40

Romance Completed 26570

Mereka berdua diberi kebenaran untuk masuk melawat Tasha, tanpa membuang masa lagi Izaty terus pecut selaju yang boleh demi melihat keadaan kawan baiknya itu.

Sesampainya dia di hadapan katil Tasha, dia terkaku hanya nafasnya sahaja turun naik sambil matanya tepat memandang ke hadapan.

Dalam beberapa saat, Rafiq baru tiba di belakang Izaty dengan nafas turun naik.

Mereka berdua terkaku melihat Tasha. Suasana sepi dalam beberapa saat. Izaty kelu tidak terkata. Tasha tersenyum sambil memegang seorang bayi yang sedang nyenyak tidur.

"Tash..." Izaty hilang kata-kata. Hanya mampu tersenyum.

"Yes, my baby..." Kata Tasha lantas, tersenyum sambil mencium lembut dahi bayinya itu.

"Baby..." Ada sedikit senyuman di bibir Izaty.

"Baby boy..." Balas Tasha dengan suara serak.

"Alhamdullilah..." Ucap Izaty perlahan. Sejuk jiwanya manandang bayi yang berwajah polos itu tidur nyenyak dalam dakapan ibunya.

Izaty mengalihkan pandangannya ke arah Rafiq. Izaty tersenyum ke arah Rafiq, Rafiq turut tersenyum sama ke arah Izaty. Alhamdulillah, dengan pertolongan Rafiq, Tasha selamat.

Mata Tasha henti memandang Rafiq yang hanya tersenyum sambil memeluk tubuh dari jauh. Kacak orangnya. Sejuk mata memandang.

"Hai... Rafiq..." Rafiq mengangkat sebelah tangan lalu dilabai olehnya perlahan ke arah Tasha sekadar untuk memperkenalkan dirinya.

Mata Tasha memandang ke arah Izaty pula dengan senyuman 'ada makna'.

"Apa?" Izaty tersenyum ke arah Tasha sambil matanya dibulatkan.

"Rafiq, tolong azankan anak aku." Kata Tasha dengan nada serius.

Rafiq terkedu. Izaty turut terkedu jugs setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Tasha sebentar tadi.

Rafiq dan Izaty saling berpandangan antara satu sama lain.

Masing-masing tertanya-tanya.

"Hmm. Boleh ke tidak?" Tasha bertanya lagi dengan senyuman dibibirnya.

Suasana di dalam bilik itu sunyi hanya dengan bunyi kipas berpusing. Sangat tenang dan nyaman.

"Bo.. Boleh." Rafiq teragak-agak terjawab.

'Aku boleh je nak tolong azankan, tapi mana suami dia?' Kata Rafiq dalam hati, tapi dia tidak sampai hati untuk bertanya. Apa salahnya membantu, azan sahaja bukan apa pun.

Perlahan-lahan dia mendekati bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur itu. Rafiq mengulurkan tangannya lantas, Tasha menyerahkan bayinya. Rsfiq memeluk bayi itu dengan lemah lembut, sempat lagi Tasha mencium dahi bayinya sebelum menyerahkan bayinya kepada Rafiq untuk diazankan.

Bayi itu kelihatan seperti tersenyum apabila ada dalam dakapan Rafiq. Jiwa Rafiq menjadi tenang setelah melihat bayi itu. Dia mudah tersentuh apabila melihat bayi ataupun budak kecil.

Tanpa menunggu lama, Rafiq pun mula mengalunkan suaranya di telinga bayi itu.
Izaty merapatkan tubuhnya ke Tasha sambil memegang erat tangan Tasha. Mereka saling tersenyum.

Sayu sahaja suara Rafiq mengalunkan azan.

Izaty tersenyum tenang ke arah Rafiq. Jiwanya juga tersentuh melihat sifat seorang ayah yang ada kepada Rafiq walaupun Rafiq masih lagi bujang. Matang, serba boleh, baik pula tu orangnya. 100% lelaki jenis ini adalah idaman setiap wanita. Siapa yang tidak mahu lelaki seperti Rafiq ini? Sempurna orangnya.

"Ada boyfriend tak beritahu." Tasha merenung tajam ke arah Izaty sambil tersenyum nipis.

"Ish, tak adalah." Izaty menggelengkan kepala sambil tersenyum cuba untuk menafikan kata-kata Tasha sebentar tadi.

"Yes..." Tasha tersenyum.

"No, kami kawan je. Tu pun kebetulan kami jumpa."

"Agaklah kawan... Bukan orang sini mamat ni." Tasha memandang lagi ke arah Rafiq. Dia yakin dia tak pernah lihat Rafiq di kawasan sini. Dia yakin Rafiq ini orang luar.

"Memang bukan orang sini. Entah macam mana boleh melekat sampai ikut balik sini." Kata Izaty sambil ketawa kecil.

"Betullah kan boyfriend?"

"Ya Allah, no... He is not my boyfriend." Kata Izaty separuh berbisik.

"Ehem.." Rafiq berdehem menandakan dia sudah selesai mengazankan bayi lelaki itu.

"A'ah.. Terima kasih Rafiq." Tasha mengambil kembali anaknya daripada tangan Rafiq dengan perlahan.

"Sama-sama." Rafiq tersenyum. Sejujurnya, dia masih belum puas nak pegang anak comel itu, tapi apakan daya bukan anaknya. 

"So, apa nama anak kau Tasha?" Izaty menyentuh lembut pipi bayi lelaki itu.

"Aku ada fikir nak bubuh nama dia Muhammad Azam Fikri."

"Sedap nama tu. Aku nak cuba call family kau tadi tapi aku tak tahu number. Jadi, aku telefon suami kau je tapi tak angkat, lepas tu aku Whatsapp dia, tapi dia tinggal bluetick je."

Tasha hanya terdiam.

Lama selepas itu, Izaty bersuara kembali.

"Suami kau dah lama abaikan kau kan?!" Suara Izaty agak tinggi. Wajahnya juga bertukar serius.

Tasha abaikan sahaja pertanyaan Izaty, dia hanya memandang wajah bayi lelakinya sambil mendodoikan anaknya.

"Hah! Aku dah agak dah! Aku dah agak lama dah yang dia tu memang lelaki tak guna! Polis apa dia tu! Isteri sendiri pun tak bertanggungjawab nak jaga."

Rafiq memegang bahu Izaty supaya tenang.

"Jangan pegang aku!" Izaty menepis tangan Rafiq dengan kasar.

Rafiq jadi tergamam.

Air mata mula membasahi pipi Izaty. Dia mula rasa simpati di hatinya. Dia tak boleh lihat kaum wanita diperbodohkan sebegitu rupa kerana perempuan juga manusia, bukannya mainan lelaki!

"Tasha... Please Tasha pandang aku. Tasha... Tolong..." Rayu Izaty dengan nada teresak-esak.

"Tasha, aku sayang kau macam adik beradik aku sendiri. Tapi, aku tak boleh biarkan kau susah sorang-sorang."

Kini, Tasha barulah memandang Izaty dengan wajah kosong.

"Aku tak nak orang luar susah sekali dalam masalah rumah tangga aku. Aku boleh urus sendiri. Percayalah."

"Ya.. Aku tahu tapi kau tak boleh berdiam je Tasha. Sekurangnya, cerita kat sesiapa kalau bukan aku pun."

"Takpe, aku boleh uruskan sendiri." Suara Tasha bertukar sebak.

"Aku dah ada anak aku, anak akulah segalanya sekarang ni. Akan aku jaga dia dengan penuh kasih sayang." Setitis air matanya jatuh ke pipi.

"Takpe, biar aku cari jantan tak guna tu! Aku cari dia sampai dapat!" Izaty mengapai beg tangannya sepantas mungkin dia keluar dari bilik itu.

Rafiq ikut dari arah belakang.

"Izaty! Izaty! Wait!" Rafiq memegang bahu Izaty .

"Ish! Apa Rafiq! Apa!" Izaty mula naik hantu. 

"Awak nak cari dia kat mana? Please relax dulu." Rafiq memandang tepat ke arah mata Izaty yang bergenang air mata itu.

Izaty terdiam. Mereka saling berpandangan.

"Hahahaha...." - suara orang sedang ketawa bersuka-ria.

Segera mata Izaty dan Rafiq memandang ke arah suara tersebut yang semakin hampir dengan mereka berdua.

"Hah! Itu pun dia!" Izaty mengetap gigi. Kakinya melangkah dengan pantas menuju ke arah suara yang sedang bergelak ketawa itu.

"Woi!!!" Jerit Izaty ke arah dua pasangan yang sedang gelak ketawa tadi.

Langkah mereka terhenti sambil memandang tajam ke arah Izaty.

"Kau... Kau kan yang WhatsApp aku tadi?" Jari telunjuk lelaki itu tepat ditala ke arah Izaty.

"Hah! Aku!" Balas Izaty dengan nada suara dingin.

"Ouh." Balas lelaki itu seperti orang tiada perasaan.

PANGGG!!! -Satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu.

Semua orang yang berada di situ tergamam melihat kejadian tadi termasuklah Rafiq.

"Baby! Baby you okey ke?" Perempuan di sebelahnya terus mengurut pipi lelaki itu.

"Hei! Kau siapa hah? Nak tampar-tampar pipi tunang aku!?" Marah perempuan itu kembali ke arah Izaty sambil menolak bahu Izaty.

"Hah? Tunang?! Zamrul! Tergamaknya kau buat kat Tasha macam ni. Tasha tu baik kau tahu tak! Tutup aurat sempurna cukup! Perempuan macam ni kau cari! Perempuan tak cukup kain ni jugak yang nak jadi pilihan kau! Eh! Setan! Kau tahu tak isteri kau bertarung nyawa tadi nak lahirkan anak kau! Kau mana! Kau pergi mana!" Izaty memegang kolar bahu Zamrul sekuat mungkin.

"Bapak jenis apa kau ni ha!? Bapak setan!"

"Ish aku perempuan ni!" Zamrul mula mengangkat penumbuknya lalu di talakan ke arah Izaty.

Baru sahaja dia ingin melepaskan tumbuknya ke arah muka Izaty. Rafiq dengan pantas memegang penumbuk zamrul tadi.

BAQQ!!! - Bunyi Rafiq mengengam penumbuk Zamrul tadi.

Rafiq mengetap giginya sampai nampak tulang pipinya timbul. Muka Zamrul yang tak guna itu Rafiq merenung dengan tajam. Berani dia nak tumbuk muka Izaty! Sebelum dia tumbuk Izaty, meh lawan dengan dia dulu!

"Hei, apa ni bro? Tak gentle lah pukul perempuan bro! Kau ni apa? Dayus ke?" Kata Rafiq dengan nada sinis.

Zamrul menarik kembali tangannya.

"Dah jom Izaty kita pergi sebelum saya pulak yang naik hantu dekat sini." Kata Rafiq sambil mula menarik tangan Izaty.

"Eh, sekejap Rafiq, saya tak habis lagi. Hei, Zamrul. Kalau kau dah tak nak Tasha tolong lepaskan dia. Jangan kau seksa dia macam ni. Pleaselah!" Kata Izaty sambil tangannya sudah ditarik oleh Rafiq untuk pergi. Izaty mendengus kasar, sempat lagi Izaty mejeling tajam ke arah perempuan tak cukup kain itu.

"Hergh! Perempuan neraka ni jugak kau nak pilih Zamrul! Tak cukup kain, rambut merah dah macam kena sambar api je aku tengok. Bodohlah kau lepaskan Tasha demi pelacur ni!"

Terus Izaty dan Rafiq melangkah pergi meninggalkan tempat itu.

Dua pasangan tadi lihat sahaja ke arah Izaty dan Rafiq dengan muka tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience