17

Romance Completed 26570

Izaty sudah tunggu di tempat yang dijanjikan oleh mereka berdua. Rasa malu pulak dia berpakaian agak formal. Berbaju kurung moden. Di situ semua orang hanya memakai t-shirt dan seluar jeans.

"Haii!! Lama tunggu?" Entah dari mana Raja Azreen melompat tepat di hadapannya.

"Yishh! Astarfirullahalazim... Terperanjat aku. Ergh!" Izaty mengurut-urut dadanya.

"Hee... Nah!" Raja Azreen terus menyerahkan sejambak bunga ros merah yang disembunyikan di belakangnya.

"Wahh... Bungalah. Thanks." Izaty mengambil bunga lalu hidu baunya.

'Wahh... Sweet jugak mamat ni kan? Haih, nak ngorat aku ke? Hahaha...' Kata Izaty dalam hati. Hatinya mula tersentuh dan khayal melayan perasaan sukanya.

Izaty memerhati pakaian lelaki itu dari atas sampai bawah. Juga agak formal.

Berbaju kemeja fit berwarna ungu gelap dan berseluar skinny jeans berwarna hitam serta dikenakan dengan kasut kulit berwarna coklat. Jam tangan jenama polo sebagai pelengkap aksesori. Urat-urat hijau yang timbul ditangannya sangat menggoda. Ahhh! Pasti tak tahan siapa yang melihatnya.

"Lama ke tunggu?" Tanya Raja Azreen.

"Hmm, bolehlah." Balas Izaty dengan nada mendatar sebaik sahaja tersedar dari lamunan panjang.

"I'm sorry." Kata Raja Azreen sambil membuat muka comel.

"Awak nak bawak saya ke mana ni?" Sambung Izaty lagi sambil cuba untuk menahan riak wajah supaya tidak ketawa. Hatinya agak tersentuh dengan wajah comel Raja Azreen sebentar tadi.

"Nak bawak awak tempat spesial." Kata Raja Azreen.

"Spesial?" Izaty mengerut keningnya.

"Yalah, spesial. Tapi kena tutup mata dulu." Raja Azreen tersenyum.

"Tutup mata? Sekarang?" Tanya Izaty sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Ish, bukan sekarang. Hahaha... Apalah awak ni. Nantilah dekat kereta saya."

"Hah?!" Izaty sudah gelabah. Takut lelaki di hadapannya itu akan buat apa-apa kepadanya.

"Janganlah fikir bukan-bukan. Awak ni suka fikir bukan-bukan." Kata Raja Azreen sambil tersenyum. Senyuman itu sangat manis.
Izaty masih lagi curiga.

"Okaylah, saya janji takkan apa-apakan awak. Sumpah." Raja Azreen mengangkat tangan sebagai tanda bersumpah.

"Kereta awak mana?" Tanya Izaty.

"Depan tu je." Raja Azreen menunjukkan kereta BMW miliknya.

'Wow, bapak ahh BMW!' Kata Izaty sambil matanya sudah membutang.

"Err. Hello?" Kata Raja Azreen sambil memetik jarinya di hadapan muka Izaty.

"Err.. Apa tadi?" Izaty tersedar dari lamunan lagi. Dia masih terkejut.

Raja Azreen hanya mengeluh lantas tersenyum dengan senyuman yang sangat menggoda.

"Err, tempat tu jauh ke?" Tanya Izaty lagi.

"Tak... Tak jauh. Tapi saya tak boleh cakap." Raja Azreen tersenyum lagi tanpa henti. Dia kelihatan sangat suka dan beriak wajah tidak sabar.

"Hmm, okaylah kalau macam tu." Kata Izaty perlahan sambil memandang muka Raja Azreen.

"Okay, jomlah." Kata Raja Azreen sambil sudah melangkah. Kunci sudah dipegang olehnya.

Izaty hanya mengekor di belakang perlahan. Dia berasa agak takut. Takut Raja Azreen buat benda bukan-bukan terhadapnya nanti.

"Masuklah." Arah Raja Azreen perlahan yang sudah membuka pintu itu.

Izaty mengangguk malu-malu lalu dia masuk ke dalam kereta. Raja Azreen turut masuk ke dalam kereta dan mereka berdua saling duduk bersebelahan.

"Izinkan saya mulakan perjalanan tuan puteri?"

"Haha, apa ni?" Kata Izaty sambil ketawa kuat. Mulutnya cuba ditutup. Terasa sangat lucu.

"Awakkan tuan puteri malam ni? saya pulak tuan putera awak." Kata Raja Azreen dengan manis.

"Yalah tuan putera. Silakan perjalanan anda. Haha..." Kata Izaty dengan tawa yang masih tersisa.

"Okay tuan puteri, bismillah." Kata Raja Azreen sambil berlalu pergi.

****

Sebaik sahaja mereka berdua turun dari kereta...

Seperti di janjikan, Izaty ditutup matanya dengan kain hitam. Raja Azreen memimpin Izaty dengan memegang sedikit bahunya.

"Haih, jauh lagi ke? Penat dah ni nak berjalan." Tanya Izaty sambil melangkah dengan mata yang ditutup.

"Tak, sikit aje lagi nak sampai dah." Kata Raja Azreen dengan suara romantisnya.

"Hmm..."

Tiba-tiba Izaty teringat kisah dahulu. Pernah dijadikan bahan ketawa oleh Raja Azreen. Dibaling telur, tepung, air tandas... Sumpah serik! Kalau Raja Azreen buat benda yang sama macam dulu lagi macam mana?

Entahlah kenapa dia bodoh sangat sebab nak berbaik balik dengan lelaki ini yang selalu sakitinya pada zaman sekolah dahulu. Dia masih ragu-ragu apa yang Raja Azreen ingin lakukan.

Tiba-tiba badan Izaty rasa sejuk. Sangat sejuk tapi masih selesa. Tiba-tiba dia disuruh duduk oleh Raja Azreen.

"Okay, saya akan buka ikatan ini okay dalam kiraan 1...2...3..."

Ikatan itu terus dibuka oleh Raja Azreen.

"Tadaa..." Sambung Raja Azreen lagi.

Izaty jadi tergamam tidak terkata-kata. Sepantas kilat dia memandang wajah Raja Azreen yang sudah tersenyum manis.

"Awak..." Kata Izaty separuh gagap. Dia sudah hilang kata-katanya.

"Ye saya." Balas Raja Azreen sambil tersenyum.

"Terima kasih..." Sambung Izaty.

"Sama-sama..." Kata Raja Azreen sambil melabuhkan punggungnya di kerusi. Mereka saling bertentangan mata di meja bulat itu. Sebuah candlelight dinner dihadiahkan kepada Izaty daripada Raja Azreen.

Izaty sangat terharu. Baru kali ini dia terasa di layan seperti manusia. Setitis air matanya menitis jatuh ke pipi. Terharu. Tak sangka ada seseorang sanggup buat dia kejutan seperti ini.

Tiba-tiba sahaja air mata Izaty jatuh ke pipi itu diseka oleh Raja Azreen dengan tisu.

"Shh.. dah janganlah nangis. Saya buat benda ni bukan nak tengok awak menangis... Saya buat sebab nak tengok awak tersenyum. Senyum sikit?" Kata Raja Azreen dengan senyuman manisnya.

Izaty masih lagi tidak terkata. Dia tersenyum sambil menutup mulutnya.

"Ya Allah... Terharunya..." Kata Izaty.

Raja Azreen tersenyum.

Tak sangka pula di tempat seperti ini ada restoran yang romantik macam ini. Gayanya betul-betul ala eropah. Sangat cantik, siap ada orang main muzik lagi.

Hidangan mereka telah sampai. Izaty tunduk ke arah pelayan yang menghantar makanan mereka sebagai tanda terima kasih.

"Ayuh, makan." Pelawa Raja Azreen.

Izaty mengangguk. Nak suap daging tu pun malu-malu jadinya.

Nasiblah dia pakai lawa sikit malam ni. Kalau tak buat malu je.

"Hmm, awak nampak sangat cantiklah malam ni." Puji Raja Azreen.

"Eh, saya hari-hari lah cantik. Tak pernah tak cantik haha..." Izaty cuba berseloroh.

"Haha, betul. Awak hari-hari cantik." Raja Azreen turut ketawa.

"Awak kata nak balik melaka dah? Err... Awak kerja apa sekarang?" Tanya Izaty bila lagi dengan hatinya yang sudah berbunga-bunga kembang mekar di hati. Rasa sayang mula timbul pada dirinya.

"Owh, saya doktor. Ambil cuti sekejap."

"Wahh.. Doktor handsome. Untunglah. Kalau handsome macam awak hari-hari demam pun tak apa. Hehe..." Izaty ketawa.

"Haha... Tak adalah." Balas Raja Azreen.

'Hmm, tak hairanlah kan dia ni kerja bagus. Yalah, budak paling pandai kat sekolah dulu. Kalau tak kerja bagus tu entahlah nak kata apa.' Kata Izaty dalam hati.

Masing-masing terdiam.

Tiba-tiba Izaty bersuara memecahkan kesunyian.

"Erm, awak memang tak pergi jumpa Izaty dah ke?" Tanya Izaty perlahan.

Tanya Izaty sambil menyuapkan daging itu ke mulutnya.

"Ish, awak pergi sebut nama dia tu dah kenapa? Habis rasa nak muntah." Serta merta wajahnya berubah.

Izaty hanya tersenyum hambar sambil tertunduk ke bawah. Selera makannya juga terus hilang.

'Raja, kalaulah kau tahu depan kau inilah Izaty, macam mana reaksi kau kan? Hmm...' Izaty berkata dalam hati dengan wajah sedih.

"Saya sampai sekarang tak boleh maafkan Izaty." Kata Raja Azreen sambil mengetap gigi.

Kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Raja Azreen itu terus menyentap jiwanya. Sudu yang dipegangnya terus jatuh ke pinggan.

"Eh, Nurul kenapa ni?" Tanya Raja Azreen sambil mengerut kening.

"Eh, tak ada apa-apa." Balas Izaty sambil cuba untuk tersenyum.

"Awak cakap... Awak takkan maafkan dia?" Sambung Izaty lagi inginkan kepastian.

"Ya, saya takkan maafkan dia."

"Tapi, macam mana salah awak kat dia pulak?"
Kata-kata Izaty membuat Raja Azreen terkaku pula.

"Ah, lupakanlah dia tu. Kita buat hal kita aje malam ni."

"Awak cakap, awak dah nak balik melaka? Tak pergi jumpa Asmida ke?"

"Haish... Awak nilah. Kenapa malam ni awak suka spoilkan mood saya?" Kata Raja Azreen dengan wajah bosan.

"Maaf." Balas Izaty seadanya. Wajahnya diarahkan ke arah bertentangan.

Sebaik sahaja Raja Azreen tengok muka merajuk gadis yang dipanggil 'Nurul' itu...

"Fuhh... Baiklah, baiklah..."

Izaty kembali memandang ke arah lelaki itu.

"Saya dengan dia dah tak ada apa-apa, tapi saya tahu nak cakap macam mana. Saya dah bosan dengan dia."

'Hah? Biar betul? Dari zaman sekolah duk berkepit. Tapi, hari ni senang-senang aje cakap bosan? Dasyatnya dia ni.' Kata izaty dalam hati.

Dia betul-betul terperanjat dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Dulu merekalah 'sweet couple' yang pernah wujud di era itu. Tapi sekarang? Senang aje cakap bosan.

"Awak... Biar betul?"

"Haah, betullah." Jawab Raja Azreen.

Izaty hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.

"Emm... Nurul, tutup mata lagi sekali please?" Pinta Raja Azreen setelah moodnya kembali baik. 

"Hah? Lagi?" Izaty mengeluh.

"Alah, tak lama, 30 saat je."

"Hmm, okay." Izaty ikut sahaja kehendak lelaki di hadapannya, lalu dia menutup mata.

"Ok, sekarang dah boleh buka."

Izaty terus membuka matanya.

Dia tergamam. Kali ini dia lebih terkejut besar. 10kali ganda dari tadi terkejutnya! Apa semua ni? Segalanya bermain di mintanya. Dia sudah tidak terkata. Jantungnya berdegup kencang, jarinya juga sudah terketar-ketar.

"Ini khas untuk awak..."

Raja Azreen menunjukkan sekotak cincin berwarna merah di dalamnya ada sebutir cincin emas bertakhtakan berlian.

Izaty masih lagi terkejut. Tidak tahu mahu senyum atau menangis.

"Sudikah awak menjadi pasangan saya?" Pinta Raja Azreen dengan wajah polos.

Izaty yang masih lagi terkedu memandang ke arah wajah Raja Azreen dalam beberapa saat kemudian dia memandang kembali ke arah cincin itu.

"Err..." Izaty masih lagi terkaku tapi mulutnya tersenyum.

"Sudikah awak?" Raja Azreen masih lagi tertanya dengan wajah tidak sabar.

'Aduhh... Nak jawab apa ni?' Kata Izaty dalam hati yang masih lagi terdiam.

Izaty menarik nafasnya dalam-dalam lalu dihembuskannya keluar.

Izaty mengangguk perlahan sambil tersenyum sebagai tanda ya!

Bagaikan mimpi sahaja, dahulu dia sukakan Raja Azreen dan sekarang di minta jadi pasangannya pula!

"Betul!" Kata Raja Azreen dengan nada yang sangat teruja.

Izaty tersenyum sambil mengangguk.

Tangannya dihulurkan supaya Raja Azreen dapat menyarungkan cincin itu.

Lalu, dengan hati yang senang, Raja Azreen mengambil cincin itu dari kotaknya. Bibirnya tidak henti mengukirkan senyuman indah. Terasa sangat bahagia malam ini. Raja Azreen sudah mula ingin menyarung cincin tersebut.

Tiba-tiba Izaty tersentak. Senyumannya yang manis tadi terus terpadam. Matanya tiba-tiba sahaja layu.

'Budak gemuk.' Perkataan itu tiba-tiba sahaja berada dalam fikirannya berulang-ulang kali. Wajahnya yang gemuk dan hodoh dahulu juga terimbas kembali di hadapan matanya. Kata-kata hinaan dahulu kembali terimbas ke mindanya dalam beberapa saat.

Pantas dia menarik tangannya kembali.

Tindakan Izaty sebentar tadi mengejutkan Raja Azreen. Raja Azreen tergamam sambil matanya memandang ke arah Izaty yang matanya mula berkaca.

"T... Tak... Tak..." Kata Izaty sambil menggelengkan kepalanya.

"Kenapa ni?" Tanya Raja Azreen.

Izaty memandang wajah Raja Azreen sekilas.
Air matanya sudah bertakung.

"Tak... Saya tak boleh terima." Kata Izaty perlahan.

"W...why?" Soal Raja Azreen.

"Maaf, maaf saya tak boleh terima." Kata Izaty dengan air mata sudah mula deras jatuh ke pipi. Izaty terus bangun dari kerusi itu dan berlari semahu yang mungkin sambil air matanya sudah berderai.

Raja Azreen terkaku di meja itu seorang diri sambil matanya melihat gadis yang dia cintai itu berlalu pergi.

****

Izaty berlari semahu-mahunya di malam itu tanpa ada arah tuju. Dia sendiri tidak tahu hendak ke mana.

"Argh!!!" Izaty meraung sekuat hati sambil mengalirkan air mata semahu-mahunya.

"Ya Allah..." Izaty jatuh tersujud ke lantai jalan. Air matanya mengalir dan terus mengalir.

Dia tidak dapat terima cinta Raja Azreen hanya satu sebab! Ya satu sebab!

Sebabnya ialah, dia adalah Izaty! Bukannya Nurul yang disangka-sangkakan oleh Raja Azreen.

Macam mana Raja Azreen nak terima dia jika dapat tahu dialah Izaty yang dibencinya dahulu? Bagaimana dia nak mencintai lelaki yang bencikan dirinya? Bagaimana?

Kata-kata Raja Azreen sebentar tadi kembali terimbas di mindanya.

"Saya sampai sekarang tak boleh maafkan Izaty!"

"Saya sampai sekarang tak boleh maafkan Izaty!"

"Saya sampai sekarang tak boleh maafkan Izaty!"

Kata-kata itu berulang di mindanya berkali-kali.

"Arghhhh!!! Ya Allah! Kenapa kau berikan aku dugaan yang sangat berat macam ni? Kenapa Ya Allah? Apa salah aku Ya Allah?"

Tiba-tiba hujan turun membasahi bumi. Serta-merta tubuhnya mula kebasahan. Dia menangis seorang diri dalam hujan.

"Argh! Kenapa Raja! Kenapa kau tak boleh terima aku! Kenapa?!"

"Kenapa kau cintakan Nurul? Bukan aku?!" Izaty masih bertanya sendiri.

"Kenapa!!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience