45

Romance Completed 26570

5.30 petang.

"Okay, kita dah sampai!" Ujar Pawi sambil memberhentikan keretanya di tepi pantai.

"Fuyo, kita outdoor dekat tepi pantailah. Awak tak cakap pun dekat kawasan rumah awak ni ada pantai." Kata Rafiq dengan wajah teruja.

"Sebab ada pantailah saya taknak bagitahu dekat awak, nanti mesti awak paksa saya suruh saya bawak tapi tak sangka kita boleh datang sini jugak haiya." Kata Izaty yang sudah membuka pintu kereta.

"Alah, awak ni berkiralah." Kata Rafiq turut keluar dari perut kereta.

Kini, mereka bertiga keluar dari perut kereta. Izaty tak sangka kasut tinggi yang dibawanya tadi ada kegunaannya. Sama tema warna pula itu kasutnya dengan baju pengantin yang sedang di pakai ini.

Wajah Rafiq kian teruja sebaik sahaja angin pantai menyentuh perlahan ke kulitnya. Dia pun apa lagi, mula membuka kamera telefonnya lalu, di selfie beberapa keping gambar.

"Izaty, pandang sini!" Kata Rafiq kuat.

Click!

Gambar sudah pun di ambil.

"Alah, awak ni saya tak ready lagilah." Kata Izaty terkedek-kedek datang ke arah Rafiq dengan baju pengantin ketatnya itu.

"Repeat!" Kata Izaty dengan lantang.

"Haih, yalah." Rafiq ikut sahaja kehendak Izaty.

Izaty merapatkan tubuhnya dengan Rafiq. Rafiq dan Izaty membuat muka serius seperti model. Yalah, mereka kan sudah berpengalaman tentu sahaja tahu riak wajah apa yang perlu dilakukan.

Click!

"Sekali lagi, kali ni saya nak awak senyum tapi pandang muka saya." Kata Rafiq.

"Gatal! Macamlah dia handsome sangat." Kata Izaty sambil ketawa kecil tetapi dia ikut sahaja kehendak Rafiq.

"Saya memang handsome." Kata Rafiq perlahan sambil mula tersenyum.

Mereka berdua bertentangan mata antara satu sama lain.

Click!

Mereka berdua melihat gambar diambil tadi.

"Lawalah lighting. Saya nak post pic ni dekat Instagram." Kata Rafiq sambil mula membuka akaun Instagramnya.

"Haah, postlah. Nanti saya nak semua pic tu jugak, send dekat saya ya nanti." Ujar Izaty.

Izaty menjeling ke arah telefon Rafiq. Sengaja nak tengok apa nama Instagram Rafiq ni. Wow! Izaty tergamam.

'Fuyo, 666k followers dia kalah aku. Rajin post gambar dia ni. Okay username dia Rafique.Husaini bolehlah aku stalk hari-hari nanti haha.' Kata Izaty dalam hati.

"Eh, Izaty apa username Instagram awak. Saya nak follow awak boleh saya tag awak terus." Kata Rafiq sambil matanya masih tertancap pada skrin telefon.

"Eh ya ke ni?" Izaty pura-pura terkejut. Macam tahu-tahu je Izaty memang nak follow dia.

"Iyalah. Cepatlah apa username awak?"

"Nanti awak tag saya, tak pasal-pasal fans awak cemburu buta pulak nanti kang. Lagi-lagi bila tengok kita pakai baju pengantin macam ni haha." Kata Izaty sambil tersenyum sinis.

"Alah, biarlah dia orang. Fans lain, awak lain."

'Okay, lain macam bunyi dia ni.' Kata Izaty dalam hati.

"Yalah, Izatte.Senrose21."

"Adik beradik Uqasha Senrose ke?" Kata Rafiq sambil ketawa perlahan.

"Nak perli sayalah tu." Izaty sudah menarik muka.

Rafiq mengabaikan sahaja kerana kusyuk mencari nama akaun Izaty.

"Okay dah jumpa! Alah 200k lebih je followers dia. Sedihnya."

Rafiq menekan 'Follow'

"Yalah saya bukan artis. Saya model je. Tahulaj followers dia ramai." Kata Izaty menahan geram.

"Okay done!" Rafiq mula post salah satu gambar tadi sambil meletak 'caption' emoji hati dan berung merpati putih. Nama Izaty ditag oleh Rafiq lalu dia menekan 'post' Ting! Selesai.

Izaty menjeling sahaja ke arah Rafiq tanpa berkata apa-apa.

"What? Alah biarlah kita nak letak emoji apa-apa pun sibuk je." Kata Rafiq sambil tersenyum nakal ke arah Izaty lalu dia meninggalkan Izaty seorang dibelakang.

"Hish, nanti tak pasal orang kata bukan-bukan." Kata Izaty perlahan sambil mula melangkah di belakang Rafiq.

~~~~~•~~~~~

Sesi fotografi pun bermula. Semua ini mudah sahaja bagi Rafiq dan Izaty kerana mereka dah berpengalaman. Semua gambar hampir sempurna. Pawi juga sudah tersenyum apabila kerjanya menjadi mudah apabila dapat bekerjasama dengan model yang sudah berpengalaman.

Jadi dia tak perlu buat apa-apa sangat kerana Izaty dan Rafiq kelihatan sangat profesional. Dia sendiri tak sangka Rafiq ini sebenarnya pernah masuk majalah. Dia tahu pun semasa Izaty yang bagitahu dekat dia tadi setelah Pawi perasan yang Rafiq ini kelihatan sangat profesional.

"Okay break!" Kata Pawi.

"Fuh..." Izaty mengeluh penat walaupun dia seorang model profesional.

Rafiq mengerling ke arah Izaty dengan rasa simpati.

"Penat ke? Nak air? Kalau nak saya nak pergi beli depan tu." Kata Rafiq dengan suara garaunya.

Izaty dengan pantas memandang ke arah Rafiq lantas, dia menggelengkan kepalanya.

"Eh, tak payah susah-susah. Saya tak dahaga pun." Kata Izaty seraya tersenyum mekar ke arah Rafiq.

"Okay, fine." Kata Rafiq yang juga mengukir senyuman mekar.

"Oii cot!" Tiba-tiba sahaja Izaty terpelecok terpijak batu!

PAQQQ!!!

Rafiq menyambut tubuh Izaty dari jatuh tersungkur ke tanah. Mereka berdua terjeda sebentar. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Awak okay ke?" Ucap Rafiq dengan wajah risau.

"S... saya okay." Kata Izaty separuh gagap kerana terkejut.

"Kaki awak macam mana terseliuh tak?" Wajah Rafiq masih risau.

"Eh tak. Tak sakit pun." Kata Izaty perlahan.

"Okay kalau awak kata macam tu." Kata Rafiq sambil cuba membantu Izaty berdiri kembali kerana kini Izaty masih lagi dalam dakapan Rafiq secara separuh sedar.

"Thanks." Kata Izaty perlahan sambil tertunduk malu. Macam manalah dia boleh terjatuh haih, nasib Rafiq tangkas bertindak kalau tidak mesti dia dah tergolek jatuh ke tanah.

"Sama-sama. Lain kali hati-hati." Kata Rafiq sambil memegang belakang pahanya.

Mereka berdua tersenyum dan tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

"Eh! Izaty bila kahwin?" Sampuk satu suara dari belakang.

Izaty dan Rafiq mengalih pandangan mereka untuk melihat siapa yang menegur mereka tadi.

"Asmida?" Kata Izaty separuh terkejut.

'Alamak! Macam mana boleh ada Asmida ni? Kantoilah pulak aduh!' Kata Izaty dalam hati masih terkejut.

~~~~~•~~~~~

Mereka berlima duduk di satu kerusi yang berada di pantai itu sambil berbual-bual kosong. Ya termasuklah Raja Azreen, dia pun ada.

"Haha, mati-mati aku ingat kau kahwin Izaty. Baru ingat nak sentap sebab tak ajak datang kenduri." Kata Asmida yang sudah ketawa berdekah-dekah.

"Kau pun satu, mana ada orang kahwin hari macam ni kalau hari sabtu ahad tu logiklah jugak." Kata Izaty sambil merenung wajah Asmida.

Nampaknya Asmida kembali cantik macam dulu. Dah kurus balik. Rambutnya juga sudah dipotong pendek paras bahu dan warna rambutnya juga sudah berwarna hitam kembali.

Selepas beberapa saat dia memandang wajah Raja Azreen yang duduk di sebelah Asmida itu. Dia turut ketawa kuat seperti isterinya. Tiba-tiba dia terasa malu apabila crush zaman sekolahnya dulu tengok dia pakai baju pengantin.

"Amboi Izaty, boyfriend ke tu?" Kata Asmida sambil matanya tepat terarah ke arah Rafiq.

Rafiq hanya tersenyum lalu dia memandang ke arah Izaty.

"Eh, taklah. Kawan je." Izaty menafikan kata-kata Asmida tadi.

"Yalah tu kawan. Handsome sangat ni, bukan kawan ni... Haih Izaty dari dulu nak yang kacak-kacak je." Kata Asmida sambil menongkat dagu.

"Hahaha, mana ada Asmida. Dahlah tu kisah dulu. Janganlah ungkit." Kata Izaty mula rasa malu. Boleh pulak Asmida cakap macam tu depan Raja Azreen. Nak mampus ke?

"Haha, dahlah sayang tengok muka Izaty dah malu dah tu." Ujar Raja Azreen sambil menyiku manja isterinya.

"Alah, dah lama tak jumpa saja nak bergurau."

Raja Azreen memandang kembali ke arah muka Izaty yang cantik disolek itu. Izaty tersedar yang Raja Azreen memandang wajahnya. Cepat-cepat Izaty mengalihkan matanya ke arah lain. Tak nak tengok muka Raja Azreen. Yalah, malu dulu Raja Azreen nak dekat dia mula-mula balik kampung dulu. Izaty berharap yang Raja Azreen dah tak ada apa-apa perasaan terhadapnya. Dia juga dah move on dengan kenangan yang lepas.

Rafiq, Raja Azreen dan Pawi terus berbual dengan ramahnya mereka bertiga. Rafiq juga orangnya mudah bergaul dan cepat mesra. Tak sangka Izaty dapat berkumpul ramai-ramai macam ni lagi seronok kalau Tasha ada sekali. Tiba-tiba Izaty terkenangkan nasib Tasha.

"Ouh, Raja kau dokter ke?" Kata Rafiq sambil membuka tanjak di kepalanya.

"Haah, doktor dekat Melaka tapi tak sehebat kau Rafiq, ada syarikat sendiri." Puji Raja Azreen kembali.

"Eh, tak adalah. Aku biasa je." Kata Rafiq dengan penuh rasa rendah diri.

"Pawi, macam mana photoshoot tadi okay ke gambar?" Tanya Izaty pula yang lama mendiamkan diri.

"Okay, semua gambar okay. Tak ada masalah." Kata Pawi dengan wajah senang.

"Eh, sayang dah nak malam ni. Tak sedar pulak punya syok bersembang sampai dah nak malam." Kata Asmida yang tersedar cuaca mula gelap.

"Yalah, kita balik dululah macam ni." Kata Raja Azreen yang sudah bangkit dari kerusinya.

"Ouh, kalau macam tu kita pun baliklah Izaty, Rafiq..." Kata Pawi juga.

Izaty dan Rafiq hanya menggangguk.

Mereka semua masing-masing beredar dari situ. Kereta milik Raja Azreen yang pernah Izaty naiki dulu itu sudah pergi meninggalkan mereka dahulu.

Kereta Toyota milik Pawi pula baru sahaja dihidupkan enjinnya. Izaty duduk di tempat penumpang di belakang sambil termenung memandang matahari terbenam. Sayu sahaja hatinya ketika ini. Perasaan sedih tiba-tiba menjelma di hati tanpa sebab sambil mengenangkan kisah lalu.

Rafiq yang duduk di hadapan turut memandang ke arah matahari terbenam itu dengan perasaan yang sayu. Mereka bertiga terdiam sambil disusuli azan maghrib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience