28

Romance Completed 26570

"Arghh!!! Bodoh bodoh bodoh!" Izaty menghentak-hentakkan tubuhnya ke atas tilam sambil tangannya menumbuk bantal kalau dia gemuk macam dulu, mesti tilam tu dah patah tiga. Dia menekup mukanya ke bantal lalu menjerit sekuat hati sambil berkata...

"Ahhh! Rafiq bodoh! Gila! Dasar jantan tak guna! Buat malu aku je tadi. Argh!!!"

"Woi, woi dah kenapa ni." Sampuk maknya yang baru lepas mandi. Muka Mak Ijah penuh ditempek bedak sejuk. Memang sebelum tidur dia akan tempek bedak sejuk di mukanya.

Jam di dinding sudah tepat pukul satu pagi hanya tinggal mereka berdua lagi yang masih belum tidur.

"Tak ada apalah mak." Wajah Izaty berkerut masam. Hatinya masih lagi tidak boleh lupa kejadian tadi.

"Hmm... Kalau tak nak cerita mak nak tidur."

Kata Mak ijah sambil menutup suis lampu.

"Diam tau. Mak nak tidur. Penat buat kerja tadi."

"Eleh. Macam mak je yang penat. Huh." Kta Izaty dengan sebal.

"Eh aku bukan macam kau tau! Dahlah merayap sampai magrib. Lepas tu tidur sampai pukul lapan setengah. Nasib aku kejutkan kau tadi kalau tak, esok baru kau nak kenduri. Hah! Kau kenduri dalam mimpi jelah macam tu! Pemalas patutlah jodoh tak lekat!" Mak Ijah sudah berleter marah kepada anak dara sorang ini.

"Alah mak ni suka bising-bising dahla tidur-tidur."

"Aku bising bukan sebab apa sebab kau jugak!" Mak Ijah masih tidak berhenti.

Izaty terdiam dan berpura-pura tidur. Selepas itu, barulah maknya senyap.

Izaty sudah memejamkan mata tapi masih tidak dapat tidur. Dia tetap cuba pejamkan matanya supaya dapat terjah ke alam mimpi namun, muka Rafiq yang mintak penumbuk itu asyik masuk ke dalam fikiran sahaja. Macam mana nak tidur?

"Haih... Kenapa tak boleh nak tidur ni? Sebab aku tidur masa magrib tadi ke?" Kata Izaty perlahan.

Dia mencapai telefon. Dah pukul 2.47 pagi.

"Hmm... Mampus, mata panda aku pagi esok!" Kata Izaty sambil menyerabaikan rambutnya.

Pring... Pring...

Telefonnya berbunyi menandakan mesej ada masuk.

"Kejadah malam-malam mesej aku? Siapa pulak ni?"

'I expired sekian, sekian, sekian*... Please reload to...'

"Alah, nak bagitahu tamat tempoh je ke? Err yelah, esok aku masukkan top up." Izaty kata seorang diri.

Pring... Pring...

Telefonnya berbunyi lagi.

"Haih, nak bagi tahu tamat tempoh lagi ke? Ergh... Eh?"

Izaty mengerut dahi.

"Siapa mesej aku ni. Tak ada nama."

*'Hai... Tak tidur lagi ke?'

"Hurm? Tau tau je aku tak tidur lagi. Ada cctv ke? Ada orang intai ke? Aishhh creepy lah pulak!" Kata Izaty seorang diri.

Izaty menjengguk ke luar tingkap. Tak ada siapa pun. Dipandangnya kiri kanan lagi sekali memang sah tiada sesiapa di situ.

Takut Izaty nak balas. Dia biarkan sahaja dia kembali meletakkan kepalanya di atas bantal tapi masih tak boleh tidur.

Pring... Pring...

"Haih bunyi lagi!" Kata Izaty separuh jerit.

Matanya yang terpejam rapat terus terbuka. Kali ini dia dapat chat daripada aplikasi Whatsapp pula.

*'Tidur dah ke? Ni sayalah. Rafiq.'

"Ish, nak apa pulak dia ni. Dahlah kacau mood aku. Tipu aku pulak tu. Tak cukup-cukup lagi ke?" Rungutnya seorang diri.

Lalu Izaty membalas.

*'Hmm... Kenapa?'

Lalu Izaty menghantar mesejnya.

Pring... Pring... - Bunyi mesej dibalas.

Rafiq: (Saja suka-suka. Awak tak save number saya ke?)

Izaty: (tak, malas.)

Rafiq: (Alah... Marah dekat saya lagi ke? Sorrylah tipu awak. Ya, itu papa saya. Ayah kandung saya. Sorry. Saya nak bergurau je.)

Izaty: (Awak tahu tak? Saya malu sangat tadi tau depan papa awak tu? Sampai sekarang saya tak boleh lupakan sebab hal itu jugaklah saya tak boleh tidur sekarang ni tahu tak?)

Rafiq: (Hehe... Sorry, sorry... Alah... Papa saya tak cakap apa apa pun. Dia tahu je yang saya kenakan awak. Dia memang dah masak dengan perangai saya yang suka prank orang ni.)

Izaty: (Saya still malu!)

Rafiq: (Sorry? *Emoji muka sedih.)

'Alah... Hantar emoji muka sedih pulak. Haih..' Kata Izaty dalam hati.

Izaty: (Hmm, yelah saya maafkan awak tapi lain kali jangan buat lagi tau! Boleh jadi gila saya kalau hari-hari kena macam ni. Saya taknak jadi gila awak tahu!)

Rafiq: (Hee, Sorry.)

Izaty: (Hmm.)

Rafiq: (Esok, jom jumpa lagi nak tak?)

Izaty: (Eh, tak naklah!)

Rafiq: (Alah kejap je.)

'Eh, main gila budak ni.' Kata Izaty dalam hati sambil tersenyum-senyum.

Izaty: (Tak nak! *Emoji muka marah)

Rafiq: (Nak jugak! *Emoji beruk tutup mata)

Izaty: (Tak nak! *Emoji muka bosan.)

Rafiq: (Tolonglah... *Emoji muka sedih)

'Haish... Lemah betul aku dengan emoji muka sedih tu!' Kata Izaty dalam hati.

Izaty : (Hm, yalah! Jumpa esok. Dahlah saya nak tidur ni. Awak ni suka kacau saya. esok apa-apa bincang dekat Whatsapp je. Jangan mesej nanti habis kredit saya! Saya bukannya pakai bill!)

Rafiq: ( Haha! Thanks! Tak sia-sia saya ambil nombor telefon awak. Assalamualaikum. *Emoji muntah hijau.)

Sebaik sahaja Izaty membaca chat yang terakhir itu dia terus meletakkan di tepinya. Malas nak balas. Dia terus pejamkan mata. Tenang sikit fikirannya kali ini. Barulah dia dapat tidur dengan aman.

p/s: Sorry lah kalau tak faham bab ni sikit sebab dekat apps ni tak boleh nak bold perkataan. Chapter ni cerita pasal Izaty mesej dengan Rafiq. Sekian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience