9

Romance Completed 26570

•~•~2016~•~•

KINI, umurnya genap 25 tahun. Segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Izaty telah menjawat jawatan sebagai guru pra-sekolah dekat dengan daerah kampungnya. Dia menempuhi segala dugaan yang diberikan oleh Allah dengan hati yang tabah dan penuh cekal.

Sekarang, kehidupannya lebih senang daripada dulu. Dia kelihatan begitu senang menjadi guru pra-sekolah kerana dia suka memang bermain dengan kanak-kanak.

Izaty melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu. Rumah taman itu kelihatan sunyi pada waktu pagi buta.

"Zaty, buat apa tu?" tegur satu suara dengan lembut.

"Tak ada apalah Kak Ila. Saja duduk kat luar ni. Nyaman sikit."

Ila atau nama sebenarnya Nabila tersenyum.
Wanita bertudung labuh dan berjubah hijau tua itu tersenyum memandang ke arah Izaty.

"Kak marilah duduk kat sini." Izaty menjemput.
Nabila mengikut saja kata Izaty.

"Petang ni, Zaty dah nak balik ke?" tanya Nabila sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Izaty. 

"Ya. Petang ni baliklah." balas Izaty dengan senyuman.

"Kenapa awal sangat dah nak balik?" Nabila mencebikkan bibirnya.

"Saja, kesian dekat mak dengan adik-adik kat rumah tu, dah banyak hari tinggal mereka." Izaty ketawa kecil.

"Abang Zaim dah pergi kerja ke kak?"

"Sudah, baru tadi."

Hari menjadi semakin cerah. Suasana menjadi senyap sejenak.

"Kak, seronok saya tengok kak dengan abang."
Izaty tersenyum sambil memandang muka Nabila.

"Kenapa pula?"

"Yalah, bahagia saya tengok kak dengan abang, tak pernah gaduh pun. Seronokkan jadi orang yang dah kahwin? Ustaz pula tu, suami kakak. Untungnya."

Nabila ketawa malu, lalu dia menepuk belakang Izaty.

"Tak adalah, mana ada sampai tak gaduh langsung, pernahlah juga sekali sekala. Dalam perhubungan mestilah ada pahit manisnya. Alhamdulillah, Allah izinkan kami hidup bahagia."
Nabila sambung ketawanya.

"Apa rahsia kak hidup bahagia?" Izaty sudah berwajah teruja ingin tahu apa jawapan Kak Ila itu.

"Hah? Rahsia? Tak ada rahsia-rahsianya." Nabila ketawa kecil.

"Alah, ceritalah." Izaty merayu.

"Memang tak ada rahsia, mungkin kak selalu berdoa supaya kak dengan abang Zaim hidup bahagia, yang penting ialah restu daripada Allah dan ibu bapa, kalau Allah katakan jodoh kita sampai situ, situlah ia akan berhenti dan restu serta doa ibu bapa juga penting, tanpa restu mereka belum tentu kita boleh hidup bahagia." Sebaik sahaja dia habis berkata-kata, dia tersenyum.

Izaty yang kelihatan khusyuk sebentar tadi, terus mengangguk faham.

"Oh, iya. Betul juga apa yang kak cakapkan itu."

"Izaty tak ada teman lelaki ke?" Pancing Nabila.

Izaty tersenyum hambar. Dia tertunduk memandang lantai. Wajahnya kelihatan sedih sekali.

"Hmm, orang macam Zaty nak ada teman lelaki? Hmm, memang taklah. Siapa yang nak perempuan macam Zaty ni? Gemuk, hodoh." Izaty memerli dirinya sendiri.

"Ish, tak baik cakap macam itu. Lagi pun, Izaty sekarang bukan macam Izaty zaman kolej yang kak kenal dulu, dah berubahkan?" Kata Nabila sambil memandang ke arah Izaty dengan senyuman.

"Memanglah, tapi pandangan masyarakat terhadap Zaty ni haa... asal gemuk je hodoh, asal gemuk je orang tak suka. Kalau yang cantik, hah! memang beraturlah jejaka-jejaka idaman Melaya tu. Yang jambu, yang tak jambu, yang macho, yang handsome. Berterabur, bersepah macam sampah." Izaty mengetap gigi sekuat-kuatnya. Nafasnya naik, turun. Matanya dikecilkan. Tiba-tiba sahaja dia teremosi. Peristiwa zaman sekolahnya masih lagi kekal dalam ingatannya.

"Aik, marah benar Zaty ni. Haha."

"Kak ni gelak pulak. Zaty seriuslah." Izaty mencebikkan bibirnya.

"Zaty, kita jangan memilih berdasarkan rupa paras, kita pilih berdasarkan baik budinya. Kalau dah cinta tu, tak ke mana, pi mai pi mai tang tu jugak dia duduknya."

"Zaty memang tak memilih, orang lain tu haa... Ehh, alamak." sedikit sahaja lagi rahsianya terbocor. Kenangan semasa sekolah terimbas kembali. Raja Azreen masih lagi tidak dapat dilupakannya. Cepat-cepat Izaty mengunci mulutnya. Nasib tidak terlepas cakap hanya Raja Azreen sahajalah cinta terakhirnya selepas itu hatinya tertutup untuk mana-mana lelaki.

"Macam pernah jatuh hati kat seseorang aje. Siapa tu?"

"Err... Tak adalah kak, dahlah. Malas nak layan kak ni. Zaty pergi kemas barang lagi bagus." Zaty terus bangkit beredar dari situ.

Nabila tersenyum-senyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Zaty, Zaty..."

"Fuhh, nasib baik tak terlepas cakap." Kata Izaty sambil melangkah masuk.

Tiba-tiba kakinya terhenti di hadapan cermin. Dia melihat tubuhnya dari atas sehingga bawah. Dia tersenyum tawar.

'Ya, Aku dah kurus. Dah lama kurus tapi aku tetap tak rasa gembira.' Kata Izaty dalam hati.

Ya, memang Izaty sudah kurus! Terkejut bukan? Tetapi bila orang cakap dia sudah kurus dia akan jadi malu-malu dan akan jawab dia masih gemuk. Izaty memegang wajahnya. Wajahnya dahulu yang tembam kini sudah runcing. Wajahnya yang berwarna coklat dan banyak jerawat kini sudah putih licin macam telur rebus. Wajahnya benar-benar berubah walaupun tidak membuat pembedahan plastik. Izaty merasakan dia seolah-olah duduk dalam badan orang lain, bukan dalam badannya lagi.

Dia kembali tersedar dari khayalan. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu dia terus menuju masuk ke dalam bilik untuk mnegemas pakaiannya.

****

Anak-anak Nabila sudah duduk di atas kerusi. Mereka tidak sabar mahu makan petang. Izaty memerhatikan Zaim datang menghampirinya. Bau minyak atar jelas menusuk ke lubang hidung Izaty. Zaim senyum ke arah Izaty.

"Abang, makan." Izaty mempelawa Zaim seperti rumahnya sendiri.

Zaim mengangguk, lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Izaty meletakkan ikan goreng di hadapannya, lalu dia duduk. Nabila yang baru sahaja datang dari dapur sambil membawa sayur kangkung senyum.
Dia meletakkan sayur kangkung itu di hadapannya.

"Wah sedapnya Kak Ila. Dah lama tak makan kangkung goreng. Kari ikan ni pun sedap." Kata Izaty sambil mulutnya sudah basah dengan air liur sangat menyelerakan!

"Memanglah, siapa yang masak? dah jom kita makan. Abang, baca doa makan." Arah Nabila kepada Zaim, lantas Zaim membaca doa makan. Mereka semua mengangkat tangan untuk mengaminkan doa. Selesai sahaja doa mereka terus menjamah lauk yang sedap itu. Semua orang sibuk dengan makanan mereka begitu juga Izaty.

"Zaty, balik selepas makan ni ke?" Nabila bertanya.

"Ya." Balas Izaty pendek.

"Nanti boleh suruh Abang Zaim hantarkan Izaty di stesen bas. Bolehkan abang?"

"Boleh saja." Balas Zaim.

Izaty mengangguk sahaja. Bagus juga kalau dah kata nak hantar. Tak lah penat nak cari teksi bagai. Sebenarnya, Nabila dan Zaim ini adalah pasangan suami isteri. Merekalah yang banyak membantu Izaty semasa belajar di kolej dahulu walaupun mereka tiada hubungan saudara. Izaty hanyalah pekerja dobi semasa di zaman kolej dahulu semata-mata nak cari duit lebih. Dobi itu milik Kak Nabila. Izaty sangat setia dan jujur dengan mereka, sebab itulah mereka selalu membantu Izaty dan sayang seperti adik sendiri.

"Macam mana Abang Zaim, kat sekolah tadi? Penat tak ajar budak-budak?" Zaty memandang ke arah Zaim sambil menanyakan soalan.

"Macam itulah. Penat tu, memanglah penat. Penat itu perkara biasalah. Macam mana, sekarang? Dah nak jadi cikgu pra-sekolah dah sekarang?"

"Alhamdulillah lah abang, dah dapat kerja tapi tak tahu lagilah macam mana nak jaga budak-budak tu yelah Izaty pun tak mula kerja lagi. Harap tak letihlah."

"Baguslah. Abang jadi ustaz kat sekolah menengah kat bandar ni pun kena banyak sabar. Abang pun teringin nak mengajar budak-budak kampung."

"Alah, kat bandar ni dah ok. Lagipun dobi Kak Nabila nak bagi kat siapa untuk jagakan, kalau abang dengan kakak pindah."

"Haa itulah. Hahaha..." Kata Nabila sambil ketawa. 

"Okey, zaty dah habis makan. Gerak dulu lah ya. Nak kemas barang apa yang patut."

"Amboi cepatnya." Kata Nabila.

"Kenyang dah." Izaty pun terus ke dapur untuk mencuci pingan lalu dia pergi ke biliknya untuk mengemas barang.

****

"Kak, terima kasih ya, bagi Izaty tumpang kejap kat rumah Kak Ila ni sampailah Izaty habis belajar. Terima kasih sangat. Maaflah susahkan kak ila sekeluarga banyak sangat." Kata Izaty sambil menyalam tangan Nabila itu.

"Tak ada apanya, dah anggap macam adik sendiri dah pun." Balas Nabila.

"Ya Allah, terima kasih Kak. Izaty pergi dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Balas Nabila.

Zaim yang berada di dalam perut kereta itu terus membuka pintu, lalu Izaty pun masuk. Dalam beberapa saat, mereka pun berlalu pergi. Bayang-bayang mereka semakin hilang.

****

Bas sudah satu jam memulakan perjalanan. Hari pula hujan. Izaty termenung sambil memandang ke arah luar tingkap.

Kisah-kisah silam kembali terimbas di mindanya. Kata-kata Raja Azreen masih segar di dalam ingatannya walaupun sudah lama. Memang tidak dapat dilupakan sambil bila-bila!

Wajah Raja Azreen juga masih segar dalam ingatan. Lelaki yang kacak, putih, tinggi dan elok dari segi luaran. Memang tergoda! Sangat menawan seperti bidadari syurga! Dia masih ingat lagi, bagaimana rasa cintanya ditolak sehabis-habisnya seperti tiada lagi harapan untuk terima hatinya.

Sampai sekarang dia sudah tidak nampak Raja Azreen, Asmida mahupun kawan-kawan sekolahnya dahulu. Dia berhijrah ke tempat lain untuk mencari pengalaman hidup baharu dan demi mencapai kejayaan. Alhamdullilah sekarang dia sudah berjaya.

'Inilah nasib aku...' Izaty berkata di dalam hati. Dia terus memandang ke arah luar dengan secebis kekesalan. Kesal dengan kisah silamny dahulu. Rindu dengan keluarganya akan segera terubat lagi beberapa jam. In Shaa Allah. Izaty tersenyum senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience