50

Romance Completed 26570

Dua bulan sudah berlalu...

Dalam tempoh pertunangan ini Rafiq dan Izaty langsung tidak pernah bertemu. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri, masing-masing sibuk dengan kerja, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Yalah, nama pun cinta jarak jauh. Memanglah jarang bertemu. Izaty dari mula lagi sudah ragu-ragu dengan hubungan cinta jarak jauh ini tapi apa kan daya? Kerja memisahkan mereka berdua, hanya telefon dapat menyatukan mereka semula. Berterima kasihlah kita hidup di era globalisasi ini kerana segalanya menjadi mudah, cepat dan pantas.

Pada masa yang sama, Rafiq curi-curi untuk telefon Izaty walaupun sibuk dengan urusan kerja yang bertimbun-timbun itu, yalah orang dah sayang kenalah pandai curi-curi masa.

Jadilah walaupun sekali dalam sehari dia dapat mendengar suara Izaty demi menandakan dia tidak pernah melupakan Izaty dan dia juga berharap Izaty tidak melupakan dirinya. Orang dah sayang memanglahkan?

Saja-saja Izaty duduk di ruang tamu sambil merenung keluar jendela, dia teringatkan wajah Rafiq. Cincin emas bertakhtakan berlian disentuhnya beberapa kali olehnya.

"Rafiq.. Rindunya saya kat awak." Kata Izaty perlahan sambil termenung.

"Betul ke ini pilihan aku? Betul ke?" Izaty bertanya pada dirinya sendiri.

"Berjaya ke cinta jarak jauh?" Izaty bertanyakan pada dirinya sekali lagi.

Pantas dia menggelengkan kepala.

"Ahhh, Izaty jangan fikir bukan-bukan please! Kau dah mula sayangkan dia. Tolonglah jangan kau sia-siakan dia dan lukakan hati kau sendiri." Kata Izaty dengan wajah yang sedih.

Rasa berat sangat dugaan bercinta jarak jauh ke ini. Sampai nak mandi, nak makan, nak tidur pun boleh teringat-ingat.

"Aku kena buat sesuatu. Aku tak boleh nak sia-siakan je. Apa salahnya kan esok aku pergi jumpa dia kejap? Sehari pun jadilah, lagipun esok cuti peristiwa." Nekad Izaty dalam hati.

Tidak lama selepas itu dia tersenyun sendiri sambil mengangguk.

"Okey! Esok aku pergi jumpa dia kat pejabat dia je. Mesti dia terkejut beruk bila nampak aku nanti. Hihi..." Kata Izaty dengan ketawa comel.

Telefon segera digapai oleh Izaty, dia membuat panggilan, tapi segera ditamatkan.

"Ehh, tak payahlah telefon Rafiq. Aku nak buat kejutan kat dia. Mesti dia terkejut punyalah aku datang kat dia esok. Hihi."

Izaty bersorak gembira. Dia mula mengemas barang untuk ke sana esok pagi. Dia kelihatan sangat teruja.

~~~~~•~~~~~

PANGGG!!! Bunyi cawan kaca pecah.

"Uishh! Alamak, pecah pulak dah cawan ni, mampus kalau mama nampak cawan kesukaan dia pecah." Rafiq terkejut dengar cawan kaca pecah sebentar tadi. Dia tidak sengaja tertolak cawan kaca tersebut dari tepi singki.

"Haih, aku jugak yang nak kena lap air tumpah ni. Haish." Dia mula susah hati melihat air kopi susu yang berada dalam cawan kaca itu membasahi lantai.

Wajah Rafiq berkerut.

"Hmm, dari tadi kenapa aku asyik rasa tak sedap hati je ni? Macam ada sesuatu perkara yang buruk akan berlaku, tapi apa ya?" Rafiq bertanya sendiri. Dia mula rasa tidak sedap hati.

'Ah, abaikan jelah. Perasaan aku je kot.' Kata Rafiq dalam hati sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri.

Cawan kaca yang pecah tadi segera dia kemaskan agar tak ada orang yang akan terpijak nanti.

~~~~~•~~~~~

"Kamu nekad ke nak pergi jauh-jauh semata-mata nak tengok tunang kesayangan kamu tu?" Tanya Mak Ijah dengan wajah renyuk.

Izaty menghela nafas panjang sambil dia mula kemas barang apa yang patut di bawa. Barang yang di bawa tidaklah banyak sangat cuma benda-benda yang penting sahaja.

"Hmm, yalah mak. Sehari je. Bukan nak pergi lama-lama pun."

"Kamu ni kenapa tiba-tiba nak pergi jumpa dia? Sekarangkan zaman moden, telefon ajelah." Mak Ijah memberi cadangan.

"Mak, tak bolehlah macam tu asyik telefon je. Izaty nak tengok juga bakal suami Izaty kat sana. Lama Izaty tak jumpa dia. Dah dua bulan, tapikan mak, entahlah kenapa orang rasa macam nakk... Sangat jumpa dia. Izaty pun peliklah." Kata Izaty meleret di hujung ayat.

"Hmm, rindulah tu." Kata Mak Ijah sambil tersenyum-senyum.

"Hahaha, kalau macam tu namanya rindu ke mak?" Izaty menjeling ke arah maknya.

"Maybe." Balas Mak Ijah selamba sambil mula duduk di birai katil.

"Wahhh mak dah pandai cakap bahasa inggerislah." Kata Izaty seraya diselit ketawa berdekah-dekah.

"Mak sekarang banyak tengok movie orang putih, so mak pun pandailah skipping." Kata Mak Ijah dengan muka berlagak.

"Hah! Skipping? Hahaha!" Izaty menghemburkan ketawanya.

Muka Mak Ijah berkerut seribu.

"Dah kenapa kamu ni?" Tanya Mak Ijah hairan.

"Mak, bukan skipping tapi speaking."

"Ouhh!!!... Salahlah ya?"

"Haah salah. Hahaha." Izaty masih lagi ketawa tidak henti-henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience