33

Romance Completed 26570

Izaty leka melayani kerenah budak-budak comel di dalam kelasnya itu. Penuh dengan kesabaran Izaty melayani kerenah mereka. Bibirnya sentiasa tersenyum dan hatinya sentiasa bersabar. Yalah, budak-budak lagi kan? Mana boleh garang-garang sangat nanti budak takut nak datang sekolah. Setakat ini cikgu kegemaran mereka adalah Cikgu Izaty kerana cikgu ini cantik orangnya, lepas itu mengajar budak-budak pun ceria sahaja. Budak-budak pun suka!

Sedang dia leka melayani kerenah budak-budak comel itu, tiba-tiba matanya terpandang satu susuk tubuh dari luar tingkap. Izaty terhenti seketika gerak gerinya. Dahinya berkerut. Susuk tubuh itu terlihat kabur dari luar tingkap.

'Eh awalnya ayah budak-budak ni datang, baru pukul sembilan pagi tapi waktu balik lambat lagi ni.' Kata Izaty dalam hati.

Segera Izaty berlari-lari anak menuju ke daun pintu untuk melihat siapakah yang datang awal pagi seperti ini.

Sebaik sahaja Izaty sampai di daun pintu terus dia tersentak. Terasa terkejut apabila melihat satu susuk tubuh lelaki sedang bersandar tepi pintu sambil tersenyum.

Izaty terjerit kecil sambil menggigit jarinya. Rasa cuak juga mula menyinggah ke hatinya saat ini. Tiba-tiba rasa nak pengsan pun ada.

"OMG!!!"

~~~~~•~~~~~

"Apa awak buat dekat sini!" Wajah Izaty berkerut seribu sambil menampar perlahan pada bahu lelaki itu.

Cikgu-cikgu tadika yang berada di dalam sekolah itu mula mengintai dari jendela sambil berbisik antara satu sama lain. Bukan cikgu-cikgu sahaja malah, anak-anak muridnya juga mengintai sambil memijak kerusi mereka masing-masing. Segala pelusuk mesti ada yang cuba mengintai mereka dari dalam. Di tingkap, pintu, lubang kecil semua ada. Mereka semua menangguhkan pelajaran mereka sambil memerhatikan Izaty bersama seorang jejaka kacak di luar sekolah.

"Auch!" Lelaki itu mengaduh sakit sambil memegang bahunya. Wajahnya berkerut memandang ke arah Izaty.

"Ish, Rafiq... Awak ni lah." Izaty menghentak-hentakkan kakinya ke tanah. Mukanya memang merah gila! Jenuh menahan rasa malu yang tidak terkata.

Mereka berdua berdiri di luar. Hanya mereka berdua. Sunyi.

Rafiq tersenggih-senggih ke arah Izaty sambil kedua belah tangannya memegang tali beg galasnya.

Izaty melihat lelaki itu dari atas sampai bawah.

Rafiq mengenakan cermin mata hitam, berbaju T-shirt berkolar berwarna biru muda, berseluar skinny jeans berwarna putih dan dikenakan pula dengan kasut Nike Roshe.

'Hmm... Sebijik macam budak U pun ada dia ni.' Kata Izaty dalam hati sebab Rafiq Husaini awet muda sangat.

"Err, haha." Lelaki yang tinggi 180cm itu hanya mampu ketawa. Izaty pula tinggi 169cm. Kedua-dua mereka tinggi lampai orangnya.

Izaty memeluk tubuh. Sambil merenung tajam ke arah Rafiq. Mereka langsung tidak bercakap. Hati Izaty masih lagi marah kepada Rafiq. Nak datang tak bagitahu boleh pulak datang ke sini tanpa bagitahu dia dulu. Memang kuat menyakatlah Rafiq ni. Boleh gugur jantung kalau hari-hari duduk dengan Rafiq ini. Macam-macam kejutan dia buat.

"Hahaha... Cikgu bawak boyfriend, cikgu bawak boyfriend..." Kata salah seorang budak dalam kelas itu.

Lalu di ikuti oleh murid-murid lain juga.

"Cikgu bawak boyfriend! Cikgu bawak boyfriend! Cikgu bawak boyfriend!"

Serta-merta Izaty memandang ke arah mereka semua yang mengintai mereka dari dalam.
Izaty mengetap bibir menahan malu. Terdiam tidak mahu kata apa.

Rafiq memandang sekilas dengan senyuman ke arah mereka yang sedang bersorak menyebut nama Izaty itu, dengan polosnya Rafiq melambaikan tangannya ke arah budak-budak itu dengan mesra. Setelah itu, dia memandang kembali ke arah gadis di hadapannya ini.

"Ouh, saya datang sebab saya nak bagi novel ni je dekat awak." Cepat-cepat Rafiq mengeluarkan novel milik Izaty daripada beg galas lalu, buku-buku itu sudah berada di tangannya.

"Nah."

Buku itu diserahkan kepada Izaty.

"Aiya!!!" Izaty menepuk dahinya kuat.

"Awak... Pos kan boleh? Datang sini jauhlah. Buang duit aje."

"Alah, takpelah. Bukannya selalu pun nak tengok-tengok kampung unik awak ni." Kata Rafiq dengan senyuman.

"Wait! Awak tahu mana ini kampung saya, and saya kerja kat sini!?" Kata Izaty sambil mencekakkan pinggangnya.

"Alamat kampung awak saya mintak dekat Kak Nabila. Saya kenal lama dah Kak Nabila tu and, saya tahu awak kerja kat sini sebab hari tu kan awak cakap awak ni cikgu tadika sekolah? So, saya tanyalah dekat pak cik-pak cik, mak cik-mak cik kat sini nama awak. Dia orang kenal awak and bagi tahu awak kerja kat sini. Ngee~" Rafiq tersenggih manja.

'Haih... Bala apalah pulak lepas ni? Mampus kalau mak aku tahu!' Kata Izaty dalam hati sambil menepuk dahinya lagi.

"Haih, yalah yalah..." Izaty terus mengambil novel itu.

Izaty terjeda seketika. Novel itu dibelek-beleknya kembali tidak lama selepas itu dia memandang muka Rafiq kembali.

"Sebenarnya awak tak baca pun kan?" Tanya Izaty dengan nada dingin.

"Err, eh mana ada. Saya bacalah. Pandai-pandai je kata saya tak baca." Kata Rafiq separuh gagap memang betul pun dia tak baca yalah, dia tu anak bos kot? Jaga syarikat besar. Mana sempat nak baca benda-benda bodoh macam ini. Lagipun novel melayu di tangan Izaty itu bukan makanan dia. Dia hanya layan novel orang putih sahaja. Rafiq sebenarnya nak jumpa Izaty jadi dia terpaksa cipta alasan. Tak sangka berguna juga dia sebat novel Izaty tempoh hari.

"Hm, yalah tu. Jadi, awak dah nak balik dah kan?" Kata Izaty sambil matanya tepat memandang ke arah wajah tampan Rafiq Husaini.

"Ermm...." Rafiq seperti hilang kata-kata. Dia rasa macam malas nak balik awal-awal. Macam tak berbaloi sahaja datang jauh-jauh tapi dapat lepak dekat kampung ini tak sampai satu jam.

"Haa, itulah kan dah susahkan awak. Herm.. Macam mana ni? Novel awak tu pun ada dekat rumah saya. Haih." Izaty mengeluh sambil menggaru-garu kepalanya.

"Haii... Izaty tak apalah. Biarlah dia masuk dalam dulu! Kesian tunggu dekat luar tu, panas. Kesian kot. Dahlah putih orangnya. Hahaha." Jerit kak Mas dari dalam sekolah sambil ketawa kecil.

Izaty memandang kembali ke arah Rafiq.

"Hm? So macam mana?" Tanya Izaty.

"Hmm..." Rafiq tersenyum tajam seperti ada makna ke arah Izaty.

"Apa?" Izaty mengerutkan dahinya, tak faham dengan senyuman tajam yang diberikan oleh Rafiq itu tadi.

Rafiq masih tersenyum tajam seperti tadi tetapi kini dia menyilangkan tangannya sambil mengangkat keningnya. Kemudian, Rafiq memandang ke arah tadika kecil yang mempunyai lima orang guru dan 40 orang murid itu.

Okay, Izaty baru faham apa yang dimaksudkan oleh senyuman tajam Rafiq sebentar tadi. Izaty menggeleng-gelengkan kepalanya ke arah Rafiq sebagai tanda tidak.

"No!"

"Yes..." Balas Rafiq sambil tersenyum kaca mata hitamnya dibuka lalu dipangangnya.

"Ergh! Fine!" Balas Izaty sambil memusingkan bola matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience