Malam kenduri tersebut...
Orang ramai mula memenuhi ruang tamu. Doa tahlil pun semuanya sudah selesai dibaca. Kini, cuma tinggal untuk dihidangkan makanan kepada para tetamu.
Izaty pula baru bersiap entah macam mana dia boleh terlelap sebentar di atas katil tadi. Dia hanya memakai pakaian yang ringkas iaitu berbaju kurung berkain sutera berwarna kuning cair. Tudung pula berwarna putih dibelit rapi olehnya. Make-up nya juga ringkas cuma dikenakan bedak jenama Pixy dan sedikit liptint diletakkan di bibirnya dan di pipi sebagai blusher. Ringkas-ringkas pun lawa orangnya malam ini. Berseri semacam.
Dia duduk berselimpuh di satu sudut. Semua orang sibuk menghantar talam yang berisi lauk ke hadapan untuk menjamu tetamu makan. Makanan di hidangkan ikut cara kampung iaitu diletakkan lauk pauk ke dalam talam. Izaty terus berdiri tegak setelah rasa tidak selesa kerana langsung tidak melakukan apa-apa. Ini semua salah lelaki tadi! Habis dia balik lambat hari ini. Dia masih terpinga-pinga tidak tahu nak buat apa. Tiba-tiba Kak Nabilanya melintas di hadapannya bersama dulang penuh berisi lauk. Terus Izaty menyekat perempuan itu.
"Kak Nabila ada nak tolong apa-apa tak?"
“Izaty, tolong akak hantarkan talam ini ke depan.”
Talam itu sudah bertukar tangan. Izaty melihat talam itu.
“Boleh, nak letak dekat mana? dekat mana lagi kosong?”
Nabila pergi memeriksa di mana lagi tempat yang tak ada talam.
“Ha, kat tepi tu."
“Kat mana?” Izaty mengerutkan matanya.
“Yang ada lelaki pakai baju melayu warna kuning cair macam Izaty tu."
Izaty tercari-cari di manakah tempat yang dimaksudkan oleh Nabila sebentar tadi. Setelah dia dapat tangkap tempat kosong itu tiba-tiba matanya terbeliak luas. Hampir sahaja talam yang dipegangnya itu terlepas dari tangannya. Dia kuatkan juga pegangannya itu. Jantungnya pula berdegup kencang. Tubuhnya sudah berasa seram sejuk tambahan lagi tangannya terketar-ketar seperti orang demam.
“Aik, kenapa Izaty tiba-tiba gelabah semacam ni?" Nabila mula berasa hairan setelah melihat sikap Izaty tiba-tiba berubah secara mendadak.
“Kak Ila, lelaki yang itulah yang kacau Izaty tadi!” Kata Izaty sambil menarik nafas panjang, bibirnya juga mula terketar-ketar menahan rasa cuak. Macam mana lelaki itu boleh datang ke sini? Dia ni spy ke?
“Hah? Biar betul. Handsomenya dia. Takkan dia suka kaum sejenis?” Kak Ila sambil mula menahan ketawa. Sebenarnya dia kenal sahaja siapa jejaka itu. Tak sangka yang kacau Izaty tadi itu Rafiq. Rafiq ni memang kuat menyakat orang.
“Ish, lelaki zaman sekarang mana boleh percaya. Tengok je muka putih suci macam tu, tapi.. hah…” Izaty menghela nafas panjang tidak mampu lagi untuk berkata-kata.
“Kamu pergi bagi sajalah. kesian mereka tak dapat makanan lagi tu. Nanti kata tuan rumah tak pandai melayan pulak." Kata Nabila sambil tersenyum senyum. Tubuh Izaty ditolaknya perlahan supaya suruh pergi juga menghantar makanan di dalam talam besar itu.
“Akak…” Izaty berkata dengan nada yang meleret. Dia mencebikkan bibirnya sebagai tanda tidak mahu. Kakinya pula dihentak ke lantai. Nasib lauk di dalam dulang itu tidak tumpah.
“Alah, buat bodoh sudahlah.”
“Buat bodoh apanya akak, dahlah pakai baju warna sama pulak tu. Tak pasal-pasal orang ingat kami ni suami isteri. Mamat tiga suku tu pun satu, siapa suruh pakai baju melayu kalau nak pakai pun pakailah warna lain. Haiya." Izaty menjeling lelaki yang memakai baju melayu sama warna dengannya tetapi bagi Izaty nampak kacak juga apabila lihat lelaki itu memakai kain pelikat. Nampak macam lelaki melayu terakhir gitu. Izaty mula tersedar dari lamunan. Eh! Apa yang dia fikirkan ini? Dia takkan mungkin suka lelaki gila macam itu. Never!
“Ish, apa kamu merepek panjang-panjang ni, cepatlah pergi. Izaty dah suka kat dia ke? Hahaha” Usik Nabila.
"Ergh takde maknanya." Kata Izaty dengan wajah masam mencuka.
"Lagipun barang Izaty kan ada dekat dia. Hah... Alang-alang tu boleh lah jumpa kenal-kenal."
'Hmm, betul jugak. Apasalah aku tak bagi aje number phone. Ehh, tak boleh bagi nanti takut dia kacau pulak nanti.' Kata Izaty dalam hati.
Izaty mendecit, mahu tak mahu dia harus pergi juga. Dia menarik nafas lantas membaca Bissmillah sebelum mengatur langkah, dengan pantas kakinya melangkah mengantar talam itu.
Rafiq masih lagi tidak perasan Izaty yang menghantar talam itu kerana leka bersembang dengan orang di sebelahnya dengan ramah sekali.
Sebaik sahaja Izaty meletakkan talam itu tepat ke hadapan mereka, baru Rafiq perasan yang menghantar talam itu gadis yang dia baru jumpa tadi. Dia sedikit terkejut tetapi, dia cuba berwajah biasa. Senyuman di bibirnya tidak boleh dimatikan kerana suka dapat berjumpa dengan gadis itu lagi.
Mereka bertentangan mata dalam beberapa saat. Izaty hanya menjeling tajam ke arah Rafiq. Tidak lama selepas itu Izaty kembali tersenyum.
"Jemput makan abang-abang semua." Kata Izaty dengan nada lemah lembut.
"Cik adik tak makan sekali ke?" Usik salah seorang dari kawan Rafiq itu. Boleh pula dia tersenyum nakal ke arah Izaty.
Izaty hanya mendiamkan diri. Malas nak layan orang gila depannya ini. Terdapat empat orang dalam bulatan itu. Keempat-empat mereka sebaya Rafiq dan keempat-empat mereka juga kacak-kacak orangnya tapi yang paling kacak Rafiq lah semestinya!
Setelah selesai meletakkan talam itu, dengan pantas Izaty berlalu pergi sambil menutup wajahnya dengan kain selendang putih yang dipakainya.
Mikail, Iwan dan Kamil kawan kepada Rafiq tersenyum sambil memandang Izaty berlalu pergi dari mereka sehingga bayangnya hilang dari pandangan.
‘Alamak, alamak… malunya aku. Macam mana dia boleh datang?’ Izaty bermonolog di dalam hati, lalu menghela nafas panjang.
‘Pakai baju sama pula tu. Kan, best kalau…” Izaty sudah melayang-layangkan fikirannya ke alam yang lain, dengan segera dia menggelengkan kepala.
“Ish, ish. Apa yang aku menggila sorang-sorang ni. No way, mana boleh aku syok dekat orang tak siuman macam tu.. sudahlah, lupakan je. Kawan-kawan dia pun sama je gila! Ah! Gilacaku duduk dekat sini!" Kata Izaty sambil menggosok-gosok tudungnya.
Kini, kerjanya sudah selesai. Tinggal masa untuk menjamah sedikit makanan yang ada. Mungkin selepas makan stressnya boleh hilang?
"Weh, Rafiq cun lah awek yang hantar makanan tadi. Pergh.. Kau tak nak ke?" Kata Mikail.
"Weh, tu aku punya." Kata Iwan pula.
"Pandailah korang. Dia senyum dekat aku kot tadi." Kamil pula bersuara tidak mahu kalah dengan kawan-kawannya.
Rafiq hanya tersenyum. Senyumannya itu penuh dengan makna yang tersirat. Makanan di hadapannya terus dijamah tanpa banyak kata.
~~~~~•~~~~~
“Kak Izaty ada orang nak jumpa.”
“Siapa?” Izaty memandang ke arah anak perempuan Nabila yang berumur 8 tahun itu dengan dahi berkerut.
“Tak tahu. Dia tunggu dekat luar. Macam penting sangat.” Katanya dengan lancar walaupun baru berusia lapan tahun.
“Hmm, okey. Orang tu tunggu dekat mana Kak Long? Dekat depan rumah ke?"
Budak itu hanya mengangguk.
Dengan segera Izaty melangkah pergi melihat siapa yang ingin berjumpanya. Dia berasa curiga setehunya dia tak ada kawan di sini.
Sesampainya Izaty di halaman rumah, bebola matanya memusing-musing mencari kelibat orang yang ingin berjumpa dengannya itu. Langkahnya terhenti kerana dia merasakan ada seseorang berdiri di belakangnya.
“Hai.” Suara seorang lelaki jelas berbisik di sebelahnya dengan suara yang romantik. Izaty jelas dapat rasakan angin dari mulut itu menyentuh telingannya.
Izaty sedikit terperanjat kerana bisikkan itu bisa melemahkan imannya dengan segera dia menoleh memandang ke belakang. Dia ingin tahu siapa yang menyapanya. Bebola matanya teebeliak. Perasaan yang terkejut cuba dikawal.
“Encik?”
Lelaki itu tersenyum sambil kedua-dua belah tangannya diletakkan di belakang pinggangnya, lantas dia mengenyitkan matanya.
“Hai, terkejut?”
Izaty mengerutkan mukanya lantas dia menggelengkan kepala. Cuba menafikkan kata-kata lelaki itu.
“Eleh.” Rafiq mengerutkan hidungnya. Dia senyum tajam ke arah Izaty.
“Macam mana encik boleh ada dekat sini?”
“Kenapa tak boleh ke?” Rafiq mengangkat sebelau keningnyam
“Saya tak kata tak boleh.” Izaty tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya.
“Bapak ikan saya bawa saya datang sekali.” Senyuman sinis Izaty dibalas kembali oleh Rafiq.
“Hey, encik tolonglah jangan main-main. Encik tipu sayakan? Encik bukan kerja macam itu. bohonglah.”
“Besar juga rumah awak eh?” Rafiq menukar topik perbualan sambil memandang persekitaran rumah itu.
“Ini bukan rumah saya. Saya menumpang je.” Kata Izaty sambil memusingkan bebola matanya.
“Oh ya?” Rafiq mengangkat keningnya sebelah.
Izaty hanya mengangguk. Dah memang bukan rumah dia pun buat apa nak mengaku?
Suasana sepi sejenak. Masing-masing kaku membeku.
“Ermmm…” Mereka berkata serentak, lantas sama-sama tersenyum.
“Er, awaklah yang cakap dulu.” Rafiq menyuruh Izaty berkata dahulu.
“Err, encik…”
“Tak payalah nak berencik-encik dengan saya. Panggil Rafiq je sudah. Awak bukan tak tahu nama saya."
“Err, Rafiq. Awak ada girlfriend tak?”
“Eh tiba-tiba je ni? awak syok dekat saya ke?” Rafiq ketawa nakal. Kepalanya yang tidak gagal digaru-garu.
Serta-merta wajah Izaty bertukar merah menahan rasa malu. Matanya dipejam serapat yang mungkin.
'Ya Allah, kenapa aku boleh tanya soalan macam tu tadi dekat dia? Malunya rasa. Aduh.' Kata Izayy dalam hati.
"Ha, diam je. Betullah tu." Kata Rafiq dengan matanya tepat memanah Izaty membuatkan Izaty bertambah gugup.
“Tak adalah.” Balas Izaty cuba untuk menafikannya.
“Ceh, ceh… tipulah.” Rafiq tersenyum tajam.
“Betullah! mana ada! Saya tanya sebab takut-takut girlfriend awak tu marah je!”
Rafiq berhenti ketawa, lantas kepala Izaty ditunjal perlahan.
“Kan saya dah cakap. Saya tak ada nafsu dengan PE-REM-PU-AN."
“Janganlah tipu. Habis awak suka apa? Pondan?"
“Eh, tak sampai ke pondanlah. Cuma saya ni anak ikan je and saya cakap betul. Tu, tengok tu. Lelaki tua yang tengah datang ke arah kita tu. Itu sugar daddy sayalah tu.” Rafiq menunjukkan ke arah seseorang.
“Rafiq mari kita balik sekarang?”
“Okey papa!”
'Eyew... Dia panggil sugar daddy dia papa? Err.. Betullah kot dia ni money boy. Punah harapan wanita malaysia kalau ramai lelaki macam ni."
Kata Izaty dalam hati.
“Eh, Zaty meh nombor telefon awak?” Kata Rafiq yang sudah mengeluarkan telefon dari dalam poket baju melayunya.
“Eheh, tak payah. Nak buat apa?” Izaty sorokkan telefon pintarnya di belakang.
“Alah, bagi ajelah…” Dalam sekelip mata sahaja Rafiq merampas telefon pintar itu daripada tangan Izaty.
Izaty tergamam.
Rafiq menaip nombor telefonnya di telefon Izaty dan dia terus menekan butang ‘call’ tidak lama selepas itu, telefon pintarnya pula berdering.
“Okey dah siap. Nah ambil balik telefon buruk awak ni.” Dia terus melangkah pergi dari situ.
“Kurang asam jawa betul punya budak. Dahlah rampas phone aku lepas tu, kata bukan-bukan pula pasal phone aku ni. Ish!”
Izaty memandang ke arah lelaki tua itu.
“Hmm, betul ke apa yang mamat gila ni cakap?” Izaty bermonolog seorang diri sambil menggosok dagunya. Matanya memandang ke arah Rafiq dan lelaki tua itu.
Rafiq terus masuk dan duduk di tempat duduk pemandu. Lelaki tua seorang lagi duduk di belakang. Tak sempat lelaki tua itu melabuhkan punggung, dia telah ditahan oleh Izaty. Lelaki tua itu memandang dengan mulut yang separuh ternganga.
“Pak cik! Betul ke pak cik ni sugar daddy kepada Rafiq?”
Rafiq sudah ketawa terbahak-bahak lihat tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh gadis bertudung putih itu tadi. Tak sangka sampai ke tahap ini gadis itu ingin tahu.
Izaty terus memandang mata Rafiq. Matanya dibutangkan dia mula faham apa yang terjadi. Muka Izaty merah untuk kali kedua.
“Aw… awak…” kata Izaty sambil mengetap giginya. Penumbuknya dikepal serapat yang mungkin.
Rafiq terus hidupkan enjin kereta dengan sisa ketawa yang masih terlekat.
"Sugar daddy? Saya ayah dialah." Kata orang tua itu dengan nada serius. Orang tua itu terus masuk ke dalam kereta sambil menggelengkan kepala.
Kereta BMW berwarna hitam itu perlahan-lahan hilang dari pandangan Izaty. Tiba-tiba muka Izaty jadi merah seperti termakan cili untuk kali ketiga. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tangannya menahan rasa malu yang tiada penghujungnya.
“Argh! Tak guna punya jantan! Itu ayah dia rupanya argh!”
Izaty terus masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang sebal. Kakinya laju sahaja menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air kosong agar rasa marahnya boleh diredakan.
Zaim memandang ke arah Izaty dengan rasa hairan. Kopiahnya dibuka.
“Aik, kenapa marah-marah ni Izaty?”
“Tak adalah bang.” Balas Izaty dengan dingin.
“Kalau tak kenapa nak marah-marah ni?”
“Tak adalah… tadi ada laki lelaki gila. Sakit betul hati ni.”
“Gila? Siapa?”
“Entah, tak kenal. Tak apalah bang, nak tolong Kak Nabila cuci pinggan.” Izaty terus melangkah pergi ke singki.
Share this novel