37

Romance Completed 26574

"Mak.... Kita makan luar malam ni." Kata Izaty sambil memakai keronsang pada tudungnya.

"Laa... Tak cakap awal-awal..." Maknya sudah garu kepala.

"Alah, masak dah ke?" Tanya zaty.

"Baru nak masak."

"Tak apalah... Kita makan luar malam ni. Syam nak belanja."

"Baiknya budak tu." Puji Mak Ijah.

"Kira baguslah tu dia nak belanja."

"Cepatlah siap. Bagitahu kat adik-adik sekali." Sambung Izaty lagi.

"Okey, okey..." Balas maknya sambil kakinya laju melangkah masuk ke dalam bilik.

"Kak pakai lawa-lawa ni nak pergi mana?" Tanya Syazwan yang baru masuk ke dalam rumah. Badannya penuh dengan kesan peluh kerana baru lepas bermain bola.

"Eh, Wan. Ingat ada dalam bilik tadi. Kita makan luar harini. Aiman mana?" Tanya Izaty kembali.

"Ada dekat luar." Balas Syazwan sambil terus membuka bajunya.

"Bagitahu dekat dia kita makan luar malam ni. Cepat sikit bersiap. Kakak bagi 10 minit je untuk korang bersiap cepat!"

"10 minit? Mana cukup." Balas Syazwan.

"Cepat." Kata Izaty dengan nada tegas.

"Yalah." Balas Syazwan malas-malas sambil berlalu pergi.

"Haha, tau pun takut." Kata Izaty perlahan.

~~~~~•~~~~~

Sesampainya mereka di kedai makan itu... 

Mata Izaty sudah nampak Rafiq duduk di atas meja sambil bermain handphone. Sangat leka sampai tak sedar yang mereka sudah sampai.

"Ehem! Woi! Woi!" Jerkah Izaty dengan suara yang cuba digarau-garaukan.

"Eh!" Rafiq jadi terperanjat dengan tak semena-mena telefon itu jatuh dari tangannya.

Sebaik sahaja dia lihat wajah mereka berempat, Rafiq terus tersenyum.

"Jemputlah duduk." Pelawa Rafiq dengan sopan.

"Yalah, takkan nak berdiri pulak. Hehe..." Izaty berseloroh.

Mereka berempat pun duduk di tempat masing-masing. Rafiq menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Mak ijah asyik senyum sahaja ke arah Rafiq. 'Berkenan' agaknya. Hehe.

"Kamu, kerja apa." Tak sempat apa-apa lagi Mak Ijah sudah menyerang anak muda itu dengan pertanyaan. Inilah peluangnya untuk berkenal-kenalan.

"Saya kerja dengan papa saya je aunty, eh mak cik. Hehehe... Dah terbiasa."

"Ouh, anak orang kayalah ni?" Mak Ijah sudah mengangkat keningnya.

"Ish... Hahaha... Tak adalah mak cik. Biasa je." Rafiq tertunduk. Merendah diri. Tidak lama selepas itu mata Rafiq terpandang dua orang lelaki remaja yang terdiam sejak tadi. Malu agaknya.

"Hai, korang ni kembar ke?" Tanya Rafiq ke arah Aiman dan Syazwan.

Mereka berdua tersentak. Saling berpandangan antara satu sama lain. Syazwan yang pemalu itu hanya terdiam menunggu abangnya menjawab.

"Eh, tak. Buka kembar. Kami selang setahun je." Balas Aiman sambil tersenyum-senyum.

"Ouh, kotlah kembar sebab muka lebih kurang." Kata Rafiq.

"Sekolah menengah ke korang ni atau dah sambung kolej ke apa ke?" Tanya Rafiq dengan lebih lanjut. Sahaja nak berkenalan dengan lebih mendalam pasal adik-beradik Izaty ini.

"Sekolah lagi bang... Sekolah menengah." Balas Aiman lagi sambil tersenyum.

"Ouh, ya ke. Baguslah belajar elok-elok ya." Pesan Rafiq sambil tersenyum.

"Umur kamu berapa?" Tanya Mak Ijah kembali.

Rafiq kembali memandang wajah mak Izaty.

"Umur? Umur saya baru 26 mak cik."

"Ouh, tua setahun daripada Izaty lah kiranya. Izaty dah 25 tahun tapi tulah. Tak laku, kena mandi bunga agaknya. Hahaha..." Mak Ijah ketawa terbahak-bahak.

Rafiq turut ketawa.

Izaty jadi malu. Paha maknya ditepuk perlahan oleh Izaty supaya mak dia jangan terlalu buka cerita sangat. Bukan boleh orang tua ni suka buka cerita yang tidak sepatutnya kepada orang luar.

"Amboi mak... Berkenan nak kahwin lain ke? Nak ganti bapak pulak ke? Hehe... Suami mudalah mak ya lepas ni?" Kini, giliran Izaty pula ketawa selepas menyindir maknya.

Paha Izaty dicubit kuat oleh Mak Ijah.

"Adoi!" Izaty mengaduh sakit sambil mengurut pahanya yang terasa pedih semacam itu.

"Argh.. Mak... Sakitnya." Kata Izaty sambil menggosok-gosok pahanya.

Mak ijah menjeling ke arah Izaty.

"Sepatutnya kamu tu yang kena kahwin, bukan mak." Kata Mak Ijah tanpa segan-silu.

Rafiq hanya mampu tersenyum-senyum.

"Eih, mak ni, buat malu je kat Rafiq ni. Nanti dia ingat apa pulak." Izaty mula rasa tidak senang.

"Alah, saya okey je awak..." Rafiq tersenyum sinis.

'Adeh!!! Rasa menyesal pulak pon ada ni, datang sini. Aku datang sorang pun takpe tadi.' Kata Izaty dalam hati.

Makanan mereka tiba-tiba sampai serentak di hadapan mereka. Izaty dan keluarganya terkejut pesan pun tidak tiba-tiba sahaja sudah sampai.

"Eh, awak pesan siap-siap ke tadi." Tanya Izaty dengan mata membutang.

"Haah, pesan siap-siap. Nanti awak datang tak payah nak tunggu lama tapi, sorrylah saya main pesan je tadi tak tanya pulak. Saya pesan makanan set."

"Alah, tak apa. Lagipun makan free. Haha. Syukurlah tu." Balas Mak Ijah.

"Eh, awak... Baca doalah." Izaty sudah menadah tangan sambil menjeling-jeling ke arah Rafiq.

"Err.. Baca doa? Err... Boleh-boleh."

Mereka yang lain semua menadah tangan, Rafiq mula membaca doa makan.

-

"Amin..." Selesai Rafiq baca doa.

Sengaja Izaty suruh baca doa makan. Nak tengok, pandai ke tidak anak orang kaya ni baca doa makan. Nampaknya, pandai baca doa makan dengan lancar jadi, luluslah ujiannya. Haha... Ujian suka-suka. Tanpa tunggu lama lagi, mereka pun mula makan. Perut dah berkeroncong minta di isi.

"Hai, macam mana sedap?" Datang Syam sambil tersenyum-senyum.

"Sedaplah Syam. Bagus kau buka bisnes macam ni." Puji Izaty sambil menyuap isi ikan siapkan tiga rasa ke dalam mulutnya.

"Baguslah kalau sedap. Aku pergi buat kerja dulu eh." Syam terus pergi.

Rajin Si Syam ni. Jadi bos kedai pun masih lagi buat kerja. Perangainya benar-benar berubah. Dulu, zaman sekolah pemalas. Sekarang, rajin 24 jam.

"Uhuk! Uhuk!" Rafiq tersedak.

"Eh, nah air." Izaty menghulurkan air jus tembikai kepada Rafiq.

Rafiq meneguk laju. Batuknya reda.

"Thanks."

"Welcome awaknya. Hehe..." Balas Izaty manja-manja.

"Amboi, depan mak kau pun nak mengatal eh?" Kata Mak Ijah tersenyum sambil menjeling ke arah Izaty.

"Mana ada mak ni. Suka fikir bukan-bukan." Izaty terus tersenyum untuk menutup rasa malu.

~~~~~•~~~~~

Selesai mereka makan. Semua perut sudah kenyang. Tunggu apa lagi? Baliklah.

"Rafiq, kami balik dulu lah ya?" Kata Izaty.

"Haah, okay."

"Jomlah balik sekali. Kita jalan kaki sama-sama." Kata Syazwan. Pelawanya dengan malu-malu.

"Tak apalah dik. Depan tu je. Kalau abang rasa nak balik nanti, abang balik sendiri. Take care korang." Kata Rafiq sambil tersenyum lagi. Wajahnya asyik senyum sahaja tanpa henti. Pemurah dengan senyuman orangnya.

"Haa... Kalau macam tu kami balik dululah ya. Assalamualaikum." Kata Izaty mula bangkit dari kerusinya.

"Waalaikumsalam. Hati-hati." Kata Rafiq, dia menghampiri ke arah mak ijah lalu disalam orang tua itu.

Mak ijah kelihatan sangat senang.

'Hai, baik betul budak ni. Baik budi bahasa dia. Hormat orang tua.' Kata Mak Ijah dalam hati.

"Abang, balik dulu. Salam." Aiman dan Syazwan datang menghampiri ke arah Rafiq lalu bersalaman.

"Ya, nanti bila-bila kita keluar bertiga pulak. Korang bawak abang pergi jalan-jalan tempat ni naik kereta abang."

"Haha, boleh je." Balas Aiman.

Izaty dan keluarganya terus pergi. Bayang mereka makin menghilang. Rafiq masih di situ sambil matanya memandang skrin tv di hadapan.

30 minit telah berlalu, bateri telefon Rafiq pun semakin berkurangan tinggal 9% sahaja lagi. Dia mula rasa ingin beredar dari tempat itu.

"Terima kasih Syam! Aku balik dulu, Thank you!" Rafiq mengangkat tangan ke arah Syam.

"Yap! No hal bro! Kau kalau lapar datang je sini. Free." Kata Syam dengan mesra.

"Hahaha... Bankraplah kau nanti. Free memanjang."

"Eh, tak... Memang dalam pakej." Balas syam lagi sambil turut ketawa.

"Haha... Yaya... Aku balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..."

~~~~~•~~~~~

Jam tepat pukul 12 tengah malam tetapi mata Izaty masih lagi segar bugar. Maknya sudah tidur. Aiman dan Syazwan baru mahu masuk tidur setelah selesai mengulang kaji pelajaran.

Izaty keluar rumah lantas dia pergi menuju ke arah pangkin kegemarannya itu. Sabut kelapa dibakar seperti selalu agar nanti nyamuk tak menyerang kulitnya nanti.

"Uhek-Uhek.. Asap." Kata Izaty sambil mengibas-ngibas mukanya.

Izaty duduk di atas pangkin sambil mencari-cari bulan yang tidak kelihatan. Suasana juga gelap gempita. Lampu jalan pun tidak ada di kawasan rumahnya ini.

"Haish, Tak boleh nak tidur pulak." Kata Izaty seorang diri.

Dia hanya duduk termenung seorang diri sambil menongkat dagunya.

"Wuarghhhhh!" Laung satu suara dengan kuat di belakang Izaty.

"Ahhh!" Izaty menjerit sekuat hati setelah ada seseorang menerjahnya dari belakang.

"Haha." Lelaki itu ketawa kuat.

"Rafiq? Woi gila ke?" Marah Izaty dengan penuh perasaan. Rafiq ni dah lama hidup agaknya itu yang asyik cari pasal dengan orang.

Rafiq terus ketawa terbahak-bahak.

"Haish, awak ni memang nak bagi saya mati sakit jantung ke apa?!" Marah Izaty sekuat hati. Gila tak marah? Rafiq ni ada saja benda yang dia nak mengusik. Selagi tak orang tu tak mampus selagi tu di tak berhenti mengusik agaknya?

"Hahaha, takutlah tu? Takut apa? Hantu?" Kata Rafiq dengan sisa ketawa lantas dia duduk di sebelah Izaty.

"Sorry sikit, saya tak takut hantu cuma terkejut je. Ingatkan orang minyak tadi! Tak pasal-pasal berbelang muka saya esok pagi. Rupa-rupanya orang gila terlepas masuk kampung. Ha Ha." Kata Izaty dengan ketawa mengejek.

"Hahahaha! Orang minyak? Aduh lawaklah awak ni. Wujud lagi ke orang minyak zaman sekarang ni?" Kata Rafiq sambil sambung ketawa.

"Eh, awak jangan main. Nama pun kampung, mestilah ada." Balas Izaty demi mempertahankan kata-katanya.

"Yalah-yalah, tapi orang minyak tu mesti tak sekacak saya kan?" Kata Rafiq sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Eish, perasan. Eh, awak tu tengah malam macam ni buat apa keluar macam ni? Balik pergi tidurlah." Kata Izaty sambil mengerutkan dahinya.

"Saya call awak tadi tapi tak angkat. Saya datanglah sini. Tak sangka awak tu tak reti tidur lagi."

"Ish, awak ni lah. Kena tangkap basah baru tahu malam-malam macam ni."

"Eh, okay lah tu. Boleh kahwin free." Kata Rafiq sambil tersenyum tepat memanah mata Izaty. Wajah Rafiq hanya kelihatan polos.

Tiba-tiba jantung Izaty berdebar-debar bila Rafiq kata begitu tadi. Rafiq nak kahwin dengan dia? Ada orang setuju ke? Sesuai ke masalahnya? Hahaha. Eh! Segera Izaty tersentak dari lamunan.

"Eh, awak ni jangan nak mengadalah. Saya tak nak berkahwin dengan cara macam ni. Saya nak buat grand-grand. Siap ada pelamin besar lagi kalau boleh nak ada anak itik berenang dekat dalam kolam sebelah pelamin tu. Haha."

"Ha, eloklah macam tu. Letak sekali lembu, kambing, kuda, ayam dekat tepi tu. Bila orang tanya tema pengantin tu apa? Jawab je tema hutan tropika." Kata Rafiq sambil diselit ketawa.

"Haha, awak ni gila ke sampai nak letak semua tu. Kenapa tak buat dalam zoo terus? Lagi senang. Haha." Kata Izaty sambil ketawa sinis.

"Bestlah family awak tu. Mak awak macam berkenan dekat saya je." Kata Rafiq perlahan sambil tertunduk ke bawah.

"Eii, jangan perasan sangat." Kata Izaty sambil memusingkan bebola matanya.

"Haha. Kot lah, kot je." Kata Rafiq lagi sambil memandang ke langit pula. Cuaca semakin sejuk.

Suasana sepi seketika. Rafiq mula memandang kembali ke arah Izaty lantas dia tersenyum ke arah Izaty.

"Kenapa awak senyum macam tu?" Tanya Izaty sambil mengerutkan dahinya.

"Rambut awak pendek je rupanya kan?"

"Hah? Apa?" Izaty meraba-raba kepalanya dengan dahi berkerut. Ya Allah! Dia tak pakai tudung!

"Rafiq! Ahhh." Jerit Izaty sambil berdiri. Tangannya cuba untuk menutup kepalanya.

"Hahaha." Rafiq ketawa terbahak-bahak.

"Argh! Rafiq kenapa tak bagitahu awal-awal saya freehair? Argh!"

"Haha, manalah saya tahu."

"Argh! malunya dahlah Rafiq awak balik jelah. Ahhh!" Kata Izaty sambil lari masuk ke dalam rumah.

Rafiq masih lagi ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Haih, dia nilah. Senang sangat kena buli." Kata Rafiq perlahan seorang diri di pangkin itu. Suasana kembali sepi, lantas dia pun berjalan pulang ke homestaynya seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience