15

Romance Completed 26574

"Balik elok-elok ya, semua. Hati-hati tau." Pesan Izaty sambil mencium anak muridnya satu per satu. Geram, tengok budak-budak yang comel itu. Pipi semua gebu-gebu.

Kini giliran murid terakhir iaitu Nasuha. Budak paling petah bercakap dalam sekolah itu.

"Hah, Nasuha balik elok-elok tau. Balik hafal ABC. 1 sampai 100 tau. Nasuha budak pandai kan?"

"Baik cikgu." Kata Nasuha sambil mencium pipi Izaty.

"Nasuha balik dengan siapa, sayang?" Tanya Izaty.

"Tu..." Jari telunjuk Nasuha yang kecil itu tepat menunjuk tepat ke arah seorang lelaki yang tengah bersandar di pintu kelasnya sambil menyilangkan kedua belah tangannya. Ada sedikit senyuman di bibir lelaki itu.

Izaty memandang ke arah lelaki yang memakai baju kemeja berwarna royal blue yang lengannya digulung hingga ke siku.

Lelaki itu hanya tersenyum ke arah izaty.

'Nasuha mesti anak dia.' Teka Izaty dalam hati. Dia memandang seketika ke arah Nasuha.

"Papa!" Jerit Nasuha lalu berlari ke arah lelaki itu.
Izaty jadi lebih terkejut setelah Nasuha memanggil lelaki itu dengan gelaran 'papa'.

"Hai, sayang... Jom kita balik ya?" Kata lelaki itu.
Lelaki itu hanya tersenyum lagi ke arah Izaty sambil menganggukkan kepalanya.

Izaty membalas senyuman lelaki itu dengan seadanya.

Lalu lelaki itu berlalu pergi.

Izaty hanya mampu berdiri kaku melihat lelaki itu pergi dengan Nasuha.

'Apa? Papa?' Kata Izaty dalam hati. Masih ragu-ragu seakan-akan tidak percaya. Tiba-tiba sahaja hatinya rasa sakit. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin dia masih ada sedikit rasa sayang dalam hatinya disimpan untuk Raja Azreen?

****

Kring...

Telefon pintar Izaty berdering.

Segera dia mencapai telefon itu. Satu mesej daripada Tasha.

'Izaty, jom teman aku pergi tengok barang baby sekejap?"

Segera Izaty balas sambil memandang ke arah jam. Baru pukul 8.20 malam.

'Malam ni ke? Suami kau mana?'

Dalam beberapa saat Tasha membalas.

'Suami aku kerjalah. Aku pun tinggal sorang-sorang ni. Alah sekejap aje. Bukan jauh sangat kau nak datang rumah aku. Please?'

"Haii... Kau dahlah duduk kat kawasan pekan sekarang ni Tasha. Aku still duduk kat kampung ni. Kalau aku nak pergi kawasan rumah kau dalam 40minit baru sampai. Tapi, kesian gak kat Tasha. Hmm..." Izaty berkata sendiri, lalu dia membalas mesej itu.

'Ok, nanti aku sampai.'

Dalam beberapa saat Tasha membalas.

'Ok, cepat tau.'

Izaty mengerling ke arah jam sudah pukul 8.30 malam.

"Hmm, bolehlah. Bukannya buat apa pun." Kata Izaty seorang diri sambil segera bersiap untuk pergi.

Izaty mengenakan tudung berwarna hitam, baju blaus lengan panjang berwarna hitam dan seluar jeans berwarna hitam. Kasut pula hanya selipar bunga juga berwarna hitam. Simple! Malas pula dia malam ini nak bercantik-cantik. Make-up pun hanyalah memakai bedak dan sedikit liptint di pipi dan mulutnya. Serba hitam dah macam hipster tak berapa nak hipster dah tengoknya.

Segera dia menghidupkan enjin keretanya dalam beberapa minit dia terus pergi meninggalkan kawasan rumahnya itu.

****

Sebaik sahaja kereta kancil Izaty memakir tepat di hadapan rumah taman tasha itu dia terus nampak Tasha duduk di luar. Segera tasha datang ke arahnya. Berjubah dan berniqab.

"Hai, Izaty maaflah susah-susah datang." Kata Tasha di tingkap kereta.

"Alah, tolong kawan apa salahnya. Cepatlah masuk."

Pantas Tasha masuk ke dalam kereta. Kereta Izaty terus pecut membelah jalan.

****

Semasa di dalam perut kereta mereka tidak berhenti-henti berborak kerana jarang berjumpa katakan.

"Kau kenapa awal sangat nak beli barang baby ni?" Tanya Izaty.

"Alah, cepat tak kalut nanti." Kata tasha sambil mengusap perutnya.

"Suami kau pergi mana?" Tanya Izaty lagi.

"Dia kerja. Suami aku kan polis."

"Owh... Maaflah aku tak kenal. Dia bukan budak sekolah kita."

"Yaya betul." Balas Tasha acuh tak acuh.

"Dah tahu ke jantina?"

Tasha tersenyum.

"Tak. Sebab nak suprise nanti. Kalau tahu awal-awal tak bestlah kan."

"Kalau kau nak perempuan ke lelaki?" Tanya izatu sambil tersenyum.

"Aku tak kisah lelaki ke perempuan ke, janji anak aku sihat tubuh badan itu aje."

"Amin... In sha Allah..." Ucap Izaty.

****

Kereta Izaty terus memakir tepat ke arah kedai barangan bayi.

Mereka berdua keluar dari perut kereta.

"Kedai ni kan kau nak pergi?" Tanya Izaty sambil memperbetulkan tudungnya.

"Haah, betullah."

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sungguh ramai orang malam ini walaupun bukan malam minggu. Serta-merta izaty jadi tertarik dengan barangan bayi yang ada di dalam kedai itu.

Satu per satu baju bayi yang kecil itu diperhatikan oleh Izaty dengan mata yang bersinar-sinar.

"Wahh... Comelnya baju bayi ni." Izaty memegang satu baju bayi yang amat berkenan dalam hatinya. Baju bayi gambar zirafah ditenung olehnya lama.

"Hmm..." Ditenung baju itu sayu.

"Bilalah, aku dapat pakaikan baju comel ni kat anak aku sendiri?" Kata Izaty perlahan.

"Haii, berkenan nak beli ke?" Tegur satu suara.

"Eh, taklah Tasha. Saja tengok-tengok. Comel sangat."

"Iyalah tu, dari tadi duk senyum memanjang. Hahaha..." Usik Tasha.

"Senyumlah tengok baju comel-comel macam ni. Eh, Tasha. Aku duduk kat luar ajelah. Aku tunggu kau okay?"

"Alah, jomlah teman aku pilih sekali."

"Aku tak pandai pilihlah." Kata Izaty.

"Hmm, okaylah. Jangan jauh-jauh sangat tau. Nanti susah pulak aku nak cari kau."

"Okay, depan tu aje... Aku gerak dulu." Izaty terus melangkah keluar dari kedai itu.

Dia duduk di atas kerusi kosong. Di situ sesak dengan orang sedang lepak-lepak. Izaty hanya melihat sahaja budak-budak berlari ke sana ke sini. Sangat meriah.

Kring...

Telefon pintarnya berbunyi, lalu dia merenung skrin telefon bimbitnya itu tanpa hiraukan keadaan dikeselilingnya. Dia tersenyum-senyum sambil memandang skrin telefon itu. Dia rasa seperti ada orang duduk di sebelahnya, tapi dia hiraukan sahaja.

"Haii Nurul!"

Serta merta mata Izaty terbeliak! Fokusnya pada skrin telefon terus hilang. Hanya seoarang sahaja yang akan panggilnya 'Nurul'.

Wajah lelaki itu terus dipandang segera.

"Hah! Raja Azreen!" Katanya separuh kuat.

"Ya, sayalah ni." Raja Azreen tersenyum.

Pantas Izaty bangun dari kerusi itu. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi tangannya dipegang oleh Raja Azreen.

"Eh, kejaplah. Kenapa ni? Macam marah je?"

Segera Izaty merentap. Dia terdiam.

"Kenapa awak marah?" Raja Azreen mengerutkan keningnya.

"Saya tak nak kacau rumah tangga awak. Saya tak nak orang fikir saya kacau rumah tangga awak."

Serta merta Raja Azreen ketawa terbahak-bahak.

"Hah?! Apa?! Kacau rumah tangga saya? Hahaha..." Dia terus ketawa tanpa henti.

Izaty mencebikkan bibirnya, keningnya berkerut memandang ke arah Raja Azreen.

'Kau dah kenapa? Gila?' Kata Izaty dalam hati.

"Hahaha... Ni mesti kes pagi tadi kan?

Izaty terdiam. Matanya terarah ke arah lain.

"Janganlah fikir bukan-bukan." Sambungnya lagi. Ketawanya semakin perlahan.

"Habis tu, Nasuha bukan anak awak dengan Asmida ke?"

"Apa?! Hahaha... Awak ni lawak lah. Nasuha bukan anak saya, saya tak kahwin lagipun."

"Hah? What?!" Kata izaty separuh jerit.

"Ya, Nurul, saya tak kahwin lagi."

"Habis? Kenapa Nasuha panggil awak papa?"

"Nasuha tu, anak saudara saya. Kami memang rapat. Mak ayah dia dah bercerai so, dia panggillah saya papa. Dia ingat saya ni papa dia." Kata Raja Azreen sambil memeluk tubuh. Ketawanya masih lagi tidak berhenti. Terasa sangat lucu.

'Adeh!!! Malunya!' Kata Izaty dalam hati. Mukanya habis merah menahan malu.

"Haa... tulah, lain kali janganlah fikir bukan-bukan. Saya tak kahwin lagilah." Kata Raja Azreen.

"Hey... Iz..." Baru sahaja Tasha ingin menyebut nama Izaty, terus tak jadi cakap sebab ada Raja Azreen disebelah Izaty.

"Hah, dah habis ke?" Tanya Izaty.

"Haah, dah. Jomlah kita balik." Tasha tahu Izaty ingin melarikan diri.

"Kami gerak dulu ya." Kata Izaty ke arah Raja Azreen.

"Eh, jap! Jap! Nak nombor telefon awak!" Kata Raja Azreen.

Izaty dan Tasha saling berpandangan.

"Err.. Ha... Bo... Boleh." Jawab Izaty teragak-agak.
Raja Azreen menyerahkan iphone 7 plus miliknya kepada Izaty, segera dia menaip nombor telefonya.

"Ok, dah siap!." Izaty menyerahkan kembali telefon iphone 7 plus itu kepada Raja Azreen.

"Thanks!" Kata Raja Azreen sambil tersenyum.

"Welcome. Kami gerak dulu. Bye."

Izaty dan Tasha terus pergi dari tempat itu dengan segera. Raja Azreen yang masih berada di belakang mereka itu tersenyum.

****

"Weh, beraninya kau bagi number telefon kau dekat dia kalau dia tau kau ni Izaty yang dulu tu macam mana?"

"Alah, jangan risau. Aku dah cakap nama aku Nurul dan whatsapps aku pun tak pakai nama aku."

"Kalau dia jumpa akaun instagram kau macam mana?"

"Ish, tak kot. Kau ni jangan sampai ke situ pulak."

"Yalah kau kan Insta... Instafam apa ntah budak-budak sekarang dok sebut tu? Halah, aku lupa." Kata Tasha sambil menggaru-garukan kepalanya.

"Haih, Instafamous." Kata Izaty sambil mengeluh.

"Ha, insta tulah. 200k kan followers kau. Fuh, padu! Macam artis."

"Dari situ jugaklah aku dapat tambah rezeki aku buat paid-review."

"Followers aku 157 je. Sedih gila."

"Haish, kau tak payahlah jadi Instafamous bagai. Kau dah mak-mak pun. Dah kau post pun gambar bunga, gambar kuih karipap, gambar ayam, gambar apa lagi? gambar yang buruk-buruk siapa yang nak follow kau? Haish itu pun."

"Haha, betul jugakkan. Haha adeh."

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta, Izaty sudah mengidupkan enjin keretanya tidak lama selepas itu mereka berdua berlalu pergi.

"Ish, kau ni gelabah sangat." Sambung Izaty lagi sambil memandu.

"Macam Mana tak gelabah, dia benci kau kot. Tapi, kau bukan benci dia ke? Tapi, kenapa kau nak kenal lagi dengan dia?"

Izaty terdiam.

"Kau jangan cakap kau suka dia balik! Please no!" Marah Tasha.

"Ish, taklah..."

"Please Zaty, no. Jangan ulang kesalahan yang dulu lagi."

"Tak, aku takkan ulang ke salahan lama lagi. Aku bukan Izaty yang dulu lagi." Kata Izaty perlahan.

"Aku takut kau cakap je, tapi hati kau masih suka dekat dia. Dia suka sebab kau dah cantik je Zati tolonglah."

Izaty terdiam lagi.

"Haih." Tasha hanya mampu menghela nafas panjang sambil mengusap perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience