42

Romance Completed 26574

"Assalamualaikum mak, Izaty dah balik! Orang dah siap beli lauk bungkus harini. Macam-macam ada." Kata Izaty sambil sudah terliur ketika bau ayam masak merah, ayam tanduri, sayur kangkung goreng dan kari kambing itu menusuk ke rongga hidungnya. Tak sabar nak mengauk nasi masuk ke dalam pinggan dan makan bersama-sama keluarga kecilnya.

Izaty melangkah satu per satu anak tangga kayu dengan pantas lalu masuk ke dalam rumah segera. Izaty terus meletakkan lauk itu sebentar di atas meja kecil di satu sudut. Tudung bawalnya segera ditarik dan kembali melangkah ke ruang tamu kecil sambil membawa kembali bungkusan lauk pauk itu.

...

Tiba-tiba langkah Izaty mati mengejut dengan matanya terbeliak memandang sesuatu.

"Woi apa awak buat dekat sini!" Izaty menjerit sekuat hati apabila matanya memandang satu susuk tubuh yang sedang enak baring di atas sofa empuk yang dibeli menggunakan hasil duit titik peluhnya selama ini. Kepalanya diserkup kembali dengan tudung bawal. Habis senget-benget tudungnya apabila disarung secara mengejut. Macam budak darjah satu belajar pakai tudung rupanya.

"Hai!" Tegur Rafiq sambil tersenyum, selepas beberapa saat dia menyambung kembali bermain telefon pintarnya.

Izaty sudah mencekak pinggang sambil matanya tepat memandang ke arah Rafiq.

"Amboi, amboi. Sedapnya landing dekat atas sofa saya sambil main fon. Ingat ni rumah mak mertua awak ke?"

"Aik? Rumah mak mertua? Lain macam bunyinya? Hahaha. Nak suruh saya masuk meminang ke?" Kata Rafiq sambil menjeling ke arah Izaty yang mula gelisah tadi.

"Aih, tak ada maknanya awak ni. Yang awak ni sedap-sedap duduk dekat sini buat apa? Semalam kata nak balik?"

"Err... Suprise?!" Kata Rafiq sambil mengangkat kedua belah tangannya ke paras bahu.

"Oh gosh! Aku kena prank lagi!" Kata Izaty sambil menampar dahinya. Dah berapa banyak kali dah Rafiq ni kenakan dia? Sampai tak terhitung rasanya. Haish. Boleh mati, hidup kembali kalau hari-hari dengan Rafiq ni. Tak habis-habis nak kenakan orang. Ada saja helah dia nak kenakan orang. Sepatutnya, digigit-gigit sahaja Si Rafiq ni sebab nakal sangat.

"Eh, awak beli apa tu? Bak sikit." Kata Rafiq dengan muka tak bersalah.

"Haih, bab makan laju je awak ni. Mak saya mana?"

"Saya lapar awak tahu tak. Penat tolong mak awak bersihkan laman rumah pagi tadi."

'Ouh, patutlah bersih semacam je laman rumah aku tadi. Dia punya kerja rupanya.' Kata Izaty dalam hati sambil memandang ke arah luar. Selepas beberapa saat, dia memandang kembali ke arah Rafiq yang masih terbaring di atas sofa sambil sibuk bermain game di telefon pintarnya.

"Awak tu yang rajin sangat pergi tolong buat apa?" Izaty bernada tinggi, sengaja nak ajarkan sikit budak kuat menyakat ini.

"Haish, apa Izaty ni marah-marah anak orang pulak?" Kata Mak Ijah sambil menghampiri ke arah Izaty.

Izaty tenung sahaja muka maknya yang masih bertelekung. Mesti baru sudah tunaikan solat zohor.

"Yang mak suruh dia kemas halaman rumah kita tu kenapa? Buat malulah mak ni."

"Lah, bukan mak yang suruh. Dia yang nak tolong. Jadi, mak pun suruh jelah dia cakar sampah depan tu." Kata Mak Ijah sambil mula melangkah masuk ke dalam bilik kembali untuk menyimpan kian telengkungnya.

"Haish." Izaty memusingkan bebola matanya. Malulah anak orang kaya macam Rafiq ni kena cakar sampah dekat rumah dia. Rumah dia kalau banglo tak apa jugak.

Nasib rumah dia dah cantik sekarang ni. Dah ada karpet, sofa, langsir, TV nipis, dah ada apa lagi? Hah, rumah kayunya juga dah diganti baru serta di cat cantik warna merah jambu, ditambah siling dan lampu kaca yang cantik, ada pasu bunga hiasan, siap letak pewangi rumah lagi. Itu semua hasil titik peluh Izaty. Nak duduk rumah batu? Hmm, nanti dululah. Senang kata, rumah Izaty ini walaupun rumah kampung kayu tetapi dihias cantik dan kemas macam rumah muzium. Tak adalah rumahnya buruk sangat sampai tak boleh duduk, atap pecah. Tidak sama sekali! Cuma Izaty ini yang saja gedik lebih suka merendah diri.

Tiba-tiba adik-adiknya muncul dari belakang kerana baru balik dari sekolah. Mata Aiman dan Syazwan merenung ke arah Rafiq.

"Eh, ada abang." Kata Aiman sambil terus pergi menyalam tangan Rafiq. Syazwan turut lakukan benda yang sama.

Rafiq bingkas bangun dan tersenyum melihat budak-budak kacak itu apabila bersalaman tangan dengannya.

"Awal balik harini? Lari sekolah eh?" Tanya Izaty sambil merenung tajam ke arah adik-adiknya.

"Eh, takde lah. Harini ada budak kena rasuk dekat sekolah tu yang kami kena balik awal tu." Kata Aiman sambil sudah membuka baju dan seluar sekolahnya. Kini hanya berseluar pendek berwarna kuning cerah dan berstokin putih.

"Hai! Tak malu ke ada Abang Rafiq? Bukak baju dekat sini buat apa?" Marah Izaty.

"Alah, awak ni biarlah dekat dia. Kami sama-sama lelaki. Biasalah tu. Lain la awak tu, perempuan. Perempuan mana faham lelaki. Kan Aiman?" Kata Rafiq sambil tersenyum ke arah Aiman.

"Hergh! Apa-apa jelah." Kata Izaty sambil menyengetkan mulutnya ke kanan.

Yes! Rafiq menang lagi! Dia sentiasa menang lawan cakap dengan Izaty. Hahaha!

"Tulah, kecoh lebih je kakak ni." Kata Aiman yang sudah melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Korang tak pergi tengok ke budak kena rasuk tu dekat-dekat?" Tanya Rafiq pula yang mula rasa tertarik dengan perkara itu.

"Tak. Malaslah sebab ramai sangat. Petang ni Wan ada kelas tambahan pulak tu yang suruh Abang Aiman jangan tunggu lagi. Nak balik terus." Balas Syazwan yang masih setia di ruang tamu itu sambil duduk disebelah Rafiq.

"Hmm, korang pergi mandi dulu. Nanti kita makan." Kata Izaty sambil mula melangkah pergi ke dapur.

"Rafiq, stay sini. Kita makan sama-sama okay." Sambung Izaty lagi dari jauh.

"Kalau awak tak pelawa pun saya makan jugak." Kata Rafiq sambil diselit ketawa.

"Awak tu memang tak tahu malu." Kata Izaty sambil ketawa juga di dapur.

~~~~~•~~~~~~

Mereka berlima sudah duduk bersila di ruang tamu. Maklumlah tak ada meja makan. TV pula tetap di pasang biar keadaan menjadi meriah. Sambil-sambil itu boleh tengok berita waktu tengah hari juga.

"Dah Rafiq baca doa makan." Arah Izaty yang sudah duduk berselimpuh di tepi periuk nasi. Tangannya mula pantas menyedok nasi lalu di masukkan ke dalam pinggan.

"Eh, macam saya ni ketua keluarga awak pulak kan? Nak kena baca-baca doa makan pulak." Kata Rafiq sambil tersenyum tepat ke arah Izaty. Tersenyum ada makna.

Izaty hanya mendecit sambil memandang tajam ke arah Rafiq. Depan mak dia pun sempat nak bersemut lagi.

Syazwan dan Aiman baru datang dari dapur bersama cawan dan sejar besar air sirap ais, lantas mereka duduk di sebelah Rafiq.

"Okay, Bismillah..." Ucap Rafiq sambil sudah mengangkat tangan.

-

"Amin."

Doa selesai dibaca.

Mereka semua mula menjamu selera dengan hati yang senang. Rafiq dari tadi tidak henti bersembang dengan pasangan adik-beradik Izaty itu. Biasalah lelaki, mereka akan bersembang pasal benda yang Izaty takkan faham. Izaty abaikan sahaja mereka bertiga dan terus makan dan makan.

Kring~ telefon Izaty berdering, dengan segera Izaty menjawab panggilan telefon itu.

"Hello Pawi, Ya ni aku Izaty ada apa?... Hah? Datang butik? Bila?... Petang ni?... Ha, boleh je. Petang ni kita jumpa dekat butik kau... Ok, bye."

Izaty menamatkan panggilan telefonnya.

"Err, Rafiq?" Izaty bersuara sambil matanya memandang ke arah Rafiq.

"Ya?"

"Petang ni teman saya pergi butik kawan saya sekejap? Boleh?"

"Boleh je. Sekarang pun boleh." Kata Rafiq berseloroh.

"Haish, bersemangat lebihlah awak ni."

"Hahaha." Rafiq hanya ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience