53

Romance Completed 26574

6.00 petang.

Izaty duduk seorang diri di atas buainan yang berada di taman permainan itu.

Perlahan-lahan kakinya mengenjut tanah. Serta merta buaian itu berayun sendiri secara perlahan. Kedua-dua belah Tangannya memegang tali besi buaian tersebut.

Mata merahnya terus termenung dan termenung tanpa sebab. Luka di jari manisnya direnung seketika. Masih merah. Masih sakit tetapi hatinya lebih sakit sekarang ini.

Semasa dia mengajar pagi tadi, langsung tidak ceria seperti selalu, banyak berdiam diri dan senyumannya juga kelihatan seperti terpaksa.

Hidungnya masih lagi berwarna merah. Menangis tidak henti dari malam sehingga pagi. Asal duduk sorang-sorang mesti air mata akan keluar sendiri, dia baru ingat tak mahu menangis langsung tetapi dia tak kuat, yalah dia juga manusia punya hati dan perasaan.

Izaty kelihatan seperti ingin berputus asa. Perlukah dia berputus asa sekarang? Sedangkan masih ada lagi sisa rasa cinta dalam dirinya.

Hari ini sahaja Rafiq telefonnya 20 kali tetapi langsung tidak diangkat. Entahlah, rasa seperti tiada apa yang perlu diterangkan lagi kerana semua sudah terang dengan matanya sendiri.

'Hmmpp.....' Izaty mengeluh sedih. Rasa macam nak sangat minta putus tunang tapi apa pula kata orang? Perasaan orang lain kena jaga juga. Ahh! Kusut jadinya! Dia sendiri tidak tahu nak buat apa sekarang ini.

Kring* kring* telefon yang berada dalam beg tangannya berdering lagi.

Izaty langsung tak rasa nak angkat. Dalam fikirannya sangka itu mesti Rafiq lagi.
Selepas beberapa saat, telefon itu berhenti berdering.

"Hmm, diam pun." Kata Izaty dengan nada bebal.

Kring*... Kring*...

Telefon itu berdering lagi.

Izaty mendecit tudungnya digaru.

"Hishh! Nak apa lagi!" Kata Izaty dengan segera dia mengambil telefon pintarnya yang berada di dalam beg itu untuk dimatikan terus.

"Eh." tangan Izaty terhenti. Nombor yang tertera di telefon itu bukan nombor Rafiq tapi nombor yang tidak dikenali.

Segera Izaty menekan butang hijau. Takut ada panggilan yang sangat penting. Segera Izaty kata 'Hello.'

Panggilan itu terdiam, tiada balasan.

"Hello?" Izaty kata hello lagi sekali.

"Hai.." Suara perempuan di hujung talian selepas beberapa saat.

"Yaa, ada apa ya?" Tanya Izaty dengan sopan.

"Ini saya sis. Nama saya Melina."

Izaty menggerutkan dahi.

"Hmm? Melina? Melina mana ya? Sebab saya tak ada kenalan yang nama Melina."

"Ki... Kita jumpa dua hari lepas di pejabat Rafiq."

Kata Melina dengan lembut.

Izaty tersentak! Bibirnya mula bergetar. Jantungmya pula seolah-olah berhenti berdegup selama tiga saat.

'Apa? Melina? Jadi, nama perempuan yang aku nampak dengan Rafiq hari tu nama dia Melina? Kenapa dia telefon aku? Dia nak suruh aku putuskan dengan Rafiq ke? Dia nak marah aku ke?' Kata Izaty dalam hati.

"Sis, saya..."

Tidak sempat Melina ingin mengabiskan ayatnya, terus percakapannya di potong laju oleh Izaty.

"Maaf Melina saya dah taknak cakap apa-apa lagi pasal dua hari lepas. Dahlah cukup." Izaty memotong kata-kata Melina.

"Tunggu, tunggu sekejap. Sis, saya bukan nak gaduh ke apa. Saya nak cakap elok-elok dengan sis je. Please listen?" Kata Melina dengan lemah-lembut.

"Hmm.. Tak payahlah Cik Melina. Dah tak ada apa yang nak di bincangkan lagi. Saya dah lupakan semuanya. Kalau awak nak Rafiq, tak apa saya faham. Saya redha. Awak ambiklah. Kita kosong-kosong okey. Saya takkan kacau hubungan awak dengan Rafiq lagi. Maafkan saya, saya minta maaf sangat-sangat, saya takkan ganggu korang lagi. Assalamualaikum." Izaty menamatkan perbualan, segera dia menekan butang merah, sebaik sahaja dia tamatkan panggilan air matanya jatuh berderai lagi.

Sakit, sangat sakit. Sakitnya cinta yang dilukai, tapi dia tak salahkan sesiapa dalam masalah ini, cukuplah dia terluka sendiri. Dia tidak mahu lagi bahas tentang ini biarlah dia mengalah. Orang dah tak sayang buat apa kita kejar?

Izaty menangis sepuas-puasnya ditemani awan mendung di taman sunyi itu. Cukuplah hatinya terluka, dia tidak mahu lagi terluka kerana cinta.

Cukuplah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience