34

Romance Completed 26574

"Hai korang." Sapa Rafiq dengan mesra ke arah budak-budak di dalam kelas itu setelah dia melangkah masuk ke dalam kelas itu. Izaty di belakang hanya mampu memusingkan bebola matanya sambil menyilangkan tangan. Mampuslah apa kata cikgu-cikgu sekolah itu terhadapnya nanti.

Semua budak-budak terus meluru ke arah Rafiq dan ada beberapa orang budak sudah memeluk kaki Rafiq. Setelah tengok sambutan yang positif diberi oleh budak-budak itu lantas Rafiq melutut ke lantai.

Budak-budak itu dengan mesra bersalam cium tangan Rafiq. Rafiq mengulurkan tangannya ke arah budak-budak itu dengan mesra juga.

"Eh, kejap abang ada bawak dekat korang something." Kata Rafiq sambil mencari-cari sesuatu dalam beg galasnya.

Tidak lama selepas itu, Rafiq mengeluar satu uncang besar yang berisi lolipop. Rafiq memandang ke arah Izaty.

"Cikgu Izaty boleh tak Abang Rafiq bagi dekat dia orang ni lolipop?"

"Eww, abang? Awak tu taraf uncle dah tau. Tak payah! Rosak gigi budak-budak tu nanti." Kata Izaty dengan nada tegas sambil mencekakkan pinggangnya.

"Alah, please cikgu." Rafiq merayu seperti budak kecil.

Tak sampai hati betul Izaty tengok muka sepuluh sen Rafiq itu walaupun boleh tahan agak comel.

"Hm, bolehlah tapi satu je." Kata Izaty sambil tersenyum nipis.

"Horay!" Sorak budak-budak itu. Rafiq turut bersorak bersama budak-budak itu.

Semua budak itu bersalaman tangan dengan Rafiq. Rafiq pula menyerahkan seorang sebatang lolipop. Bibir Rafiq tidak lekang dari senyuman yang sangat manis. Nampaknya, Rafiq ini memang suka dengan budak-budak.

"Haih, Rafiq... Rafiq... Sempat lagi eh awak beli lolipop? Haha, kelakarlah awak ni." Kata Izaty perlahan sambil matanya tertumpu ke arah Rafiq yang mesra memberikan budak-budak itu sebatang lolipop.

Setelah Rafiq selesai memberikan lolipop kepada budak-budak itu, Izaty mula menyilang Rafiq disebelahnya.

"Okay dah, simpan lolipop tu dalam beg sekolah. Waktu rehat nanti baru boleh makan. Okay?" Kata Izaty.

"Okay cikgu." Balas semua budak-budak itu sambil mula menyimpan lolipop ke dalam beg masing-masing.

Rafiq di belakang Izaty tersenyum ke arah gadis itu. Izaty memusingkan tubuhnya untuk memandang Rafiq dibelakangnya. Wajah Izaty kosong memandang ke arah lelaki yang suka bagi dia sakit jantung ini.

"Hai Cikgu Izaty, jangan marah saya ya. Bukan selalukan nak jadi abang santa klaus!" Kata Rafiq sambil ketawa comel.

"Haa Haa... Tak payah nak Cikgu Izaty sangatlah. Dah awak pergi duduk dekat tepi tu. Saya nak mengajar ni. Jangan tengok tau!" Izaty memberikan amaran keras kepada Rafiq.

"Kalau saya nak tengok jugak?" Kata Rafiq seolah-olah mencabar.

"Ah, terserah. Sekejap lagi rehat. Kita sembang lain. Dah-dah pergi duduk kat situ." Arah Izaty.

"Hmm, okaylah Cikgu Izaty. Tambah murid baru nampaknya hari ni. Hehe."

"Rafiq..." Izaty mendecitkan bibirnya supaya jangan kacau dia nak mengajar.

"Haha, sorry-sorry." Kata Rafiq sambil sudah melangkah pergi ke tempat yang Izaty suruh duduk itu.

Rafiq duduk di atas kerusi kecil sambil menongkat dagu. Bibirnya tersenyum indah sambil memandang ke arah Izaty tengah mengajar murid-murid comel itu dari jauh.

Izaty mengajar dengan penuh rasa kasih sayang. Membuatkan Rafiq rasa Izaty dapat menjadi seorang ibu yang baik suatu hati nanti kerana dia rasa Izaty mengajar dengan penuh keikhlasan hati.

Izaty rasa ada sedikit malu-malu untuk mula mengajar apabila Rafiq asyik memandangnya.

'Eee... Pandanglah tempat lain.' Kata Izaty dalam hati. Walau bagaimanapun, izaty harus abaikan Rafiq yang asyik memandang ke arahnya kerana kerjanya lebih utama.

Cikgu-cikgu tadika yang lain mengintai dari jauh sambil bergosip.

"Weh, tu kot yang dia selalu Whatsapp, senggih-senggih depan handphone sorang-sorang tu. Laki ni lah kot?" Kata Kak Mas kepada cikgu-cikgu yang lain.

"Handsomenya... Lelaki ini lah rasanya kan? Untunglah Izaty handsome gila!" Kata Cikgu Mariam pula.

Rafiq sedar sahaja bahawa dia jadi perhatian sejak dari tadi lagi tetapi matanya tetap hanya fokus kepada Izaty. Rafiq pun pelik dengan cikgu-cikgu dekat sekolah ini, murid-murid lain dia orang tak mengajar ke? Izaty sahaja yang buat kerja. Tiba-tiba Rafiq jadi serba salah sebab dia orang lain tak buat kerja. Haha...

"Kak Mas pergilah bagi dia makan apa-apa mesti lapar tu." Kata Cikgu Siti sambil mencuit pinggang Cikgu Mastura.

"Haish, Kak Mas jugak kena. Yalah-yalah." Kata Kak Mas padahal dia memang tunggu peluang dari tadi cuma tiada yang pelawanya.

Cikgu Mastura atau dikenali dengan Kak Mas itu meletakkan kek batiknya ke dalam piring disediakan juga secawan milo panas lantas makanan dan minuman itu diletakkan ke dulang. Kak Mas terus meluru pergi ke arah Rafiq.

Rafiq yang tersedar ada seorang cikgu datang ke arahnya membuatkan dia tersentak. Kak Mas terus sahaja tersenyum.

"Err, encik. Jemput makan. Maaflah ini je ada." Kata Kak Mas sambil meletakkan dulang itu dihadapan Rafiq.

"Eh, cikgu tak payahlah susah-susah je." Kata Rafiq malu.

"Eh, tak ada susahnyalah encik. Encikkan pelawat kami. Kami kenalah layan."

"Eh, jangalah panggil encik. Malu saya. Panggil saya Rafiq je cikgu." Kata Rafiq sambil tersenyum. Belakang kepalanya digosok-gosok sambil tertunduk-tunduk menahan malu. Rafiq ini memang seorang yang merendah diri.

"Oh, okaylah Rafiq." Kata Kak Mas sambil duduk berselimpuh di sebelah Rafiq. Dia mula dah plan di untuk soal siasat. Izaty yang perasan Kak Mas itu sedang duduk sebelah Rafiq mula rasa tak sedap hati.

'Ah, mampus aku!' Kata Izaty dalam hati.

"Rafiq ni orang mana?" Tanya Kak Mas.

"KL, tapi family asal kedah cikgu." Balas Rafiq.

Kak Mas usya sahaja urat hijau di tangan Rafiq itu.

'Uih, hijaunya urat dia.' Kata Kak Mas dalam hati.

"Err, kawan Izaty ke?" Tanya Kak Mas lagi sambil tersenyum ada makna.

"Ya, kawan." Balas Rafiq bersahaja.

"Tak maksud Kak Mas, kawan spesial?" Kata Kak Mas sambil mengangkat keningnya.

"Eh, tak!" Rafiq menafikan sepantas mungkin. Nasib milo yang sudah suam itu tidak tersembur keluar dari mulutnya.

"Kawan biasa je err.. boleh saya panggil Kak Mas?"

"Boleh je. Rafiq ni macam Kak Mas pernah tengok dekat TV lah? Pernah masuk TV ke?" Tanya Kak Mas sambil mengerutkan dahinya. Dia dapat rasakan seperti pernah tengok muka Rafiq sekali di televisyen.

Rafiq hanya tersenyum malu. Takkan dia nak mengaku pulak. Itu memang bukan dirinya kalau nak riak-riak ni. Setakat keluar televisyen lima kali, majalah tiga kali dan radio sekali tak ada apa yang perlu di banggakan baginya.

"Oh! Kak Mas baru perasan! Ini mesti Rafiq Husaini kan?! Yang masuk cerita Nona TV3 tu kan? Alah, yang naik kuda tu? Eh, betullah awak ni." Kata Mas sudah bernada teruja.

"Ya, sayalah tu." Jawab Rafiq malu-malu.

"Ya Allah jumpa artis! Ya Allah terujanya Kak Mas. Nanti nak minta selfie boleh?" Kata Kak Mas dengan nada teruja.

"Haha, boleh je nak selfie." Balas Rafiq dengan mesra langsung tidak nampak kesombongan dalam percakapannya. Sopan sahaja orangnya.

"Err, Rafiq makanlah dulu kek batik tu. Kek Batik tu Kak Mas yang buat. Silahlah habiskan."

"Ouh, ya ke? Patutlah nampak sedap."

"Takpelah. Kak Mas pergi dulu ya? Nanti Kak Mas datang lagi masa rehat nanti kalau tak cukup bagitahu je dekat Kak Mas. Nanti Kak Mas tambah lagi." Kata Kak Mas sambil mula mahu beredar dari situ.

"Ya. Baiklah." Rafiq mengangguk mesra.

Kak Mas sudah berlalu pergi dengan rasa yang senang. Tak sabar nak bagitahu dekat cikgu-cikgu yang lain yang Rafiq ini orang yang terkenal. Haha, kepohnya Kak Mas ni.

Rafiq tersenyum tak sangka ada orang kenal dia. Rasa agak terharu baginya. Dia kembali fokus ke arah Izaty sambil makan kek batik itu.

~~~~~•~~~~~

Waktu rehat bermula. Selepas sahaja budak-budak itu makan terus mereka bermain dengan Rafiq. Rafiq pun layankan sahaja kerena budak-budak itu yang sudah duduk di belakangnya beramai-ramai. Nasib badan Rafiq ni boleh tahan sado. Tak adalah patah tulangnya itu nanti.

Kak Mas dengan cikgu-cikgu lain sudah membelek-belek gambar yang diambil tadi bersama Rafiq. Nak dekat 30 keping gambar jugalah dia ambil tadi. Sempat lagi dia mengambil gambar Rafiq bermain dengan budak-budak itu sekarang ini. Sengaja nak buat kenangan. Kini semua berjumlah 34 keping gambar.

Izaty pula hanya duduk di kerusi sambil memegang secawan air milo suam. Dia malas nak masuk campur, hanya melihat dari jauh sahaja. Nasib baiklah benda tak jadi buruk. Dia juga suka tengok Rafiq ni pandai layan kerenah budak-budak. Termasuk dalam senarai ciri-ciri calon suami nampaknya?

"Ahh, Abang Rafiq dah letihlah. Rehat kejap okay." Kata Rafiq sambil sudah terbaring di atas karpet hijau.

"Abang apanya awak tu? Awak tu taraf uncle! Jangan perasan abang." Kata Izaty dari jauh sambil diselitkan ketawa kecil.

"Sayakan baby face. Abanglah." Kata Rafiq sambik turut ketawa kecil.

Kak Mas dan cikgu-cikgu yang lain dah pandang lain macam ke arah mereka berdua.

"Hai, nampak macam sama padan je tu? Bila kami boleh makan nasi minyak ni Kak Mas?" Kata Cikgu Mariam sambil mencuit tangan Cikgu Mastura atau dikenali sebagai Kak Mas itu.

"Entalah Yam. Harap cepat sikit lerr dia orang tu kan? Sama cantik sama padan kan Yam?" Tambah Kak Mas sambil mengusik Izaty dan Rafiq pula.

"Kak Yam, Kak Mas ni janganlah." Izaty sudah tersenyum malu.

Rafiq pula hanya tersenyum ke arah Izaty walaupun masih terbaring di atas karpet hijau itu.

Cikgu-cikgu yang lain sudah ketawa kecil ke arah mereka berdua.

~~~~~•~~~~~

"Haaaah...." Izaty menghembus nafas lega sambil menuju ke arah Rafiq.

"Hergh... Selesai pun kerja saya." Kata Izaty sambil mengeluh rasa penatnya.

"Rajin kan awak layan budak-budak tu." Kata Rafiq sambil tersenyum. Di tangannya ada satu plastik hitam yang di dalamnya terdapat dua kek batik. Sengaja Kak Mas bagi secara percuma kepada Rafiq.

"Lah... Dah kerja saya. Memanglah. Yang awak tu, bukan kerja awak tapi rajin melayan budak-budak tu kenapa?" Kata Izaty sambil mengerutkan dahi.

"Eh, suka hati sayalah. Dah saya ni pantang nampak budak-budak nak buat macam mana?" Kata Rafiq sambil mengangkatkan kedua belah keningnya.

"Ermm... Saya tak kacau 'tempat' ni kan?" Sambung Rafiq lagi sambil ketawa.

"Haih, kacaulah. Nasib orang-orang kat sini okey-okey. Kalau tak, duduk tengah panaslah awak."

"Eleh... Saya duduklah dalam kereta saya." Kata Rafiq sambil menjelirkan lidah.

Izaty mengenggam penumbuk. Mahu sahaja dia menumbuk muka Rafiq sekuat hatinya.

"So! Sekarang macam mana?" Tanya Izaty.

"Macam mana apa? Saya kena pergi rumah awaklah. Hee..."

"Kenapa pulak?!" Mata Izaty sudah membutang! Ini seakan-akan satu mimpi ngeri baginya.

"Ehem! Novel sayakan ada dekat awak?" Kata Rafiq sambil tersenyum sinis.

"Awak memang sengajakan?" Kata Izaty sambil mengangkat keningnya sebelah.

Rafiq tersenyum nakal sambil menyilangkan tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience