21

Romance Completed 26570

Aiman dan Syazwan hanya berdiam diri duduk di belakang sambil bermain telefon pintar masing-masing.

Mak Ijah yang duduk di hadapan sudah tertidur menahan mabuk kenderaan. Izaty yang sedang memfokuskan pandangannya di jalan raya sambil memandung cuba-cuba curi pandang adik-adiknya di belakang yang senyap dari tadi. Radio pun dia tak buka sebab memang rosak.

"Ehem! Syazwan, Whatsapp siapa tu? Awek eh?" Izaty cuba memeriahkan keadaan.

"Tak." Balas Syazwan ringkas tapi matanya masih lagi tepat memandang ke arah telefon miliknya.

"Aiman? Macam mana okay ke duduk kat belakang tu?"

"Panas!" Jawabnya dengan marah.

"Sorrylah. Air-cond tak boleh bukak kuat-kuat. Bukak tingkap lah ya? Hehe." Kata Izaty sambil tersenyum-senyum.

"Itulah, nak naik jugak kancil ni. Entah sampai ke tidak? Tadi suruh sewa kereta lain tak nak." Kata Syazwan dengan wajah masam.

"Alah, sampai punyalah bukan jauh sangat pun. Tunggulah nanti kakak ada duit, kakak beli kereta baru okay. Sekarang kakak baru nak kerja." Duit Izaty habis kerana mengias rumahnya. Apa yabg bocor atau rosak semua diganti mengunakan duit kerja sambilannya selama ini. Dahulu rumahnya yang usang dan kosong kini, sudah bertukar berseri-seri. Ditambahnya perabot seperti sofa, almari, Tv nipis 50 inci, katil, langsir dan sebagainya. Dia cuba memberikan keselesaan yang sebaik mungkin untuk keluarganya walaupun tidak seberapa. Mungkin selepas ini dia boleh fikirkan untuk membeli kereta pula?

"Kak cari jelah sugar daddy. Hahaha!" Kata Syazwan sambil ketawa berdekah-dekah.

Dalam dua saat Aiman turut ketawa berdekah-dekah juga mendengar celoteh adiknya itu. Mereka berdua menepuk tangan sesama mereka.

"Hoi.. Mulut tu jaga sikit eh. Tinggal tepi jalan baru tau." Ugut Izaty.

"Hah! Hah! Apa? Sampai dah ke?" Mak Ijah terkejut dari tidur dengan wajah bodoh. Air liur yang meleleh ke pipi dilapnya lalu dia lihat keadaan keselilingnya.

"Tak... tak sampai lagi. Tidurlah dulu. Tidur, tidur..." Kata Izaty sambil tersenyum tengok mak dia tu yang tiba-tiba tersampuk itu.

"Err..Urmm..Kwik, kwik..." Mak Ijah melelapkan kembali matanya.

Adik-adiknya di belakang tersenggeh-senggeh sambil menutup mulut menahan ketawa yang masih tersisa.

Izaty hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Malas nak layan adik-adiknya yang suka membahan dirinya itu.

'Adik-adik jambu sado aku ni haish.' Izaty kata dalam hati.

Dah besar pun mereka. Dulu kecil lagi. Sekarang sudah sekolah menengah. Dulu masa kecil-kecil sumpah comot macam anak orang tak bela tapi bila dah besar ni. Pergh! Mengancam! Kedua-dua mereka memilik pipi yang runcing macam model! Hidung juga boleu tahan mancung.

Aiman walaupun wajahnya boleh tahan comel tapi lebih kepada handsome dan dia seorang yang lebih matang dari adiknya. Aiman juga suka control macho. Masa dia jadi pengapit untuk Raja Azreen bukan main control macho depan awek-awek dekat kenduri haritu. Menyampah pulak Izaty tengok masa tu.

Syazwan ini pula lebih kepada kebudak-budakkan yalah mungkin dia anak bongsu tapi badannya juga ketul-ketul macam abangnya. Syazwan ini agak pemalu orangnya. Lebih suka buat hal sendiri tetapi followers Instagramnya lebih banyak dari Aiman. Syazwan 36.7k manakala Aiman 34.5k sahaja. Nampaknya si adik lebih ramai peminat di media sosial dari abangnya.

Masing-masing duduk di kelas budak pandai. Result exam pulak selalu tip top. Dalam kelas tak pernah jatuh juga, selalu dapat nombor 1,2,3 sahaja dalam kelas.

'Haih... Kenapalah dulu aku ni noob sangat.' Izaty berkata dalam hati teringat zaman sekolahnya. Tak cemerlang sangat dalam pendidikan. Sukan pun tidak cuma pandai main bola jaring sahaja untuk wakil sekolah. Itu sahaja yang mampu dia lakukan.

Dia terus fokus ke arah jalan dalam kiraanya lagi satu jam sampailah.

~~~~~•~~~~~

"Assalamualaikum... Kak Ila!" Jerit Izaty di hadapan rumah sebaik sahaja dia sampai. Dia memegang pintu pagar itu.

"Waalaikumsalam Izaty. Masuklah. Lama tak nampak tengelam timbul, tengelam timbul gayanya."

"Hahaha... Tiru skrip bujang lapok ke Kak Ila?"

"Hahaha... Masuklah. Nanti kak suruh Abang Zaim angkat barang kejap lagi."

"Eh... Tak payah... Barang tak banyak pun. Kereta kecik. Nak bawak banyak pun tak boleh." Kata Izaty sambil tersenyum-senyum.

"Eh, lupa pulak nak salam..." Izaty terus menyalami tangan Nabila. Nabila sahut dengan mesra.

"Kak Ila... Ni mak pun ikut juga."

"Hai... Apa khabar mak cik..." Sapa Nabila dengan mesra, tangan orang tua itu disalam olehnya dengan penuh hormat.

"Alhamdulliah sihat." Balas Mak Ijah malu-malu.

Aiman dan Syazwan hanya tersenyum ke arah Nabila tapi sebaik sahaja Zaim keluar mereka terus menyalami tangan Zaim.

"Masuklah... Masuk..." Pelawa Zaim dengan mesra. 

Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah itu. Rumah itu agak besar. Bilik pun banyak.

"Izaty dengan mak tidur dalam bilik ni ya. Aiman dan Syazwan tidur bilik sebelah. Semua bilik ada pendingin hawa." Kata Nabila.

"Eh... Adik beradik akak dengan abang tak datang tidur sini ke? Kalau nak tidur sini biarlah kami tidur satu bilik aje."

"Akak orang sini. Adik beradik pun orang sini. Abang Zaim family dia tak dapat datang. Jadi kosong ajelah. Ada kamu dengan family kamu ni happylah sikit esokkan? Haha..."

Izaty hanya senyum. Pergilah mandi dulu ke, nak solat ke, bilik air dalam bilik ada. Lepas tu kita makan sama-sama. Dah siap masak ni."

Mak ijah jadi malu pulak, kena layan spesial macam ni. Terharu sangat. Walaupun tak kenal tapi layanan yang di berikan sangat istimewa seperti keluarga sendiri. Keluargnya pun tak layan dia macam ni. Untung anaknya kenal orang macam ni dan pernah tinggal bersama mereka.

~~~~~•~~~~~

"Macam mana Izaty kerja dekat sana? Okey ke?" Tanya zaim sambil menyedut bihun sup.

"Bestlah abang. Budak-budak comel, comot semua ada. Hahaha... Geram tengok." Balas Izaty.

"Untunglah..." Kata Nabila.

"Kak Ila nak tinggal sini pulak ke?"

"Eh, tak... Sajalah buat rumah kat sini. Kat kampung sendirikan."

"Kak Ila dah ada tiga biji rumah kan?" Tanya Izaty dengan muka ingin tahu.

"Alhamdullilah... Haah. Satu kat KL, satu kat sini satu lagi di Kelantan."

"Bestnya jadi orang banyak duit." Kata Izaty dengan rasa teruja.

Nabila hanya tersenyum.

"Nak merewang ke petang ni? Yalahkan malam ni kan kenduri tapi tak nampak sibuk pun?" Tanya mak ijah kepada Nabila.

"Haah... Meriahlah sikitkan. Tapi tak adalah banyak sangat lauknya. Empat jenis je tapi tu semua katering yang buat. Setakat pulut kuning tu kita sendiri buat pun takpe kan." Balas Nabila.

"Tak apa mak cik tolong. Mak cik kalau bab rewang-rewang ni memang speed. Beras pulut 50 kilo pun mak cik boleh angkat. Hahahaha..."

Mereka semua ketawa mengdengar teletah yang keluar dari mulut Mak Ijah sambil menikmati hidangan...

~~~~~•~~~~~

Mak Ijah asyik bermain dengan anak-anak Nabila. Fatimah 8 tahun, Azri 6 tahun dan Qudus 2 tahun. Nabila dan Zaim senang melihat anak-anak mereka bergelak ketawa dengan sifat keibuan Mak Ijah.

"Amboi mak, dulu masa Zaty kecil-kecil mak tak pernah main dengan Zaty macam ini." Izaty memuncungkan bibirnya sebagai tanda merajuk.

"Nak main apanya, dulu kau tu gemuk gedempol. Tak larat mak nak angkat kamu. Elok kamu dah besar kurus pula?"

Nabila dan Zaim ketawa kecil mendengar celoteh yang keluar dari mulut Mak Ijah.

"Alah, tipulah tadi sembang beras pulut 50 kilo boleh angkatlah apalah."

"Zaty... kempunan mak kamu tu, nak menimang cucu dia." Zaim menyampuk untuk memeriahkan lagi suasana.

Mak Ijah tersenyum sambil memandang tepat ke arah Izaty. Izaty pulak buat-buat pandang ke arah lain.

"Ha, betul tu. Bila nak kahwin? Umur dah 25, takkan nak tunggu 55 baru kahwin?" Kata Mak Ijah sambil memerli Izaty.

"Alah, orang nak enjoy lagilah mak..." Kata Izaty sambil memuncungkan bibirnya.

"Ha enjoy, enjoy juga, sekali ada jantan mana bawa lari kamu, padan muka."

"Apa mak ni cakap macam itu?" Kata Izaty sambil mengerutkan dahinya. Boleh pula maknya doa bukan-bukan dekat dia macam tu.

Mereka semua ketawa melihat Izaty.

"Mak Izaty nak keluar kejap eh... Kejap aje. Ada nak beli barang sikit." Kata Izaty dengan nada comel tangan maknya dipeluk erat.

"Nak ke mana?" Tanya Mai Ijah.

"Nak beli buku..." Katanya malu-malu.

"Alah, nak beli novel lah tu." Kata Nabila sambil tersenyum-senyum.

Izaty hanya menggangguk malu.

"Haah, pergi ajelah. Nak bagitahu kat mak buat apa." Mak ijah mengerut dahinya.

Izaty mencebik.

"Nak jugak manja-manja..."

"Hahaha... Baiklah anak sayang mak pergilah..." Kata mak ijah sambil mencubit hidung anaknya perlahan.

Izaty tersenyum lantas terus keluar dari rumah itu.

Tiba-tiba terpancul muka Aiman dengan Syazwan di hadapan muka pintu rumah sambil kedua-dua orang mereka memegang helmet. Izaty memandang adik-adiknya.

"Hah, pegang helmet tu nak pergi mana? Nak merayap lah tu." Kata Izaty sambil mencekak pinggangnya.

"Hehe, mana ada." Kata Aiman perlahan.

"Abang Zaim lain kali jangan bagi dia orang kunci motor, bukan reti isi minyak balik dia orang ni." Kata Izaty kepada Zaim dengan nada marah.

"Alah biarlah diaorang nak pergi jalan-jalan motor tu pun dah lama orang tak naik pada biarkan je rosak baik bagi adik-adik kau naik." Kata Zaim dari dalam rumah.

Aiman dan Syazwan sudah tersenyum kelat ke arah kakaknya. Saja nak bagi kakak dia tu sakit hati.

"Korang naik motor orang tu jaga baik-baik. Ken saman siap korang. Bayar pakai duit sendiri!"

"Okay bos!" Kata mereka berdua sambil meletakkan tanggan ke dahi macam askar.

"Eleh, nak pergi cari tempat OOTD lah tu. Macam kakak tak tahu." Kata Izaty sambil menjeling.

"Hehe, taklah selfie je." Balas Syazwan perlahan.

"Hmm, yelah. Hati-hati okay nanti. Kakak nak keluar kejap."

"Eleh kata kita merayap dia pun sama." Bisik Syazwan perlahan di telinga abangnya, Aiman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience