56

Romance Completed 26574

Jumaat, 6.30 petang.

Waktu-waktu lapang macam ini Izaty lebih suka lepak di kedai makan Syam. Hilang jugaklah sedikit masalahnya bila tengok makanan. Tanpa ada rasa bersalah dia sumbat sahaja tomyam ke dalam mulutnya. Sudah dua mangkuk selamat masuk ke dalam perutnya. Takut gemuk? Ahh! Dia dah tak kisah kalau gemuk balik macam zaman sekolah dulu. Biarlah. Kalau kurus cantik pun orang masih lagi curang kat belakang, buat apa lagi kan? Baik gemuk je hati pun happy.

Dia terus makan dan makan dan makan dan makan... Kuah tomyam di hirup sampai lincin.

Srupp!!! Srupp!! Srupp!!

Kuah tomyam selamat masuk ke dalam perutnya. Dah habis kuah tomyam di jilat pulak mangkuk tomyam tu sampai licin.

Semua orang yang ada kat situ tengok dia pelik. Ada yang kata kesian tak ada duit nak makan sebab tu lah makan sampai lincin, yang paling tak boleh tahan orang kata pendatang asing nak makan tak ada duit. Hahaha... Padahal dia orang tak tahu tu Izaty anak Mak Ijah yang gemuk dulu tu. Yalah dah lain, dah kurus. Siapa yang nak kenal sangat pun.

Tapi kisah apa Izaty dengan kata-kata cacian orang? Dari kecik dah terbiasa dah jadi macam hobi pun dengar orang cakap macam-macam kat belakang dia.

BAM!!! Izaty menghempuk meja makan seperti orang mabuk kalah judi.

"Syam! Satu mangkuk lagi! Cepat aku lapar gila babi ni." Jerit Izaty sekuat hati tanpa rasa segan silu.

"Oii, dah dua mangkuk, takkan nak tambah jadi tiga mangkuk!" Jerit Syam dari jauh. Terkejut jugalah Syam dibuatnya apabila tengok Izaty makan sampai licin.

"Aku bayar kot! Bukan makan free. Hok aloh!" Kata Izaty sambil mengetuk meja macam orang gila.

"Haish, yalah. yalah. Kali ni aku tuang minyak petrol banyak sikit biar kau gemok macam dulu balik."

"Oii! Tu bukan bagi aku gemuk! Tu kau nak bunuh aku terus gila!" Kata Izaty dengan rasa yang masih tak puas hati lalu, Izaty jilat lagi sudu sampai licin dan tulang ayam di gigit sampai hancur.

"Puih!" Izaty meludahkan tulang ayam yang dah hancur itu ke dalam pinggan. Sisa-sisa kuah yang ada di dalam mangkuk itu di hirup kembali.

"Eyuww... So disgusting."

Satu suara perempuan menegurnya dari belakang seperti kenal sahaja suara itu. Ingat, ingat lupa bagi Izaty.

Pantas Izaty memandang muka perempuan itu dengan mulut comot.

"Asmida?" Kata Izaty dengan wajah renyuk.
'Bekas Musuh' lama kini berjumpa kembali.

"Ya aku laa ni. Amboi selera makan?" Ada sedikit kata-kata sinis.

"Kau ni kan, sama je. Dari dulu asyik buli aku." Izaty berkata sambil menggelengkan kepala.

"Hahaha, kisah lama. Usah tambah bara yang tersimpan kita lupakan je ya?" Kata Asmida mesra.

"Hmm, aku lupakan dah lama dah pun." Izaty tersenyum.

"Sayang, cepatlah nak makan apa... Eh! Izaty?" Tegur satu suara garau.

Segera Izaty memandang ke arah lelaki itu. Izaty jadi terkejut beruk! Alamak! Crush lama! Raja Azreen! ??

'Auch! Semakin handsome dia ni semenjak kahwin.' Kata Izaty dalam hati. Segera dia mengelap mulutnya dengan lengan baju, tudungnya yang senget ditarik sedikit ke belakang. Sah rupa macam perempuan kampung zaman 90-an. Habis hilang aura modelnya.

"Ehh, Raja ada sekali rupanya. Jemputlah duduk kita sembang-sembang apa yang patut." Pelawa Izaty, Izaty tetap tak boleh lupakan crush lama walaupun dah kahwin. Hehe.. Handsome bukan main sekarang walaupun pernah jumpa di pantai berapa bulan yang lepas.

"Ermm... Nak duduk dulu ke?" Tanya Raja Azreen ke arah Isterinya.

"Jom jelah." Kata Asmida pula. Lalu, mereka berdua duduk bertentangan dengan Izaty.

Izaty jadi 'Awkward' apabila boleh duduk bersama dengan musuh lama yang sudah berkahwin ini. Serta-merta dia jadi cemburu. Cocok sangat mereka berdua ni.

"Eh, Izaty, dengar cerita kau dah bertunang eh?" Tanya Asmida mesra.

Mata Izaty terbeliak.

"Ehh, mana korang tahu?"

"Hahaha... Zaman sekarang kejap je dah boleh viralkan. Tasha yang bagitahu kat dalam group WhatsApp."

"Ouh aku tak masuk group..." Izaty hanya mengangguk perlahan.

"Bilanya nak kawhin? Kami dah tak sabar ni?" Tanya Raja Azreen.

"Tak sabar apa?" Tanya Izaty kehairanan.

"Tak sabar nak makan nasi minyak lah. Apa lagi."

"In Sha Allah kalau ada rezeki aku jemput okay." Balas Izaty acuh tak acuh. Dia mula jadi sebak balik. Dia sendiri tidak pasti mahu mintak putus tunang atau apa. Keliru.

"Untunglah, bertunang dengan Rafiq. Mamat handsome tempoh hari. Aku dah kata dah korang ni bukan kawan biasa. Mesti ada apa-apa." Kata Asmida seraya diselit ketawa nipis.

Izaty hanya tersenyum nipis sekadar mengambil hati Asmida. Tiba-tiba moodnya terbang melayang kembali.

"Kami doakan yang baik-baik untuk kau eh Izaty. Sebab jasa baik kaulah kami dapat bersama. Kalau kau tak ada, belum tentu lagi kami dapat rasa nikmat cinta ini lagi. Cinta lepas kahwin lagi seronok daripada cinta zaman sekolah. Serius aku cakap tak tipu. Kau pun cepat-cepatlah kahwin."

"Haha thanks..." Izaty sengaja ketawa buat-buat.

Pandangannya di arahkan ke arah lain dalam tiga saat. Dia sangat cemburu dengan pasangan kekasih di hadapannya ini. Kenapa dia tak boleh bahagia macam mereka?

"Nah Izaty tomyam ketiga kau dah siap!" Syam meletakkan semangkuk tomyam di hadapan Izaty.

'Alamak janganlah cakap kuat-kuat. Malulah aku nanti. Aduh Syam ni pun satu bodohlah!' Marah Izaty dalam hati sambil buat muka pelik ke arah Syam.

"Syam err, bungkuslah Syam? Boleh?" Pinta Izaty dengan nada malu-malu.

"Lah, kenapa pulak?" Syam buat muka pelik.

"Aku nak makan malam nanti."

"Haih, Yalah. Kau tak payah bayar. Aku belanja. Raja, Asmida tunggu kejap eh, nanti pekerja aku datang ambil oder." Kata Syam sambil melangkah pergi dengan semangkuk tomyam itu.

"Thanks." Ucap Izaty perlahan lantas dia kembali memandang pasangan suami isteri yang bahagia itu.

"Alhamdullilah korang bahagia. Aku tumpang gembira gak." Kata Izaty perlahan sambil tertunduk. Ya, gembira lihat pasangan itu bahagia tapi terbalik dengannya.

"Terima kasih.." Balas Asmida dengan senyuman ikhlas.

Asmida dan Raja Azreen saling pandang antara satu sama lain sambil tangan mereka disilangkan. Kelihatan sangat mesra.

Izaty hanya tersenyum memandang ke arah mereka berdua. Tinggal dia sahaja yang tak laku. Haihh apalah nasib dia ni. Sadlife tak ke sudah!

Datang seorang budak mengambil pesanan Asmida tadi, setelah selesai budak itu pun beredar.

"Eh, Izaty kami nak balik dulu." Pinta Raja Azreen, lalu mereka berdua bangkit.

"Eh, nak balik? baru ambil oder je kan tadi? Tunggulah siap dulu." Kata Izaty kehairanan.

"Nak balik kejap je nanti datanglah balik ada brang tertinggal dekat rumah tadi." Kata Asmida lagi.

Sebelum mereka berdua pergi. Sempat lagi Asmida memesan sesuatu kepada Izaty.

"Eh, Izaty aku nak pesan satu je kat kau. Kalau kau ada masalah dengan tunang kau jangan buat tindakan bodoh ya. Fikir masak-masak dulu. Kalau kau ikutkan hati matilah kau. Bincang elok-elok okey."

Izaty berkerut.

"Err.. Kenapa kau pesan macam tu kat aku?"
Tanya Izaty dengan wajah berkerut.

"Haha.. Suka-suka je. Kot lah nanti korang dah kahwin ke ada masalah ke apa, jangan cepat putus asa. Ini cuma nasihat daripada aku yang dah mendirikan rumah tangga dalam beberapa bulan ni. Aku tak nak hubungan kau jadi macam aku dengan Raja dulu. Okay. Take care beb? Bye aku balik dulu." Lalu Asmida dan Raja pun berlalu pergi. Raja Azreen pula hanya tersenyum ke arah Izaty. Nampaknya Raja Azreen memang dah move on dengan Izaty nampaknya.

Izaty masih lagi mengerut dahi. Macam tahu-tahu je Asmida yang dia tengah ada masalah dalam perhubungan? Padahal mana ada orang tahu lagi pasal hal ini. Izaty hanya menggelengkan kepala tapi, ada betulnya juga kata Asmida tadi. Patutkah dia bincang semula dengan Rafiq dan bagi peluang untuk Rafiq membela diri?

Arghh!!

Izaty buntu.

p/s: kelmarin sy update 50,51,52 sekali gus. harini sy up 4 BAB sekali gus! Susah nak jumpa penulis pemurah mcm sy ni kan? hehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience