44

Romance Completed 26570

"Apa? Saya jadi model dengan awak? Haha. lawaklah." Kata Rafiq sambil ketawa ke arah Izaty.
Izaty hanya mendiamkan diri sambil memusingkan bebola matanya untuk kali yang ke sejuta.

"Err, Encik Rafiq bolehlah tolong kami. Kami baru nak mulakan bisnes ni. Tolonglah bantu kami yang tak ada apa-apa ni, tolonglah. Encik Rafiq pun handsome orangnya, tinggi macam model. Bolehlah?" Rayu Pawi sambil duduk disebelah Rafiq.

"Eh, jangan ber 'encik' dengan saya. Rafiq je cukup." Kata Rafiq. Dia berasa agak simpati dengan mereka berdua ni. Rafiq berfikir sejenak.

"Izaty, awak macam mana okay ke?" Tanya Rafiq sambil menggosok keningnya.

"Terserah dekat awaklah, saya okay je." Kata Izaty cuba untuk berkias.

"Yalah, Pawi. Saya boleh je nak jadi model tu tapi saya tak ada pengalaman modelling macam Izaty takpe ke?" Kata Rafiq perlahan.

Sebaik sahaja Izaty mendengar kata-kata Rafiq itu terus dia menjeling tajam ke arah lelaki itu.

'Eleh, menipu sangat kata takde pengalaman modelling. Yang satu majalah dengan aku tu siapa? Hantu?" Kata Izaty dalam hati.

"Takpe, tu kita boleh bincang lain. Jadi, kira setujulah ni ya?" Tanya Pawi dengan wajah ceria.

"Ya setuju." Kata Rafiq sambil tersenyum. Tak salah rasanya tolong orang bila dalam kesusahan.

"Yes! Alhamdulillah." Ucap Pawi sambil menyampu ke dua belah tangannya ke muka sebagai tanda bersyukur.

"Alhamdulillah abang." Ucap Minah juga sambil memeluk suaminya.

Rafiq dan Izaty tersenyum sahaja melihat dua orang pasangan bahagia itu sedang bermesraan sampai lupa ada mereka di hadapan.

"Ehem! Cepatlah sikit, boleh pulak korang buang masa kan?" Izaty berdehem. Sengaja kacau pasangan itu yang tengah bersuka ria tadi.

Pawi dan Minah melepaskan pelukkan mereka berdua. Masing-masing menjadi malu.

"Eh, sorry. Terlupa korang ada. Hehe." Kata Minah cuba untuk coverline.

"Dah, dah. Mana baju pengantin tu?" Ucap Izaty sambil berjalan seperti diva menuju ke bilik persalinan pakaian.

"Amboi, divanya dia jalan. Sajalah tu kot nak test catwalk, dah lama tak catwalk pinggang pun karatlah. Haha." Kata Rafiq seorang diri.

"Rafiq! Saya dengar apa yang awak cakap!" Jerit Izaty yang sudah ada di dalam bilik persalinan pakaian.

"Haha! Sorry!" Ucap Rafiq sambil ketawa.

~~~~~•~~~~~

Rafiq berdiri keras apabila Pawi tolong memasangkannya sampin pengantin bewarna putih. Berbunga-bunga sampin itu dibelit oleh Pawi, dah macam pengantin betul sahaja gayanya.

Muka Rafiq juga sudah disolek ringkas oleh Minah. Diletakkan sedikit bedak dan pelembab bibir supaya naik sedikit seri wajahnya walaupun Rafiq ini memang semulajadi kacak orangnya walau dalam keadaan apa sekalipun.

"Okay, dah siap. Nah pakai tanjak ni kalau tidak, tak naiklah seri pengantin orang kata." Kata Pawi sambil meletakkan tanjak di atas kepala Rafiq.

"Perfect!" Kata Pawi sambil memegang ke dua belah bahu Rafiq.

"Ya ke? Nak tengok." Tanya Rafiq sambil mula memandang ke arah cermin.

"Ya, pergilah tengok dekat cermin." Arah Pawi.

"What? Aku ke ni?"

Rafiq tergamam melihat dirinya di cermin yang tengah mengenakan set pakaian pengatin berwarna rose gold itu. Rafiq tersenyum sendiri.

"Haha, kacak jugak kan, aku pakai baju pengantin ni?" Kata Rafiq sendiri sambil bibirnya tidak henti tersenyum.

Rafiq tinggi orangnya, tentu sahaja kalau dia memakai baju pengantin kelihatan sangat segak bergaya. Potongan baju pengantin berwarna rose gold slim fit itu amat padan pada tubuhnya. Aksoseri pengantin juga sudah elok terletak pada tubuhnya. Rafiq tidak henti melihat tubuhnya dari atas hingga bawah, dari depan hingga belakang. Ini kali pertama dia menyarung pakaian pengantin dalam hidupnya, dia menjadi sangat teruja.

Pawi mengengam tangan Rafiq secara mengejut setelah melihat terukir riak gembira di wajah Rafiq.

"Dah siap sedia nak aku terima nikahnya?" Kata Pawi sambil ketawa deras ke arah Rafiq.

"Eh, apa ni bro. Malulah aku. Haha." Kata Rafiq dengan pipinya sudah berona merah jambu.

"Alah, nanti nak kena merasa juga kan aku terima nikahnya tu? Chill lah. Haha." Kata Pawi sambil melepaskan tangan Rafiq.

"Pawi, masa angkat nikah tu rasa apa? Rasa takut tak?" Kata Rafiq dengan rasa penuh ingin tahu.

"Mula-mula memang takut tapi bila dah dengar perkataan 'sah' tu pergh! Memang lega rasanya."

Rafiq hanya mengangguk faham.

"Rafiq, cepatlah sikit lamar Izaty tu. Okey apa dia tu." Kata Pawi sambil tersenyum nakal ke arah Rafiq.

"Eh, kami kawan jelah. Bukan ada hubungan apa-apa pun." Kata Rafiq, kini rasa malunya lagi bertambah banyak. Tak sangka dia akan disoal dengan soalan itu.

"Yalah tu kawan nanti lama-lama 'kawen'. Hahaha..." Usik Pawi.

"Kalau kahwin Alhamdulillah eh! Haha gurau-gurau." Kata Rafiq cuba membahan dirinya.

"Aduh, macam-macamlah. Haha. Apa-apa pun terima kasih Rafiq sudi tolong aku." Kata Pawi sambil tersenyum.

"Alah, takde hal lah. Bukan ada kerja apa pun nak dibuat. Jadi model pun best jugak." Kata Rafiq sambil melabuhkan tubuhnya di atas sofa. Dia duduk dengan berhati-hati takut baju yang dipakainya itu rosak.

Dia merenung seketika pada jam besi di tangannya. Sudah satu jam berlalu, Rafiq mencari-cari kelibat Izaty yang masih tidak kelihatan.

"Mana Izaty ni?" Kata Rafiq perlahan sambil matanya mencari tubuh Izaty.

"Ada tu ha dalam bilik tengah make up, tengah bersiap. Nanti keluarlah tu. Minah buat kerja laju orangnya." Kata Pawi sambil sudah menyediakan kamerenya.

"Hai cari saya ke? Maaf tunggu lama." Sampuk satu suara dari belakang Rafiq.

"Eh, awak ni kenapa lambat sangat, mak nenek betullah awak ni..."

Rafiq berkata sambil bangkit dari sofa dan mengalihkan tubuhnya ke belakang. Rafiq tersentak melihat gadis di hadapannya ini. Ayat yang ingin keluar dari mulutnya tiba-tiba mati. Jantungnya berdegup kencang. Bibirnya seakan-akan mahu tersenyum tetapi cuba ditahan.

"Ahh... Err..." Rafiq seperti hilang kata-kata. Matanya tidak berkelip memandang gadis di hadapannya ini.

"Awak pandang saya macam tu kenapa?" Kata Izaty sambil mengerutkan keningnya yang sudah siap dilukis.

"Err, awak... awak cantik." Kata Rafiq perlahan sambil mengigit bawah bibirnya.

"Hah! Nak mengusik lagilah tu." Kata Izaty sambil menjeling tajam ke arah Rafiq.

Lirikkan mata Izaty yang cantik sudah di make up itu sangat menyentuh hati Rafiq, lagi-lagi apabila bulu mata palsu Izaty berkepak-kepak. Fuh! Tergugat iman jadinya!

"Tak, kali ni serius. Awak cantik. Cantik sangat." Kata Rafiq dengan suara menggoda.

"Oh, Erm. Thanks." Kata Izaty perlahan sambil matanya mengalih ke arah lain. Sejambak bunga di tangannya digengam kuat menahan rasa malu. Tiba-tiba dia tersuka apabila Rafiq memujinya sebegitu gaya.

"Awak pun apa kurangnya. Handsome pakai baju pengantin lelaki ni, badan awak nampak tegap." Puji Izaty lantas dia mengetap bibirnya menahan malu.

"Saya kan memang handsome and tegap orangnya." Kata Rafiq sambil mengenyitkan matanya.

"Eh kejap. Tanjak awak senget." Kata Izaty sambil mula memperbetulkan tanjak yang berada di atas kepala Rafiq itu.

Rafiq terkedu apabila Izaty merapatkan tubuh dengannya. Wajah mereka begitu dekat. Ya, sangat-sangat dekat.

"Okay siap." Kata Izaty sambil tersenyum malu.

"Thanks." Kata Rafiq. Senyumannya indah menampakkan baris giginya yang terususun cantik.

"Welcome tapi awak jangan handsome sangat boleh tak? Saya takutlah." Kata Izaty sambil mengerutkan dahinya ke arah Rafiq.

"Takut? Takut kenapa pulak?" Rafiq menyoal dengan bibirnya separuh terbuka.

"Saya takut nanti saya tergoda tengok awak! Hahaha." Kata Izaty sambil tersenyum, lantas dia berlalu pergi meninggalkan Rafiq di belakang.

"Haha, amboi dah pandai bagi pickupline sekarang." Kata Rafiq sambil ketawa dengan kuat. Tak sangka Izaty sekarang dah pandai nakal-nakal.

Izaty terdiam dan mampu tersenyum dari jauh menahan rasa ketawa.

"Awak pun sama." Rafiq bersuara setelah beberapa saat.

"Sama apa?" Soal Izaty. Baju pengantin Izaty yang berwarna rose gold itu juga ditepuk-tepuk sedikit kainnya oleh Izaty. Sekadar kemasan terakhir.

"Sama cantik macam bidadari!"

"Boo, pickupline tak jadi." Kata Izaty sambil ketawa ke arah Rafiq.

"Bidadari di hati saya!" Kata Rafiq sambil mengangkat sebelah keningnya.

Langkah kaki Izaty terhenti.

Okay! Kali ini menjadi. Izaty seakan-akan hilang kata-kata. Lidahnya kelu mendengar kata-kata Rafiq itu, dengan segera dia tersedar dari lamunan. Mungkin itu hanya gurauan. Rasanya, dia tak perlu ambik perkara itu serius.

"Eh, Rafiq selfie jom." Kata Izaty cuba mengalih topik. Telefon pintarnya di ambil dari atas meja lalu dia menuju ke arah Rafiq.

Izaty merapatkan sedikit tubuhnya dengan Rafiq. kepalanya disandarkan kepada bahu Rafiq sedikit. Rafiq pula tersenyum sambil buat lambang 'peace'.

"Okay, satu dua tiga."

Click!

Izaty melihat gambar tadi.

Cantik! Walaupun hanya sekeping gambar.

"Bagi aku ambil gambar full korang satu. Kita test tengok okay ke tidak." Kata Minah sambil meletakkan beg makeupnya di atas meja. Izaty mengulurkan telefonnya kepada Minah.

"Okay, ready korang." Kata Minah memberi isyarat untuk bersedia.

"Err, nak ambil style apa ni?" Bisik Rafiq perlahan ke telinga Izaty.

"Alah macam tak biasa pulak dia ni. Ni suka-suka je, nanti baru betul-betul." Kata Izaty sambil sudah merapatkan tubuh dengan Rafiq.

"Okay kalau macam tu." Kata Rafiq sambil wajahnya ditalakan ke arah Izaty. Izaty turut memandang ke arah Rafiq.

"Okay, satu dua tiga!"

Click! Click! Click!

"Nah aku ambik tiga keping gambar."

Telefon Izaty sudah bertukar tangan.

"Wah, cantiknya gambar ni." Puji Rafiq setelah melihat tiga keping gambar tadi yang berlainan gaya posing itu.

"Mestilah cantik sebab ada saya." Kata Izaty sambil tersenyum.

"Rasa macam kita ni kahwin betul-betul pulakkan?" Kata Rafiq sambil tersenyum lagi. Ah, memang pemurah orangnya. pemurah dengan senyuman.

Kata-kata Rafiq sebentar tadi menyetakkan hati Izaty lagi buat kali yang entah ke berapa sambil dia berkata dalam hatinya.

'Eh, dia ni kenapa? Suka cakap benda bukan-bukan sekarang? Jangan kata dia dah...'

"Eh, korang jom photoshoot!" Suara Pawi menyentakkan semua orang di dalam ruangan itu termasuklah Izaty.

"Er, photoshoot dekat mana?" Tanya Rafiq.

"Kita photoshoot outdoor hari ni! Yeah!" Sorak Pawi.

"Hah! Outdoor?!" Izaty dan Rafiq bersuara serentak lantas mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

Alamak! Takkan nak photoshoot dekat luar pulak kot! Ah mampus!

P/S: Maaf menunggu lama sebab chapter 44 ni SUSAH SANGAT saya nak in character. Maaf kalau korang rasa chapter ni bosan sebab saya tak pandai nak olah bab 44 ni. Maaf kalau bab 45 lambat sikit saya update sebab bab 45 ni saya rasa lagi susah dan mencabar! Haha! Entahlah susah ke senang saya nak buat sebab idea tak mari lagi. Stay tuned guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience