58

Romance Completed 27014

Orang ramai mula memenuhi rumah banglo putih yang serba mewah itu. Rafiq kelihatan segak bergaya mengenakan baju melayu berwarna putih siap bersampin lagi. Songkok hitam setia berada di atas kepala, wajahnya mesra melayan tetamu.

Senyuman manisnya juga setia terlekat di bibir. Ramai juga perempuan-perempuan, anak dara sunti yang baru lepas habis SPM asyik memerhatikannya daripada jauh. Siap ada lagi yang tulis nombor telefon di atas tisu lalu suruh budak-budak kecil hantar padanya. Rafiq hanya ketawa terbahak-bahak apabila kertas itu sampai kepadanya. Habis merah padam muka putihnya itu. 

"Aduh, aku umur dah 26 pun ada budak-budak suka aku lagi ke? Aku dah nak kahwinlah korang ni pun haish." Ucap Rafiq perlahan sambil matanya tertancap pada kertas itu tanpa henti.

Rafiq hanya mampu melambaikan tangan ke arah gadis-gadis itu sebagai tanda terima kasih.

Gadis-gadis itu apa lagi, histerialah jadinya apabila lelaki kacak menegur mereka. Dasar budak-budak baru nak up! Mengeletis je tahu! Puih!

"Rafiq, cepatlah sayang mama. Dah nak akad nikah dah ni buat apa duduk dekat luar tu lagi aduh." Panggil mamanya dari jauh. 

"Okey ma! Sekejap!" Balas Rafiq dari jauh. 

Rafiq berlari-lari anak dibuatnya masuk ke dalam rumah tetapi pada masa yang sama, dia harus mengawal machonya juga. Tak bolehlah nampak huru-hara sangat. Jatuhlah saham dia nanti.

"Ahhhhhh!!! So cute! So cute! Abang Rafiq, we love you." Jerit budak-budak perempuan yang umur mereka dalam lingkungan 16-20 tahun.

Ah! Lingkup budak-budak zaman sekarang. Habis hilang malu anak muda zaman sekarang.

Semua orang yang patut ada di dalam ruangan itu sudah duduk bersila di bawah kecuali Rafiq yang baru tiba. Semua mata tertumpu pada Rafiq yang baru tiba dengan senyuman.

"Maaf, maaf.." Pinta Rafiq, lantas Rafiq duduk bersila di sebelah Tok Khadi.

Rafiq tersenyum lalu menganggukkan kepalanya ke arah Tok Khadi itu. Tok Khadi itu hanya berwajah serius. 

"Bismillah... Semua dah sedia? Boleh saya mulakan? Saya tak mahu ada sebarang gangguan lagi. Saya nak pergi nikahkan anak orang pulak ni." Tanya Tok Khadi itu sambil matanya memandang ke arah orang ramai di dalam ruangan itu.

"Ya, ya silakan Tok Khadi." Ucap Rafiq dengan senyuman.

"Baiklah. Bismillah..."

"Tunggu! Jangan mulakan lagi majlis ini!" Jerit satu suara dengan termengah-mengah di tepi pintu.

"Ya Allah Ya Tuhanku, apa lagilah ni! Haish!" Marah Tok Khadi sambil memegang sarbannya.

Semua orang memandang ke arah perempuan yang baru sahaja tiba yang memakai berbaju kurung putih berkain satin dan dikenakan dengan tudung selendang berwarna putih itu.

Suasana sepi sejenak! Nafas perempuan itu semput turun naik. Wajahnya kelihatan agak gelisah disebalik mekap nipis itu.

"Eh? Izaty!" Kata Rafiq terkejut. Terbeliak matanya memandang ke arah Izaty, segera dia pergi dapatkan Izaty. Wajahnya kelihatan serius. 

"Izaty apa you buat kat sini?" Rafiq menarik lenggan baju kurung Izaty lalu mereka pergi ke satu sudut.

Izaty menepis kasar.

"Ish! Saya datang ni sebab awaklah! Sebab saya tak nak kehilangan awak. Saya takkan biarkan awak jadi milik orang lain. Saya sayangkan awak. I'm so sorry okay?" 

Rafiq memandang lama ke arah wajah Izaty, lantas tersenyum comel. Tiba-tiba sahaja dia menghemburkan ketawa kuat.

Orang-orang yang ada di dalam ruangan itu hanya memerhatikan mereka berdua sambil berbisik-bisik ke arah mereka berdua.

Izaty menggerutkan dahinya. Dia tengah serius, boleh pulak Rafiq ketawakan dia. Izaty hanya mampu mengengam penumbuk geram sambil matanya tepat memandang ke arah Rafiq.

"Hey, are you kidding me?" Kata Rafiq.

"What?" Balas Izaty dengan wajah tidak mengerti.

"Look at that!" Jari telunjuk Rafiq tepat menunjukkan tepat ke arah seseorang dengan masih melekat sisa tawanya.

"Oh My Chanel!" Kata Izaty sambil kedua belah tangannya memegang pipi.

Terbeliak mata Izaty dibuatnya! Gila tak terbeliak. Dia memandang muka Rafiq dengan salah seorang lagi. Dia memandang muka Rafiq lagi sekali dengan salah seorang lagi sebanyak lima kali berturut-turut tanpa berkelip.

"Hah? A... Apa?!" Kata Izaty terkejut. Sumpah dia rasa macam nak pengsan sekarang ni!

Rafiq sudah ketawa kuat. Mulutnya ditutup dengan tapak tangan. Dia terasa puas lihat muka Izaty yang sudah terkejut beruk itu.

Melina dengan lelaki seorang lagi datang menghampiri Izaty yang dalam keadaan kebinggungan itu. Mereka berdua tersenyum nipis ke arah Izaty.

"Hai, Saya Afiq. Kembar Rafiq." Kata Afiq dengan mesra ke arah Izaty.

"Apa?! Kembar?!" Kata Izaty lagilah dia terperanjat. Rafiq tak bagitahu pun yang dia tu ada seorang kembar!

"Jadi yang saya..." Sambung Izaty lagi.

"Ya, yang awak nampak dalam ofis tu saya sebenarnya and yang awak lempang haritu pun saya." Kata Afiq sambil tersenyum ke arah Izaty.

"Ya Allah, maaflah saya tersalah lempang. Kalau saya tahu itu bukan Rafiq saya takkan lempang. Maaf, maaf." Kata Izaty tertunduk meminta maaf macam orang Jepun.

"A'ah tak apalah. Saya tak marah pun." Balas Afiq sambil tersenggih-senggih.

"Haha, nasib awak tak bagi penerajang dekat adik saya ni. Kalau tidak, haha." Kata Rafiq yang masih ketawa.

"Yang patut kena terajangan maut saya tu, awak yang tengah berdiri depan saya sekarang ni! Hergh!" Kata Izaty seraya matanya memandang tajam ke arah Rafiq. Sumpah! Dia kena habis-habisan dengan Rafiq kali ini.

Terketar-ketar Izaty dibuatnya macam nak pengsan. Rafiq pulak asyik ketawa tak henti. Bodoh punya jantan!

Nampaknya pranknya menjadi. Urm?? Mungkin agak keterlaluan? 

"Jadi, yang nak kahwin..." Izaty mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil memandang ke arah wajah Rafiq dan Afiq. Dua-dua serupa cuma beza Afiq ada tahi lalat kecil sebesar titikan dakwat di bawah bibir. Alahai... Kenapalah dia tak perasan, tahi lalat tu kecil sangat kot.

"Ye, bukan saya. Tapi adik saya Afiq dengan Melina." Kata Rafiq sambil tersenyum sinis ke arah Izaty. Dalam hati sudah kata 'padan muka' kat Izaty. Tulah cemburu buta lagi. Cemburukan tanda sayang?

Pap!! Lengan Rafiq ditampar oleh Izaty. 

"Argh!" Rafiq mengaduh sakit. .

"Habis, awak tu gatal cakap awak tu yang nak menikah dah kenapa? Hah? Gatal sangat? Hah! Hah!" Izaty terus menampar kuat lengan Rafiq yang sasa itu berkali-kali. 

"Ahaha... Awak tu lah yang nakal sangat! Orang nak terangkan hal sebenar yang semua ni salah faham je, awak tak nak. Haa, kan dah malu." 

Izaty berhenti daripada menampar lengan Rafiq. 

"Habis yang saya jumpa hari tu kat pejabat awak tu, bukan awaklah... Jadi yang tu... adik awak? Afiq?" Kata Izaty lagi kerana inginkan kepastian 200%.

"Haah, dia lah." Cakap Rafiq dengan nada main-main. 

*krik-krik... Awkward... 

"Saya ada hal sikit. Saya suruh dia uruskan kejap kat situ. Yang itu saya tak kenakan awak okay sebab saya betul-betul tak tahu awak nak datang. Yang saya kata nak kahwin hari ini tu, yang tu betul saya kenakan awak. Haha." Sambung Rafiq lagi sambil cuba untuk berhenti dari ketawa.

*krik-krik... Awkward lagi sekali.

"Hah? Apa.. Ya Allah.. Malunya aku.." Kata Izaty sambil memegang pipinya. Matanya dipejam serapat mungkin. Barulah dia perasan semua mata memandang ke arahnya. Alamak lagi malu lah jadinya. 

"Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Kacau majlis orang lain. Ya Allah.. Astarfirullah... Afiq, maaf eh, Melina maafkan akak eh.. Akak tak tahu." Rayu Izaty bersungguh-sungguh. 

Melina dan Afiq hanya ketawa. 

"Tak apelah sis, Mell faham." Kata Melina atau lebih mesra dipanggil Mell. Gadis Melayu kacukan Cina itu tersenyum manis ke arah Izaty.

"Betul! Betul! Betul! Lagipun... Kan Izaty akan jadi akak ipar kita orang pasni? Haha." Kata Afiq sambil menjeling ke arah Rafiq dan Izaty. 

Terus merah pipi Izaty dibuatnya. Malu. Haiyaa... Boleh pulak dia cakap macam tu depan orang ramai. Buang karan betul!. 

"Hah? Kita... Bila pulak nak kahwin ni sayang?" Kata Rafiq sambil mengenyit mata sebelah. Bibirnya digigit seksi. 

*krik-krik... Awkward again... 

Izaty memalingkan wajah ke arah lain. Takut.. Takut tergoda dengan muka gatal Rafiq. Auchh!!! Hahaha... 

"Ehh, kami yang nak kahwin ni. Boleh tak kita mulakan?" Kata Afiq. Kasihan orang tunggu drama melayu mereka ni lama sangat. 

"Haah, sorry, sorry... Jom jom.." Kata Rafiq. Mereka semua mulakan majlis yang tergendala sebentar tadi. Ini semua gara-gara drama yang dibuat oleh Izatylah ni herghh!!. 

Izaty mendekatkan diri dengan Rafiq lalu dia berbisik. 

"Ish, awak ni kan, kenapa tak cakap awal-awal? Kan saya dah malu." Kata Izaty separuh berbisik. 

"Nak cakap macam mana, lain kali bagi peluang dulu okay dekat orang tu kalau dia nak cakap sesuatu. Ni tak, acah macam dalam novel melayu awak tu. Sikit-sikit nak berdrama tapi sekurangnya, saya nak tengok sayang tak awak dengan saya... Hek hek hek... Sayang gak eh awak dengan saya." Kata Rafiq sambil mengenyit mata berkali-kali. 

"Ish, gila tak sayang. Dahla baik hati, sweet talker,  handsome pulak tu. Takkan saya nak lepaskan aje macam tu. Hihi..."

"Eee.. Gatal eh awak?" Kata Rafiq.

"Gatal dengan awak je, dengan orang lain tak. Hehe.." 

"Hmm, ya lah. Saya sayang awak je tahu." Balas Rafiq sambil tersenyum ke arah Izaty.

"Saya pun sayang dekat awak je jugak." Balas Izaty malu-malu. 

Mereka terus duduk dan menyaksikan majlis akad nikah tersebut.

~~~~~•~~~~~

Sebaik sahaja majlis akad nikah selasai. Terus Rafiq menarik tangan Izaty lalu di bawa ke tempat yang agak tidak ramai orang. 

Izaty ikut sahaja kehendak Rafiq tanpa banyak tanya sambil tersenyum gembira. Sebaik sahaja mereka berdiri di bawah pokok langkah mereka berdua terhenti.

"Kenapa awak bawak saya ke sini?" Tanya Izaty hairan sebab orang lain tengah happy-happy dengan majlis persandingan boleh pulak mereka berdua duduk di sini. 

"Saja, saya rindu dah lama tak tengok muka awak. So sekarang ni saya nak lepaskan rindulah kat awak ni.." Kata Rafiq tersenyum manis. 

"Yelah tu. Padahal awak dah ada perempuan lain apa kat luar sana. Yalah, handsome kan." Kata Izaty sambil memeluk tubuh. Bibirnya dimuncungkan manja. 

"Eh, tak tak.. Saya sayang awak sorang je. Sumpah makan sate 30 cucuk!"

"Kerana apa?" Tanya Izaty pula sambil mengangkat kedua belah keningnya.

"Kerana dia cinta." Balas Rafiq sambil mencuit manja hidung Izaty.

"Siapa dia tu?" Tanya Izaty pula sambil mencuit manja pipi Rafiq. Bibirnya tersenyum manis.

"Awaklah, siapa lagi." Kata Rafiq sambil tersenyum manis. Tanggannya disilangkan sambil matanya tepat memandang ke arah Izaty.

Izaty tersenyum malu.

Nakal!

"Awak, janji dengan saya. Awak takkan lupakan saya sebab hati saya hanya untuk awak. Takde orang lain yang boleh gantikan awak dalam hati saya." Kata Rafiq dengan wajah bertukar sayu.

"Okey, saya janji takkan tinggalkan awak forever! Tapi!"

"Tapi?" Rafiq mengerut dahi menunggu jawapan Izaty. 

"Tapi kalau ajal yang memisahkan kita saya tak boleh buat apa." Kata Izayy seraya tersenyum hambar.

Rafiq tersenyum. 

"Okey, ajal je yang akan pisahkan kita berdua."

"Saranghe!" Tiba-tiba Rafiq cakap korea sambil tangannya membuat bentuk hati. 

"Ehh, masa bila jadi mamat korea ni? Haha.. Kelakarlah awak yang buat. Hahaha..." Izaty kerawa terbahak-bahak. 

"Haaa... Macam ni comel, tak nak sedih-sedih dah okey pasni.. Janji?" Kata Rafiq cuba menceriakan kembali suasana.

Izaty mengangguk pantas. 

"Yerr.. Saya janji i swear! Promise! Deal! Dah! Dah! Jomlah kita masuk." Balaz Izaty dengan tersenyum comel. 

"Ok jom saya pun lapar sangat ni." Kata Rafiq sambil mula melangkah untuk masuk diikuti oleh Izaty.

"Alah, kenapa tak makan? Sakitkan susah."

"Tak lalu nak makan sebab asyik teringat dekat awak je." Kata Rafiq seraya tersenyum nakal.

"Ergh, mengadanya dia sekarang ni." Kata Izaty seraya memandang ke arah Rafiq yang segak bergaya memakai baju melayu sama warna dengannya.

"Awak ni asyik tiru saya je. Haritu dekat rumah Kak Nabilah pun sama."

"Eleh dia yang tiru kita!" Kata Rafiq sambil kedua belah tangannya diletakkan di belakang kepala.

"Mana ada!"

"Ada!"

"Mana ada!"

"Ada!"

"Okay fine! Ergh!"

Kaki mereka melangkah masuk ke rumah banglo itu secara perlahan-lahan. Masing-masing terdiam dalam beberapa saat.

"Ehh? Awak nak anak berapa orang eh?" Tiba-tiba Rafiq bersuara dan menanyakan soalan itu tanpa segan silu.

"Eyew.. Rafiq!!!" Izaty menolak lengan Rafiq. 

"Hahaha..." Rafiq hanya mampu ketawa.

Mereka kelihatan sangat bahagia bersama. Harap dengan izin Allah S.W.T mereka akan kekal bahagia buat selamanya seperti kisah fantasi.

Amin..

Vote and Comment .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience