46

Romance Completed 26570

"Assalamualaikum, Izaty dah balik." Izaty menanggalkan kasutnya dan kakinya mula melangkah masuk.

"HAHAHA!!"

Izaty dengar suara orang sedang ketawa di dalam rumahnya. Dia terfikir sendiri, apa yang seronok sangat tu?

Terus matanya terbeliak!

'Hah! Rafiq lagi? Hari-hari dia datang rumah aku kenapa? Oh, dia laparlah tu kot nak makan sekali tapi harini aku tak beli lauk bungkuslah pulak.' Kata Izaty dalam hati sambil kakinya melangkah mendekati Rafiq dan maknya.

Empat mata itu memandang tepat ke arah Izaty yang tercengang di satu sudut.

"Haa... Izaty dah balik." Sapa maknya dengan sisa ketawa yang masih terlekat.

Rafiq pula asyik tersenyum-senyum ke arah Izaty seperti tahu satu rahsia Izaty.

'Eh, kenapa dia orang ni dok tersenggih-senggih macam stokin koyak dekat aku ni?' Kata Izaty dalam hatinya.

Mata Izaty terpandang sesuatu di tanggan mereka. Tercenggang lagi Izaty dibuatnya. Kelopak matanya terus terbuka luas sambil memandang sesuatu di tangan Rafiq.

"Hah! Album gambar?" Jerit Izaty terperanjat.

Izaty berlari sepantas mungkin, lalu dia merampas kembali sekeping gambar yang berada di tangan Rafiq dengan kasar.

"Ish! Bagi balik!"

Rafiq hanya ketawa terbahak-bahak seperti orang tiada perasaan.

Izaty meneliti gambar yang dirampas olehnya sebentar tadi dengan rasa cuak dan air mata mula bertakung di tubir mata.

Gambar dia masa sekolah menengah dahulu. Ya, Mestilah gambar dia masa gemuk! Habislah jadi bahan nanti! Izaty mula tak sedap hati.

Izaty memandang tepat ke arah muka maknya dengan rasa marah yang cuba ditahan.

"Mak! Kenapa mak bagi dia tengok album gambar kita. Malu tau tak mak tayang gambar masa dulu-dulu kat orang kita tak kenal. Gambar Zaty pulak tu!" Kata Izaty dengan wajah yang agak mencuka.

"Alah, bosan.. Lagipun tak ada benda yang mak nak buat selepas masak tadi. Mak tak tahu nak buat apa, mak tayang gambar kamu masa gemuk dulu. Haha... Gelak berdekah-dekah kami." Kata Maknya sambil menyambung ketawanya lagi.

Wajah Izaty bertambah sedih dia hanya tertunduk ke bawah. Dia hanya mendiamkan diri tanpa ada sepatah kata.

"Alalala.. Chubby nya dia dulu masa sekolah. Haha... Macam anak gajah." Kata Rafiq dengan ketawa tanpa henti.

Izaty rasa seperti di permalukan dan diperbodohkan, traumanya baru sahaja nak hilang kini, datang kembali.

Segala kenangan pahit ketika waktu sekolah dahulu datang menyinggah kembali di mindanya. Kenangan dia kena ejek, kena baling tepung, kena tolak sampai jatuh tersungkur, kena tumbuk, kena tampar, kena layan macam binatang oleh guru-guru dan rakan sekolahnya kembali menyinggah ke mindanya dalam beberapa saat.

"Haha gemuknya, saya konfius ni gajah ke badak air. Gemuk gila!"

"Rafiq! Awak diam!" Marah Izaty dengan matanya sudah mula merah berkaca.

Rafiq terdiam setelah melihat setitis air mata Izaty jatuh sebutir ke pipi. Tiba-tiba dia rasa bersalah atas apa yang dia katakan tadi.

"Mak, lain kali nak tunjuk, tunjuk semua terus ni. Nah! Nah! Nah!" Izaty mencampakkan album gambarnya masa gemuk dulu. Berterbangan gambar dia di udara.

"Nah tengok! Tengok sampai puas! Gelak sampai puas!" Jerit Izaty sekuat hati. Dia terus lari masuk ke dalam bilik. Mukanya dicekup bantal, lantas dia menangis semahu-mahunya.

"Rafiq, jahat. Awak memang jahat Rafiq! Saya benci awak." Kata Izaty perlahan di bawah bantal. Dia benar-benar terluka dengan kata-kata Rafiq sebentar tadi. Dia ingatkan Rafiq berbeza tetapi rupanya sama sahaja seperti orang lain! Sama!

Mungkin Rafiq dapat mendengarnya tetapi ada dia kisah? Tak, Izaty sudah tidak kisah lagi. Dia hanya mahu menangis semahu-mahunya.

Macam mana dia nak pandang Rafiq lagi, kerana Rafiq gelakkan dia masa dia bertubuh besar dahulu. Izaty ingatkan Rafiq tak sama macam orang lain dan macam lelaki lain, tapi, sama sahaja, gelak pada dirinya. Malu! Sangat malu!

*krekk...~ Bunyi pintu dibuka oleh seseorang.

Izaty terus menangis tanpa mengendahkan orang yang masuk ke dalam biliknya itu.

Dalam fikiran Izaty dah mula fikir yang Rafiq akan kata dia ni gedik, benda kecil tu pun nak menangis bagai, mungkin bagi orang yang tidak mengalaminya anggap perkara kecil, tetapi bagi orang yang mengalaminya tidak sama sekali, kerana susah payah tuan punya badan sahaja yang tahu dan merasakan betapa peritnya jadi bahan hinaan, belum itu lagi, perit nak berubah tu juga sama. Nafsu kena kawal, jika tak kawal sia-sia sahaja perit itu selama ini.

Tubuh yang baru masuk itu duduk di birai katil. Jelas dengar bunyi orang itu sedang menghembuskan nafas.

Izaty masih lagi menangis tersedu-sedu dia tahu itu Rafiq.

"Izaty..." Suara rafiq lembut menyebut namanya.

Izaty abaikan sahaja, dia masih lagi menangis perlahan.

"Izaty! Please! Don't be like this."

"Rafiq, please get out ! I hate you so much now!" Kata Izaty di celah bantal.

"Awak, saya tak..." Rafiq seakan-akan sudah hilang kata-kata tidak tahu mahu katakan apa. Memang itu salahnya, dia dah terlanjur. Dia ingatkan Izaty okay sahaja kalau diusik kerana selalunya okay mungkin kali ini dia agak keterlaluan.

"Semua sama! Semua orang ketawakan saya semua orang buat saya macam orang bodoh!"

Izaty berkata sambil menolak dada Rafiq kuat. Tangan Izaty dipegang oleh Rafiq pantas.

"Tak! Saya tak sama dengan orang lain."

Izaty mendiamkan diri, matanya di arahkan ke arah lain sambil tersenyum sinis. Dia langsung tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Rafiq sesaat tadi.

"Saya, jujur berkawan dengan awak. Saya..."

"Cukup Rafiq! Too much! Awak pergilah balik sekarang. Dah tak ada benda lagi dekat sini untuk awak. Pergi balik rumah awak dekat KL tu dan jangan cari saya lagi. Saya kecewa dengan awak."

"Tapi, saya nak cakap yang saya..."

"Saya apa? Hah? Saya apa? Awak nak cakap saya ni apa?" Kata Izaty sambil menepuk kuat bahu Rafiq.

"Saya cintakan awak!" Lancar mulut Rafiq menyatakannya dengan mata bundarnya tepat memanah Izaty.

Kedua-dua mereka tergamam! Terkaku! Terkedu! Terkedu! Jantung Rafiq seakan-akan terhenti sebaik sahaja nyatakan kata-kata itu.

Jantung Izaty pula berdegup kencang. Mata mereka saling bertatapan. Izaty merenung tepat ke arah anak mata berwarna coklat cerah itu. Selepas beberapa saat, Izaty kembali ke alam nyata. Dia menggelengkan kepala beberapa kali.

"T.. Tak, tak kelakar lah Rafiq, awak jus.. Just baliklah. Awak balik jelah sekarang. Saya tak nak tengok muka awak lagi." Izaty terus meninggalkan biliknya itu.

Rafiq melihat sahaja kaki Izaty laju melangkah meninggalkan dia seorang diri di situ. Rafiq menggetuk kepalanya sambil memejamkan mata serapat mungkin.

'Arghh! Rafiq! Apa kau buat ni! Apa kau cakap ni!' Marah Rafiq sendiri dalam hati.

~~~~~•~~~~~

Jam di dinding tepat menunjukkan jam 3.30 petang. Berat hati rasanya ingin meninggalkan kampung ini. Semua barang sudah dimasukkan ke dalam kereta olehnya ketika berada di homestay. Kini, dia singgah sebentar di rumah Izaty buat kali terakhir.

"Okay, Mak Ijah saya dah nak pergi ni. Ada rezeki kita jumpa lagi Assalamualaikum." Rafiq menyalam tangan tua itu dengan penuh rasa hormat.

Berat hati Mak Ijah melihat anak muda itu mahu pergi meninggalkan kampung ini.

Izaty pula duduk di tangga kayu sambil matanya sayu memandang ke arah Rafiq ingin pergi. Tiba-tiba dia rasa sedih, dia rasa seperti berat ingin melepaskan Rafiq untuk pergi.

"Okay korang, abang balik dulu ya." Rafiq seraya menghulurkan tangan lalu, Aiman dan Syazwan menyalam  sambil mencium tangan Rafiq.

"Nanti kita jumpa lagi boleh tak?" Ujar Syazwan si budak yang susah nak bercakap dengan orang yang tidak kenali itu secara spontan.

Rafiq tersenyum ke arah Syazwan lantas dia menggosok-gosok kepala Syazwan sambil diselit sedikit ketawa kecil.

"In Shaa Allah ada rezeki kita jumpa, kalau korang datang KL call je abang. Nanti abang pergi ambil korang, abang bawa korang berjalan-jalan dekat sana duduk dekat rumah abang okay." Ujar Rafiq dengan mesra.

Aiman dan Syazwan hanya menangguk gembira ke arah lelaki yang berusia 26 tahun itu. Baik Rafiq ini orangnya. Sangat pemurah.

Mata Rafiq tertancap ke arah Izaty yang sedang duduk di anak tangga seorang diri itu. Perlahan-lahan Rafiq mendekati ke arah Izaty.

Izaty menolehkan wajahnya ke arah lain setelah tersedar Rafiq datang ke arahnya.

"Awak , saya err... Pergi dulu." Kata Rafiq dengan senyuman tawar. Matanya tidak mampu untuk menatap wajah Izaty buat ketika ini.

"Em, take care." Kata Izaty perlahan dan dia terus berlari masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja dia mengucapkan selamat tinggal yang bukan lahir dari hatinya sendiri.

Rafiq menggigit bibir dan tertunduk ke bawah. Tidak sanggup melihat kelakuan Izaty sebentar tadi. Hatinya menjadi sakit seolah-olah diremukkan oleh seseorang.

Kedua-dua belah tanggannya masuk ke dalam poket seluar. Masih diburu oleh rasa bersalah. Mungkin, Izaty masih lagi sakit hati dengan salahnya tadi sebab itulah Izaty tak nak tengok dia sampai bayang-bayang dia pergi dari sini.

Dia kembali berdiri di hadapan Mak Ijah sambil cuba tersenyum. Duit seratus ringgit dihulurkan olehnya. Mak Ijah yang agak terkejut dengan adengan tadi, cuba untuk menolak pemberian Rafiq. Rafiq memaksa. Lama-lama kelamaan Mak Ijah ambil juga duit itu kerana dipaksa oleh Rafiq.

"Buat belanja ya." Kata Rafiq perlahan sambil tersenyum manis untuk kali ini. Dia cuba untuk ceria selalu. Dia tak mahu kelihatan sedih di hadapan orang ramai.

"Terima kasih. Baik betul hati kamu Rafiq. Semoga Allah murahkan rezeki kamu. Pasal Izaty tu nanti Mak Ijah cuba pujuk. Kamu jangan risau sangat ya. Izaty tu dia jenis tak pandai nak marah lama-lama nanti dia okay sendiri."Kata Mak Ijah cuba untuk menyedapkan hati Rafiq.

"A'ah, maaf ya saya buat anak Mak Ijah jadi macam tu. Saya pun tak tahu. Saya balik dulu, Assalamualaikum."

"Tak apa, Waalaikumsalam."

Rafiq masuk ke dalam kereta, tidak lama selepas itu, bayang-bayang dia pun hilang meninggalkan kawasan rumah itu. Dia meninggalkan kampung itu dengan penuh rasa kecewa yang tidak di duga olehnya.

~~~~~•~~~~~

Semasa di dalam perut kereta, Rafiq lebih banyakkan mengelamun. Dia fikirkan apa yang dia katakan kepada Izaty sebentar tadi.

Ya, itu memang salahnya.

"Sangat! Sangat! Sangatlah bodoh! Rafiq, you are stupid! Dahlah sakitkan hati dia, pergi cakap suka dekat dia pulak tu. Haih, lagilah dia ingat kau ni just nak mempermainkan perasaan dia! Macam manalah dia nak percayakan aku lepas ni? Mesti hubungan kami makin rosak rabak lepas ni! Ish!! Aku tak patut gelak kat dia tadi." Kata Rafiq sendiri. Lagu yang berkumandang di radio menambahkan rasa sakit hatinya lantas dia menutup radio itu. Kini, barulah hatinya terasa sedikit tenang.

Rafiq menghentak sebelah tangan pada kaca tingkap yang berada disebelahnya setelah tidak dapat melupakan perkara buruk yang berlaku tadi. Nasi dah jadi bubur, apa lagi yang boleh dia buat? Hanya pasrah dan berserah pada takdir yang Maha Berkuasa untuk menentukan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience