41

Romance Completed 26574

Tasha masih lagi tidak henti merenung wajah bayinya. Sesungguhnya sebak yang dirasakan. Iyalah suami entah ke mana tidak pedulikan dia lagi. Apa nak jadi?

*Bunyi tapak kaki datang menghampiri katil dengan sedikit suara gelak ketawa jelas kedengaran di telinga Tasha.

Tasha menoleh melihat siapa yang datang ke arahnya, tiba-tiba wajahnya kejang melihat, dua pasangan yang bahagia itu sedang bermesra-mesraan di hadapan matanya.

Tasha cuba menahan air matanya daripada mengalir. Senyuman palsu dihadiahkan kepada suaminya. Mahu sahaja dia menangis tapi cuba ditahan semampu mungkin.

"Abang... Ini anak kita." Kata Tasha dengan suara serak.

Zamrul hanya melihat anak itu dari jauh tanpa ada segaris senyuman di bibirnya dan tanpa ada rasa ingin memegang bayi tersebut. Zamrul dan tunangannya melihat sahaja bayi itu dari jauh.

Perempuan disebelah suaminya memegang tangan Zamrul lebih erat sambil meletakkan kepalanya di lenggan Zamrul. Sengaja nak ditunjukkan kebahagiaan mereka berdua di hadapan Tasha. Tasha hanya mampu abaikan dia dan buat tak nampak.

"Abang, tak nak pegang anak kita ke? Saya rindu sangat dengan abang. Lama tak tenung muka abang. Tasha rindu." Tasha mengetap bibirnya, air mata cuba ditahan lagi olehnya.

"Tak, aku datang cuma nak bagitahu dekat kau yang ini tunang aku. Tak lama lagi kami akan berkahwin, family kami pun dah setuju dan kau akan aku ceraikan. Tolong jangan rayu lagi... Aku dah tak boleh tengok muka kau sampai bila-bila! Kata Zamrul sambil matanya memandang ke arah lain.

"Kenapa abang? Kenapa? Saya ada buat salah ke selama ni? Kalau ada, saya minta maaf. Maafkan Tasha, tapi Tasha tak pernah tahu apa salah Tasha sebab abang tak pernah bagitahu. Abang asyik lari." Luah Tasha semahu-mahunya. Matanya kian merah. Air mata yang ingin mengalir cuba ditahan. Dia harus kelihatan kuat di hadapan perempuan yang sedang bermesraan dengan suaminya itu.

"Tak, kau memang tak ada salah. Cuma, aku dah tak boleh tengok muka kau. Aku dah mula bosan dengan kau. Aku patut dengar cakap mak aku dulu supaya jangan kahwin dengan kau. Kesalahan terbesar dalam hidup aku adalah beristerikan kau Tasha!" Ucap Zamrul dengan lantang. Nafasnya naik turun menahan rasa geram. Tidak lama selepas itu, dia melangkah keluar bersama perempuan di sebelahnya.

Sudah tidak dapat ditahan lagi, mengalir juga air mata Tasha ke pipi. Bayinya turut menangis disisi bersama ibunya.

Dia mencium pipi bayinya dengan lembut.

"Syutt... Sayang, ibu ada. Maafkan ibu sayang, maafkan ibu."

Suasana kian sayu.

~~~~~•~~~~~

"Perghh!!! Sakit betul hati saya, awak. Boleh pulak dia bawa entah perempuan mana entah dalam hospital tu. Sakit pulak hati saya." Kata Izaty sambil mengigit kuku cuba menahan geram.

Tidak henti-henti dia maki hamun suami Tasha.

Rafiq di sebelah pula hanya mendiamkan diri dan matanya fokus ke arah jalan. Cuaca kelihatan makin gelap.

"Ish... Kalau saya dapat suami macam tu, saya tanam dia hidup-hidup."

"Ish, tak baik kata macam tu. Tak ada apa-apa lagi, dah bayangkan bukan-bukan. Banyak tengok cerita psikolah awak ni." Kata Rafiq yang sudah lama mendiamkan diri.

"Ahh... Saya bukannya apa, saya tak boleh tengok kaum wanita lagi-lagi yang lemah diperbodohkan oleh lelaki. Dia orang ingat wanita ni apa? mainan? Kami pun manusia jugalah. Tahulah, kaum wanita ni lemah, tapi tolonglah lelaki gentle sikit."

"Habis, apa yang saya buat kat awak tadi tu tak gentle ke?" Rafiq memandang sekilas ke arah Izaty dengan senyuman yang sangat manis.

Bomm! Serta merta mulut Izaty yang bising tadi terus terkunci rapat. Dia terus tersenyum malu sambil menjeling-jeling manja ke arah Rafiq.

Izaty teringat kembali, Rafiq menyelamatkannya daripada terkena tumbukan Zamrul yang tak guna tu. Fuhh!! Macam dalam drama Korea. Acah-acah hero Korea pulak tadi pun ada. Ahh... Cair sangat bila ingat balik. Hahaha lagi-lagi masa Rafiq terajang pintu, pergh! Macho habis!

"Hihi, awak lain. Awak lelaki jenis sweet-sweet gula melaka gitu. Awak lain. Haha, by the way thank you." Kata Izaty dengan malu-malu.

"Sama-sama." Kata Rafiq dengan macho. Senyumannya kian manis selepas dipuji oleh Izaty.

Izaty terus-menerus merenung wajah Rafiq. Diperhatikan satu per satu bentuk wajah Rafiq. Berkening lebat tapi lurus tersusun rapi, kulitnya putih bersih, matanya juga bulat cantik. Senyuman dia ahh!!! Manis sangat.

Izaty memegang dadanya.

Dup! Dup! Dup!

'Ish.. Kenapa jantung aku berdegup macam nak tercabut je ni? Ish.. Ya Allah kuatkanlah imanku.' Kata Izaty dalam hati.

"Hmm? Kenapa pandang saya? Awak Jatuh cinta kat saya ke?" Kata Rafiq setelah dia perasan Izaty asyik merenung wajahnya. Ada sedikit senyuman di bibirnya.

"Hah?! Eh? Err.." Serta merta wajah Izaty berona merah jambu menahan rasa malu ya amat.

"Kalau awak suka, saya nak masuk meminang?" Kata Rafiq dengan selamba badak.

"Ah?!" Izaty terkedu. Hilang kata-kata setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Rafiq sebentar tadi itu.

"Janganlah serius sangat. Awak ni, saya bergurau jelah." Kata Rafiq setelah dia lihat Izaty mula tidak tentu arah.

"Eh, err.. Taklah. Saya okey je. Eh, awak jomlah singgah pasar malam sekejap? Saya laparlah boleh kita berhenti makan. Saya nak makan dalam kereta awak biar kereta awak kotor haha."

"A'ah, saya kerja penat-penat beli kereta ni memang untuk bagi awak kotorkan pun. Haha." Kata Rafiq sinis.

"Alah perli pulak." Kata Izaty sambil memusingkan bebola matanya.

"Mana ada perli, benda betullah haha. Boleh je singgah pasar malam jomlah. Nanti awak tunjukkan jalan saya tak tahu kat mana."

"Hm, okay." Balas Izaty ringkas.

"Saya belanja okay." Kata Rafiq dengan nada ceria.

"Hm? Baiknya? Haha.." Balas izaty.

"Yalah, esok kan saya dah nak balik dah?" Kata Rafiq dengan wajah tidak suka.

"Eh, esok?" Izaty mengerutkan dahinya.

"Yalah saya nak balik dah. Bukan awak tak suka ke saya tinggal kat sini ke?" Kata Rafiq sambil tersenyum nipis.

"Ehh, mana ada saya tak suka. Okay je. So, esok... Last day kita... Jumpa?" Kata Izaty dengan nada teragak-agak. Matanya pudar memandang ke arah jalan di hadapannya, sepudar hatinya ketika ini.

"Maybe?" Kata Rafiq dengan nada agak perlahan.

Izaty jadi sebak apabila Rafiq kata begitu, entah kenapa. Dia rasa seperti seakan-akan tidak mahu melepaskan Rafiq pergi.

"Tapi, awak janganlah sedih sangat. Kita masih lagi boleh surat menyurat kan?" Kata Rafiq dengan ketawa. Dia cuba untuk menceriakan keadaan kembali.

"Haah kan? Letak surat dalam botol ke? Buat unggun api ke? Telefon pakai tin ke? Jerit dari atas pokok ke? Boleh jugak kan? Hergh!" Kata Izaty sambil memegang kepalanya, wajahnya lagi mencuka. Boleh pulak Rafiq main-main masa macam ni.

'Orang tengah serius ni, dia boleh pulak buat lawak.' Kata Izaty dalam hati.

"Ishhh, marah pulak. Saya nak happy kan awak je lah." Kata Rafiq sambil memperlahankan pemanduannya.

"Mana ada saya okay je. Hmm, apa-apa jelah. Lepas jalan lurus ni belok ke kiri lepas tu jalan terus belok kanan pulak, hah pastu jumpaklah pasar malam."

"Okay! Bos!" Kata Rafiq dengan bersemangat!

Izaty menjeling ke arah Rafiq sambil tersenyum nipis lantas dia kembali memandang ke arah jalan di hadapan.

Bahagia.

p/s: sorry smlm x update sbb tgh sedih my 1st novel dah hilang :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience