60

Romance Completed 26574

2019~

"Raykal..."

"Ardina..."

"Cepatlah, kita dah nak balik ni." Izaty memanggil nama itu dengan lemah lembut daripada jauh.

Dua orang anak kecil berusia hampir dua tahun itu datang menghampiri Izaty sambil berlari-lari. Comel sahaja kaki kecil itu memijak tanah.

"Mama!!!" Dua orang anak kecil itu bersuara, lantas Izaty memeluk kedua-dua orang anaknya dengan penuh rasa kasih sayang. Pipi anak lelakinya dicium kemudian dia mencium pula pipi anak perempuannya.

Alhamdullilah, mereka dikurniakan dua orang anak kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mungkin ikut baka ayahnya, sebab itulah kembar jadinya. Kedua-dua berusia hampir dua tahun tetapi petah bercakap macam ayah mereka.

"Mama... Mana papa?" Tanya Raykal dengan wajah sedih.

Izaty hanya mampu tersenyum ke arah Raykal.

"Err...Papa...." Izaty seakan hilang kata-kata.

Wajah anak-anaknya kelihatan begitu sedih.

Izaty tahu anak-anaknya itu rindu dengan ayah mereka tetapi apakan daya. Izaty faham apa yang anak mereka itu mahu katakan tetapi tidak terucap oleh mulut mereka kerana mereka masih kecil.

Izaty mengembus nafas lalu tersenyum ke arah kedua orang anaknya.

"Kita balik dulu ya. Hari inikan hari jadi Ardina dengan Raykal. Tok Ijah, Nenek Kirana, Uncle Afiq, Auntie Melina, Uncle Aiman dan Uncle Syazwan mesti dah tunggu lama dah tu dekat rumah. Kita balik dulu ya."

Kedua orang anak kecil itu mengangguk faham lalu mereka bertiga pulang berjalan kaki menuju ke rumah mereka sendiri, hasil titik peluh Rafiq akhirnya mereka dapat membeli sebuah rumah banglo di suatu kawasan perumahan VVIP.

"Tok Ijah, kami dah balik." Kata Izaty sambil tersenyum sebaik sahaja muka maknya berada di ruang tamu.

"Yeah, cucu Tok Ijah dan Nenek Kirana dah balik puas pergi main?" Kata Mak Ijah sambil memeluk mesra cucunya.

Nenek Kirana iaitu mak kepada Rafiq turut datang ke arah mereka berdua lalu dicium senang.

"Makan malam dah siap ke?" Tanya Izaty sayu.

"Dah, semua orang dah ada dekat meja makan nak sambut hari jadi Raykal dengan Ardina." Balas Nenek Kirana.

"Hm, kalau macam tu mama bawak budak-budak ni pergi meja makan dulu boleh tak? Izaty nak duduk dekat sini kejap."

Nenek Kirana mengangguk faham lantas mereka berempat pergi ke meja makan.

Izaty sayu melihat permandangan senja di luar rumah. Langit hanya berwarna oren dan keadaan sunyi di luar.

"Rafiq, saya rindu awak... Kenapa awak pergi tinggalkan saya?" Setitis air mata Izaty jatuh ke pipinya.

Izaty termenung dan terus termenung memandang luar jendela.

_

"Sorry sayang, abang lambat."

"Eh..." segera Izaty menoleh ke arah suara itu, lantas dia tersenyum.

Dari jauh, Izaty tersenyum ke arah suaminya. Setelah beberapa saat, Rafiq turut memandang ke arah isterinya.

Selangkah demi selangkah Izaty menghampiri ke arah Rafiq. Gaun labuh berwarna putih itu berkibar-kibar ditiup angin.

Izaty menghulurkan tangan untuk bersalam. Rafiq menyerahkan sahaja tangannya, lantas Izaty mencium dengan penuh rasa hormat.

Mereka berdua kembali berpandangan antara satu sama lain dengan bibir penuh senyuman.

"Kenapa abang lambat? Dah dua minggu abang pergi tinggalkan saya dengan anak-anak. Nasib harini abang balik jugak kalau tak mesti sedih anak-anak kita tu papa diaorang tak ingat dekat diaorang lagi." Kata Izaty seraya memuncungkan bibirnya sebagai tanda merajuk. Tangannya disilangkan sebagai perencah tambahan merajuknya itu.

"Alah, maaf. Janganlah marah-marah." Ujar Rafiq.

Tubuh Izaty dipeluk dari belakang dengan penuh rasa manja oleh Rafiq tetapi Izaty hanya mendiamkan diri tanpa memberikan reaksi. Sengaja nak merajuk lebih sikit sebab terlalu rindu.

Tiba-tiba Rafiq menyanyikan satu lagu untuk Izaty.

Dinda Jangan marah marah
Takut Nanti lekas tua
Kanda Setia orangnya
Takkan Pernah mendua

Dari Jutaan bintang
Dinda Paling gemerlapan
Dari Segenap wanita
Dindalah Yang paling menawan

Izaty hanya mampu tersenyum. Rasa ketawanya cuba ditahan. Sweet juga Rafiq ni walaupun dah ada anak ni.

"Marah lagi ke?" Tanya Rafiq dengan suara menggoda.

"Awak rasa?" Balas Izaty dengan ringkas.

Rafiq tersenyum lantas, tangan Izaty di tarik oleh Rafiq dan mereka menuju ke arah piano hitam yang berada di satu sudut.

Rafiq duduk di atas kerusi berhadapan piano. Izaty pula setia berdiri di sebelah Rafiq.

Rafiq menekan beberapa kekunci piano tersebut sekadar panaskan badan, lalu apa lagi? Dia sambung bernyanyilah lagu Dinda nyanyian Kugiran Masdo itu untuk memujuk isteri yang tersayang.

.

Apa Khabar dinda
Lama Tak jumpa
Rasanya Hampir dua purnama
Rindu Didada tak siapa yang tahu

"Hmm, tahu pun!" Kata Izaty sambil tersipu malu. Rafiq pula tersenyum sahaja sambil meneruskan bernyanyi tanpa berhenti.

Dinda Jauh di sana
Jauh Dimata
Namun Di hati sentiasa ada
Menemani Dikala gundah gulana

Dinda Kanda pergi hanya
Seketika Cuma
Inikan Semua demi
Masa Depan kita

Dinda Jangan marah marah
Takut Nanti lekas tua
Kanda Setia orangnya
Takkan Pernah mendua
Dari Jutaan bintang
Dinda Paling gemerlapan
Dari Segenap wanita
Dindalah Yang paling menawan

Tak semena-mena Izaty pula sambung dan menukar sedikit lirik lagunya tetapi ditukarkan ke versi dangdut. Rafiq juga pada mulanya terkejut juga Izaty pandai mendangdutkan lagu dengan segera dia menukar key muzik itu dari slow ke rancak.

Kanda jangan marah marah~
Takut nanti lekas tua~
Dinda setia orangnya~
Takkan pernah mendua~

Dag Dig Dug~

Ah! Ah! (Rafiq menambah)

Dari jutaan bintang~
Kandalah paling gemerlapan~
Dari segenap jejaka~
Rafiq lah yang paling menawan~

Menawan~

Oh menawan~

Ting~ Rafiq mematikan muzik tersebut.

"Wow! I'm impress! Awak pandai dangdut? Amazing!" Kata Rafiq sambil menepuk tangannya teruja. Ada sedikit ketawa di wajahnya.

"Sikit-sikit je sebab saya minat Amelina. Hehe."

"Ni dulu mesti suka pergi berjoget dengan pakcik-pakcik tua kan dekat majlis kenduri kahwin orang? Hahaha." Usik Rafiq lagi.

"Hah! tengok tu, asal balik je mengusik." Kata Izaty seraya buat muka renyuk.

"Bukan Rafiqlah kalau tak mengusik betul tak? Habis awak nak ke saya balik-balik je, tengking awak macam orang gila lepas tu balik rumah mabuk bawak perempuan lain masuk bilik? Hah! Nak?"

"Kalau awak berani buatlah!" Kata Izaty dengan rasa sakit hati. Gila tak sakit hati bila sang suami kata seperti itu kepada sang isteri.

"Tengok, cakap sikit merajuk. Haiya." Kata Rafiq sambil menggelengkan kepalanya.

Mereka berdua terdiam seketika.

Rafiq pula menongkat dagu sambil tersenyum. Bebola matanya ditalakan ke atas.

"Sayang, tak sangkakan?" Tiba-tiba Rafiq bersuara sambil memandang ke isterinya.

"Hmm, tak sangka? Tak sangka apa?" Tanya Izaty kembali seraya menggerutkan dahinya.

"Tak sangkakan dari pertemuan yang tidak disengajakan, tiba-tiba jadi sayang, lama-lama jadi cinta? Betul tak?" Kata Rafiq lantas bangun memegang tangan isterinya dengan kemas sekali.

"Hm, betul jugakkan? Allah dah rancang elok untuk kita berdua dan anak-anak kita. Izaty bersyukur sangat abang sebab dapat suami yang baik macam abang ni. Izaty tak pernah pun tengok abang marah-marah. Tersenyum je sepanjang masa. Sweet pulak tu, habis bersemut rumah kita ni hari-hari sebab abang. Bertuahnya Izaty rasa. Terima kasih abang sebab jadi suami terbaik di dunia ini. Izaty bertuah dapat suami macam abang ni selepas semua derita yang saya lalui selama ini rupa disebaliknya saya dapat abang sebagai suami." Kata Izaty seraya menyandarkan tubuhnya ke Rafiq.

Rafiq memeluk erat lalu dia ketawa manja mendengar kata-kata isteri comelnya itu.

"Isteri lawa, siapa berani marah oii? Hahaha." Kata Rafiq sambil memeluk Izaty dengan lebih erat.

"Lawa ke, atau takut sebab garang?" Izaty pula bersuara sambil ketawa halus.

"Ermm... Dua-dua. Hehe.."

"Hmm, yelah.. Saya kan mak nenek." Izaty menarik muncung. Tiba-tiba teringat yang dulu Rafiq pernah panggil dia dengan gelaran "Mak Nenek" sebab bersiap lambat.

"Ishh, inilah yang abang taknak cakap ni. Awak yang tanya, awak pulak yang merajuk. Hmm.." Kini, Rafiq pula yang tarik muncung.

"Hehe, saja nak kenakan awak. Tak merajuk pun. Haha, awak kan dulu suka sangat kenakan saya. Kata dua alam lah, nak kahwin dengan orang lain lah, paling saya tak suka kata dah nak meninggal. Ergh... Geramnya saya bila fikir balik." Semua usikkan Rafiq kembali bermain di mindanya.

"Eleh, geram-geram pun, awak kahwin jugak dengan saya." Kata Rafiq seraya mengigit bawah bibirnya. Muka dia sudah bertukar nakal.

"Sebab saya geramlah saya kahwin dengan awak. Saya tak nak cinta hati saya dapat dekat orang lain. Saya nak awak sayang anak-anak kita dan saya je sampai bila-bila. Boleh?"

"Eee... Queen Control lah awak ni." Rafiq mencuit pipi Izaty. Kini pelukannya dilepaskan. Tanggan Izaty pula digengam erat.

"Mana adalah. Saya bukan queen control tapi saya tak nak awak rosakkan apa yang kita dah ada sekarang ni sebab saya cintakan awak." Kata Izaty dengan bibir penuh senyuman.

Rafiq ketawa.

"Hahahaa... Ya, hanya awak je wanita yang saya sayang selain daripada mama saya. Kan... Kerana dia cinta."

"Siapa 'dia' tu? Haha.." Kata Izaty sambil memandang wajah Rafiq dengan senyuman.

"Sayalah. Kerana saya cintakan awak."

"Cinta dekat siapa tu?" Izaty masih lagi menyoal.

"Awaklah siapa lagi?" Ucap Rafiq lalu dia ketawa kecil.

Izaty turut ketawa pinggang Rafiq dipeluk kemas kepalanya dilentokkan ke dada Rafiq.

"Rafiq... I love you." Ucap Izaty lalu, matanya dipejamkan.

"I love you too sayang..."

"Eh! lupa! Semua orang dah tunggu dekat meja makan, kita ni boleh pulak nak bersemut dekat sini. Dah, dah jomlah kita pergi."

Segera Izaty melepaskan tubuhnya dari Rafiq.

"Lah, ya ke? Kalau saya tahu saya simpan semua semut-semut saya untuk malam ni." Kata Rafiq sambil tersenyum nakal.

"Jangan nak mengada-ngadalah awak ni." Kata Izaty sambil matanya tajam memandang ke arah Rafiq.

"Hehe, Alamak, mak nenek dah marahlah. Lari! Siapa lambat ke meja makan, dia kena tidur luar malam ni!" Kata Rafiq seraya sudah membuka langkah seribu menuju ke ruang makan di tingkat atas.

"Awak! Tunggulah saya! Alah! Mana aci macam ni. Mula lain!" Kata Izaty sambil turut belari-lari anak mengejar Rafiq dari belakang.

"Werkk! Taknak! Haha, tak dapat kejar! Tidur luar lah malam ni ya mak nenek?" Usik Rafiq lagi.

"Ish dia ni! Awaklah tidur luar saya nak tidur dengan anak-anak saya." Kata Izaty masih lagi berlari-lari anak dengan penuh rasa bahagianya. Dia berharap kebahagian ini akan kekal buat selamanya.

'Rafiq saya janji, walau apa pun yang akan terjadi. Saya akan tetap sayangkan awak sampai bila-bila. Rafiq, I love you.'

Bahagia.

×TAMAT×

Katakan Sayang ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience