22

Romance Completed 26570

Izaty berjalan dengan pantas kerana terlalu seronok dapat beli novel baru. Seronoknya sehingga tidak terkata. Di tangannya sudah ada satu beg plastik besar yang berisi lima buah novel!

Izaty ini memang hantu novel. Kalau ada masa lapang sebuah novel boleh dihabiskannya dalam masa sehari! Kalau novel tebal dia mengambil masa dalam dua atau tiga hari.

Dia sudah tersenyum macam orang gila sambil memandang isi beg plastik itu. Jalan di hadapan langsung tidak dipandangnya.

"Wah, tak sabar nak baca ni..." Kata Izaty seorang diri dengan nada teruja.

Prett!!!

Izaty dengan tidak sengaja, dia terpijak kaki seseorang di hadapannya.

"Ouch!!!" Lelaki itu mengaduh kuat. Kasut kulitnya tercabut masuk ke dalam longkang. Telefon pintarnya pula terpelanting jatuh ke lantai simen.

Izaty memandang ke lantai. Dia buat muka terkejut, kedua tapak tanganya diletakan ke pipi Habis bertaburan novel-novel yang baru dibelinya, dengan segera dia mengutip kembali.

"A... alamak! Telefon aku!"

Suara seorang lelaki mengejutkan Izaty. Bebola matanya terus membutang dan tangannya terhenti daripada mengutip novel.

'Alamak, aku ada langgar orang ke?!' Izaty bermonolog di dalam hati. Aduh Izaty ni! Macam mana dia boleh tak perasan yang dia tu dah terlanggar orang? Tak perasan ke? Ke asyik berkhayal dengan novel tu sampai tak sedar?

"Arghh!! My phone!"

"Habis retak skrin telefon aku!" Sambung lelaki itu dengan nada gelisah. Telefon Iphone keluaran terkini miliknya itu diambil kembali dari lantai. Remuk hatinya apabila terlihat skrin telefon kesayangannya itu retak. Dia baru sahaja beli dua bulan lepas, dah berkecai. Aduh!

"E...encik maafkan saya." Segera Izaty meminta maaf walaupun suaranya bergetar-getar. Jantungnya berdegup laju. Mata Izaty redup sahaja memandang lelaki itu.

Lelaki itu memusing ke belakang untuk memandang perempuan yang baru sahaja menjatuhkan telefon pintar miliknya itu giginya sudah diketap serapat yang mungkin.

Kini, anak mata mereka saling bertembung antara satu sama lain...

....

...

....

Mereka berdua tergamam seketika setelah bertentangan mata.

Izaty terpukau sebentar melihat lelaki di hadapannya itu. Nafasnya juga seakan-akan terhenti. Bulu romanya juga sudah berdiri terpacak. Matanya tidak berkelip setelah memandang lelaki yang berkulit putih bersih itu matanya pula berona coklat muda, berkening tebal dan berambut agak berwarna perang semula jadi. Bibir dia pula auch! Seksi. Bentuk mukanya pula bujur sireh dan hidungnya juga Ya Allah mancung gila!

'Wow... kacaknya dia ni lagi handsome dari Raja Azreen!" Kata Izaty dalam hati sambil menelan liur. Jantungnya mula berdebar-debar.

Lelaki itu turut memandang ke arah Izaty dengan mata tidak terpejam seolah-olah sudah terpukau dengan kecantikkan Izaty.

"Uish, lawa jugak awek depan aku ni." Kata lelaki itu dengan kakinya juga sudah berhenti berdenyut.

Selepas beberapa saat, lelaki itu menggelengkan kepala cuba untuk tersedar dari lamunan yang panjang dan berhenti berkhayal.

"Ish! Wei, apa masalah awak ni? Nak terpenyet kaki saya ni awak pijak tahu." Rasa sakitnya tiba-tiba datang kembali.

"Maaf, maaf." Kata Izaty setelah tersentak dari lamunan. Dia hanya mampu tertunduk.

"Ah! Tak adanya maaf, maaf." kata lelaki itu sambil mengerut dahi.

Izaty terpandang lama ke arah kaki lelaki yang tanpa kasut sebelah. Izaty tersenyum seorang diri di situ.

'Hah, patutlah marah sangat, aku terpijak kaki dia sampai tercabut kasut rupanya haha tapi macam mana boleh tercabut? Yang bestnya tu, stoking gambar kartun Mickey Mouse! OMG! Mickey Mouse ! Hahaha" Izaty ketawa berdekah-dekah dalam hati. Takut untuk melepaskan ketawanya itu betul-betul.

Lelaki itu mula sedar perempuan di hadapannya tidak henti dari tersenyum-senyum sambil memandang ke arahnya tapi mata gadis itu terarah ke bawahnya.

'Aik, minah ni pandang apa kat bahagian bawah aku ni? Gangguan seksual ke?' Lelaki itu bermonolog di dalam hati. Perlahan-lahan matany turut turun ke memandang ke bawah.

'Apa yang lucu sangat?' Kata lelaki itu dalam hati sambil turut memandang ke bawahnya.

'Lailahaillallah... kasut aku tercabut rupanya! Patutlah rasa berangin semacam je!'

"Woi! Apa awak gelak-gelak hah?" Tengking lelaki itu mula rasa malu sambil menyembunyikan kakinya ke belakang. Kantoilah dia pakai stokin Mickey Mouse hari ini.

"Err... urk... mana ada. Tak ada, tak ada. Saya tak tengok apa-apa pun." Izaty mencebikkan bibirnya sambil matanya memandang ke arah lain.

"Yalah awak tu. Sekarang saya nak awak cari balik kasut saya lagi sebelah kat mana." Jari telunjuk lelaki itu tepat terarah ke muka Izaty.

"Kenapa saya pulak? Itu kasut encik!" Kata Izaty cuba untuk membela diri.

"Sebab... awak yang bagi hilang kasut saya tu, faham?!" Kata lelaki itu sambil matanya yang bulat itu dibutangkan.

"Hish! Yalah."

Dengan rasa sebal, Izaty mencari juga di mana jejak kasut lelaki itu. Cerewet betul lelaki depan dia ni semua tak kena.

Izaty mula tercari-cari di keseliling kawasan itu. Dia merasakan kasut itu tidak pergi jauh hanya berada di kawasan sekitar situ sahaja.

Tiba-tiba matanya terbeliak memandang ke dalam longkang. Dia mula rasa cuak.

"Err..Ops? Hehe." Izaty berkata perlahan tetapi masih boleh didengari oleh lelaki di belakangnya.

"Hah! Hah! Apa ops-ops?" Kata lelaki itu sambil datang ke arah Izaty dengan suara yang agak tinggi. Dia turut memandang ke dalam longkang. Dia juga ingin tahu apa yang perempuan itu pandang.

"Argh! Kasut aku dalam longkang?!"

Matanya terbeliak memandang ke arah Izaty. Mulutnya terlopong luas. Izaty sudah menggigit bibir.

"Err... ops?" Kata Izaty sambil tersenyum tidak bersalah. Kedua belah tangannya diletakkan ke atas kepalanya.

"A.. apa? Ops?" Kata Lelaki itu sambil turut tersenyum ke arah Izaty tapi senyuman lelaki itu agak sinis.

Izaty tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Hihi, Maaf?"

"Hah, maaf? Banyaklah maaf! Awak dah pijak kaki saya sampai kasut saya terpelanting masuk dalam longkang. Tak cukup dengan tu, telefon saya jahanam. Ingat senang-senang je saya nak maafkan? Hell no!"

Izaty tertunduk ke bawah sambil mendecit. Kemarahan lelaki langsung tidak menakutkan Izaty kerana ketegasan lelaki itu comel. Nada cara dia cakap pun lawak. Bukan marah yang garang tapi marah yang comel bagi Izaty. Mesti lelaki ini baik orangnya tak pandai nak marah-marah.

"Sekarang, apa awak rasa patut buat?" Lelaki itu mula bernada tenang sambil pinggangnya dicekakkan.

"Err...Ambil balik kasut encik?" Kata Izaty sambil tersenyum.

"Ya, pandai pun." Balas lelaki itu dengan lembut tapi suaranya sangat menggoda.

Izaty berdiri kaku. Dia teragak-agak untuk mengambil kasut lelaki itu yang sudah berada di dalam longkang busuk.

"Awak tercegat apa lagi kat situ? Saya cakap sekarang!" Kata lelaki itu sambil memeluk tubuhnya. 

Rela tak rela, dia terpaksa juga mengambil kasut itu. Dia menelan liur beberapa kali, lalu dia mengambil kasut itu dari longkang menggunakan pen merah yang sentiasa berada dengannya.

Lelaki itu menahan ketawa kecil melihat gadis cantik di hadapannya itu terkial-kial mengambil kasutnya.

Sebaik sahaja Izaty mencapai kasut itu, dia terus membaling kasut ke arah lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu memandang kasutnya dibaling seperti bola.

"Oi! Kasut saya, awak baling-baling je? Awak ingat kasut saya apa? Bola? Dua pasang lima ringgit?" Kata lelaki itu sambil mengetap gigi rapat.

"Itu pun nak marah?"

"Mesti ahh."

Bebola mata lelaki itu bergerak ke kiri dan ke kanan seakan-akan mencari sesuatu. Dia terlihat beg plastik. Dengan segera dia mengambil beg plastik itu. Isi di dalam beg itu di campak buang seperti orang tiada perasaan.

Mulut Izaty terlopong luas.

"Ah? Novel aku! Eee! Geramnya aku!" Dengan segera dia menumbuk dada lelaki di hadapannya yang tegap itu. Izaty mula rasa nak marah bila hartanya diperlakukan sebegitu, dia buat harta orang takpe pulak?

"Awak tumbuk saya ke? Tak rasa pun?" Kata lelaki itu dengan berwajah polos.

"Eee, encik! Itu novel sayalah. Kenapa main campak saja?"

"Itu pun nak marah?" Kata lelaki itu dengan nada sinisnya. Sengaja dia nak memerli gadis di hadapannya itu kembali.

"Kisah pulak saya? Sekarang saya nak awak masukkan kasut saya ke dalam beg plastik ni."

"Tapi, beg plastik ni saya punya!"

"Cepat!" Kata lelaki itu dengan suara yang lantang.

"Hergh!" Izaty tiada pilihan. Tak berani nak buat lebih-lebih takut diapa-apakan pula. Dia cuba bersabar, dia masukkan juga kasut lelaki itu ke dalam beg plastik.

'Lelaki tak guna! Muka je handsome tapi hati! mengalahkan syaitan.' Izaty bermonolog sendiri.

"Nah! Ambil ni. Saya dah nak pergi. Saya harap sangat tak akan berjumpa dengan encik lagi!" Izaty terus mengumpul novel-novelnya lalu dipeluk. Baru Izaty ingin mengorak langkah, dia ditahan oleh lelaki itu sambil mendepakan kedua belah tangannya.

"Tunggu dulu..."

"Eee! Apa lagi?" Izaty menghentakkan kakinya. Dia mula rasa geram yang teramat sangat.

"Awak ingat senang-senang saja awak nak pergi." Kata lelak itu sambil tersenyum menampakkan baris giginya yang tersusun rapi itu. Masih tidak puas mengusik gadis depannya ini.

"Habis itu?" Izaty mengerutkan dahinya.

"Ada syarat." Lelaki itu tersenyum macho pula.

Tiba-tiba hati Izaty menjadi cair apabila melihat senyuman lelaki itu yang sangat menawan. Dia kembali ke alam nyata. Dia hanya dapat mengelamun dalam tiga saat sahaja. Tidak berani lebih-lebih.

"Apa?" Izaty bernada tenang.

"Awak kena janji dengan saya dulu, boleh?"

"Hah janji? Taknaklah. Buatnya janji yang bukan-bukan? Tak pasal-pasal saya jadi mangsa awak nanti."

"Ish! Awak ingat saya ni gila seks ke? Saya tak berminat dengan perempuanlah." Kata lelaki itu sambil mukanya pula dikerutkan.

"Hah?!" Mata Izaty membutang.

"Ish, tak payahlah nak terkejut sangat. Normallah dekat sini ada lelaki macam saya." Lelaki itu tersenyum, lalu mengenyitkan matanya.

"Cepatlah janji!" sambungnya lagi.

"B... baiklah. Janji."

"Mula-mula beli kasut dulu dekat saya."

Izaty sudah mula mengepal penumbuk tapi tangannya disorokkan dibelakang. Dia buat-buat senyum di hadapan lelaki itu.

'Macam-macamlah dia ni.' Izaty bermonolog lagi.

"Hmp! Mana duit." Izaty sudah menadahkan tangannya.

"Duit? Pakai duit awaklah!" Lelaki itu sudah tersenyum nakal.

"Hah, apa?"

"Awak dah janjikan?" Kata lelaki itu sambil tersenyum puas. Puas dapat kenakan gadis cantik di hadapannya ini.

"Hish! Yalah! Tunggu sini!" Tanpa banyak cakap, dia terus beredar pergi bersama-sama novelnya.

"Eh, eh. Tunggu sekejap. Novel ni tinggal dengan saya nanti awak lari." Lelaki itu terus merampas novel itu dari tangan Izaty.

"Okay fine!" Kata Izaty dengan tak banyak cakap. Dia terus beredar pergi dari situ untuk mencari kasut baru untuk lelaki yang sangat menyusahkan hidupnya hari ini. Lagi cepat cari kasut, lagi cepat perkara ini selesai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience