49

Romance Completed 26574

"Ehh? Kenapa banyak sangat kereta depan rumah aku ni? Ada sepupu-sepupu tak guna aku tu balik ke? Ni kalau aku masuk ni, tak sempat nak bukak kasut siaplah tadah telinga kena perli macam syaiton nirajim!" Kata Izaty.

Izaty memang tak suka dengan sepupu dan mak cik mak cik saudaranya yang datang jauh dari bandar yang kaya suka memerli keluarga mereka yang miskin ini. Dari dulu Izaty tak pernah sedikit pun suka akan mereka tu. Izaty dengan beraninya akan menghalau mereka dari rumahnya.

Sebaik sahaja dia membuka kasut terus dia memberi salam.

"Assalamualaikum!! Mak!! Orang dah balikk!!" Jerit Izaty sekuat hati sambil kakinya terkangkang-kangkang berjalan macam gangster sengaja nak tarik perhatian sepupu dan mak cik tak gunanya itu. Lengan baju kurung sudah disentengkan ke paras siku tak sabar dia nak bergusti lawan tarik tudung dengan mak ciknnya nanti.

"Haaa... Tu pun dia dah balik!"

"Ooooooooooo....." Kata suara ramai-ramai sambil memandang ke arah Izaty.

Izaty tercenggang di hadapan pintu sambil bijik matanya memusing ke kiri dan ke kanan.

Terkejut! Sangat sangat terkejut!!

Ramai orang duduk bersila di hadapan ruang tamu rumahnya itu. Ada dalam dua belas orang duduk rapat-rapat. Dahlah rumah dia kecil duduk ramai-ramai macam tu dah macam ikan sardin dalam tin aje.

Salah sangkaanya. Ingatkan sepupu sepapat selepatnya yang sombong cakap tinggi melangit tu singgah rumahnya, rupanya bukan. Tiba-tiba mata Izaty terpandang seorang lelaki tua ini dengan sedalam-dalamnya.

'Eh, macam kenal pak cik tu. Pernah jumpa kat rumah Kak Nabilah. Tu bukan papa Rafiq ke? Eh bukan kot, takkanlah? Aku salah orang nih..' Kata Izaty dalam hati.

Jadi Izaty tersenyum sahaja walaupun agak kekok. Semua mata di dalam rumah itu memandang ke arah Izaty dengan senyuman. Ada juga duk berbisik-bisik. Tiba-tiba rasa malu apabila dia bodohkan diri sendiri tadi. Salah tetamu rupanya.

"Err.. Mak? Siapa ni?" Tanya Izaty sambil tersenyum janggal.

"Kan saya dah cakap. Saya nak masuk meminang awak." Kata satu suara dari belakang telinga Izaty.

Izaty seperti kenal sahaja suara itu. Keningnya berkerut. Serta-merta Izaty menoleh ke arah belakang.

"Ya Allah, Rafiq?!" Izaty terjerit kecil. Terkejut! Bertambah terkejut! Dia menutup mulutnya dengan tangan. Kakinya terketar secara tiba-tiba rasa macam nak rebah jatuh pengsan!

"Takkanlah awak buat betul-betul kot!" Tambah Izaty lagi.

"Kan saya dah cakap, saya serius nak meminang awak?" Kata Rafiq sambil tersenyum manis.

Izaty mendengus kasar, tangan Rafiq ditarik laju olehnya. Lalu mereka berdua keluar dari rumah itu. Mereka pergi jauh sedikit dari orang-orang di dalam rumah itu. Mereka berdua berhenti tepat di bawah pokok kekabu.

"Rafiq! This is not funny! Prank kejadah apani weyh sampai teruk sangat macam nih? Aduhh!" Marah Izaty seraya menggaru-garu tudungnya.

Izaty jadi tidak keruan. Dia mula rasa marah. Keningnya berkerut, sekerut-kerutnya.

"Izaty! Saya tak main-main! Muka saya nampak main-main ke hah?!" Wajah Rafiq benar-benar serius. Bahu Izaty dipegang kemas. Anak mata Izaty direnung tepat.

"Tapi, kita kenal pun tidak! Macam mana nak kahwin? Hidup bahagia selepas kahwin apa tah lagi?"

"Kitakan boleh bercinta selepas kahwin? Jadi, tak ada masalah kan?" Rafiq cuba untuk meyakinkan Izaty.

"Ya Allah.. Macam mana saya nak cakap dengan awak ni?" Kedua-dua belah tangan Izaty kembali memegang tudungnya. Serabut!

"Rafiq! Kita cuma kawan! Saya anggap awak tu kawan saya je." Izaty cuba menolak tanpa sebab yang kukuh. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia sedang katakan sekarang ini.

Rafiq mengigit bibir lantas tertunduk ke bawah. Selepas beberapa saat dia memandang kembali wajah Izaty. Dia masih tidak mahu berputus asa.

"Awakk..." Suara Rafiq mendayu-dayu menyentuh pendengaran Izaty.

Tiba-tiba jantung Izaty berdegup kencang.

"Awak, kita kenal-kenal dulu ya? Boleh kan? Kita kenal-kenal dulu hati budi masing-masing. Dalam tempoh pertunangan kita awak fikir-fikirkan dulu ya?"

"Tapi hubungan cinta jarak jauh takkan berjaya. Percayalah. Saya di mana, awak di mana. Kita ni jauh beza darjatnya awak tahu? Nanti orang kata saya ni nak kikis harta awak."

"Hahahaha..." Rafiq ketawa mengejek.

Izaty pula buat muka pelik.

"Ish, banyak baca novel melayu lah awak ni. Otak pun dah ikut klise macam dia orang." Kata Rafiq seraya tersenyum sinis.

"Tak, saya serius." Kata Izaty sambil tajam memandang Rafiq yang seolah-olah menghina dia.

"Yerr... Saya pun serius..." Kata Rafiq dengan nada main-main. Penat nak pujuk Izaty.

"Family saya okeylah, kami pun orang biasa je dulu. Duduk kat rumah taman biasa je. So apa masalahnya? Kalau orang nak kata, biarlah. Kisah apa? Dia orang ada mulut, suka hati dia orang lah."

"Tapi kita ada telinga, sakit tahu tak dengar kata cacian mulut orang." Kata Izaty sambil mengetap giginya kuat.

"Alah, kita pekakkan je telinga.." Kata Rafiq sambil tersenyum nakal.

Izaty merenung tajam ke arah Rafiq dengan penuh rasa tidak puas hati.

"Awak ni kalau bercakap, asyik nak menang dekat awak je kan?" Kata Izaty dengan dingin.

Rafiq hanya ketawa.

"Eh! Lagi satu, kenapa saya telefon awak langsung tak angkat eh, jangan kata tak angkat memang tak dapat langsung kenapa eh" Soal Rafiq dengan muka kehairanan.

"Ergh! Saya patahkan kad sim saya!"

"Apa? Kenapa sampai nak patahkan?" Tanya Rafiq dengan wajah berkerut.

Tajam sahaja Izaty memandang ke arah Rafiq, tak perlu kot dia terangkan kepada Rafiq. Rafiq sendiri tahu jawapannya.

Rafiq mengangguk faham sambil tersenggih-senggih macam minta penampar.

"Awaklah, asyik kacau saya. Rimas."

"Yalah, sorry. Nanti bagi nombor baru awak. Jadi macam mana? Please?" Rayu Rafiq.

Izaty mendengus kasar, dia jadi lagi buntu. Kalau dia pilih Rafiq, adakah betul pilihannya? Sejujurnya, dia suka dengan sikap Rafiq, ada ciri-ciri suami yang baik kacak pulak tu tapi... Dia tak dapat jamin lagi akan jatuh cinta dengan Rafiq. Cinta bukan benda senang dan benda mudah. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya terhadap Rafiq, sayang? Ya, memang saya tapi...

"Saya tak akan mendesak awak Izaty, tapi kita bertunang dulu ya?" Rayu Rafiq.

"Bertunang? Ya Allah... Hmm... Bertunang apanya? Dengan mengejut macam ni. Saya tak make up tak apa. Pakai baju kurung bodoh aje pun. Peliklah jadinya.. Balik-balik kerja terus bertunang. Orang lain bertunang pakai lawa-lawa.. Saya ni dengan muka berminyak. Ayooo.. Haihh..."

"Awak pakailah apa pun, tapi di mata saya awak dah cukup cantik jadi bidadari saya." Kata Rafiq dengan tersenyum macho.

Izaty tersenyum tersipu-sipu dengar kata-kata manis Rafiq sebentar tadi.

"Awak suka saya tak?" Tanya Rafiq.

Agak sukar untuk Izaty jawab.

"Saya tanya lagi ni, awak suka saya tak?" Tanya Rafiq lagi dengan suara menggoda.

Izaty hanya tersenyum malu-malu sambil bermain hujung lengan bajunya.

Rafiq mula tersenyum sumbing.

"Orang tua-tua kata, kalau diam tanda setuju? Yahoo!!!" Sorak Rafiq sekuat hati sambil melompat-lompat macam orang tak siuman.

Izaty tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Haish budak ni..." Kata Izaty perlahan.

"Yes! Yes!" Sorak Rafiq dengan gembira.

"Tapi!!!"

Senyuman Rafiq mati.

"Hah?"

Kata-kata Izaty menyentap Rafiq daripada suka sebentar tadi. Wajah Izaty direnung sedalam-dalamnya.

"Tapi.. Saya tak janji tau yang kita akan kahwin." Kata Izaty dengan wajah renyuk. Takut dengan kata-katanya sendiri.

Rafiq diam sebentar tapi dia renung wajah Izaty sedalam-dalamnya, selepas beberapa saat, Rafiq tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya.

"Okey, saya faham. Kita cuba ya?" Ucap Rafiq.

Izaty tersenyum ke arah Rafiq dengan manis sekali. Baguslah, Rafiq faham.

"Yahoo!!! Mama!!! Rafiq dah nak bernikah, eh salah! Dah nak bertunang!!!" Jerit Rafiq sekuat hati, tangan Izaty dirangkul erat lalu dibawa berlari bersama.

"Eh! Tak boleh pegang! Saya bukan isteri awak lagilah!!!" Kata Izaty sambil kakinya turut berlari selaju Rafiq. Nasiblah mereka berdua sama-sama tinggi.

"Hahahahaha... Saya takkan lepaskan awak sampai bila-bila. Awak tu dengan rasminya jadi 'Sayang' saya." Kata Rafiq. Kali pertama Rafiq memanggil sayang kepada Izaty.

"Eww... Sayang?" Kata Izaty dengan wajah renyuk lagi. Geli dengar buat kali pertama. Belum pernah lagi orang panggil dia sayang.

"Saya janji awak akan jadi sayang saya untuk selama-lamanya..." Ucap Rafiq sambil berlari masuk ke dalam rumah.

Akhirnya, Rafiq dapat katakan sayang kepada perempuan yang dia cintai selama ini secara tanpa sedar. Tercunggap-cunggap mereka berdua masuk ke dalam rumah.

"Mama!! Kami dah sepakat!! Nak berkahwin! Eh! Nak bertunang!!!" Kata Rafiq sambil tersasul. Penatnya masih belum hilang.

"Alhamdullilah..." Ucap semua orang di dalam rumah itu.

"Fuhh, tak pernah woi dibuat orang, nak bertunang main lumba lari 200meter! Matilah mak nakk..." Kata Izaty sambil termenggah-menggah memandang ke arah Rafiq.

"Hahaha... Kita cipta sejarah kan sayang?" Ucap Rafiq perlahan.

Izaty buat muka renyuk lagi ke arah Rafiq. Masih tak biasa dengan perkataan sayang.

"Hahaha..." Rafiq hanya ketawa.

"Ehemm!!" Mak Ijah berdehem kuat.

Semua mata memandang ke arah Mak Ijah.

"Apa mak?" Tanya Izaty dengan wajah pelik.

Jari telunjuk Mak Ijah tepat tunjuk ke arah tangan mereka berdua. Kening Mak Ijah diangkat sebelah sebagai tanda amaran.

Rafiq dan Izaty pun pandanglah ke arah tangan mereka berdua secara perlahan-lahan. Mereka berdua masih berpegangan tangan.

"Ehh!!!" Kata mereka berdua serentak kerana terkejut.

Cepat-cepat mereka melepaskannya.

"Hehehe... Sorry ye mak.. Eh, mak cik." Kata Rafiq masih lagi asyik tersasul. Teruja sangat kot dia hari ini sampai semua benda jadi huru-hara dibuatnya.

Rafiq dan Izaty saling berpandangan antara satu sama lain. Bahagia kini mereka rasakan.

Alhamdullilah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience