10

Romance Completed 26570

"Assalamualaikum." Izaty memberi salam. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Kot-kot maknya ada di belakang rumah?

Bunyi tapak kaki memijak rumah kayu itu jelas kedengaran. Rumah itu semakin suram.

Walaupun dia baru ingin bekerja sebagai guru pra-sekolah, dia masih tidak dapat berikan kesenangan 100% kepada keluarganya. Hanya dapat bantu yang patut dengan kerja sambilannya di dobi milik Nabila tapi, kini hidupnya lebih senang sedikit daripada dahulu.

Ya, memang dia baru nak mulakan kerjanya sebagai guru pra-sekolah. Tapi, duit dia bekerja sambilan itu selalu dia kirimkan kepada maknya setiap hujung bulan. Memang tidak banyak, tapi itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk membalas jasa.

"Waalaikumusalam. Izaty." Maknya kelihatan agak terkejut. Tanpa membuang banyak masa, Izaty terus meluru ke arah maknya, lalu menyalami tangan orang tua itu.

"Mak sihat?"

"Alhamdulillah, sihat. Kamu?"

"Alhamdulillah, sihat juga. " dah lama Izaty tidak pulang ke kampung, kalau pulang pun cuti raya sahaja. Rindu akan emaknya walaupun maknya selalu kasar dengan dia dahulu tapi dia tidak kisah, kerana dia tahu walau macam mana sekali pun dia tahu mak dia tetap sayangkan dia.

"Dah, jomlah masuk ke dalam."

"Adik mana mak?" Izaty bertanya sambil melangkah masuk ke dalam rumah kayu itu.

"Pergi main bola agaknya."

"Haih, nak magrib pun tak reti balik lagi ke?"

"Alah anak lelaki biarlah. Kamu tu perempuan keluar magrib tu yang nak kena dengan aku."

"Alah, Zaty dah besarlah mak bukan macam dulu lagi."

"Haih, macam mana tak risau. Umur dah 25 tahun tapi kawin pun tak lagi."

Izaty terdiam. Dia 'masih' merasakan dia tidak cantik. Siapalah yang nak kan dia.

"Pergilah makan, ada sambal ikan bilis dengan sambal petai."

"Okay, nak mandi dulu. Panas."

Izaty mengapai kain tuala dan terus ke bilik air di belakang rumah.

****

Siang berganti malam. bunyi cengkerik jelas kedengaran. Rasa bosan membelenggu mindanya, dengan segera dia menghidupkan radio di sebelahnya.

Lagu berkumandang dengan jelas. Malam ini entah kenapa lebih sunyi dari biasa. Tiba-tiba sahaja dia berasa sebak. Entah kenapa?

'Apa yang aku mahukan dalam hidup aku? Apa?' Izaty berkata di dalam hati.

Kata-kata yang keluar dari mulut Abang Zaim terus terkeluar dari mindanya secara tiba-tiba.

'Kalau ada masalah, berdoa kepada Allah. Nescaya, Allah akan membantu kita.'

Tanpa membuang masa lagi, Izaty teru mengambil wuduk untuk solat sunat.

Izaty berdoa dengan khusyuk.

'Ya Allah, tolonglah hamba-mu ini. sesungguhnya aku insan yang terlalu lemah dan terlalu hina di muka bumi ini Ya Allah. Tolonglah bukakan pintu hidayahku dan permudahkanlah segala urusanku Ya Allah. Tenangkanlah jiwaku. Semoga engkau makbulkan doaku ini. Aku rasa tidak tenteram diwaktu ini ya Allah. Aku juga ingin seperti perempuan yang lain yang ingin dicintai. Mungkin aku sunyi tanpa ada insan yang ku cinta? Sejujurnya aku pun ingin dicintai dan mencintai, Amin... Perkenankanlah doaku ini.' Sebaik sahaja Izaty habis berdoa, dia menyapukan kedua-dua tapak tangannya ke muka. Serta-merta jiwanya menjadi tenang.
Dia menghela nafas lega.

Dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia cuba melelapkan kelopak matanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

****

Sudah seminggu Izaty menjadi cikgu pra-sekolah di daerah kampungnya itu. Setiap hari yang dilaluinya ditemani dengan rasa sunyi tanpa sebab, bukan kerana sunyi sebab tiada orang ingin bercakap dengannya tetapi entahlah dia rasa kosong yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Izaty duduk di atas pangkin di luar rumah seorang diri walaupun jam sudah tengah 12 malam tapi dia tidak dapat melelapkan mata. Asap dari sabut kelapa berkepul-kepul kena badannya untuk menghalang nyamuk daripada datang menggigit kulitnya. Dia terlalu fikirkan tentang dirinya, masih tak laku. Haih sudah 25 tahun.

Apa hantu? Tak ada hantu ke duduk kat luar tengah malam ni? Izaty tidak takut hantu ke? Sesunguhnya Izaty langsung tidak peduli langsung malah takut pun tidak silap-silap dia ajak hantu bersembang dengan dia malam ini. Dia tidak rasa takut kerana semasa dia masih di bangku sekolah menengah lagi dia sudah pernah di halau keluar oleh maknya, tiada tempat untuk tidur, jadi pangkin dibawah pokok jambu itulah menjadi katilnya pada malam itu ditemani nyamuk dan cengkerik serta berbantal hanya lenggan dan berselimutkan awan.

Tiba-tiba dia baru teringat sesuatu!

Esok adalah hari persaraan pengetua. Mesti ramai kawan-kawannya yang akan hadir ke majlis itu.

"Alamak, boleh pulak aku lupa! Haishh... Nasib aku bukak fac tadi. Kalau tak, tak datanglah aku esok malam!"

Facnya hanya bergambar anak patung barbie dan langsung tidak pernah muat naik apa-apa gambar dalam laman sosial fac miliknya itu. Dia mahukan privasi dan hilang dari semua orang. Biar orang ingat dia sudah mati

Bergegas dia berlari masuk ke dalam rumah untuk mencari baju untuk esok malam sementara matanya masih segar dan tidak buat apa-apa baik dia cari baju untuk esok malam. Dia membuka almari bajunya. Entah baju apa yang nak dipakai. Semuanya baju gaun labuh macam artis-artis pakai di karpet merah dalam tv tu takkan nak pakai jugak untuk jamuan esok malam nanti. Baju Izaty banyak yang cantik-cantik macam artis buakannya apa. Dia semasa di Kuala Lumpur banyak pergi ke private dinner VIP dan VVIP kerana dia haruslah ke sana sebab dia juga menjadi model peragaan muslimah sebagai kerja sambilan. Macam mimpi sahaja dia dapat berjalan di atas pentas sambil bersorak oleh orang ramai.

"Haih, nak pakai apa ni Zaty oii... Nak pakai apa ni?" Izaty berkata sendiri pada dirinya.

Setelah 15 minit dia mencari baju yang sesuai, akhirnya dia jumpa juga.

"Yes! Jumpak jugak baju ni. Rasa tak pernah pakai lagi ni."

Dia memilih untuk memakai baju gaun labuh berwarna biru muda tua kosong yang tidak terlalu menonjal dari baju-bajunya yang ada. Baju ini sahaja yang sesuai dan sederhana dan dikenakan pula dengan tudung berwarna vanilla berkainkan sutera. Beg pula, dia memilih beg tangan jenama Gucci yang dihadiahkan oleh seorang Dato kaya yang dia tidak kenali semasa dia aktif dalam peragaan dahulu sampai sekarang dia tidak tahu identiti Dato kaya tersebut.

Semenjak dia ke kolej, berat badannya turun 40 kilo gram sekarang dia tidak lagi segemuk dahulu tetapi dia masih lagi merasakan dirinya itu gemuk bukan apa dia cuba untuk merendah diri tidak mahu riak. Dulu, berat badannya 90 kg, sekarang hanya 50 kg. Dia rasa tidak sabar untuk menunggu hari esok lantas dia tersenyum seorang diri.

"Hahaha! Mesti semua orang tak kenal aku! Masa untuk balas dendam balik!" Izaty sudah ketawa jahat yang dibuat-buat padahal dia tidak ada niat apa-apa pun.

Dia masih ingat lagi pengetua itu. Pengetua yang selalu berkaca mata petak dan garang itu. 

Dek kerana kata-kata pedas oleh pengetua, guru displin di dalam bilik semasa kejadian dan orang dikeselilingnya itulah membuatkan dia berjaya pada hari ini walaupun tidak sehebat mana tetapi cukuplah dia dapat banggakan keluarganya.

Dia mengambil serius kata-kata Cikgu Zamrie dahulu itu supaya dapat buktikan yang dia tidak lemah. Tidak selemah seperti yang disangkakan oleh orang lain sekarang dia lebih berani dan lebih matang untuk mengawal keadaan keseliling.

"Kau orang dulu buli aku kan? Tenggu esok! Siapa buli siapa?! Muahahaha" Kata Izaty dengan ketawa jahatnya yang dibuat-buat itu.

Hmm, dimanakah kematangannya?

Tak sabar dia ingin berjumpa dengan orang-orang yang pernah menghinanya dahulu. Izaty cuba untuk kekal bersabar menunggu malam esok lihat apa yang akan terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience