4

Romance Completed 26570

Hari ini hari rabu...

Izaty ke sekolah seperti biasa. Tapi tiada usikan daripada Raja Azreen ataupun Asmida. Sejujurnya Izaty Berasa hairan selalunya ada sahaja muka Asmida dengan gengnya akan datang menganggu. 

"Kenapa ni? Tak datang ke?" Izaty tertanya seorang diri.

Bebola matanya ke kiri dan ke kanan, lantas dia tersenyum lega.

"fuh... Alhamdulillah..."

Izaty jalan menuju ke kelasnya. Tiba-tiba dia ditahan oleh seseorang lelaki.

Izaty jadi agak terperanjat mana tidaknya tiba-tiba sahaja dia disekat. Perlahan-lahan dia memandang wajah lelaki yang menyekat jalannya itu.

Izaty tergamam sebentar, hatinya pula tiba-tiba berdegup kencang. Dia seperti tidak percaya melihat lelaki di hadapannya sedang senyum indah.

"Hai awak." Lelaki itu menyapa dengan suara macho.

Lidah Izaty kelu. Bibirnya terketar-ketar tidak terkata.

'Ke... kenapa dia tegur aku ni? Ada apa sebenarnya?' Izaty berkata di dalam hati dia langsung tidak berani meluahkannya.

"Err... boleh kita jumpa waktu balik nanti? Aku ada benda nak cakap." Suaranya kedengaran lembut dan menggoda.

Izaty masih lagi tergamam. Jantungnya berdegup lebih kencang dan kencang! Peluh kecil jelas kelihatan membasahi dahinya walaupun masih pagi buta. Dia mengelamun seketika.

'Aduhhh!!! Tak tahan aku macam ni! Cair aku weh. Cair...' Katanya dalam hati.

"Hey???" Raja Azreen mengangkat keningnya. Suaranya kedengaran santai. Satu senyuman comel dihadiahkan kepada Izaty.

Izaty terus menggelengkan kepala. Kemudian dia kembali ke alam nyata.

"Err... ya, ya tentu boleh!" izaty tersenyum seadanya.

"Okey jumpa nanti, ya?" Raja Azreen tersenyum lantas dia mengenyitkan matanya.

Izaty rasa seperti nak pengsan! Jantungnya masih lagi berdegup kencang.

"Wahhhh!!! Aku mimpi ke ni? Aku mimpi ke? Mimpi jadi kenyataan. Arghhhhhhhh!!!!" Katanya separuh menjerit.

~~~~~•~~~~~

Semasa di dalam kelas izaty terus tersenyum lebar. Selalunya wajahnya tak permah senyum. Masam sampailah waktu balik.

"Pist! Weh Izaty gila ke?" Tanya Tasha dibelakangnya.

Izaty yang mengalamun panjang terus tersedar. Dia memandang ke arah Tasha.

"Hah? Apa?"

"Taklah, aku yang duk kat belakang kau ni pun boleh nampak kau tersenyum macam orang gila. Kenapa ni?"

"Hahahah, adalah. Rahsia."

"Eee... Yalah tu rahsia."

"Ish diamlah aku nak fokus kat depan ni nak dengar cikgu ajar."

"Eleh, yalah tu nak dengar cikgu ajar. Pikiran entah ke mana." Perli Tasha.

Izaty hanya mengabaikan sahaja. Apa yang penting sekarang ni Raja Azreen nak jumpa dia nanti. Wahhh... Berbunga hatinya sekarang ni.

~~~~~•~~~~~

Jam tepat pukul dua petang . Cuaca pula mendung.

Izaty setia menunggu jejaka kacak itu sambil memeluk fail berwarna biru muda.

Cikgu-cikgu semakin berkurang. Murid-murid yang lain tersenyum-senyum ke arah Izaty dari atas bangunan sekolah entah apa yang lawak sangat?

"Aishh.. Kenapa dia orang ni duk gelak-gelak? Apa yang pelik sangat?" Tanya Izaty sendiri.

Bebola matanya ke kiri dan ke kanan. Selepas beberapa saat, dia tersenyum apabila melihat Raja Azreen datang menghampirinya.

"Hai, Izaty lama ke tunggu?" ada sedikit senyuman sinis dibibirnya.

"Taklah." Balas Izaty malu-malu sambil tertunduk ke bawah.

Raja Azreen seperti memandan ke kiri ke kanan. Sekejap memandang di belakang di hadapan.

"Ada apa ni, Abang nak jumpa Zaty?" Izaty memanggil Raja Azreen dengan gelaran 'Abang' tanpa rasa malu. Tadi malu-malu sangat tapi sekarang ni hilang pulak rasa malu dia tu?
Raja Azreen masih memandang ke kiri dan ke kanan.

"Abang tengok apa tu?" izaty mengerutkan keningnya.

Sebaik semua cikgu pulang, 'line clear' dengan segera dia menolak Izaty dengan kuat!

Izaty tergamam lantas terjatuh ke dalam longkang. Kertas-kertas yang ada di dalam fail berwarna biru habis bertaburan ditiup angin.
Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan sepantas kilat.

Raja Azreen terus tersenyum jahat.

Izaty masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi. Dia memeluk tubuhnya dengan erat.

Wajah Raja Azreen dipandang dengan wajah yang terpinga-pinga. Tidak faham apa yang berlaku sekarang ini.

"Woi!!! Cepat baling!" jerit Raja Azreen sekuat hati.

Izaty terus memandang ke atas. Ramai budak-budak sekolah yang lain sudah memegang batu dan telur ayam.

"Cepatlah! Baling!" Raja Azreen memberi arahan. 
Semua pelajar baling tepat ke arah Izaty.

Gedubuk!! Batu dan telur ayam dibalang ke arahnya.

Izaty mengaduh sakit sebaik sahaja semua objek itu tepat kena pada tubuhnya.

"Aduh!, ah jangan, jangan! Jangan sakit!! Ya Allah!Sakitnya!!! Mak!!! Mak!!"

Jelas kedengaran suara orang ramai ketawa.

"Haha!!! Boo!!!" ayat itu semakin kuat.

Raja Azreen dengan segera mencurahkan air tandas ke arah muka Izaty. Entah dari mana Asmida dan gengnya keluar, lalu membaling tepung ke arah Izaty. Izaty menutup wajahnya.
Asmida menolak-nolak badan Izaty bagaikan mengadun tepung yang sangat besar. Izaty sudah menangis teresak-esak.

Disepak-sepak pula badan Izaty seperti sampah! Bertapa hinanya Izaty diperlakukan sedemikian rupa.

Tubuhnya sangat sakit kerana dibaling telurcayam dan batu kecil dari atas. Dia rasa seperti badut menjadi bahan lawak untuk hiburan orang ramai. Semua orang seperti tiada perasaan, semuanya terus ketawa dan ketawa tanpa ada rasa ingin membantu.

"Okey, stop! Stop!" Raja Azreen mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai tanda berhenti.

Dia memandang muka Izaty dengan wajahnya yang sangat bengis!

Izaty hanya mampu memeluk tubuh sambil menangis teresak-esak di dalam longkang.

"Woi gemuk! Sekarang kau rasa malu tak? Haha." Raja Azreen ketawa senang. Di sebelahnya ada Asmida turut ketawa melihat Izaty wajahnya penuh dengan tepung dan telur ayam.

Izaty tertunduk sambil mengalirkan air mata. Asmida kelihatan senang sekali.

"Woi gemuk tengoklah muka aku! Dulu suka sangat tengok muka aku!" Raja Azreen menampar kepala Izaty. Izaty meraung marah. Dia mebepis-bepis tangan Raja Azreen supaya jauhi dirinya .

"Kalau abang tak suka pun, janganlah buat Zaty macam ini!" Izaty bersuara.

"Hah?? apa abang? nak termuntah aku dengar tau tak? Jijik! Jijik!!!"

"Booo..." Semua pelajar lain ketawa melihat Izaty. 

"Gemuk, sedarlah diri tu sikit. Kau tu sesuai ke dengan aku? Aku rasa memang taklah kan? Tak sedar diri. Dah hodoh tu, hodoh jugalah!"

"Sekarang, kau dah faham macam mana perasaan aku dekat kau?" sambungnya lagi.
Izaty terdiam.

"Kau faham tak gemuk!" tudung yang dipakai oleh Izaty direntap kuat. Serta merta Izatu mendongak ke langit.

Izaty mengangguk perlahan.

"Hah? gemuk, tak sedar diri! Kau tu lebih baik mati daripada hidup merana macam ni!"

Izaty cuba untuk hentikan tangisannya. Tetapi masih lagi tidak reda.

"Baiklah, aku akan maafkan korang semua. Maaf kalau aku ada buat salah dekat kau." Izaty tersenyum sebaik sahaja dia habis berkata-kata.

"Hah! apa? Aku rasa aku tak perlulah maaf kau tu. Aku tak perlu maaf kau yang hina tu. Kau tu siapa?!"

Izaty tersenyum sebak, lantas dia melangkah pergi dengan kakinya yang sakit. Dia berjalan dengan kaki yang terenjut-enjut.

Pelajar yang berada di atas masih lagi ketawakan Izaty yang dipenuh dengan tepung dan telur ayam itu.

"Ya Allah, kalau inilah jalan cerita hidup aku, aku terima seadannya." Katanya perlahan.

~~~~~•~~~~~

"Zaty! Kenapa dengan kau ni! Habis kotor baju!" Maknya sudah mula naik angin. Nafas maknya turun naik. Jerit maknya sekuat hati seperti kerasukan hantu.

Izaty tertunduk memandang tanah. Dia takut untuk memandang muka maknya dengan baju yang penuh dengan tepung kering dan telur.
Izaty mengelap matanya yang merah dengan tangan.

"Kau ni memang nak kena dengan aku!" Mak Ijah menarik tudung Izaty dengan sekuat hati.

Izaty terkejut dengan perlakuan maknya. Dia terus mengalirkan air mata. Izaty hanya mampu memegang tangan maknya.

Mata maknya yang sudah merah terjegil seperti dirasuk hantu itu tidak berani di pandangnya.
Maknya menarik kepala Izaty sekuat hati lalu di humban ke tanah.

Serta-merta Izaty jatuh tergolek ke tanah. Dia mengaduh sakit lagi. Apalah sial sangat hidupnya hari ni.

"Kau ni memang nak kena! Nak kena!" mak Izaty terus mencekik Izaty sekuat hati.

Maknya mencekik Izaty sekuat hati. Dia tiada pilihan lain selain daripada menahan diri. Dia memejam mata sekuat hati.

"Mak lepaskan Zaty mak! Zaty tak bersalah! Sakit..." ronta Izaty sebaik sahaja dia rasa tidak boleh bernafas.

"Tak bersalah apanya!" Maknya mengetap gigi kerana terlalu geram.

"Kau tahu tak, penat aku dengan arwah bapak kau cari duit. Nak beli baju sekolah ni kau tau tak! Hah? Anak tak guna?! Aku dengan pak kau tahan rasa malu ni nak mintak hutang kat kedai baju tu. Aku tak kisah kalau nak malu pun asalkan kau boleh belajar sekolah elok-elok. Ini tak! Kau memang tak sayang mak!"

"Maafkan... Mak maaf... Izaty minta maaf." Kata Izaty dengan suara yang perlahan.

Lalu, maknya lepaskan cekikkan itu tetapi dia masih lagi belum puas hati. Dia menarik lagi Izaty lagi sekuat hati. Izaty turutkan sahaja dengan terbatuk-batuk, matanya jangan cakaplah mengalir tak henti-henti air mata.

Sebaik sahaja mereka berdua sampai di tepi parit, maknya terus menolak Izaty. Dia jatuh tergolek ke dalam parit.

Maknya menampar Izaty ke seluruh badan dengan sekuat hati. Izaty mengaduh sakit lagi.

"Ahhh.... Mak.... Sakit..." Raungnya sekuat hati.

"Kau ni! Kita dahlah miskin, kau buat pula perangai tak senonoh! Mak dengan arwah bapak kau penat tau tak cari duit nak sekolahkan kau dengan adik-adik kau. Lepas tu, kau buat mak macam ni! Kau tak kesian ke?!" Maknya turut menangis, tetapi tangannya masih tidak terhenti memukul Izaty.

Izaty menangis teresak-esak. Sudah tiada apa yang perlu dikatakan lagi. Pasrah sahajalah kalau dia mati sekali pun biarlah. Tiada siapa lagi sayangkan dia. Hidup seperti sampah! Seperti bangkai!

"Makkkkk!!!! Tolonglahhh!!! Sakitt!!!"

~~~~~•~~~~~

Hari ini memang benar-benar nasib malangnya.
'Mungkin, aku tak ditakdirkan hidup bahagia? Mungkin, takdirku sebagai orang yang bertubuh gemuk. Padahal, aku juga ciptaan Allah...' Izaty berkata di dalam hati.

Malam ini sangat sejuk, tingkap kayu dibuka seluas-luasnya. Angin malam meniup langsir berwarna biru dengan kuat, lalu ia berkibar-kibar. Seekor nyamuk pun tak ada malam ini. Sungguh nyaman.

Dia memejamkan kedua belah matanya.

'Ahhh... Tenang...' Katanya dalam hati. Lantas, dia tersenyum kelat. Setitis air matanya jatuh ke pipi.
Lantas, dia mengapai sebuah novel yang berada di sebelahnya. Novel yang dipinjam di perpustakaan sekolah itu masih lagi tidak dipulangkan. Perlahan-lahan dia mengapai novel itu.

Novel di tangan dipegang erat tanpa ada rasa mahu membacanya.

Jelas kelihatan lingkaran hitam di bawah matanya. Kering kontang telaga air matanya dikeluarkan.

"Bukan salah aku..." Ayat itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulutnya.

"Aku juga insan biasa..."

"Tak apalah, aku redha..."

"Kalau ini jalan hidup aku, aku pasrah."

"Aku hanya mampu pendam dan pendam."

"Siapalah aku? Si tak guna. Si bodoh dan hodoh."

Jendela dihadapannya dibiarkan terbuka, lalu dia menekan suis lampu, serta-merta lampu terpadam.

Dia melelapkan kelopak matanya perlahan-lahan. Segala beban yang ditanggung nya terlerai seketika di buai mimpi duka. Dia pasrah sahaja apa yang akan berlaku esok. Biarlah, beradulah duhai hatiku... Biar malam menemani kita.

p/s : komen guys macam mana ok ke tidak? kalau best saya sambung laju².

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience