29

Romance Completed 26570

Seperti yang dijanjikan, dia ikut sahaja kehendak Rafiq. Izaty sudah berada di dalam cafe yang dikatakan itu. Dia berpakaian sangat simple hanya mengenakan baju blause dan tudung berwarn biru muda. Seluar dan kasut pula berwarna hitam. Kaca mata bulat dikenakan di wajahnya sebagai penghias wajahnya. Comel macam anak patung!

Izaty tidak henti-henti melihat jam telefon pintarnya. Wajahnya berkerut seribu. Nasib baiklah dalam cafe ni ada pendingin hawa, taklah stress sangat menunggu mangkuk ini yang tak muncul-muncul lagi ni.

'Hmm... Mana dia ni? Janji macam-macam, nak jumpalah, nak apalah. Entah-entah aku kena prank dengan dia lagi tak? Ergh!!! Kenapalah aku boleh kenal orang spesis macam ni? Aku pun satu bodoh senang-senang je dengar cakap dia.' Kata Izaty dalam hati mula rasa bosan menunggu Rafiq yang masih tidak tiba-tiba.

Izaty merenung pada dinding kaca pula sambil menunggu kelibat Rafiq. Dah lama dia tunggu ni, tak datang-datang juga lagi.

"Hei..."

Tegur satu suara yang mengejutkan Izaty dari lamunan yang panjang, sepantas kilat Izaty memandang wajah orang yang menegurnya itu.

Izaty mengerut wajahnya. Ditenung lama wajah lelaki di hadapannya itu.

"Hm?" Izaty tidak mengenali siapa di hadapannya itu.

"Hey? Are you okay?" Tanya lelaki itu dengan senyuman berkerut.

"Excuse, who are you?" Tanya Izaty kembali dengan nada perlahan.

"It's me idiot! Rafiq!" Kata Rafiq sambil membuka cap berwarna pink yang dipakainya itu.

"Really its you?" Kata Izaty sambil mengerut dahi. Dia betul-betul tak perasan.

Yalah, Rafiq siap pakai hoodie dan cap warna pink susu. Rambutnya pula dikusutkan di hadapan macam mamat korea. Hari itu, jumpak Rafiq sangat formal dan... Kemas tapi kali ini macam gayanya dah macam budak baru lepas habis SPM seminggu. Nampak macam childish sangat! Kalau macam ni barulah Izaty percaya anak ikan. Hehe.

"Why you look so different?" Tanya Izaty sambil memegang bahunya.

"Different? What different?" Kini Rafiq pula mengerutkan dahi lalu dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk bertentangan dengan Izaty.

"Taklah, hari tu nampak maskulin sangat rambut sikat tepi, pegang blazer bagai, kemeja, kasut kulit tapi, why tonight you look like..."

"Like what?" Kata Rafiq sambil melihat ke arah tubuhnya.

"Macam orang tak mandi je? Hahaha..." Kata Izaty sambil ketawa terbahak-bahak.

"Excuse you, saya dah mandi okay. Tu masa saya drive dari KL sampai sini, baru balik kerja time tu. Ini saya tengah cuti sekejap. Takkan cuti pun nak pakai macam orang pergi pejabat? Kalau orang tak kenal saya orang cakap saya ni baru 19 tahun kot."

"Eleh, orang yang kata macam 19 tahun tu rabun memanglah." Kata Izaty sambil memusingkan bebola matanya.

"Hehe." Rafiq hanya ketawa sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.

"Awak kerja apa?" Izaty buat muka serius. Kali ni dia takkan di tipu lagi oleh lelaki di hadapannya ini. Dia kena psiko balik lelaki ini seboleh mungkin.

Rafiq tersenyum. Air di hadapannya diambil lalu disedup selaju-lajunya.

"Hei! Air sayalah!" Marah Izaty perlahan. Tak sempat dia nak menghalang air jus orennya habis disebut hanya tinggal ketul ais sahaja. Dia punyalah nak berjimat dapat dekat laki ni sekejap je dah habis.

"Hehe, sorry saya dahaga sangat. Saya kerja dengan ayah sayalah. Kami ada syarikat sendiri tapi, syarikat tu bukan saya punya. No no no... Masih lagi under ayah saya. Hope dapatlah takeover syarikat tu nanti." Kata Rafiq tersenyum sambil menongkat dagu.

"Haa... Saya dah agak dah awak ni mesti anak orang kaya kan?"

"Hahaha... Tak adalah..." Kata Rafiq merendah diri. Anak matanya ditalakan ke bawah meja. Dia bukan jenis suka riak-riak ni.

"Eh, kejap haritu masa kali pertama saya jumpa awak saya ada cakap macam pernah tengok muka awak ni. Sekarang saya baru teringat. Awak ni ada hobi bawa kuda kan? Saya ada nampak muka awak dekat muka depan majalah." Kata Izaty dengan ceria setelah perasan siapa Rafiq ini. Barulah dia teringat yang Rafiq ini juga pemilik kelab kuda. Rafiq ini pun boleh tahan famous juga sebenarnya dan tak terkecuali ramai peminat semestinya!

"Eh, awak cam saya ke? Alah malu pula saya." Kata Rafiq sambil menutup mukanya ke meja dengan gaya comel.

"Alah, saya tahulah. Saya pun selalu jadi model untuk majalah and untuk pengetahuan awak, muka surat cerita awak dalam majalah tu sebelah dengan muka surat gambar saya je." Kata Izaty sambil tersenyum.

"Ouh, story saya muka surat 79 and gadis muka surat 83 itu awaklah? Yang posing macam orang gila tu? Oh! Tak sangka itu awak. Nice to meet you!"

"Macam orang gila awak cakap?" Balas Izaty dengan matanya tajam menikam Rafiq.

"Alah, gurau je. Okay, okay... awak lawa je pakai baju pengantin dalam majalah tu. Banyak-banyak model dalam tu awak yang paling lawa. Puas?" Kata Rafiq cuba untuk memujuk kembali.

"Hmm, tahu pun." Kata Izaty sambil memperbetulkan sedikit tudungnya. Dalam hati Izaty dah tersenyum tak sangka mamat yang dia usya naik kuda dalam majalah tu ada di depannya ini dan tengah bercakap dengan dia sekarang ni! Ahhh! Oh my God! Tambah lagi, Rafiq ingat wajahnya dalam majalah lapan bulan lepas itu.

"Awak kerja apa eh sekarang? Modelling lagi ke?" Tanya Rafiq pula sambil matanya tepat memandang ke arah Izaty.

"Hmm takde job modelling dah sekarang ni. Jadi cikgu tadika je." Izaty mula rasa malu. Yalah kerja tak ada kelas langsung.

"Hmm, awak suka budak-budak eh?" Tanya Rafiq yang sudah mula tertarik dengan pekerjaan Izaty itu. Dia pun suka budak-budak sebenarnya.

"Haih mestilah suka. Dia orang tu budak-budak mestilah comel bukan macam awak tu, tak padan dengan dah tua nak buat perangai macam budak-budak lagi hergh!"

"Aik? Marah? Tak baik tahu marah-marah? Kalau marah nanti cepat tua?" Usik Rafiq lagi. Rafiq ini sebenarnya ada flexibel orangnya. Masa kerja dia akan jadi maskulin sehabis-habisnya dengan muka seriusnya, baju kemeja disilangkan ke tangan dan seluar slack fit hitam. Pergh! Mengancam! Tetapi kalau di luar waktu kerjanya dia pakai biasa-biasa je ikut mood dia.

"Rafiq urm, maybe kali ini kita last jumpa." Kata Izaty perlahan tiba-tiba dia berasa sedih bila ucapkan perpisahan tadi entah kenapa.

"Why?" Rafiq mengerut dahi. Hatinya tersentak.

"Saya nak kena balik kampung dah esok pagi." Kata Izaty sambil menanggalkan cermin matanya.

"Ouh ya ke? Saya pun nak balik KL dah nanti.... Ops! Lupa!" Rafiq terus bangkit dan mula keluar dari kafe itu secara tiba-tiba.

Izaty mengerut dahi lagi. Kenapa Rafiq tiba-tiba sahaja lari? Di nak pergi mana? Izaty lihat sahaja gerak geri Rafiq dari dalam kafe. Dia nampak Rafiq menuju ke keretanya dan mengeluarkan satu beg plastik.

Tidak lama selepas itu Rafiq kembali dengan nafas semput dan duduk kembali di tempat asalnya.

"Nah, this is for you." Kata Rafiq sambil menyerahkan beg plastik hitam itu.

"Hah? Apa ni? Kepala mayat ke?" Kata Izaty sambil membuka ikatan plastik hitam itu.

"Haish, saya bukan seriel killer okay nak letak kepala orang dalam plastik. Buka pun belum dah tuduh macam-macam." Kata Rafiq sambil menyilangkan tangannya.

"Novel saya?" Kata Izaty sambil tersenyum gembira. Tak sangka dapat jumpa dengan novel-novelnya lagi ingatkan dah arwah dekat tangan Rafiq yang kuat mengusik itu.

Izaty membelek-belek novelnya dengan wajah senang. Nampaknya Rafiq ini pandai menjaga barang. Novelnya seolah-olah macam belum dibaca. Bersih sahaja luar dalam.

"Awak dah habis baca ke?" Tanya Izaty dengan senyuman.

"Belum..." Kata Rafiq sambil menongkat dagu. Ada sedikit senyuman di bibirnya.

"Belum?" Tanya Izaty.

Rafiq hanya mampu mengangguk.

Izaty tersenyum lalu dia menolak novel itu kembali ke arah Rafiq secara perlahan-lahan.

Rafiq tersentak dengan perbuatan Izaty sebentar tadi.

"Nah, awak bacalah dulu sampai habis..."

"Hmm?" Rafiq seakan-akan tidak percaya.

"Yaa... Bacalah dulu. Lagipun awak ada nombor telefon saya kan? Nanti dah habis call lah." Kata Izaty dengan sedikit senyuman.

"Really?" Rafiq tersenyum.

"Haah..." Izaty mengangguk sambil tersenyum.

"Thanks. Ingat awak benci saya dah sebab tipu awak."

"Ouh, pasal tu kan..."

Izaty mendekatkan tubuhnya secara perlahan-lahan dengan mata Izaty semakin redup memandang ke arah Rafiq. Rafiq mula menelan liur.

"Eh, Izaty aw... awak nak buat apa ni?" Kata Rafiq dengan jantungnya mula berdegup kencang.

Kini mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain selama lima saat. Pipi Rafiq terus berona merah menahan malu. Dia dapat rasakan macam Izaty nak cium mulutnya.

"Pejam mata awak." Kata Izaty dengan separuh berbisik.

"Ish, awak... Saya bukan lelaki jenis..."

"I said, close your eyes." Kata Izaty dengan senyuman mengoda, lirikan matanya juga tajam menikam Rafiq membuatkan jatung Rafiq seakan-akan ingin tercabut keluar. Rafiq perlahan-lahan menutup kelopak matanya.

Paqqq!

Lalu dia menjentik dahi Rafiq sekuat hatinya.

"Auch!!!" Rafiq mengaduh sakit sambil menggosok-gosok dahinya. Jentikkan Izaty itu memang pedih semacam boleh pening kepala jadinya.

"Hahaha... itu balasan! Geram saya tau dengan awak ni." Kata Izaty dengan ketawa kuat sambil duduk kembali di tempat duduknya.

"Kuatnya awak jentik." Rafiq masih mengurut dahinya yang sudah merah semacam itu. Nasib tak sampai jadi lebam.

"Saya juara jentik dulu zaman sekolah. Kalau kalah main game ke apa, sayalah ketua tolong jentik tangan dengan dahi orang."

"Ouh, ingat juara lentik-lentik dulu." Usik Rafiq masih tidak serik.

"Hah! Hah! Nak kena lagi ke?" Izaty mengugut kembali.

"Haha, taubat taknak dah!" Kata Rafiq sambil menutup dahinya dengan kedua belah tangannya.

"Awak nak jumpa saya sebab apa? Nak bagi novel tu je ke?" Sambung Izaty lagi.

"Eh, tak... Saya tak plan pun nak bagi balik novel tu tapi saya ada suprise!"

"Hah?"

"Suprise apa pulak?" Sambung Izaty lagi.

"Adalah... Tutup mata dulu." Arah Rafiq.

Izaty tersenyum sinis.

"Hah! Jangan ingat saya bodoh! Awak nak balas dendam balik kan?"

"Eh, tak! Sumpah tak!" Kata Rafiq membela diri dengan wajah polosnya.

"Okay, saya pegang sumpah awak kalau awak tipu saya sumpak awak jadi batu lesung!"

"Haish, sumpahlah awak nak sumpah apa pun. Cepatlah tutup mata sekejap." Kata Rafiq dengan dahi berkerut.

Izaty tidak menutup matanya, dia pandang tepat sahaja ke arah Rafiq. Masih tidak percaya.

"Please...?" Rafiq merayu.

"Hmm, fine." Izaty menghembus nafasnya lalu dia menutup matanya.

Rafiq mengeluarkan sebuah buku dari belakang bajunya.

"Okay, boleh buka mata dah."

"Tadaa..."

Izaty ketawa sambil menutup mulutnya. Seakan-akan tidak percaya apa yang dia lihat di hadapannya ini.

"Hahaha... What..." Izaty masih lagi ketawa.

Rafiq mengeluarkan sebuah buku bahasa inggeris yang bertajuk "Me Before You" by Jojo Moyes. 

"Suka tak?" Tanya Rafiq dengan senyuman.

"Eh, macam mana awak tahu saya suka buku ni? Eh, awak dah tengok filem dia?"

"Dah... Tiga kali!" Kata Rafiq sambil mengangkat jarinya tiga.

"Bestnya Ya Allah... Saya cari lama dah buku ni tapi tak jumpa." Kata Izaty kelihatan sangat teruja.

"Haah, susah sikit nak dapat novel ni. Ni saya punya, tapi awak nak awak pinjamlah?"

"Serius?" Izaty seakan-akan tidak percaya.

Rafiq mengangguk.

"Haah, takkan nak tipu pulak. Awak dah bagi saya pinjam takkan saya tak balas apa-apa pulak."

"Rajinnya awak bawak novel ni? Awak always bawak novel ni ke?"

"Haah, memang ada dalam kereta saya. Dah baca enam kali masih tak bosan. Lagipun, saya ni memang suka baca novel pun tapi novel orang putih jelah. Saya tak minat novel melayu sebab mostly, novel melayu ni sampah."

Izaty tidak melawan kata-kata Rafiq sebab itu pandangan masing-masing tapi ada betulnya kata Rafiq itu, novel melayu ini kebanyakkan semua sama temanya iaitu kahwin paksa, mak mertua tak suka, rebut harta, suami tak suka je memanjang cuma bezanya tukar tajuk dengan nama watak dalam itu sahaja.

"Buku sequel dia awak baca tak lagi?" Tanya Izaty dengan senyuman. Buku bahasa Inggeris itu sudah bertukar tangan.

"Belum... Nanti jomlah kita beli sama-sama." Ajak Rafiq dengan mesra.

"Saya okay je."

"Eh... Lupa." Izaty mula tertunduk ke bawah seperti mengambil sesuatu.

Rafiq mengerut dahi sambil tersenyum-senyum lantas dia menggelengkan kepalanya melihat telatah perempuan di hadapannya ini.

"Nah. Kasut awak." Izaty menyerahkan sepasang kasut ke arah Rafiq.

Rafiq menyambut dengan senyuman, lalu dia keluarkan kasut itu dari plastik.

"Awak basuh ke kasut saya ni?" Kata Rafiq seakan-akan tidak percaya.

"Mestilah... Takkan nak biar kering air longkang tu. Saya pun tak naklah pakai kasut ni kalau kotor."

"Baiknya awak... Patutlah hari tu beria-ria minta kasut saya rupanya awak nak tolong basuhkan. Bestnya bofriend awak, hari-hari boleh suruh basuh kasut."

Izaty tersenyum hambar.

"Hmm? Saya salah cakap ke?"

Izaty terdiam.

Selepas beberapa saat, Rafiq mula faham. Izaty tiada teman lelaki.

"I'm so sorry." Kata Rafiq dengan rasa serba salah.

"Its okay." Balas Izaty perlahan.

Izaty bangkit dari tempat duduknya.

"Saya dah nak kena gerak dulu dah ni." Kata Izaty dengan sedikit senyuman.

Rafiq hanya pandang ke arah Izaty yang sudah bangkit dari duduk tempatnya. Tiba-tiba sahaja Rafiq rasa sedih tidak mahu melepaskan Izaty pergi.

Izaty mendekatkan dirinya dengan Rafiq lagi, sekali lagi dahi Rafiq dijentik kuat olehnya.

"Auchhh!!!" Rafiq mengaduh sakit sekali lagi. Kali ini jentikan Izaty lebih kuat daripada tadi.

"Hahaha... Tu sebab awak minum air saya." Kata Izaty sambil sudah melangkah pergi.

Kaki Izaty tiba-tiba terhenti melangkah. Dia menoleh memandang ke arah Rafiq di belakang.

"Erm... Kalau... Dah tak ada apa-apa... Saya... Pergi dulu lah ye? Assalamualaikum." Kata Izaty perlahan sambil terus berjalan perlahan.

"Waalaikumsalam. Sorry eh, susahkan awak suruh datang sini." Kata Rafiq dengan nada ceria. Hanya mampu hadiahkan senyuman walaupun hatinya sebak.

"It's okaylah. Small matter. Thanks for this!" Izaty menunjukkan novel itu dari jauh sambil menggoyang-goyankan buku tersebut.

"Thanks for this too..." Rafiq mengangkat kasut diletakkan di atas kepalanya dibuat seperti telinga arnab.

Izaty ketawa dari jauh ketika melihat Rafiq sebentar tadi. Dia melambaikan tangan sebegai tanda perpisahan. Perlahan-lahan bayangan dia pun hilang dari pandangan mata Rafiq Husaini.

Rafiq masih lagi berada di dalam kafe itu walaupun tinggal dia duduk seorang diri. Suasana sunyi sepi. Kasut yang bersih berkilat tu ditenungnya lama lantas, Rafiq tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience