3

Romance Completed 26570

Waktu balik lagi lima minit. Fikiran Izaty sudah melayang ke luar tingkapkelasnya. Malas mahu dengar cikgu membebel lagi-lagi pada hari Isnin. Moodnya ingin belajar pun makin lama makin hilang walaupun sekarang baru bulan satu. Hidupnya rasa sedih setiap hari. Dia tidak kenal erti persahabatan, tidak kenal erti cinta, tidak kenal segalanya. Dia hanya berkawan dengan dirinya walaupun ada Tasha tapi mereka tidaklah serapat mana. Izaty telefon bimbit pun tidak ada. Macam mana dia mahu bersosial seperti orang lain? Kawan-kawannya hari-hari setiap petang keluar ke sana ke sini. Dia hanya duduk di rumah menjaga adik-adiknya.

Kringgg!!!! Bunyi loceng menandakan waktu pulang. Izaty bangkit dengan pantas. Semua orang melakukan perkara yang sama. Sebaik sahaja mengucapkan terima kasih, Semua orang melangkah dengan pantas.

Sesampainya Izaty di tempat meletak basikal, Asmida datang lagi sekali.

"Woi, woi gemuk sekejap."

"Ah, tak ada masa aku nak tunggu kau." Izaty berkata perlahan, dengan pantas dia mengayuh basikal tanpa menoleh ke arah belakang acah-acah tidak dengar Asmida memanggilnya.

Asmida berlari-lari anak mengejar Izaty, baru beberapa langkah dia berhenti.

"Tak guna punya gemuk!"

Dua orang kawan Asmida mengekorinya dari belakang dengan langkah yang perlahan.

"Biarlah Asmi, tak guna nak kejar budak gemuk tiga suku tu, abaikan. Dahlah miskin! Basikal dia pun buruk."

Asmida mengetap bibirnya rapat menahan rasa marah dan geram.

'Kau tunggu Izaty, aku tak puas hati lagi dengan kau ni. Hergh!' Katanya dalam hati.

Sesampainya Izaty di rumah, dia perasan rumahnya kosong tiada orang. Di mana ayahnya?

"Mungkin sudah ke masjid untuk menunaikan solat fardhu ?, tapi mana mak?" Izaty berkata sendiri sambil memandang ke kiri dan kanan. Tiba-tiba dia tersentak! Dia lupa ayahnya sudah meningal dunia tahun lepas. Izaty nenjadi sebak secara tiba-tiba. Dia rasakan seperti arwah masih ada.

"Dah balik?" tegur satu suara.

Izaty menoleh ke belakang.

"Oh, mak. Mak pergi mana?"

"Baru balik sawah." Mak Ijah mengelap peluh di dahinya.

Izaty meluru ke arah maknya dan menyalami orang tua itu.

"Pergi masuk makan, gerak sekali adik-adik kamu."

"Aiman tak pergi sekolah ke mak?"

"Hmm, entahlah dengan dia tu. Malas." Balas maknya acuh tak acuh maknya juga tidak hiraukan mereka sangat kerana sibuk mencari duit. Kehidupan mereka yang susah dan serba kekurangan punca mereka tidak dapat duduk dengan senang dan mewah cukuplah sedikit kesabaran yang dapat mengenyangkan mereka ketika ketiadaan makanan.

Izaty mengangguk lantas dia masuk ke dalam rumah papan yang kecil itu. Rumahnya kelihatan sangat buruk dan kecil. Izaty datang daripada keluarga yang miskin, tetapi dia tidak pernah merungut. Biarlah nasibnya dipendam, kalau di ceritakan kepada orang bukannya faham, lagi orang buat bahan lagi adalah.

Sebaik sahaja dia mengejutkan adik-adiknya, dia terus meluru ke dapur. Dia membuka tudung saji, dia terdiam. Hanya ada ikan bilis goreng dan sedikit nasi putih.

Adik-adiknya masih belum makan tengah hari.
Sebak pula melihat adiknya yang masih kecil itu tidak dapat makan sedap-sedap. Entah macam mana dia boleh jadi gemuk sedangkan dia kurang makan yang enak-enak. Tanpa membuang masa, dia terus menyuap adik-adiknya makan. Aiman dan Syazwan. Sememangnya dia lapar tetapi, adik-adiknya lebih penting.

"Aiman, kenapa tak pergi sekolah hari ini?"
tanya Izaty sambil menyuap nasi ke dalam mulut Aiman.

"Pensil Aiman dah habis."

"Lah, kenapa tak minta dekat kakak tadi?" Izaty berkata sambil menyuap Syazwan pula yang berusia 6 tahun.

Aiman adik yang paling manja dengan kakaknya. Izaty tidak mampu memberikan apa-apa kecuali kasih-sayang.

"Mana Aiman tahu kakak ada pensel."

"Aiman tak bolehlah nak ponteng sekolah tanpa sebab."

Aiman yang berusia 7 hanya mengangguk.

"Syazwan pun sama okay, jangan nak mengada-ngada macam Abang Aiman tak pergi sekolah."

"Sekolah tu apa?" Tanya Syazwan tidak mengerti.
Oh, lupa. Syazwan walaupun berusia 6 tahun, dia masih tidak lagi ke sekolah. Kesusahan hidup membataskan mereka untuk dapat pelajaran yang lebih baik.

"Sekolah tu, sekolah lah. Tempat orang belajar. Best..." Balas Izaty seadannya. Sejujurnya, dia juga tidak lagi mahu ke sekolah itu kerana masih malu dengan kejadian tahun lepas, tapi dia siapa? Bukannya kaya atau senang-senang nak berhenti sekolah atau tukar sekolah tapi inilah kehidupan, harus dilaluinya dengan tabah.

****

Izaty termenung di atas katil menghadap pintu biliknya. Angin dari laut meniup lembut menyentuh wajahnya. Luka di pipinya yang sudah kering dipegang perlahan. Nasib baik tiada orang yang perasan.

Dia mula terasa bosan. Novel yang dipinjam di pusat sumber di pegangnya perlahan-lahan dia melangkah keluar dari rumah usang itu. Basikal yang diletakkan di bawah rumah diambilnya lantas dia mengayuh basikal itu berlahan-lahan untuk menuju ke tempat rahsianya.

Dia mengayuh basikal sambil memandang ke arah laut yang terbentang luas di sebelahnya. Dia bernyanyi seorang diri dengan ceria walaupun hatinya terasa sunyi.

"Lalalala.. aku orang miskin, budak gemuk hodoh tak sedar diri nak dekat Raja Azreen. Lalala.." Dia membahan dirinya sendiri dalam bentuk lagu. Setelah 20 minit mengayuh basikal akhirnya dia berhenti di suatu tempat. Dia terus berlari ke dalam semak samun terdapat seketul batu besar lalu dia duduk di atas batu tersebut. Di hadapannya terbentang air laut yang mengalun-alun indah. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya terasa sebak.

Dia berfikir sendiri.

"Kenapalah, aku tak boleh jadi bahagia seperti orang lain, sedangkan aku manusia juga?" Izaty bermonolog seorang diri.

Dia terus ketawa.

"Haha, kenapalah aku sanggup buat kerja bodoh? Memang taklah lelaki tu suka kat aku?" Dia tersenyum sendiri seperti orang gila di situ.

Kata-kata Raja Azreen masih terngiang-giang di cuping telinganya. Novel di sebelahnya yang bertajuk 'Andai itu takdirnya'. Karya Siti Rosmizah diambil dan di peluk seerat-eratnya.Dia tidak mahu baca, dia cuma mahu dakap novel tebal itu sambil memejamkan mata meminta sedikit ketenangan akan hadir dalam dirinya.

'Jalan hidup aku mengalahkan jalan cerita dalam novel atau sama macam dalam novel? Hahaha tak mungkin kot. Ini realiti. Kau bukan dalam novel Izaty.' Katanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience