16

Romance Completed 26574

Selesai sahaja Izaty mandi dan tunaikan solat Isyak walaupun sudah lewat malam dia kemudiannya duduk di hadapan cermin sambil menyapu toner ke wajahnya.

Sambil-sambil dia menyapu toner ke mukanya dia berfikir sendiri. Hilang pula semangat dibuatnya.

Betulkah apa dia buat ni? Betulkah dia masih sayangkan Raja Azreen? Dia sendiri tidak tahu.

Sepatutnya dia harus menjauhkan diri dengan Raja Azreen tapi selalu terjumpa secara kebetulan umpama Raja Azreen sudah memasang GPS kepadanya.

"Haish." Izaty mengeluh sendiri.

Kapas muka yang sudah kering itu dicampak masuk dalam bakul sampah oleh Izaty. Di ambilnya pula sleeping mask yang harganya tak sampai RM60 itu lalu di sapukan keseluruh wajahnya sambil menggosok perlahan-lahan. Rutin Malamnya mudah sahaja. Tidak terlalu banyak produk diletakkan ke mukanya, hanyalah benda asas sebab dia pun bukan rajin sangat jaga muka.

"Kalau betul Raja Azreen suka dekat aku macam mana? Kalau betul Raja Azreen jodoh aku macam mana?" Dia cakap seorang diri sambil matanya tepat memandang dirinya yang terpantul di cermin.

"Hmm, aku pun tak tahu. Aku taknak hidup single sampai tua. Aku nak kahwin, nak ada anak. Aku taknak jadi anak dara tua yang selalu duduk sorang-sorang sambil baca novel lepastu bela kucing banyak-banyak. Humm, aku taknak jadi macam tu." Katanya lagi seorang diri di hadapan cermin.

"No... Humm... Tak nak." Katanya lagi sambil menyapu losyen di tangannya pula. Dia mendecit malas nak fikir benda ni lagi lantas, Izaty menghempas tubuhnya di atas tilam sebaik sahaja penat keluar dengan Tasha tadi.

"Arghh!!! Mengantuknya." Mata Izaty sudah layu.

Kring!!!

"Hai, siapa pulak mesej ni. Aduh, baru nak rehat." Segera dia mengambil telefonnya yang berada di bawah bantal.

"Number siapa ni?" Kata Izaty mengerutkan dahinya. Tiba-tiba sahaja ada orang mesej dia malam-malam buta lalu dia membaca mesej itu.

'Hey awak, ni saya ni. Raja Azreen.'

"What? Raja Azreen?" Izaty kembali membaca mesej yang tergantung itu.

'Saya nak ajak awak keluar malam esok boleh tak? Nanti saya dah nak kena balik melaka. Alang-alang tu bolehlah jumpa awak. Bolehkan?'

Izaty jadi tergamam setelah membaca mesej itu.

"Aku... Nak pergi ke tak eh?" Izaty fikir dalam beberapa saat.

"Hmm, Bolehlah." Izaty terus membalas mesej tersebut tanpa berfikir panjang lagi.

'Hmm, bolehlah. Nak pergi pukul berapa? Dekat mana?'

Izaty menghantar mesej itu. Dalam beberapa minit sudah di balas.

'Malam esok pukul sembilan malam. Tunggu dekat tempat kita jumpa semalam. Janji jangan lupa tau.'

Lalu izaty membalas.

'Okay.'

Telefonya terus diletakkan sebelahnya. Matanya dipejamkan kembali.

"Erm... Nak tidur. Aku taknak fikir apa dah. Esok tu esok punya ceritalah. Kena bagun awal lagi esok sebab kerja. Haish." Merungutnya seorang diri sambil matanya sudah berat. Perlahan-lahan dia terus tidur di buai mimpi indah.

p/s maaf kalau byk typo sbb sy selalu tulis masa tengah mengantuk. ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience