Di tangan Izaty sudah penuh dengan sekotak ayam KFC. Bau sedap itu tidak henti-henti menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.
'Hmm, terliur aku.' Katanya dalam hati. Memang air liurnya tengah bertakung dalam mulut.
'Ni mesti dia orang suka ni tengok kakak dia orang bawak balik KFC, hehe..' Kata Izaty dalam hati lagi.
Dia terus berjalan menuju ke arah kereta kancilnya.
"Hey, tunggu-tunggu! Tunggu yang pakai baju kurung merah tu."
Kaki Izaty berhenti melangkah, dia rasa suara itu macam memanggilnya. Lalu dia mengerutkan keningnya.
"Aik, aku ke? Aku pun tengah pakai baju kurung merah ni?" Kata izaty perlahan.
Dengan kening yang berkerut dia memandang ke arah belakang. Serta-merta matanya terbeliak.
"Hah! Kau?" Kata izaty perlahan.
Izaty masih lagi terkaku dia situ sambil menunggu lelaki berbaju kemeja hijau muda itu datang ke arahnya.
"Eh, eh tunggu!" Kata lelaki itu dengan sedikit semput.
"Fuhh..." Kata lelaki menghembuskan rasa penat. Ada sedikit senyuman di bibirnya.
"Err, kau buat apa kat sini? Follow aku eh?" Tanya izaty dengan keningnya masih berkerut.
"Eh, bukan. Tadi tengok macam awak, saya pun datanglah dekat. Tengok-tengok memang betul awak. Kita tak sempat lagi kenal-kenal semalam."
'Eww, awak? Saya? Masa bila mamat ni cakap macam ni? Selama ni bukan aku kau je ke?' Kata Izaty dalam hati.
"Err, haah... Tak sempat nak kenal-kenal. Err.." Izaty menjadi sedikit kekok.
"Nama i Raja Azreen. Kenal kot, rasa semalam dah bagitahu nama i?" Kata lelaki itu memperkenalkan diri.
'Eww! Ber- i , i pulak dengan aku? Tadi awak saya? Ni? Erk... Gila!' Kata Izaty dalam hati lagi.
"Err... Tak payahlah awak saya.. I, u bagai. Marah pulak awek kau nanti." Kata Izaty.
"Alah, tak apalah. Kita ber-awak , saya boleh kan?" Kata Raja Azreen.
'Haihh, tulah! Masa zaman sekolah dulu tak mau kat aku! Sekarang ni angau pulak?! Haih, stupid lah kau ni Raja.' Kata Izaty dalam hati.
"Hmm, apa apa ajelah." Balas izaty acuh tak acuh.
"Nama awak siapa?" Tanya Raja.
'Haih, nak jawab apa ni? Takkan nak bagi tahu nama aku kot? Err... Tak nak lah aku.. Takut kena maki lagi macam dulu. Haih... Baik aku tipu dia.'
"Nama saya nurul." Kata izaty. Namanya memang Nurul pun. (Nurul Izaty) tapi, orang tak pernah panggil dia Nurul. Jadi, sah lah dia takkan tahu di hadapannya ini ialah Izaty.
"Oh, Nurul. Okay."
"Haah, kalau tak ada apa. Saya nak balik dulu. Bye." Izaty terus mengoret langkah untuk pergi tidak sabar nak makan KFC.
"Eh, eh. Kejap. Jomlah lepak makan ke apa?"
Langkah izaty terhenti lantas wajah lelaki itu dilihat olehnya.
"Hah? Ajak makan? Tak naklah." Kata Izaty selamba dengan wajah berkerut.
"Alah, jomlah. Kafe depan tu je. Saya belanja."
Izaty berfikir sejenak. Sebolehnya dia nak balik awal, kasihan kat adik-adik dia mesti tengah lapar tapi, Raja Azreen ajak makan kot? Takkan nak tolak? Dengar dulu apa yang Raja Azreen nak cakap. Kalau benda tu menyakitkan hatinya, dia blah!
"Hmm, okay. Tapi sekejap je okay?"
Lelaki itu mengangguk setuju dengan senyuman riang.
"Okay! Jom."
****
Izaty duduk di atas kerusi sambil memandang kotak yang penuh dengan ayam goreng itu.
'Haih, bilalah dapat makan KFC ni.' Kata Izaty dalam hati.
Raja Azreen memandangnya tanpa berkelip. Air jus strawberi disebutnya laju.
Masing-masing terdiam.
"Erm, awak kerja apa eh?" Tanya Raja Azreen demi memecahkan kesunyian.
"Hmp? Apa?" Izaty tanya kembali, tidak jelas.
"Awak... Kerja... Apa?" Tanya lelaki itu dengan menyebut perkataan itu satu per satu.
"Ohh, kerja, kerja... Err... Saya kerja sebagai cikgu pra-sekolah kat kampung kita tu je."
"Owh, tadika saya kecik-kecik dulu. Sekarang dah jadi pra-sekolah eh?"
"Haah... Tadika saya ju... Eh!" Dengan segera izaty menutup mulut. Kalau tak habis rahsia terbongkar.
"Err... Tadika saya apa?" Tanya Raja Azreen dengan kening terangkat sebelah.
"Tadika kawan saya. Tersasul tadi. Hehe..."
"Owh siapa?" Tanya Raja Azreen sambil menyedut air jus epal hijau.
"Izaty? Kenal?" Tanya Izaty sambil menganggkat keningnya sebelah.
"Prughhh!!! Apa?" Tersebur air yang berada di dalam mulutnya itu. Terkejut dengan apa yang keluar dari mulut gadis di hadapannya.
"Eh, kenapa?" Izaty mengerutkan keningnya.
"Eww, orang cantik macam awak berkawan dengan orang hodoh macam dia tu? Biar betul? Eww, tak sesuai dengan awak yang cantik ni."
Izaty mengetap gigi.
'Haih, bodohnya kau Raja Azreen! Dahla kau nak mengorat aku, tapi kau kutuk aku hodoh? Apa ni?!' Kata Izaty dalam hati.
"Kalau dia hodoh pon kenapa? Bukannya dia ada kuasa nak serap kecantikan kulit kita pun?" Kata Izaty separuh lantang tetapi masih lagi tenang.
"Dia tu pembawa nasib malang tahu tak?"
"Oh really?" Izaty tersenyum sinis sambil mukanya memandang ke arah lain dan menggelengkan kepalanya.
'Kau kan Raja sikit pun tak berubah!' Kata Izaty dalam hati dengan nada marah.
"Yalah, zaman sekolah dulu kan, hari-hari dia jadi bahan gelak orang. Hahaha... Macam orang bodoh je dia tu."
"Dia nasib malang bukan sebab dia tu bernasib malang! Dia malang sebab ada orang macam awak ni haa wujud untuk sakitkan dia." Izaty mula marah.
"Hey, relakslah, bukan awak pun. Nak marah sangat kenapa."
Izaty hanya mampu menggelengkan kepala sambil memandang tajam ke arah Raja Azreen.
Dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah. Still macam setan!
"Hey. Saya nak pesan satu je tau. Dia walaupun gemuk, but still ada perasaan tau! Saya rasa awak kena mintak maaf dari dia sebab awak buat banyak salah kat dia. Saya tak mahu suatu hari nanti awak menyesal."
"Huh? Really? Sorry never!" Raja Azreen membuat muka bosan.
"Hmm! Okaylah. Kalau awak dah cakap macam tu. Saya just nak pesan." Kata Izaty. Air jus epal merah disedut olehnya supaya tenang sikit rasa apabila dia 'masih' lagi dikutuk oleh Raja Azreen.
"Saya kena pergi sekarang. Maaf, tak boleh lama." Kata Izaty yang mula panas lantas dia mula membuka langkah untuk pergi.
"Aik, sekejapnya!" Raja Azreen mengerut dahi.
"Haah, nak balik cepat sikit ada hal. Bye." Izaty mula mengatur langkah untuk pergi.
"Eh, janganlah... Tunggulah sekajap."
Raja Azreen memegang tangan Izaty tanpa ada rasa segan silu.
Izaty jadi tersentak dengan tindakan yang dilakukan oleh Raja Azreen.
Segera Izaty merentap tangannya kembali.
"Sorry, saya bukan perempuan murahan macam Asmida!" Kata Izaty dengan serius, lantas dia berlalu pergi dari situ.
Raja Azreen hanya menelan liur, sambil matanya melihat gerak geri perempuan itu keluar dari tempat itu.
Dia seperti biasa sahaja dengar 'ayat' itu tapi, dia ingat-ingat lupa.
****
"Argh! Argh! Argh!" Jerit sekuat hati izaty di dalam kereta sambil menghempuk-hempuk stereng kereta.
Tisu yang berada di sebelahnya di ambil lalu di seka air matanya.
"Kenapa Raja, kenapa!"
"Kenapa sekarang kau baru nak suka aku? Kenapa tak dulu kau suka aku? Sebab aku dah cantik ke? Hah? Sebab aku dah tak hodoh?" Kata Izaty dengan tersedu-sedan. Dia benar-benar ingin lupakan tentang hal tadi.
"Kalau dulu memang ya, aku suka kau tapi sekarang aku dah tak boleh terima kau dalam hidup aku. Aku dah lama move on tapi kau datang balik dalam dan kejar aku kenapa?"
Ya, memang Raja Azreen tidak beritahu perasaan sukanya terhadap Izaty tetapi, Izaty dapat merasakannya. Izaty menarik nafas, lalu menghembuskannya keluar berulang kali agar menjadi lebih tenang...
Share this novel
Raja Azreen tu bodoh erghh !