11

Romance Completed 27014

Izaty duduk di atas kerusi kecil sambil menghadap cermin. Dia tersenyum seorang diri sambil memasang radio. Serta-merta lagu romantis yang enak didengar berkumandang kuat.

Lalu, dia mengambil primer disapukan ke mukanya diikuti dengan sedikit moisturizer supaya make-upnya cantik dan tidak bercampuk nanti. Foundation yang berharga RM200 diambil, lalu disapukan ke seluruh wajahnya dengan rata. Bedak RM300 yang dibeli di Saphora dilapikkan pula ke atas wajahnya nipis, pembayang mata berwarna hitam dan perak disapukan seluruh kelopak matanya nipis dan tidak tebal. Eye-liner dan Maskara disapukan ke matanya serta-merta matanya menjadi mata perempuan arab.

Sangat cantik! Bulu keningnya juga dilukis nipis lalu disapukan biar rata. Bila malam baginya tidak perlu make-up tebal cukup medium coverage sahaja sudah mencukupi. Kanta lekap berwarna coklat muda ditambahnya sebagai pelengkap wajahnya, blusher berwarna merah jambu cair disapu nipis, jika terlalu tebal takut kelihatan seperti badut pula. Izaty bangkit lalu membetulkan gaunnya.

"Oh, terlupa pula!"

Izaty tunduk sedikit lalu dia mengambil gincu berwarna merah dan di calit sekali, lantas dia meratakan warna dengan menggosok bibirnya. Minyak wangi di sembur satu badan. Serta-merta dia berbau wangi.

Dia melihat wajahnya di cermin. Dia kelihatan begitu cantik sekali walaupun tubuhnya tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk hanya sedang-sedang. Izaty sekarang bukan yang dahulu lagi. Seorang yang hodoh dan tak pandai bergaya. Sekarang. Mejanya saja penuh alat solek.

"Hmm, just nice! Masa untuk pergi." Izaty menutup radio lalu dia berjalan dengan penuh berkarisma. Kasut bertumit tinggi warna gold lima inci disarungnya.

Perlahan-lahan dia menuju ke bangsal lalu dia menghidupkan kereta kancil berwarna merahnya itu.

"Kesian kau kereta, dah lama aku tak bawa kau jalan-jalan. Hmm, macam manalah aku nak bawa kau pergi jalan-jalan. Kau asyik semput je?" Izaty bercakap dengan kereta yang tak bernyawa itu.

"Hmm, tapi kesian aku lagi. Dah cun melecun macam ini, naik kereta kancil aje. Kalau bagi Ferrari F12 Berlinetta bestlah jugak! Kancil sorry eh, jangan marah aku tau." Izaty menghidupkan enjin kereta. Dia menunggu beberapa minit untuk enjin panas.

"Rasa, rasa. Mereka masih kenal aku lagi ke tak?" Izaty mengerutkan keningnya.

"Ah, jangan nak kerut-kerut keninglah. Retak pulak mekap aku ni."

Sambil-sambil dia menunggu enjin panas, dia memperbetulkan tudungnya. Sebaik sahaja kereta bersedia untuk bergerak, Izaty menutup cermin tingkap keretanya, lantas dia membuka penyaman udara.

"Fuhh, sejuk sikit, malam-malam macam ni pun panas. Okay let's go."

****

Sesampainya di sekolah lama, tiba-tiba dia terasa sayu. Macam-macam kenangan yang telah tercipta di sekolah ini walaupun kebanyakannya pahit, tetapi itulah lumrah kehidupan.

Dia tersedar dari lamunan, lalu dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Haish, merepek pulak malam-malam macam ni."
Izaty terus melangkah keluar dari perut kereta.

Dia membetulkan sedikit gaunnya yang sudah berkedut. Dia terus melangkah pergi ke dewan sekolah. Malam ini terasa sedikit panas.

'Mungkin nak hujan?' getus hatinya.

Izaty menghentikan langkahnya sebaik sahaja dia terlihat kelibat seseorang memakai baju jubah labuh warna kuning cair dengan perutnya sudah buyut, siap dengan niqab lagi. Izaty tersenyum kecil, lantas dia melangkah mendekati perempuan itu dalam kegelapan malam.
Walaupun perempuan itu memakai niqab dia masih kenal itu siapa.

"Hai! Woi!"

Perempuan itu menoleh memandang ke arah Izaty. Dia terkejut dengan jerkahan kuat tadi itu. Selepas beberapa saat, dia mengerut dahi. Dia memandang Izaty dari atas hingga ke bawah. Setiap inci badan Izaty diperhatikannya.

"Err..." Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya.

"Alah, tak kenal ke?" Di dalam hati, dia sudah ketawa terbahak-bahak.

Perempuan itu hanya menggeleng.

"Alah, ini akulah!"

"Siapa?" tanya wanita itu wajahnya sudah tutup dengan niqab. Jadi hanya nampak bahagian atas muka sahaja.

"Izaty!" kata Izaty menyebut namanya dengan kuat.

Mulut perempuan berbaju kuning cair itu terlopong luas. Dia memandang dari atas hingga ke bawah. Masih tidak percaya.

"E... Endut?"

Izaty menangguk.

"Haha, yalah aku amboi kau berpurdah pun aku masih kenal kot? Takkan aku yang buruk ni kau dah tak kenal? Kau pun dah muslimah, berpurdah bagai. Serius cantik!"

"Aku tak banyak berubah sikit saja tapi, kau?"

"Kenapa?" Izaty saja-saja buat tak tahu. Keningnya diangkat sebelah.

"Kurus?"

"Kurus ke?" Izaty membelek-belek badannya.

'Hehehe!!!' Izaty ketawa jahat di dalam hati macam setan.

"Ya, aku macam tak percaya sahaja. Adakah aku sedang bermimpi?" Tasha memegang kedua belah pipinya.

Izaty mencubit tangan Tasha.

"Aw! Sakit."

"Jadi kau tak mimpilah."

Mereka sama-sama ketawa.

"Eh, kau pun dah mengandung lah. Dah berapa bulan.?" Tanya Izaty sambil melihat perut Tasha.

"Alhamdulillah, 6 bulan setengah."

"Syukur, alhamdulillah. Ya Allah, syoknya aku tengok kau ni. Dah nak dapat baby yeah!"

"Alah aku biasa-biasa je. Dah jom masuk." ajak Tasha sambil tersenyum-senyum malu walaupun masih terkejut.

"Okey." sahut Izaty selamba.

Mereka berdua masuk ke dalam dewan yang dipenuhi lautan manusia. Lebih kurang 500 orang yang hadir ketika itu. Semua orang sudah berada di dalam dewan itu lebih awal dari mereka. Majlis persaraan pengetua dibuat tiga hari tiga malam supaya mudah mengikut peringkat.

Serta-merta tubuh mereka berdua menjadi dingin.

"Wah, sekarang dah ada penyaman udara, la." Izaty berbisik kepada Tasha.

"Yalah. Aku pun tak tahu. Dewan ni pun dah cantik dan dah besar. Canggih dah sekolah kita sekarangkan?"

"Ya."

Mereka berdua jalan terus tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Semua orang memandang Izaty tanpa berkelip.

Ada juga yang berbisik-bisik sambil menjeling ke arah Izaty. Pada mulanya jalan sesak dipenuhi orang ramai, sebaik sahaja Izaty melangkah, semua orang memberikan laluan kepadanya.

Tiba-tiba Izaty terasa seperti tuan puteri. Dia tersenyum sendiri. Seronok pula dilayan sebegitu. Tiba-tiba sahaja datang seorang lelaki lalu dia memberikan sekuntum bunga kepada Izaty. Izaty tersentak, lalu diambil sahaja bunga itu tanpa kata. Hanya dihadiahkan satu senyuman manis sebagai tanda terima kasih lantas dia berlalu pergi.

Semua orang memandang ke arah Izaty kecuali Raja Azreen dan Asmida kerana mereka tidak perasan. Mereka terlalu asyik bersembang berdua. Raja Azreen rasa seperti ada sesuatu yang berlaku, lantas dia menoleh ke arah belakang. Bebola matanya terus membutang. Dia memang betul-betul tidak ingat wajah gadis yang bergaun labuh berwarna biru muda itu. Dia mengerutkan keningnya.

"Siapa tu sayang?" Asmida bertanya. Tiba-tiba dia rasa seperti ada perasaan cemburu timbul di dalam hatinya. Cantik sangat perempuan tu! Baju perempuan itu juga lebih cantik dairnya. Dia hanya memakai baju raya tahun lepas rambutnya pula diwarnakan karat. Pipinya merah menyala macam lampu trafik! Lipstiknya juga berwarna ungu tua. Keningnya pula dilukis senget sebelah, sebelah lagi tebal macam kening Shin Chan. Eww, ini ke Asmida yang dikatakan cantik itu? Macam makcik tua? Adakah ini karma?

Raja Azreen hanya menggelengkan kepalanya sebagai tanda jawapan tidak tahu siapakah yang cantik sangat itu. Raja Azreen seakan-akan hilang suaranya. Tidak mampu bersuara kerana bidadari yang baru melintasi dia tadi itu cantik sangat! Masya-Allah.

Izaty perasan Raja Azreen sedang memandangnya tanpa berkelip walaupun sesaat. Izaty mengerutkan dahinya memandang ke arah Raja Azreen.

'Gila ke apa budak ni? Pandang aku macam itu, agak-agaknya. Dia cam ke tak aku? Ah, dia tahu kot aku 'Si Gemuk' sebab itulah dia pandang aku macam itu. Nak hina aku lagilah tu. Puih.!' Izaty berkata di dalam hati sambil mencebikkan bibirnya.

Dia terus bertegur sapa dengan kawan-kawan lamanya. Nampaknya, semua kawan-kawan lamanya juga tidak mengenalinya! Semua terkejut! Kalau boleh macam nak tercabut nyawa bila tahu perempuan cantik itu Izaty! Wah! Cantik kalah Asmida sekarang ni. Lagi bergaya dari Asmida nampaknya. Dia benar-benar dapat buktikan bahawa dia sudah berubah. Terima kasih kata-kata hinaan kerana dapat mengubah hidup seseorang.

'Mungkin sebab mekap aku ini kot, mereka tidak kenal aku.' Izaty masih lagi menyangkal dia sudah kurus, baginya dia masih lagi gemuk. Padahal kurus macam model dah pun. Eh macam model apa? memang model pun!

Baru sahaja mereka borak selama sepuluh minit, perbualan mereka diganggu oleh pengacara majlis.

"Eh, dah nak mulalah. Jom ambil tempat duduk."

Ajak salah seorang dari kawannya. Mereka terus pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka mengambil tepat duduk di tengah-tengah, baris nombor lima.
Pengetua bercakap panjang sambil mengalirkan air mata, ada juga guru-guru yang turut menangis. 

Izaty fokus memandang pengetua mereka yang sudah tua itu dengan wajahnya yang serius. Wajah pengetua bertambah tua nampaknya, kedut-kedut makin banyak. Tiada reaksi sedih yang dapat diberikan. Kata-kata pengetua itu dahulu sering bermain di mindanya.

Raja Azreen asyik memerhati gadis yang dia tidak kenali itu dengan sangat lama. Kata-kata pengetua di hadapan diabaikannya. Dia tidak dapat mencerna siapa gadis misteri ini. Kelihatan seperti pernah kenal tapi dia tidak tahu siapakah itu.

'Haih, siapa perempuan misteri ini? Rasa macam kenal? Tapi siapa?' Kata Raja Azreen dalam hati.

"You! tengok apa tu?" Kata Asmida sambil menyiku lengan Raja Azreen.

"Tak ada apa." Balas Raja Azreen sambil rasa geli melihat Asmida yang tidak henti makan dari tadi. Tubuh Asmida juga kelihatan agak berisi.

"You ni stop makan boleh tak? Geli lah tengok! Cuba tengok perempuan tepi tu. Elok je. Tak macam you." Kata Raja Azreen dengan nada dingin.

"Ohh, you nak kata I buruklah sekarang ni? Kejam!" Asmida sudah menarik muncung.

"Haish." Raja Azreen cuma mampu menggelengkan kepalanya.

****

Semua murid bersalaman dengan pengetua. Tak larat pengetua mahu bersalaman dan berpelukan lama-lama. Yalah, banyak pelajar lama yang datang. Usai sahaja Izaty dan kawannya bersamalam dengan pengetua...

"Kamu ni siapa? Saya rasa saya tak pernah nampak muka kamu kat sekolah ni. Ke saya lupa?" tanya pengetua setelah izaty bersalaman dengannya.

Izaty tersenyum sedikit sinis.

"Haish tak kenal? Macam mana boleh tak boleh kenal?"

Pengetua menggelengkan kepalanya macam orang bodoh.

"Oh my god! Ini sayalah Izaty." Kata Izaty sambil kedua belah tangannya diletakkan di atas bahu matanya dijelingkan ke atas.

"Izaty?" Pengetua itu mengerut keningnya yang berkedut itu. Masih lagi tidak dapat tangkap.

"Alah yang gemuk-gemuk dulu tu, yang satu sekolah benci kat saya sebab saya mengamuk Dalam bilik pengetua."

"Oh, saya baru ingat! Itulah saya ingatkan dia tak datang. Kamu rupanya. Ya Allah cantiknya kamu sekarang." Puji pengetua sambil matanya bersinar-sinar.

"Ha, ingat pun. Thanks." Kata izaty dengan rasa sediki rasa sinis.

"Kerja apa sekarang.?" Tanya pengetua.

"Well, after form six. Saya try lah mintak tawaran cikgu pra-sekolah. Alhamdulillah saya dapat." Kata izaty dengan sedikit bangga. Yalah walaupun kerjanya tidak bagus sangat. Tapi bila lagi dia nak berlagak kan? Huhuhu...

"By the way, thanks pengetua sebab kata-kata hinaan pengetua setiap hari dulu tulah saya berjaya. Saya masih ingat sampai sekarang. Terima kasih sebab bagi kata-kata hinaan . tengok jadi apa saya sekarang? Thanks!" Izaty terus pergi sebaik sahaja dia berkata. Dia tersenyum puas!

Pengetua itu tertunduk malu memandang ke arah lain. Dia rasa menyesal pula layan buruk gadis ini masa zaman sekolahnya dahulu.

"Selamat bersara pengetua! Enjoy hidup pengetua yang masih bersisa ni dengan benda-benda yang baik okay? Maklumlah rumah kata pergi, kubur kata marikan? Saya pergi dulu ya? Assalamualaikum." Izaty terus pergi jauh dari pengetua sambil mengibaskan hujung tudungnya sekali sampai terkena muka pengetua itu. Pengetua itu terus kemurungan dibuatnya.

'Hahaha, lega aku. Dapat buat dia rasa menyesal pada hari bersejarah dalam hidup dia!' Kata Izaty dalam hati.

Mereka terus berborak-borak dengan guru lama mereka dahulu. Mereka kelihatan gembira sekali.
Izaty pergi ke meja makan untuk mengambil air kerana air di dalam gelasnya sudah habis.

"Hai." Tegur satu suara.

Izaty menoleh ke arah suara itu, lantas terjerit perlahan. Nafasnya naik, turun. Dia menggosok dadanya kerana terkejut. Macam mana dia tak terkejut, yang tegurnya itu Raja Azreen!

"Huh, semangat."

Tasha datang menghampiri Izaty lantas berdiri di sebelahnya.

"Zaty, kenapa ni?" Tasha berbisik perlahan.

"Kuat sangat ke aku menjerit tadi?" Izaty berbisik kembali.

"Taklah kuat sangat tapi bolehlah."

"Wei, macam manalah aku tak menjerit, mamat tu duduk sebelah aku."

"Siapa dia?"

Tasha menoleh melihat siapa yang membuat Izaty terkejut sangat ni? Sebaik sahaja dia menoleh memandang lelaki itu, dia turut menjerit.

"Ahh!"

"Huh, huh! Memang patut pun kau menjerit, Raja Azreen lah wei!" Tasha turut mengurut dadanya. Dia turut terjerit dibuatnya.

"Err... Hai. Hello!" Raja Azreen bersuara selepas dia menunggu sangat lama.

"Err... hai." Izaty membalas perlahan.

"Kau siapa, aku tak pernah nampak pun? Sama batch dengan aku ke?" Raja Azreen berbicara dengan tidak formal.

"Budak baru ke?" Sambungnya lagi.

Izaty membutangkan biji matanya sambil memandang Tasha. Tasha turut melakukan perkara yang sama. Raja Azreen betul-betul tidak perasan itu Izaty, gadis yang paling dia benci. Nampaknya Raja Azreen masih tidak mengenali dirinya.

"Taklah, aku sama tahun dengan kaulah."

"Oh ya? Tak pernah nampak pun sebelum ini." Raja Azreen membulatkan bebola matanya.

"Dulu kau sombong sangat manalah nak perasan." Izaty memerli kembali Raja Azreen.

Tasha hanya tersenyum di dalam tutupan purdahnya.

"Eh, mana ada sombong tak perasan kot?"

'Eh, poyolah budak ni! Makan kaki jugak dia ni kang!' Izaty berkata di dalam hati.

"Kau bukan kawan budak gemuk tu ke? Kenapa dia tak datang?" Raja Azreen pandang tepat ke arah Tasha.

Tasha membutangkan matanya.

"Tak tahulah kat dia." Sakit pipinya menahan ketawa.

Izaty hanya tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya.

"Nasib baiklah dia tak datang. Menyampah betul aku dengan budak gemuk tu. Sampai bila-bila aku tak suka dekat dia." Raja Azreen berkata sendiri dengan perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh Izaty.

Mahu sahaja Izaty menumbuk muka lelaki di hadapannya itu. Geram dibuatnya.

'Hoi, bodoh aku ada kat sebelah kau saja! macam manalah aku boleh syok dekat kau?! Hergh!!!' Izaty berkata di dalam hati. Dia mengetap gigi serapat-rapatnya.

Tanpa disedari, Asmida datang sambil merangkul erat bahu Raja Azreen.

"Sayang." Nada suaranya kedengaran agak cemburu sambil memandang tajam ke arah gadis misteri di hadapannya ini. Dia cemburu dengan gadis cantik itu. Dia memandang dari atas hingga ke bawah.

'Cantik betul baju dia. Dia beli dekat mana? Dekat pasar malam ada tak eh?' Kata Asmida dengan kolot.

"Ehem, cantik baju?" Kata Asmida sambil mengangkat keningnya sebelah seperti Ziana Zain.

"Takdelah. Biasa je."

"Harga berapa?" Tanya Asmida lagi.

"Murah je. Sepuluh ribu."

Terbeliak mata Asmida dibuatnya. Dia ingatkan murah sahaja baju ini sebab kosong.

'Hehe, dengkilah tu. Walaupun ni baju sponsor kisah pulak aku nak show off dekat dia ni. Nasib aku pakai baju biasa ni je. Kalau aku pakai gaun aku masa fahsion show muslimah kat New York haritu mau terbeliak mata dia ni.' Kata Izaty dalam hati.

'Berani betul mereka ni, berasmaradana kat sini. Tak malu betul, ada cikgu pula tu, kau ingat ni apa, disko bapak kau Asmida?' Izaty berkata lagi dalam hati dengan penuh rasa geram sebaik sahaja dia lihat Asmida yang tengah mengeletis di dahadapannya itu mahu sahaja dia berambus dari situ cepat-cepat.

"Sayang nasib baik Izaty tu tak datangkan? Kalau tak mesti dia malukan sayang depan orang ramai. Again! Hahaha..." Asmida ketawa gedik.

"Kalau dia datang pun apa salahnya?" Izaty bersuara lantang, rasa geram pula mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Asmida itu tadi. Seperti mahu ambil cili hijau dan tenyehkan ke mulutnya. Biar tau rasa.

"Eh, kenapa kau ke?" Asmida menjeling ke arah Izaty dari atas sampai bawah.

'Yalah! Aku budak gemuk tu!' Izaty berkata di dalam hati.

'Sabar endut, sabar.' Tasha juga bersuara di dalam hati menyuruh Izaty sabar banyak-banyak.

"Kau tak tahu, bertapa malunya aku bila budak gemuk tu suka dekat aku! Satu sekolah tahu pasal cerita ni. Dari budak hingusan form 1 sampailah budak-budak kelas belakang. Takkan kau tak tahu cerita ini?" 

"Pernah dengar kot rasanya. Oh, malu? mungkin, budak gemuk tu, tak tahu apa-apa kot? Dia just nak luahkan apa yang dia rasa." Izaty berkata sambil tersenyum.

"Nak luah apanya. Bodoh betul dia tu. Ha... Ha..." Raja Azreen ketawa mengejek.

"Hmm, tak apalah aku pergi dulu, ya?"

Izaty menarik tangan Tasha, lantas segera beredar dari situ. Selepas jarak mereka jauh sedikit dari Raja Azreen dan Asmida, Izaty berkata kepada Tasha dengan nada separuh marah.

"Sakit betul hati aku ni! Argh!"

Izaty menghentikan langkahnya di satu sudut.

"Alah, biarlah."

Izaty memeluk tubuhnya.

"Yang bagusnya, mereka langsung tidak kenal kaulah, endut. Lawaknya." Tasha ketawa kuat.

"Ha, baguslah tu. Kalau boleh aku pun tak mahu dah tengok muka cekodok macam dua ketul tu."

"Aku ingat, bila dah tua dah berubah perangai budak-budak dia orang tu, rupanya lebih kurang je." Sambungnya lagi.

Rasa marahnya mula reda sedikit. Dia harus banyak belajar bersabar.

"Biarlah. Jom kita pergi makan. Aku laparlah. Kita saja yang tak makan lagi tau tak?"

"Aku tak makan selepas pukul sembilan."

"Eleh, dulu melantak tak ingat dunia boleh pulak. Tak payah nak plastik sangatlah!"

"Yalah, yalah. Jom pergi makan. Herr..."

Mereka berdua duduk di satu sudut berjauhan dari orang lain sambil menjamah makanan yang ada. Izaty hanya makan kambing golek dan secawan air sirap. Tasha pula makan bihun sup, kuih karipap tiga ketul dan air kelapa pandan. Mereka berborak semahu-mahunya sambil berselfie dua orang. Mahu bersembang dengan orang lain dia tidak kenal sangat jadi dia duduk di situ bersama Tasha sahajalah sampai pukul 11 malam.

****

Izaty duduk di atas katil sambil termenung memandang syiling.

Malam ini memberikannya macam-macam kenangan tidak kira pahit atau pun manis. Dia mencapai telefon pintarnya, lalu dia membuka album. Dia melihat gambar yang baru diambilnya sebentar tadi.

"Betul ke aku dah kurus?" Dia bermonolog seorang diri.

"Kenapa bila aku dah... kurus, baru orang suka dekat aku? Dan apa, tadi mimpi Raja Azreen datang dan bersembang dengan aku? Kenapa dia buat macam itu? Betul ke dia tak kenal aku?"
Banyak persoalan yang bermain di dalam kepala otaknya.

"Ah... keliru!" Dia mencekup mukanya dengan batal, lalu dia menjerit sekuat hati.

Dia penat memikirkannya dari tadi.

"Sudahlah aku nak tidur!"

Dia menutup suis lampu, lalu dia memejamkan matanya. Selepas beberapa minit, dia terus tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience