sendiri sambil memandang cermin sisi. Dia tersenyum kerana adik-adiknya dapat hidup selesa sekarang ini. Dia bukan kedekut dengan adik-adik, tak pernah! Tetapi dia nak adik dia tahu erti bersyukur bila dapat pergi ke sekolah naik kenderaan sendiri. Motosikal itu juga hasil duit adik-adiknya sendiri sebenarnya ketika cuti sekolah mereka akan bekerja sambilan mengumpul duit untuk membeli motosikal dan akhirnya mereka dapat juga motosikal dengan hasil titik peluh mereka sendiri.

Tidak lama selepas ada simpang di hadapan, bayangan adik-adiknya terus hilang membelok ke kiri, Izaty pula membelok ke kanan. Izaty tersenyum indah pagi ini kerana tidak mahu mulakan harinya dengan tekanan perasaan. Dia mahu hari ini lancar sahaja perjalanan hidupnya.

~~~~~•~~~~~

"Fuhh!!!" Izaty melepaskan rasa penatnya sambil duduk di atas kerusi. Lega semua murid-murid dah pulang. Sekarang cuma ada beberapa orang cikgu sahaja lagi yang masih bersembang-sembang. Izaty rasa malas nak masuk campur.

Dia mengambil telefon bimbitnya sekadar memeriksa sama ada ada mesej atau panggilan yang tidak dijawab.

Ada beberapa mesej daripada whatsapp masuk.

"RAFIQ"

Nama Rafiq tertera di atas sekali. Izaty sudah tersenyum senang lalu Izaty membaca mesej tersebut.

Rafiq: 'Hai cikgu. Dah habis mengajar ke cikgu?'

Izaty tersenyum seorang diri setelah membaca mesej itu, lalu dia membalasnya.

Izaty: 'Haah. Awak nak hantar anak awak datang sini jugak ke? Boleh saya ajarkan. Saya nak bagitahu yang perangai ayah dia ni kuat mengusik orang macam budak-budak.'

Rafiq: 'Anak mende... Saya single lagi lah. Biasalah. Tak handsome. Siapa nak...'

Izaty: 'Eleh... Menipu sangat. Nampak sangatlah awak tu nak suruh saya puji awak tu handsome. Yelah. Saya puji. Handsome... Rafiq budak handsome. Hot stuff!'

Rafiq: 'Saya tak suruh pun... Tapi awak dah puji tu saya terima jelah dengan hati yang terbuka haha.'

Izaty:
'Eleh... Yalah tu. Saya nak balik rumah dahni. Assalamualaikum.'

Rafiq: 'Ya, saya pun sibuk sebenarnya nanti ada meeting. Kalau rindu chat je saya okay. Waalaikumsalam.'

"Hahaha... Tak adanya nak rindu awak Rafiq." Kata Izaty sambil memandang mesej itu. Dia tidak membalasnya dibiarkan sahaja bertanda biru. Malah dia masukkan kembali telefon pintarnya ke dalam beg tangan lantas dia beredar dari situ dengan bibir penuh dengan senyuman.

Hari itu... Dia jugak cakap tak nak bagi nombor telefon lah apa lah tapi sekarang dia yang senyum lebih kenapa?

~~~~~•~~~~~

"Alhamdulillah... Tak lama lagi kau dah nak bersalin. Dah jadi mak budak dah lepas ni. Hahaha." Izaty tersenyum ke arah Tasha yang tengah mengusap perutnya.

Izaty singgah sebentar ke rumah Tasha semasa dalam perjalanan pulang. Rasa rindu pulak nak jumpak kawan dia tu.

"Syukurlah Izaty... Aku dah tak sabar ni. Nak tunggu kelahiran anak sulung aku ni. Aku akan jaga dia dengan penuh kasih sayang." Wajahnya bertukar suram.

"Kau kenapa? Macam sedih je? Kau tak suka ke?"

"Ish, mana ada. Aku cuma teruja dan terharu je. Nak tunggu bayi ni keluar." Lantas Tasha tersenyum secara tiba-tiba.

Izaty turut tersenyum. Hmm... Bilalah dia dapat merasa jadi seorang isteri dan jadi seorang ibu? Sungguh dia mahukan semua itu. Dari dulu lagi dia mahukan semua itu tapi itulah... Masih lagi tiada jodoh. Mungkin, bukan rezekinya lagi. Mugkin Allah dah aturkan jodoh yang terbaik untuknya.

"Suami kau mana Tasha?" Tanya Izaty mula berasa hairan. Dah lama tak nampak suami Tasha itu, bukan dah lama tak nampak tapi memang tak pernah tengok pun selama ini. Dia tengok pun dalam gambar yang tergantung di dinding rumah Tasha sahaja.

"Kerja." Balas Tasha ringkas tapi wajahnya sedikit berubah.

Izaty perasan dengan perubahan pada wajah Tasha itu tetapi, Izaty abaikan sahaja perasaannya itu.

"Hmm... Aku rasa macam dah lama duduk sini. Sorry kacau kau. Aku balik dulu lah ya."

"Eh... Janganlah balik lagi. Takde, mana ada kacau. Aku tengah bosan ni."

"Alah... Nanti aku datang lagi. Jangan risau." Kata Izaty dengan bibir yang penuh dengan senyuman.

Tasha hanya mampu mengangguk.

Selepas Izaty bersalaman dengan Tasha, lalu dia pun berlalu pergi dari tempat itu.

Terubat sedikit rindu dan kesunyian di dalam hati Tasha sebaik sahaja Izaty melawatnya. Kini, rumahnya sunyi sepi kembali selepas Izaty berlalu pergi.

~~~~~•~~~~~

Malam menjelma...

Izaty duduk di atas katil sambil membaca novel bahasa Inggeris yang diberikan oleh Rafiq itu dengan penuh khusyuk. Yalah, sebab novel itu dalam tulisan bahasa Inggeris. Dia bukannya faham sangat. Google translate memang akan jadi sahabat baiknya ketika itu. Perkataan apa yang dia tak faham akan dia cuba translatekan dalam bahasa Melayu.

Kring...

Tiba-tiba ada panggilan masuk.

Izaty mengambil telefon pintarnya lalu dibaca nama yang tertera di situ.

"RAFIQ"

"Hah? Dia ni lagi? Takde life ke dia ni asyik nak cari aku je dari pagi tadi?" Kata Izaty seorang diri lantas dia mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?" Izaty mulakan perbualannya.

Rafiq: "Hai buat apa tu?"

Izaty membalas...

Izaty: "Hah? Tengah buat apa? Saya tengah baca novel yang awak bagi nilah. Dahla English, jenuh saya nak kena buka google translate. Haha."

Rafiq: "Haha, biasalah tu, saya pun ada je satu dua perkataan yang tak faham dalam tu tapi bila dah lama-lama biasalah."

Izaty: "Okaylah tu satu dua je saya ni dalam satu perenggan tiga perkataan yang saya tak faham hahaha."

Rafiq: "Haha, mula-mula je susah nanti dah lama-lama awak akan terbiasa and benda tu akan jadi mudah bagi awak."

Izaty: "Haah, betul jugakkan? Practice make perfect but nobody perfect. Hahaha macam mana tu?"

Rafiq: "Haha yes, it's true."

Rafiq: "Awak sambunglah baca dulu eh novel tu. Saya nak pergi kelas renang malam ni. Bye."
Izaty: "Kelas renang? Kelas renang berirama ke apa? Haha."

Rafiq: "Itu awak bolehlah. Saya ni abang-abang maskulin, kelas renang saya ni special ala-ala Navy macam tu."

Izaty: "Wah, melecik hawau. Hahaha."

Rafiq: "Haha, takdenya melecik. Saya ni biasa-biasa je."

Izaty: "Alala, merendah diri pulak."

Rafiq: "Eh, iyalah. Saya riak nanti kang, awak kata saya macam-macam pulak."

Izaty: "Hm, yalah I am sorry. Rafiq..."

Rafiq: "Ya saya?"

Izaty: "Thanks."

Rafiq: "Haha aik tiba-tiba je? Kenapa ni? Thanks untuk apa tu ya?"

Izaty: "Thanks sebab saya dapat kenal dengan awak." Kata Izaty perlahan di hujung talian.

Rafiq: "Aish, lain macam je bunyi dia. Awak ni dah suka dekat saya ke?" Usik Rafiq di hujung talian.

Izaty: "Eh, taklah. Mana ada tapi itulah, awak handsome, awak berpendidikan tinggi, awak kaya tapi awak baik, tak sombong pun dengan saya. Thanks sebab sudi berkenalan dengan saya. Awak pun tak pernah marah dekat saya." Tiba-tiba Izaty terasa sebak kerana selama ini hidupnya penuh dengan rasa suka duka dan kekosongan dalam jiwanya. Sejak hadirnya Rafiq, perasaan kosong itu makin pudar dalam dirinya. Dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.

Rafiq: "Ouh, ya ke? Okay you're welcome. Awak sambunglah translate novel saya tu. Saya dah lambat ni. Bye."

Izaty: "Sempat lagi perli sayakan? Yalah, bye."

Rafiq: "Eh, mana ada perli kalau awak free awak call je saya. Nanti kalau free saya angkat okay."

Izaty: "Erm, Okay."

Panggilan ditamatkan oleh mereka berdua.

Izaty tersenyum sendiri. Telefon diletakkan disebelahnya. Dia menyambung membaca novel berbahasa Inggeris itu kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience