18

Romance Completed 26570

"Zaty! Zaty!"

"Apa Tasha?" Izaty mengerut keningnya.

"Zaty!!!" Cakapnya lagi semput-semput.

"Ya, kenapa ni?" Izaty memegang bahu Izaty.

Semua mata yang ada dalam kelas itu memandang ke arah mereka.

"Izaty, aku..." Katanya masih lagi semput.

"Ya, apa Tasha? Mengucaplah. Kenapa Ya Allah." Berdebar-debar hatinya ingin tahu apa yang ingin di sampaikan oleh Tasha.

"Ya Allah... Raja Azreen." Katanya masih lagi semput sambil memegang perutnya.

"Kau duduklah dulu kenapa ni. Kesian kat anak kau dalam perut tu. Cakap elok-elok. Kenapa dengan dia?" Izaty jadi semakin berdebar
lalu, mereka berdua duduk.

"Sayang-sayang semua buat kerja dulu ya." Arah izaty kepada anak muridnya.

"Tasha kenapa?" Cakap izaty separuh berbisik.

"Raja Azreen..."

"Ya Raja Azreen kenapa dengan dia?"

"Dia kemalangan!"

Kata-kata yang keluar dari mulut Tasha menyentap hatinya. Baru semalam dia berjumpa dengan lelaki itu.

"Ya Allah betul ke?" Tanya izaty dengan dahi yang berkerut.

Pantas Tasha mengangguk.

Izaty memandang semua wajah anak muridnya. Baru dia tersedar bahawa Nasuha anak saudara Raja Azreen tidak hadir hari ini.

Baru sahaja semalam mereka berjumpa. Tapi, hari ini nasib malang menimpa Raja Azreen.
'Ini semua sebab aku ke?' Tanya Izaty pada dirinya. 

Adakah ini punca Raja Azreen kemalangan? Adakah ini semua salahnya?

"Dia macam mana sekarang ni, Tasha?" Tanya Izaty dengan wajah cemas.

"Aku... Aku tak tahu. Adam yang call aku tadi and tak sempat nak tanya banyak, aku terus cari kau kat sini."

Izaty memejamkan matanya. Nafas di tarik dalam dan di hembusnya perlahan-lahan. Air matanya yang ingin mengalir cuba ditahan olehnya. Dia benar-benar rasa bersalah!

'Ya Allah... Salah aku ke?'

****

Setibanya mereka di hospital...

Izaty dan Tasha berdiri terpacak di hadapan pintu yang di dalamnya ada Raja Azreen. Mereka berdua tidak masuk kerana keadaan di dalam bilik hadapan mereka itu kedengaran sangat riuh dengan suara perempuan menjerit-jerit. Suara itu jelas seperti suara Asmida.

PRANGG...

Bunyi sesuatu barang pecah. Bunyi itu memeranjatkan Izaty dan Tasha yang tengah berdiri di hadapan pintu. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.

"Kenapa kau curang dengan aku! Aku sayangkan kau selama ni, sampai hati kau kan pilih 'dia' daripada aku! Raja aku benci kau!"

Suara Asmida jelas kedengaran sampai luar. Izaty dan tasha saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua benar-benar tidak faham apa yang dah terjadi!

Kenapa Asmida marah? Ada apa sebenarnya? Segala pertanyaan itu bermain di minda mereka berdua.

Dan... Siapa 'dia' tu?

Bunyi pintu dibuka mengejutkan lagi Izaty dan Tasha. Asmida yang sedang berdiri terpacak di hadapan mereka dua dengan air mata jernih sudah membasahi pipi.

Mereka hanya memandang Asmida dengan wajah yang kosong. Asmida terus tersandar di tepi pintu. Perlahan-lahan dia melorot jatuh ke lantai. Air matanya masih mengalir deras.

Wajah Adam yang baru sahaja keluar dari bilik itu jelas terpampar. Adam tergamam melihat Tasha datang tanpa 'Izaty' malah bawa orang lain pula.
Adam menutup pintu kembali.

"Tasha... Haih, aku suruh kau bawa Izaty. Mana dia? Kenapa kau tak bawa Izaty datang sini. Alamak, matilah aku...." Adam mengerut dahinya sambil mengaru-garu kepalanya.

Perlahan-lahan Tasha memandang ke arah Izaty sambil dia mengigit bibir.

"A... akulah, Izaty." Izaty bersuara dengan wajah yang serius memandang ke arah Adam.

Adam tercengang! Perlahan-lahan di bersandar pada dinding sambil memegang dahinya. Matanya langsung tidak berkelip. Dia memandang Izaty dari atas sampai bawah.

"Bi... Biar betul?!" Kata adam sambil matanya tidak lepas memandang Izaty. Izaty tersenyun tawar sambil memandang ke arah lantai.

Asmida turut memandang ke arah Izaty yang kurus itu dengan rasa yang terkejut! Siapa tidak terkejut! Hilang sudah lama tiada kabar berita tiba-tiba... Datang dengan personaliti baru. Asmida tertunduk malu melihat Izaty yang kini 10 kali ganda lebih cantik dari dirinya. Dia seakan-akan tidak percaya, Izaty yang selalu dia buli boleh cantik begini.

"Adam, apa dah jadi ni?" Izaty bersuara memecahkan kesunyian.

"Kau mesti ingatkan apa dah jadi semalam?" Kata Adam perlahan.

Izaty tunduk ke bawah dengan rasa penuh bersalah.

"Lepas kau keluar dengan dia dan kau tak terima cinta dia tu. Dia kecawa sangat. Dia ada telefon aku bagitahu pasal tu. Tak lama lepas tu ada orang call aku pakai number dia, cakap dia kemalangan sebab memandu secara mabuk." Adam tidak mampu berkata lagi.

"Okay, aku faham. Salah aku." Izaty memejamkan matanya. Benar-benar rasa bersalah.

"Tapi bukan itu aje!" Adam bersuara kembali.
Mata Tasha dan Izaty tepat memanah wajah Adam. 

"Tadi, masa dia dah sedar. Dia meracau-racau nama kau Izaty. Dia macam jadi gila. Aku pun tak faham kenapa. Sampai menangis-menagis, meraung sebut nama kau."

Izaty jadi lebih hairan.

"Hah?" Izaty benar tidak faham. Apa dah jadi.

"Tapi... Aku tak bagitahu pun yang aku ni Izaty. Aku cakap nama aku Nurul tapi... Kenapa dia cakap nama 'Izaty' bukan 'Nurul'?"

Semua orang di situ jadi binggung. Masing-masing tidak faham dengan apa yang terjadi.

"Habis... Maksud dia... Nak jumpa Izaty yang gemuk dulu tu ke?" Kata Tasha sambil menelan liur. 

Izaty hanya memandang wajah Tasha.

"Maksudnya, dia nak jumpa Izaty bukan Nurul tapi nak buat apa dia jumpa 'Izaty' yang dulu tu?" Sambung Tasha lagi cuba untuk mencari jawapan.

Izaty hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Dia sendiri pening. Ini semua salah dia tidka mengaku dari mula. Kalau dia tak buat plan bodoh dia ni benda takkan terjadi.

"Ah, dah-dah. Okay macam ni. Kau pergi masuk dulu... Lepas tu kau pandai-pandailah settle kan masalah ni okay?" Kata Adam yang sudah mati akal.

Tidak tahu apa yang akan terjadi kalau Raja Azreen tahu 'Nurul' yang dia cintakan itu adalah Izaty yang dibuli olehnya dahulu.

Izaty jadi takut. Tidak tahu apa reaksi yang akan terjadi selepas Raja Azreen tahu dialah Izaty yang gemuk dan hodoh dulu tu.

"Tasha... Teman aku masuk please?"

"Tak... Tak mahu. Ini bukan masalah aku. Kau masuk sorang sahaja. Aku tak ada hak nak masuk campur. Maaf Izaty, maaf." Kata Tasha.

Izaty mengangguk faham dengan bismillah izaty melangkah masuk perlahan-lahan.

Perlahan-lahan Izaty menguak daun pintu berwarna putih itu. Dia jalan beberapa langkah lalu jelas kelihatan wajah Raja Azreen yang terlentang di atas katil dengan wayar penuh sarat di atas badannya. Tiba-tiba hatinya terasa sebak.

Pasu bunga yang pecah di tepi itu, hanya di pandang sekilas, lalu dia memandang ke arah Raja Azreen kembali.

"Assalamualaikum, Raja... Raja..." Suara Izaty memanggil nama Raja dengan lembut dan merdu sekali.

Perlahan&lahan Raja Azreen membuka matanya. Dia tergamam beberapa saat sebaik sahaja dia memandang perempuan dihadapannya itu sambil mengerut kening.

"Kenapa kau datang sini! Kenapa kau datang! Aku nak jumpa Izaty je bukan kau. Kau bukannya Izaty!" Jelas air mata jernih jatuh dari tubir mata Raja Azreen.

Izaty juga serta-merta mengalirikan setitis air mata. Terharu sangat. Terharu kerana orang di hadapannya itu sanggup mengalirkan air mata dan ingin berjumpa dengan dia.

Lelaki yang penuh ego, sombong, berlagak itu tiba-tiba sahaja ingin bertemu dengan 'Izaty' yang dahulu. Bagi izaty, air mata Raja Azreen amat berharga berbanding emas dan permata.

Ya, dulu memang dia bencikan Raja Azreen tetapi, bencinya itu masih lagi ada sedikit ruang sayang untuk Raja Azreen. Dia juga memaafkan Raja Azreen sudah lama. Orang kata, dendam tak elok disimpan lama-lama.

"Ah... Kau buat apa lagi berdiri depan aku nih hah! Blah ahh!" Raja azreen menjerit sekuat hati ke arahnya membuatkan dia tersentak dari lamunan.

"Iz... Izaty tak dapat datang."

Jelas kelihatan kekecewaan di wajah Raja Azreen. Raja azreen termenung lama. Air matanya kembali membasahi pipi.

"K... Kau tahu tak? Kau tahu tak yang aku dah banyak buat salah kat dia?"

Izaty memandang tepat ke wajah Raja Azreen sebaik sahaja dia bersuara.

"Aku tak ada niat pun nak buat kat dia macam tu. Tapi, aku terlalu ego dan emosi. Sekarang, aku dah tak ada harapan nak jumpa dia. Entah-entah dia dah mati? Sampai bila-bila pun dia takkan maafkan aku." Sambungnya lagi.

"Kenapa kau nak jumpa dia?" Tanya Izaty menahan sebak.

"Tadi, aku termimpikan dia. Aku jadi takut sangat bila fikir apa yang aku dah buat kat dia selama ni. Aku tak pernah pun nak kata maaf kat dia. Aku terus sakitkan hati dan lagi dan lagi." Kini, air mata Raja Azreen mengalir deras sambil mengengam kaut rambutnya. Dia duduk mencangkung di atas katil.

Izaty hanya mampu memejamkan mata, tak mampu nak lihat dan dengar tangisan Raja Azreen. Dia jadi terseksa mendengar tangisan itu.

"Kau betul nak jumpa dia?" Izaty bersuara.

"Ya... Nak... Nak sangat-sangat." Kata Raja Azreen sambil menangis.

"Sebenarnya aku lah Izaty, tapi bukan Izaty yang dulu lagi. Maaf kalau kau nak jumpa Izaty yang dulu dia memang dah mati. Ini Izaty yang baru. Kau luahlah dekat aku apa yang kau nak luahkan!"

Kata-kata yang keluar dari mulut perempuan di hadapannya itu membuatkan Raja Azreen tersentak.

Dia seakan-akan tidak percaya. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"T... Tak. Aku tak percaya. Izaty yang aku kenal dulu hodoh, gemuk. Tapi, kau..."

"Betullah aku Izaty." Izaty tersenyum dan air matanya diseka.

Raja Azreen masih lagi terpaku tidak percaya.

"Tak percaya? Nak bukti? Ingat lagi tak ayat ni? 'Gemuk, sedarlah diri tu sikit. Kau tu sesuai ke dengan aku? Aku rasa memang taklah kan? Tak sedar diri. Dah hodoh tu, hodoh jugaklah!' "

Wajah raja azreen menjadi sayu selepas mendengar ayat itu. Betul ayat itu pernah diluahkannya dahulu tepat pada Izaty.

"'hah! Apa? Aku rasa aku tak perlukan maaf kau tu." Sambung Izaty lagi untuk menunujukkan bukti bahawa dia itu Izaty yang sebenar.

Raja azreen mengerut dahinya. Dia juga masih ingat kata-kata itu.

" 'hah? Gemuk, sedar diri! Kau tu lebih baik mati daripada merana!' "

Tak semena-mena Raja Azreen mengalirkan air mata lagi.

"Ahhh! Sudah! Cukup!" Dia menutup kedua-dua belah telinganya sambil menggetar di atas katil. Kelihatan sangat tersiksa.

"Arghhhhhh!!!!!!"

"Arghhhhhh!!!!!"

"Arghhhhhh!!!!"

Raja Azreen meraung sekuat hati.

"Dahla. Perkara dah lama jadi." Izaty mengusap lembut rambut Raja Azreen.

"Izaty, Izaty maafkan aku. Aku bersalah! Maafkan aku. Tolonglah!" Raja Azreen merayu.

"Aku dah maafkan kau. Dah lama aku maafkan. Dari dulu lagi." Kata Izaty tersenyum sambil menyeka air matanya.

Raja azreen diam dan terus menangis di sisi Izaty. Izaty terus mengusap rambut Raja Azreen seperti anak kecil. Perlahan-lahan dia berhenti menangis.

Dia mula tenang.

"Izaty, boleh tak kau jadi teman sehidup semati aku?" Tiba-tiba sahaja kata-kata itu terkeluar dari mulutnya tanpa sebab.

Izaty terdiam, terkaku.

"Mungkin kau dengar macam gila. Tapi aku suka dekat kau. Tolong... Tolong terima cinta aku?" Sambung Raja Azreen lagi.

Raja azreen merangkul erat kedua-dua belah tangan Izaty dengan penuh harapan.

Izaty tergamam dalam beberapa saat. Perlahan-lahan dia menarik tangannya kembali daripada tangan Raja Azreen yang sejuk itu.

"K... Kenapa?" Soal Raja Azreen.

"Kenapa Izaty? Bukan dari dulu kau suka aku ke?"

Izaty terus meluru keluar dari ruangan itu.

Raja Azreen tergamam dengan tindakan Izaty. Dia kembali termenung jauh terasa dirinya macam orang tak guna.

Izaty mencari-cari kelibat Asmida. Sebaik sahaja dia dapat Asmida, dia terus menarik tangannya masuk kembali ke dalam bilik itu.

Mereka berdua berdiri tepat di hadapan Raja Azreen. Suasana menjadi senyap sejenak.

"Maaf tapi, aku rasa aku tak sesuai dengan kau."
Kata-kata Izaty sebentar tadi membuatkan Asmida dan Raja Azreen tersentak.

"Tapi kenapa? Sebab perkara dulu? Sebab tu kau tak boleh terima aku lagi?" Raja azreen mengerutkan dahinya.

Izaty menggelengkan kepalanya.

"Bukan sebab perkara dulu. Tapi..."

"Tapi apa?" Soal Raja Azreen ingin tahu.

"Tapi kau suka aku sebab aku dah cantik kan? Betul?" Izaty memandang tepat ke arah Raja Azreen.

Raja azreen hanya terdiam. Dia sendiri pun tidak tahu.

"Bukan sebab kisah lama kita aku tak boleh terima kau. Aku tak boleh terima cinta kau kerana dia." Izaty tersenyum tepat ke arah Asmida.

Ya kerana Asmida, Izaty tak boleh terima Raja Azreen.

Asmida terdiam.

Izaty memegang tangan Asmida lantas diletakkan pada tangan Raja Azreen.

"Ya, kerana dia, kerana Asmida. Kau perlukan Asmida lebih daripada aku. Dia dah kenal kau lama dari zaman sekolah lagi kan? Jadi bukan akulah orang yang sesuai. Maafkan aku. Yalah, dari dulu duk berkepit sampai satu sekolah kecoh. Takkan sekarang kau nak sia-siakan saja? Rugilahkan? Sebab tu aku tak boleh terima cinta kau semalam. Hahahaha..." Izaty ketawa di hujungnya. Serta-merta suasana sudah kembali ceria.

Asmida dan Raja Azreen saling berpandangan lantas mereka berdua tersenyum mesra.

Gembira Izaty dapat melihat pasangan yang sama padan itu dapat disatukan kembali. Perlahan-lahan Izaty mengundurkan diri tanpa kata-kata. Dia tidak mahu menganggu dua pasangan itu memupuk kembali rasa cinta mereka yang manis itu.

Izaty menutup pintu dengan perlahan. Dia terus berjalan ke hadapan tanpa memandang kiri dan kanan. Hanya berjalan dengan senyuman.

Dia memeluk tubuhnya. Tiba-tiba sahaja dia rasa sebak. Entah dari mana dia rasa sebak itu datang. Adakah dia rugi melepaskan crush dari zaman sekolahnya dahulu?

'Kenapa aku lakukan ini? Kerana dia? Kerana dia cinta. Ya kerana aku cintakan dialah aku tinggalkan dia, aku takut aku tak dapat bahagiakan dia seperti mana Asmida bahagiakan dia selama ini. Siapalah aku? Seorang budak gemuk yang berubah jadi cantik sahaja. Kisah hidup aku persis seperti kisah dongeng di alam fantasi kanak-kanak dan seperti cerita dalam novel yang klise. Cuma pengakhiran cerita sahaja yang berbeza. Sesungguhnya, aku tak pernah marah padanya dan bukannya aku tinggalkan dia sebab nak balas dendam tapi aku sendiri tidak pasti. Mungkin, ini takdir aku? Dia diciptakan bukan untuk aku? Aku juga bukan perampas kebahagiaan orang lain. Aku tak nak jadi perampas! Biarlah aku redha.' Kata Izaty dalam hati.

"Hoi, macam mana?" Tasha datang entah dari mana membuatkan Izaty terkejut.

"Kau ni, suka sangat tau buat aku mampus awal. Suka bagi aku terkejut dari dulu lagi haih." Kata Izaty sambil mencebik bibir.

"Sorry. Apa dia kata kat kau?" Tanya Tasha lagi sambil mengusap perutnya.

"Erm, tak ada apalah." Balas Izaty perlahan.

"Alah... Taknak share pulak. Its okaylah."

"Ish.. Janganlah merajuk. Haha.." Kata Izaty sambil merangkul bahu Tasha.

Mereka berdua melangkah keluar dari situ dengan hati yang mula tenang. Tenang dari dendam dan benci.

~~~~~~•~~~~~~
P/S: Hai nak ke mana tu? Cerita ni tak habis lagi tau! Novel ni baru je nak mula hehe. Ni baru intro dia je. Kisah sebenar baru je nak mula. Rugi kalau korang tak baca bab-bab lepas ni sebab comfirm bersemut skrin handphone korang. Nak tahu apa terjadi selepas ini? Sila tunggu ya. ;) please vote dan komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience