6

Romance Completed 26570

"Haihhh!!! Leganya!!! Perghhhh!!!"

Kata izaty sebaik sahaja dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam nipis itu.

Penat seharian ini, kena kacau, maki orang, jerit macam setan, tolak basikal 1kilometer dan face to face dengan Raja Azreen harini. Haihhh... Seksa hidup.

Dia tersenyum puas hari ini, biarpun masa pulang tadi moodnya tak berapa baik tapi dapat jugak dia lepaskan geram dengan memaki hanum orang, lagi-lagi Syam. Entahlah motor dia tu jadi apa, dalam air lagi ke, dah masuk kedai ke.

"Pergh!" Izaty masih lagi tersenyum.

Izaty sengaja membawa tilam nipisnya itu ke ruang tamu yang kecil itu kerana ada televisyen. Pantas tangannya mengapai alat kawalan jauh. Butang merah di tekan. Serta-merta televisyen 14 inci itu menyala. Kartun Cat dog jelas terpapar di skrin televisyen itu.

Izaty ketawa sampai terkentut-kentut melihat separuh kucing dan separuh anjing itu belari bertempiaran kerana dikejar oleh tiga ekor anjing jahat.

"Uarghhhh!!!" Izaty menguap. Perlahan-lahan matanya terpejam.

****

Izaty membuka matanya kembali. Jam di dinding sudah menujukkan 6.39 petang. Televisyen yang masih terpasang itu terus dia tutup. Izaty mengaru-garu rambutnya yang serabai itu sambil menguap.

"Ayo, lamanya aku tidur."

Lantas dia bangkit. Jendela di buka luas-luas olehnya. Angin petang menepuk lembut ke arah pipinya.

"Cuaca elok hari ni. Baik aku pergi jalan-jalan lagi bagus." Katanya sendiri sambil menggaru-garu pusatnya lalu dibau semahu-mahunya.

Tudung berwarna hitam yang sedia tergantung di dinding terus digapainya, lalu dipakai olehnya.
Basikalnya yang berada di bawah rumahnya itu hanya dipandang sepi.

Tayarnya masih lagi tidak ditukar. Mungkin malam ini baru nak tukar sebab maknya sudah minta tolong kepada Ah Tong untuk menukarkan tayar basikal itu secara percuma. Pak Cik Ah Tong ni baik orangnya suka tolong keluarga Izaty walaupun berlainan bangsa. Lagipun tayar tu memang tak pernah tukar walaupun dah pakai sepuluh tahun tapi masih lagi elok kerana Izaty seorang yang pandai menjaga barang.

"Haih, basikal-basikal. Hmp..." Sebaik sahaja dia berkata, dia terus berjalan tanpa ada arah tuju. 
Cuaca petang ni sangat elok. Tak panas, tak sejuk ada angin kuat pulak tu. Lagi bestlah.
Izaty terus berjalan sambil mengoyangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Rumput yang tumbuh di tepi parit ditarik olehnya lalu dikibar-kibarkan ke langit. Seolah-olah rumput itu seperti tongkat sakti.

"Yiahhh!!! Dengan tongkat sakti ini! Aku boleh ubahkan diri aku jadi seorang yang cantik!" Dia mengangkat rumput panjang itu menghala ke atas langit.

"Pring! Pring! Pring!" Katanya sambil memusing-musingkan badannya seperti betul-betul ada kuasa sakti.

"Aahahah... Gila!" Dia ketawa seorang diri. Sah gila! Dia ni tiada kawan. Tiada siapa yang mahu kawan dengan dia sebab itulah dia selalu bermain sorang-sorang di rumahnya. Rumahnya pula jauh dari rumah-rumah orang lain.

"Budak macam aku, ada hati nak jadi cantik macam Asmida? Haha..." Katanya sambil wajahnya mula berubah suram, lalu dia menunduk ke bawah.

Dia menarik nafas.

"Fuhhh....." Lalu dihembuskan.

Matanya terus memandang ke arah jalan. Dan teruskan berjalan. Kawasan rumahnya semakin tidak kelihatan. Matanya terpandang satu susuk tubuh duduk bersila di atas jambatan batu.

"Emm, siapa tu eh? Macam kenal je?" Izaty mengerutkan keningnya. Perlahan-lahan dia menghamipiri susuk itu.

"Eh Syam?" Katanya kuat.

Serta merta Syam memandang ke arah Izaty dengan wajah kosong. Selepas dia memandang wajah izaty dalam beberapa saat, wajahnya kembali di tempat asal dan sambung termenung.

'Aih, dia marah aku ke tak ni eh? Semacam aje. Haih...' Kata izaty dalam hati. Serta merta dalam dirinnya timbu rasa serba salah.

"Syam..." Katanya perlahan sambil menghampiri lelaki itu. Dia memegang kedua-dua belah tangannya. Takut. Takut, lelaki berkulit cerah, bergigi sedikit jonggang itu akan mengamuk kepadanya. Tak pasal-pasal dia kena humban masuk ke dalam parit.

"Syam... Sorry eh. Aku..."

"Tak apalah Izaty, aku okey." Balas Syam perlahan. 

'Ahhh... Selamat.' Kata izaty dalam hati.

"Err... Motor kau dah angkat ke belum?" Tanya Izaty takut-takut.

"Dah... Petang tadi." Balasnya acuh tak acuh.

"Hah, dahtu kenapa tengok muka macam sad life sangat ni? Happy lah motor kau tak arwah dalam air tu."

"Hmm, gila muka tak sad life? Pak aku mengamuk gila tadi. Habis, rasa macam nak lari rumah aje." Kata Syam dengan matanya mula berair.

"Ouh, aku mintak maaf. Salah aku." Izaty tertunduk ke tanah. Kini, dia benar-benar rasa sangat bersalah.

"Hmm, tak apalah izaty. Aku fikir-fikir balik ini mesti balasan tuhan sebab aku selalu buli kau.

Sekarang aku dah rasa apa yang kau rasa sebelum ini. Rasa sakit sangat. Maafkan aku Zaty."

Izaty senyum, lantas mengangguk.

"Hmm, okay aku maafkan. Kalau kau dah kata macam tu. Harap kau dah tak buli orang lagilah lepas ni. Sebab semua orang ada hati dan perasaan. Tak semestinya badan gemuk, hodoh macam aku ni tak ada hati macam robot?" Di hujung-hujungnya ada sedikit sinis.

"Ya... Ya aku bersalah. Sorry." Katanya lagi.
Mata izaty terpandang ke arah tangan syam yang berbungkus kain putih itu.

"Syam, kenapa tu?"

Syam terus memandang ke arah tangannya.
"Ouh, tangan aku retak sikit je."

"Hah? Retak? Biar betul? Ni mesti sebab aku sepak motor kau tadi kan?"

"Hahaha... Alah retak sikit je kat tapak tangan ni. Bukannya patah. Tak ada apalah. Hari tu aku sepak kau masuk semak lagi teruk. Jatuh macam nangka busuk tergolek-golek macam hindustan. Hahaha!" Syam melepaskan ketawa kuat.

"Haihh... Janganlah gelak kat aku. Malulah."

"Hahaha... Lawak. Okay okay, sorry."

"Mulai hari ni kita damai dua ya?" Sambung syam lagi.

Izaty mengangguk.

"Okay, kita berdamai. Aku pun tak suka dibuli dan jadi pembuli... Eh, rasa macam dah dekat pukul tujuh kan. Aku nak balik dululah. Nanti mak aku marah."

"Hmm, kau balik lah dulu. Aku nak tenangkan fikiran." Balas syam.

"Kau jangan nak mengada lah gila. Dah nak maghrib ni. Banyak jin-jin syaitan keluar time ni. Baik kau baliklah. Bahaya."

"Tapi..."

"Tapi apanya, alah... Kau ni lembik lah. Kena marah sikit dah merajuk nak lari rumah. Aku lagi lah. Hari-hari kena maki. Tak lari pun. Bertenggek jugak aku kat rumah tu. Hahaha..." Kata izaty panjang lebar.

"Hahaha... Mana ada lembik. Touching je. Okaylah-okaylah. Aku balik. Bye."

"Okay, bye, syam."

Mereka masing-masing menuju ke rumah masing-masing...

"Haih... Leganya rasa." Kata izaty sambil tersenyum suka. Dia kembali melompat-lompat seorang diri sambil menghiburkan hatinya. Di luaran memang dia tersenyum tetapi dalam hati hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience