5

Romance Completed 26570

"Haih... Hmm..." Izaty mengeluh di tangga. Berat rasa hatinya mahu ke sekolah hari ini.

Kalau tak pergi tentu sahaja maknya akan mengamuk lagi, kalau pergi sekolah tentu sahaja dia jadi bahan ketawa lagi.

Dia memandang bajunya yang sudah bersih itu. Walaupun masih ada sedikit kesan2 tepung yang melekat.

Tapi, dia memilih juga untuk ke sekolah. Dia tidaklah kisah sangat nak jadi bahan ketawa budak-budak sekolah sebab sudah biasa. Dia cuma malu untuk berhadapan, nak tengok muka Raja Azreen itu!

Ya! Dulu memang ada rasa cinta! Kelmarin pun masih ada rasa cinta! Setiap doanya dalam solat mesti dia akan meminta Raja Azreen sentiasa sihat, sentiasa bahagia dan hidupnya diberkati oleh Allah s.w.t. sampai begitu sekali rasa cintanya kepada Raja Azreen! Sampai setiap doanya mesti nama Raja Azreen akan disebut olehnya! Tengok! Betapa sayangnya dia kepada Raja Azreen tapi... Cintanya dihina secukup-cukupnya oleh Raja Azreen.

"Ya Allah, kuatkan lah hati aku ni Ya Allah. Mulai hari ni, niat aku nak berlajar betul-betul! Nak buktikan budak tak pandai dan tak cantik macam aku ni pon boleh berjaya! Amin..." Katanya perlahan. Subuh-subuh lagi maknya sudah pergi ke warung Kamisah Kalsum Warjoko Wiyoyo untuk bekerja di sana sebagai pembantu. Itu sahajalah yang mampu maknya buat. Arwah bapaknya dulu hanyalah seorang nelayan. Kalau ada masa lapang, maknya pergi ke sawah. Tolong apa yang patut.

Dia mengayuh basikalnya seperti biasa. Mestilah dalam perjalanan ke sekolah dia digangu! Itu memang wajib! Tapi hari ini lebih teruk ejekkan mereka.

"Wuuu... Abang.. Abang... Abang Raja Azreen... I love you! Muah!!!" Kata murid lelaki yang sedang menaiki motosikal secara berkumpulan itu. Geng Razlan Kapak! Geng itulah yang menolakknya tempoh hari. Kurang ajar betul.

"Nama geng pon macam bodoh! Blah laa woi! Pergi jahanam!" Kata Izaty sekuat hati sambil mengangkat jari tengah!

Geng Razlan Kapak terkejut besar! Melihat tindakan Izaty itu! Perghhh! Kali pertama Izaty naik angin ! Wahhh! Budak ni memang dah berubah 100% kalau tak dia sabar sahaja tapi, sampai bila dia nak sabar? Dia pun manusia, ada perasaan marah dan sedih.

"Wuuuuu.... Endut gangster laaa sekarang.... Wuuu...." Kata kumpulan itu serentak sambil ketawa...

"Blah laa woi! Aku nak cepat ni! Dahlah basikal ni lambat."

Mereka mengabaikan sahaja kata-kata Izaty. Mereka semua menghalang basikal Izaty dari depan. Biar Izaty lambat ke sekolah.

"Amboi, ingat aku ni apa? Tak tahu lagi marah aku macam mana!" Izaty cam muka yang menolaknya tempoh hari. Izaty tersenyum jahat.

"Woi Syam!" Sepantas yang boleh Izaty menendang motosikal Syam sekuat hati dengan kakinya serta-merta Syam jadi hilang kawalan lalu dia jatuh masuk ke dalam parit! Kini, giliran Izaty pula ketawa berdekah-dekah macam setan!

Semua ahli geng Razlan kapak memberhentikan motosikal mereka di tepi jalan untuk membantu Syam yang sudah terpakai-kapai di dalam parit. Padan muka! Motosikalnya sudah tengelam ke dalam air.

"Woi, Woi! Syam jatuh! Cepat tolong!"

Sebaik sahaja Syam sudah memijak darat, mulutnya tidak henti memaki hamun Izaty.

"Tak guna punya gemuk! Woi! Bodoh! Moto aku weh!"

"Wehh... Motor aku..." Syam sudah menangis sambil bercangkung mengenangkan nasib motornya yang sudah berada di dalam parit itu. Macam mana nak ambil balik?

Izaty masih lagi ketawa sekuat hati. Hah! Puas! Puas hatinya! Selama ini dia pendamkan sahaja kali ini dia berjaya sesuatu benda yang baru dalam dirinya seolah-olah dia telah berubah. Jadi, terima kasih hinaan? Sebab apa? Sebab hinaan boleh mengubah hidup seseorang. Yaa... Memang betul! Kata-kata hinaan orang boleh mengubah hidup kita.

****

Sesampainya dia di sekolah, dengan muka selamba dia masuk ke kawasan sekolah dengan menaiki basikal. Kalau nak diikutkan, sebaik sahaja berada di hadapan pintu pagar.

"Woi! Woi! Woi! Tunggu! mana boleh basikal dalam sekolah woi!" Jerit pengawas sebaik sahaja melihat Izaty masuk ke dalam sekolah tanpa menuntun basikalnya.

"Dassss!!!" Izaty mengangkat jari tengahnya sekali lagi di hadapan pengawas sekolah itu. Tergamam pengawas sekolah itu melihat Izaty buat seperti itu kepadanya.

"Wuishh... Gila." Kata pengawas itu perlahan dengan tubuhnya yang sudah tersadai di tiang. Matanya masih lagi tidak berkelip.

Izaty benar-benar sudah tidak peduli apa yang akan berlaku. Lagipun, hidupnya di sekolah ini macam halimunan, padahal tubuh dia lah yang paling besar kat sekolah ni.

Sebaik sahaja dia memakirkan basikalnya di kawasan meletak basikal dia pun blah dari situ.

"Op! Op! Op! Jap!" Asmida datang menyekat Izaty dengan mengepakkan kedua belah tangannya.
Izaty menjeling sekilas ke arah Asmida, lantas pandangannya di arahkan ke arah lain. Malu untuk memandang wajah Asmida.

"Haha... Macam mana best kelmarin? Mandi tepung? Rasa macam sambut birthday pulak kan?" Asmida tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.

"Dah, dah.. Aku nak naik kelas aku dah ni." Izaty mula melangkah pergi.

Sebaik sahaja tiga tapak dia ditarik oleh Asmida.

"Op! Jap! Tak habis lagi."

"Dahlah Asmida! Kalau kau nak win, ya! Kau dah win! Aku kalah! Puas?!" Kata Izaty dengan lantang. Dia terus berlalu pergi dari situ dengan segera.

Mata Asmida terbeliak dengan tindakan Izaty. Giginya diketap kuat. Kedua-dua belah tangannya dikepal geram.

"Kau tunggu Izaty! Aku masih tak puas hati! Jaga kau!" Jeritnya sekuat hati.

****

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas, semua mata memandang ke arahnya. Lagi-lagi Tasha.
Segera Tasha pergi mendapatkan Izaty.

"Weh, endut. Ok ke?"

Izaty tersenyum lantas mengangguk.

"Weh, sorry weh.. Aku pun tak tahu dia orang plan nak buat kau macam tu. Aku baru tau pagi ni. Kalau aku tau, aku bagi warning kat kau." Kata Tasha dengan wajah sedih.

"Alah, tak apalah Tasha. Best apa main tepung. Rancak beb! Rugi kau tak join! Hahaha." Kata Izaty ingin menutup rasa serba salah kawannya itu.

"Serius ni okay?" Tanya Tasha lagi.

"Yaa.. Aku okay mak cik... Tengok ni." Izaty menggoyang-goyangkan lemaknya.

Tasha ketawa terbahak-bahak melihat lemak perut Izaty bergoyang-goyang macam sedang menari tarian Hawaii.

"Ya ya... Aku percaya ajelah kalau kau dah kata okey."

****

'Yeah!!! Dah balik.' Sorak Izaty dalam hati.
Selaju yang boleh dia terus bergegas ke tempat memakir basikal.

Sebaik sahaja dia sampai di tempat memakir basikal...

"Woi! Bangsat mana yang buat kat basikal aku macam ni! Cakap!" Jerit Izaty sekuat hati.Habis tayar basikalnya pancit. Macam mana nak balik?
Izaty memandang tajam setiap kepala yang ada di kawasan itu. Dalam fikirannya tidak lain tidak bukan! Mesti Asmida yang pancitkan tayarnya?

"Cakap!!!! Asmida ke yang buat!!!?" Jeritnya lagi sekuat hati.

Pelajar yang berada di situ hanya gelakan Izaty apabila melihat 'badut sekolah' itu mengamuk.

"Bukan! Aku yang buat."

Secepat mungkin Izaty memandang ke arah tuan punya suara itu.

Dia jadi kaku, apa Raja Azreen?

"Bukan Asmida, bukan awek aku tu yang buat! Aku yang buat! Kalau kau nak, kau maki aku ni hah! Maki kat muka aku yang kacak ni! Yang kau gilakan ni. Cepat!" Raja Azreen berkata sambil jari telunjuknya mencucuk-cucuk pipinya.

Izaty hanya terdiam sambil tertunduk ke bawah.

"Hah?! Cepatlah? Tadi terjerit sangat macam orang gila? Huh?" Kata Raja Azreen dengan nada sinis.

Izaty masih lagi terdiam.

"Woi, gila! Cakaplah! Kau nak maki sangat kan?!" Raja Azreen menolak bahu Izaty sekuat hati.
Izaty cuba menahan diri daripada terjatuh. Dasar jantan tak guna!

"Tak cukup lagi ke Raja Kau buat aku semalam? Masih tak cukup?" Kata Izaty dengan suara yang bergetar.

"Hmm... Jap, jap nak fikir?" Selepas beberapa saat, Raja Azreen bersuara kembali.

"Tak! Dan takkan pernah cukup! Sebab kau dah malukan aku, dengan kononnya! Hah? Kononnya, bagi surat cinta, letak bawah meja! Ingat sweet ke?"

"Takkan sebab tu je kau marah aku sampai macam ni?" Mata izaty sudah merah.

"Bukan sebab itu je?! Sebab surat bodoh kau tu jugaklah aku kena pergi jumpa pengetua! Cikgu buat spot check, time rehat tu! Pastu cikgu dapat surat tu! Dia bagi kat pengetua! Kononnya aku berbalas surat cinta dengan kau! Satu sekolah gelak kan kat aku sebab aku dapat surat bodoh tu dari kau! Aku malu kau tahu tak? Aku malu!" Terang Raja Azreen dengan mata yang terjegil.

Izaty mengetap bibir, perlahan-lahan dia mengangguk faham.

"Okay, okay, aku faham. Aku minta maaf, sebab surat bodoh aku tu malukan kau tahun lepas. Sorry!" Izaty terus berlalu pergi sambil menolak basikalnya. Air mata yang ingin gugur cuba ditahan olehnya. 'Bodoh.' Itu sahaja yang mampu Izaty katakan pada dirinya.

"Ingat maaf kau tu cukup ke? Hish!" Kata Raja Azreen sambil mengetap giginya.

****

Pecah peluh dibuatnya! Pergh... Izaty menolak basikalnya sudah 1kilometer. Kalau lagi 3kilometer boleh kurus ni.

"Warhhh!!! Panasnya. Haih tayar oh tayar. Kenapa kau tak kebal? Ni orang tikam pakai pisau lipat pun dah pecah. Haihh...duit lagi. Haihh terpaksalah aku korek tabung. Hmm..." Kata Izaty seorang diri macam orang dah gila.

"Pin! Pin!"

Izaty terkejut dengan bunyi hon itu. Serta merta dia menoleh ke belakang.

"Eh, Tasha!"

"Wehh.. Kenapa tu? Basikal rosak ke?"

"Eh... Taklah.. Sihat je basikal aku, saja nak balik jogging." Kata Izaty dengab nada sinis.

"Amboi... Deep tau. Jogging apanya tengah-tengah panas ni? Basikal rosak ke? Kalau rosak jomlah aku hantar sampai rumah?"

"Betul ke?" Izaty tersenyum suka.

"Yippiiiii!!! Izaty terus melompat naik ke arah motosikal Tasha.

"Eh, eh... Tak balance." Kata Tasha motosikalnya terhuyung hayang.

"Aish... Cepatlah. Panas ni."

"Hah! Tahu panas! Tapi basikal tu kenapa kau tinggal gila?"

"Eh lupa pulak." Segera Izaty turun kembali dari motosikal itu lalu dia pergi ke kembali ke arah basikalnya.

"Macam mana nak bawak basikal ni?" Tanya Izaty.

"Alahh.. Bodohnya. Kau duduk lah kat atas motor. Tangan kau tu pegang basikal tu. Bukannya tayar dia tak boleh berpusing langsung."

"Eheh. Betul jugak kan?"

Izaty ikut sahaja idea Tasha. Ianya berhasil. Lalu mereka berlalu pergi dari situ. Izaty tersenyum senang bila dapat naik motosikal. Dia jarang dapat merasa duduk di atas motor apakan lagi masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience