2

Romance Completed 26574

Semasa waktu pertama, sudah ada cikgu yang tidak masuk. Semua budak dalam kelasnya bersorak gembira. Masing-masing sudah berubah tempat duduk mengikut kumpulan masing-masing. Serta-merta suasana kelas itu riuh rendah macam pasar malam. Kecuali Izaty, dia hanya duduk di tempatnya sambil termenung jauh. Tangannya mencarit-carit kertas lalu di buangkan ke luar tingkap tanpa ada perasaan serba salah. 

'Alah, biarlah. Bukan ada orang kisah pun apa nak jadi dengan aku.' Ayat itu selalu bermain difikirannya semenjak kejadian hitam itu.

Fikirannya terimbas tentang pagi tadi. Dalam diam dia sempat meneliti wajah lelaki yang disukainya itu. Raja Azreen lelaki yang paling kacak di sekolah ini. Semua pelajar di sekolah ini sukakan Raja Azreen budak tingkatan 5R1 itu. Sudahlah bijak, segak pulak itu dengan mata berwarna coklat cerahnya, bibirnya yang seksi merah, tingginya 184cm, olahraga sekolah pula tu, kulitnya cerah dan selincin kulit telur. Auch! Pandangan matannya yang tajam itu juga sangat seksi! Dalam diam ada juga cikgu perempuan yang sukakannya sangat menawan!

Kenangan tahun lepas kembali...

Izaty meletakkan sekeping nota berwarna merah berbentuk hati di bawah meja Raja Azreen pada waktu rehat. Izaty tersenyum seorang diri.

Dia berharap isi dalam nota comel itu akan terjawab dengan segera. Dia benar-benar berharap Raja Azreen akan membalasnya.

"I love you Raja Azreen." Izaty bercakap sendiri sambil melangkah keluar dari kelas itu dengan senyuman gediknya itu. Dia terpaksa keluar dari kelas itu dengan segeranya kerana takut kantoi jika murid dalam kelas itu tiba-tiba masuk nanti.

-

Izaty baru sahaja mengemas buku-buku yang disimpan bawah meja lalu dibawa masuk ke dalam beg sekolahnya sambil tersenyum senang. Dia benar-benar menantikan kehadiran Raja Azreen agar lelaki itu dapat membalas cintanya.

Cikgu Aloyah tidak masuk kelas mereka, entah kenapa tetapi Cikgu Aloyah datang sahaja ke sekolah. Mungkin tidak mahu mengajar mereka hari ni kerana hanya satu waktu.

Lagipun mereka ini asal dari budak kelas yang tak pandai jadi buang masa sahaja mengajar mereka ini. Memang menyakitkan hati apabila menjadi budak yang berada di kelas belakang, tetapi itulah kenyataannya. Dipinggirkan oleh cikgu-cikgu.

Tiba-tiba! Raja Azreen masuk ke kelas itu secara semberono. Dia tepat berdiri di hadapan Izaty sambil mengangkat keningnya.

Izaty terpaku. Dia terkedu memandang anak mata Raja Azreen yang berwarna coklat cerah itu. Hatinya berdegup kencang. Tambahan pula tahi lalat sebesar titikan pen itu pemanis mulut Raja Azreen itu sangat mengoda hati.

Izaty mengigit bawah bibirnya. Semua orang di situ memandang tepat ke arah mereka berdua.

'Dia betul-betul suka aku ke? Kalau tak mesti dia tak datang kat sini. Adakah dia terima cinta aku? Alamak, dia syok kat aku. Tak tahu pula aku ni lawa kat mata dia.' Izaty sudah berasa gembira dalam hati lalu dia mengenyitkan sebelah matanya ke arah Raja Azreen.

"Hai..." Izaty memberi sapaan dengan nada yang manja. Izaty rasa malu tetapi dia cuba untuk mengawalnya kerana hatinya sungguh gembira di saat ini. Hujung batang pen di mainnya.

"Kau ke yang bagi surat tu dekat aku?" Tanya Raja Azreen dengan wajah yang kosong dan bersuara dingin. Langsung tiada riak gembira di lukisan wajahnya. Matanya tepat memandang ke arah muka Izaty yang tembam itu.

Izaty tersenyum gembira, lalu dia mengangguk laju mengiyakan sahaja.

"Ya. Saya lah. I love you." Kata Izaty Sambil-sambil itu dia menjeling manja ke arah Raja Azreen.

Raja Azreen tersenyum sinis. Nota yanv berada di dalam genggamannya itu sudah menjadi cebisan kecil lalu dicampak tepat ke arah muka Izaty.

"Ahh!" Izaty tergamam sebentar apabila melihat nota comelnya yang sudah bertukar menjadi cebisan kertas buruk melayang-layang ke arah mukanya. Dia seakan-akan tidak mampu berkata lagi setelah melihat nota kecil yang penat dia siapkan semalaman memikirkan ayat itu sudah hancur berkecai.

"Kau ingat, kau tu siapa? Sedarlah diri tu sikit. Kau tu hodoh, gemuk, bodoh, jijik tahu tak?!" Kata Raja Azreen sambil mengetap giginya. Rasa marahnya semakin membara-bara.

Izaty tunduk memandang lantai. Kelopak matanya sudah bergenang air mata yang cuba di tahan agar tidak jatuh. Di kumpul kembali cebisan nota kecil itu di atas tapak tangannya. Rasa sayang lihat kertas nota itu dihancurkan sebegitu rupa.

"Woi gemuk! Dengar tak?!" suara Raja Azreen bergaung satu kelas itu. Raja Azreen menepis kertas itu dari tangan Izaty dengan mengunakan buku teks agar cebisan kertas itu jatuh dari tangan Izaty.

Ramai orang melihat kejadian itu sambil ketawa terbahak-bahak.

Raja Azreen mengambil buku teks tadi lantas di baling ke arah wajah Izaty. Terpinga-pinga Izaty dibuatnya dengan tindakan Raja Azreen itu. Kelakuannya seperti orang bodoh sambil memperbetulkan tudungnya yang sudah senget sebelah.

"Woi! Aku cakap dengan kau ni sial! Dengar tak?!" Jerkah Raja Azreen sambil menarik tudung Izaty sampai tertanggal dari kepalanya.

Izaty hanya mampu menangguk laju. Air matanya terus mengalir deras kerana tidak dapat tahan lagi. Di ambilnya kembali tudung tadi yang sudah terjatuh ke atas meja.

"Sampai mati pun aku tak akan suka dekat kau sebab kau tu gemuk! Hodoh! Bodoh! Memang tak layak dengan aku ni. Aku jijik dengan kau!" Raja Azreen memeluk tubuh sambil tersenyum sinis.

"Ingat! Kau jangan report dekat cikgu! Kalau ada cikgu yang tahu! Kau orang pertama yang aku cari faham?!"

Izaty mengangguk diikuti tangisan teresak-esak.
Raja Azreen terus meninggalkan kelas itu dengan hati yang panas membara sambil menghempas pintu sekuat hati.

Izaty terus menangis di mejanya sampai teresak-esak. Tiada seorang pun yang mahu datang memujuknya malah semua orang ketawa terbahak-bahak setelah melihat adengan itu tadi. Mata Izaty memandang ke arah belakang melihat semua budak di dalam kelas itu ketawakannya. Dia rasa amat terhina.

Budak lelaki yang melihat adegan itu ketawa berdekah-dekah ke arah Izaty. Perkataan 'Boo!!!' jelas kedengaran di telinga Izaty dengan segera Izaty mengemas barang dan berambus dari kelas itu kerana terlalu malu.

"Bodoh! Kenapa dengan aku ni! Tak sedar diri!" Marah pada dirinya sendiri sambil berlari sekuat hati membawa perasaan yang kecewa.

Dia berlari untuk mencari tempat dia dapat melepaskan tangisannya sekuat hati. Dia pergi ke belakang sekolah. Ada sebuah bangunan sekolah yang lama ditinggalkan.

Dia berlari semahu-mahunya menuju ke bangunan lama itu sampai jatuh tersungkur ke tanah. Dia cuba untuk bangun perlahan-lahan lalu dia duduk di satu sudut tersbunyi sambil memeluk tubuhnya.

"Izaty, kau bodoh gila. Kau ingat kau tu siapa? Orang hina macam kau ni tak layak untuk dia." Kata Izaty pada dirinya.

"Bodoh!"

Perlahan-lahan dia tertidur di situ kerana terlalu letih menangis. Jam tepat 3 petang baru dia tersedar dari lena. Tiada seorang pun yang perasan dia duduk di situ seorang diri lantas, dengan segera dia bangkit dan berlalu pergi dari tempat itu.

Fikirannya kembali ke alam nyata sebaik sahaja tragedi hitam itu berlaku dalam hidupnya.

Selepas kejadian itu, Raja Azreen asyik melarikan diri daripadanya. Bertapa bodohnya dia melakukan kerja itu. Buat kerja tak fikir panjang.

"Wei Endut. Kau fikir apa tu?" tanya Tasha kawan baik Izaty.

Tasha gadis berkulit putih manis dan pipinya tembam comel itu tersenyum memandang ke arah Izaty.

'Endut' adalah singkatan bagi 'Gendut'. Itulah gelaran yang dihadiahkan kepada Izaty.

"Tak ada apalah Tasha oii.... Sibuk je."

"Apa-apa jelah kau ni Endut. Malas nak layan kau ni. Aku nak pergi tandas ni. Nak mekap, nak ikut tak?"

"Tak nak lah. Kau tu tak payahlah nak mekap bagai. Dah comel lawa dah, nak mekap apa lagi."

"Eee... Mulut. Sekurang-kurangnya aku ada pakwe. Kau ada? Kau ada?"

Izaty hanya mampu terdiam.

Bebola matanya memandang ke arah kawan-kawannya yang lain pergi ke tandas. Inilah tabiat mereka iaitu pantang cikgu tak ada, mesti pergi ke tandas.

"Aku tidur lagi bagus." Izaty bermonolog seorang diri. Dia mengambil beg sekolahnya dijadikan bantal, lalu dia meletakkan kepalanya. Perlahan-lahan matanya terpejam dibuai oleh ketenangan.

Share this novel

fiqah
2020-06-10 23:56:52 

kesian gila izaty


NovelPlus Premium

The best ads free experience