25

Romance Completed 26570

"Kedai mamak je awak bawa saya?" Kata lelaki itu separuh berbisik. Terbeliak matanya semasa duduk di kerusi dikelilingi orang ramai. Mata gadis yang berada di hadapannya itu direnung sebulat-bulatnya.

"Eh, bersyukurlah sikit tau. Walaupun kedai mamak je tapi, sedaplah. Kalau awak tak mahu saya nak balik!" Kata Izaty dengan nada mula muak. Dia benar-benar penat mahu melayan kerenah lelaki di hadapannya ini. Entah siapa, mahu macam-macam.

'Aduh, seboleh-bolehnya aku tak nak tapi, perut aku dah lapar sangat ni, malaslah aku nak cari restoran ke apa dari tadi aku tak makan lagi ni. Hmm, apa boleh buat. Orang dah nak belanja, belasah sajalah. Perempuan depan aku ni pun satu, mampu yang ini je ke? Sengkek betul.' Dia berkata dalam hati.

"Hmm, yalah." Balas lelaki itu bersahaja.

Suasana sepi sejenak. Masing-masing mendiamkan diri tetapi, mata Izaty memandang tajam ke arah lelaki di hadapannya dengan penuh rasa curiga.

Lelaki itu mula berasa tidak selesa selepas diperhatikan sebegitu.

"Awak ni pandang saya macam tu apa hal?" Kata lelaki itu sambil mendonggakkan kepalanya. Wajahnya bertukar serius.

"Betul ke encik ni suka laki?"

Soalan itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulutnya.

"Kalau betul pun kenapa?" Balas lelaki itu pantas.

"Takkanlah, encik ni kacak orangnya... betul ke?" Izaty masih curiga sambil matanya tajam memanah wajah kacak lelaki itu.

"Betullah, kenapa awak jijik dengan saya?" Lelaki itu mula tersenyum sinis.

"Siapa kata jijik? Saya tak kata pun." Izaty buat seolah-olah dirinya tidak bersalah.

"Encik kerja apa?" Sambung Izaty lagi.

"Anak ikan." Balasnya selamba.

"Hah? Astafirrulallahal-azim... encik tahu tak itu dosa?" Kata Izaty sambil menepuk-nepuk dahinya. Kecewa lelaki sekacak ini dah rosak.

Lelaki itu hanya tersenyum ke arah Izaty. Terasa lucu tengok telatah gadis di hadapannya ini.

"Eh, encik tipu saya ke? Masa mula-mula saya pandang encik, gaya encik macam CEO-CEO je? Tengok baju pun dah tahu. Takkan anak ikan pakai baju segak bergaya macam encik ni." Izaty mula siasat seperti seorang FBI.

"Eh, mana ada. Betullah. Nak kena jadi anak ikan kena pakai kemas-kemas. Kalau selekeh siapa yang nak? Betul?" Lelaki itu tersenyum puas.

Izaty terdiam.

"Eh awek, nama awak siapa?" Tanya lelaki itu sambil menggigit bawah bibirnya.

"Eish, awek? gelilah." Balas Izaty yang sudah rasa melugai.

"Orang tanya nama dia ni. Nama dia siapa?" Tanya lelaki itu sambil menongkat dagunya dengan menggunakan kedua belah tapak tangannya. Dia mula bosan menunggu makanan mereka sampai.

"Kenapa encik nak tahu?" Balas Izaty sambil menjuihkan bibirnya.

"Saja nak tahu."

"Izaty. Nama encik pula?" Balas Izaty ringkas.

"Rafiq. Muhamad Rafiq Bin Husaini." Balas lelaki itu siap nama penuh lagi lantas dia tersenyum manis.

"Uish sedapnya nama. Tapi, macam pernah dengar saja nama ini. tapi di mana, ya? Tak pastilah."

"Kebetulan je kot?" Lelaki itu tersenyum lagi. Senyuman tidak pernah lekang di bibirnya. Murah dengan senyuman. Dahlah kacak, peramah pulak tu.

Makanan mereka sudah sampai. Nasi Beriani berserta ayam goreng berempah dan air teh tarik diletakkan di atas meja.

"Thank you." Balas Rafiq Husaini dengan sopan. Boleh tahan terliur dibuatnya sebab dia memang lapar sangat-sangat ni dari pagi tadi dia tak makan apa-apa.

"Cuba encik rasa, mesti sedap." Izaty pula berkata sambil tersenyum. Tak sabar nak tengok lelaki itu makan. Nak tengok okay ke tidak si 'anak ikan' ini makan di kedai mamak.

Rafiq menyuapkan ke dalam mulutnya, perlahan-lahan dia mengunyah.

"Hmm, boleh tahanlah."

"Kan, saya kata sedap."

Malas Rafiq nak dengar leteran perempuan di depannya itu. Dia terus makan dan makan.

"Alamak, gelojohnya awak ni. makan perlahan-lahan tak boleh ke? Nasi tu bukan ada kaki nak lari." Perli Izaty.

"Suka hati orang lah. Nasi orang bukan nasi dia." Balas lelaki itu dengan nada mengada.

Izaty hanya menjelingkan bebola matanya ke atas.

'Hmm, lapar sangat dia ni. Kesian pulak dah aku tengok. Hmm, takpelah. Anggap je harini aku buat pahala belanja orang tak kenal makan.' Kata Izaty dalam hati.

Usai sahaja mereka makan, mereka terus beredar dari situ. Izaty mengerling ke arah jam tangan. Sudah pukul lima petang.

"Wah, sekejap sahaja masa berjalan. Kena balik cepat ni." Izaty bercakap sendiri.

"Dah nak balik ke?" Tanya lelaki itu sambil mengunyah keropok lekor. Semasa berjalan keluar dari kedai mamak itu sempat lagi lelaki tu pau Izaty keropok lekor dan air tembikai. Izaty ikutkan sahaja sebab dah tu memang niat dia.

"Ya, kena balik cepat. Sepatutnya saya kena balik awal sebab malam ini ada hal penting. Sekarang saya dah boleh balikkan?"

"Kejap ada lagi." Kata lelaki itu masih lagi tidak puas membuli gadis bertudung merah di hadapannya ini.

"Lah, ada apa lagi? Encik jangan buat gila kat sini? Saya banyak lagi kerja encik tahu tak?" Izaty mula naik angin.

"Janganlah marah simple saja permintaan saya. Eh tapi sebelum tu, novel awak ni saya bawak balik okay?" Kata Rafiq sambil memegang tiga buah novel lagi dua buah novel berada di tangan Izaty.

Mulut Izaty terlopong melihat novelnya sudah dibuka plastik. Dia pun tak rasmi lagi. Macam mana dia boleh tak perasan dia pun tak tahu.

'Kurang asam punya jantan. Sedap-sedap dia je korek novel aku. Aku pun tak rasmi lagi ergh!' Kata Izaty dalam hati.

"Saya nak pinjam novel ni." Kata Rafiq sambil menunjukkan lagi novel yang dipegangnya. Dia tersenyum nakal sengaja nak bagi Izaty sakit hati.

"Eh awak, saya baru beli kot mana boleh encik pinjam sesuka hati. Alah, bagilah balik." Kata Izaty sambil mengentakkan kakinya ke lantai.

"Alah, nanti bila-bila saya jumpalah lagi awak. Syok pulak novel ni. Pandai awak beli. First time saya baca novel melayu ni. Nanti bila-bila, saya pulangkanlah balik eh? Bagi nombor telefon awak."

"Eh nak jumpa lagi? Hell no. Memang taklah." Izaty mencebikkan bibirnya sambil memeluk tubuh bersama novelnya yang hanya tinggal dua. Wajahnya diarahkan ke arah lain. Izaty rasa sangat sakit hati hari ini. Dahla jumpak lelaki gila perangai pun gila, novel baru dia beli tak sempat baca pun kena ambil. Ergh! Gila!

"Habis macam tu?" Rafiq berkata sambil mengerutkan dahi.

"Kasut mahal encik tu biar saya yang pegang."

"Hmm, suka hati awaklah. Kat rumah saya ada banyak lagi yang macam tu." Kata Rafiq dengan nada riak.

"Kira setujulah?" Sambung Rafiq lagi.

"Ya setuju." Balas Izaty ringkas.

"Satu lagi permintaan."

Izaty hanya mengerutkan dahi. Banyak pulak permintaan lelaki ini. Ingat dia ni apa? Jin Alladdin ke apa nak minta macam-macam?

"Cium pipi saya dulu." Rafiq dengan lancar sambil menujukkan ke arah pipinya.

Izaty tergamam. Mulutnya terbuka luas. Matanya membutang dengan pantas, Izaty menampar pipi Rafiq sekuat hati.

Paqqq!!!

Dia terus beredar dari situ sambil memaki-hamun seorang diri. Dia berlari-lari anak meninggalkan lelaki itu seorang diri di belakangnya. Kemarahannya sudah kemuncak kesabaran.

"Hish! Dahlah suka sesama jenis, suruh aku cium pipi karat dia pulak! Ingat aku ini apa?! GRO? Argh! Kenapalah malang sangat nasib aku hari ni?" Izaty mencarut seorang diri sambil meninggalkan lelaki itu di belakang.

Bayang-bayang Izaty semakin hilang dari pandangan Rafiq Husaini. Rafiq tersenyum seorang diri sambil mendengar perempuan itu beleter maki hamun dari jauh.

"Uish, sakit jugak dia punya penampar. Bagus betul budak perempuan ni, hahaha!" Kata Rafiq seorang diri sambil memegang pipinya yang ditampar tadi.

P/S : Kalau korang ada baca cerita saya yang tajuk (Syurga) tu ada nama Rafiq jugakan? Jangan keliru ya, sebab Rafiq yang itu dengan Rafiq dalam novel ini orang yang berbeza. Cuma saya suka pakai nama tu. Itu saje. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience