37

Fantasy Completed 11833

MULYA yang sedang mengendong bayinya berjalan menyelusuri hutan belantara bersama adik lelaki, Suri. Perjalanan mendaki gunung dan meredah hutan belantara itu begitu mencabar bagi Mulya apatah lagi sambil membawa anak kecil dipangkuannya. Tenaganya sudah banyak terkuras dan Mulya mulai kelelahan. Suri yang menyedari kepenatan kakaknya itu menghentikan langkah kakinya.

"Kita rehatlah dulu disini. Kakak sudah terlihat terlalu penat.." Suri memberi masa untuk kakaknya itu berehat.

"Ya.. Kita rehatlah sebentar disini. Aku ingin menyusukan Kenchana sebentar." Mulya lebih memikirkan keadaan bayinya yang dikhawatiri kelaparan berbanding keletihan yang sedang dia rasai.

"Kakak juga makan dan minumlah dulu. Bagaimana mahu anakmu itu menyusu jika kamu sendiri kelaparan. Nah, masih ada bekal ini." Suri menghulurkan bungkusan daun pisang dan bejana air yang terbuat dari kulit haiwan kepada Mulya. Bekalan makanan dan minuman yang dibawanya dari Perkampungan Nirma itu disambut oleh Kakaknya.

"Sini..berikan aku Kenchana. Kau makanlah dulu. Sesudah kau kenyang nanti kau berilah susu kepada Kenchana." Lantas Suri mengambil Kenchana dari pangkuan Mulya. Mulya hanya menuruti kata-kata adiknya itu tanpa sebarang bantahan. Hampir setengah hari sudah berlalu perjalanan mereka di hutan itu sejak datang ke alam manusia ini. Wajar sahaja kalau mereka sudah keletihan. Mulya mulai makan perlahan-lahan sambil melihat Suri yang sedang mendodoikan Kenchana.

"Suri.. Maafkan kakak kerana sudah menyusahkan kamu.." Mulya mula rasa bersalah kerana menyusahkan adik lelakinya itu.

"Menyusahkan apa pula kak? Kakak dan Kenchana juga tanggungjawab Suri.. Bukankah dari kecil kita sudah berjanji akan susah senang bersama?" Suri tersenyum kepada Mulya.Mulya juga turut tersenyum dan menyentuh lembut pipi Suri dengan telapak tangannya. Matanya berkaca dan rasa sayu mula menerjah ke hatinya. Kasihan melihat pengorbanan Suri sebagai seorang adik terhadap dirinya.

"Ishh.. Tanganmu itu kotor la.. masih tersisa makanan.. jauhkan dari mukaku.." Suri mengomel sambil bergurau dengan Mulya. Terburai ketawa dari dua beradik itu ditengah hutan belantara tersebut. Kenchana didalam pangkuan Suri pula cuma merenggek kecil tanpa memahami apa yang sudah terjadi kepada dirinya. Tidak lama kemudian, mereka meneruskan perjalanan mereka di rimba tebal itu. Setelah hampir  seharian berjalan, akhirnya mereka menemui sebuah gua. Sebuah tempat yang difikirkan sesuai oleh Suri bagi mereka mendiaminya. Suri meninjau dahulu keadaan dari luar pintu gua tersebut.

"Kak, Kau dan Kenchana tunggu dulu diluar. Biar Suri periksa dulu bahagian dalam gua ini.."

"Baiklah.." Mulya menyetujui arahan adiknya. Suri kemudiannya masuk bersendirian dahulu ke dalam gua tersebut bagi meninjau dan memeriksa keadaan di dalam gua, manakala Mulya dan anaknya menunggu diluar pintu gua. Seketika kemudian, setelah memeriksa keadaan dan keselamatan di dalam gua, Suri keluar kembali mendapatkan Mulya dan anaknya itu.

"Baiklah Kak.. Kita tinggal di sini aja.. Gua ini cantik dan sesuai untuk kita. Tiada juga tanda ia menjadi tempat tinggal haiwan buas.." Suri keluar dari muka pintu dengan tersenyum meleret. Mulya menjadi senang dengan penjelasan Suri itu langsung tersenyum dan menapakkan kakinya menuju ke arah pintu gua, tempat Suri berada.

"Aku mahu berikan susu kepada Kenchana dahulu.." Mulya menyatakan hasratnya kepada Suri.

"Ya Kak.. kau rehatlah dulu bersama Kenchana di dalam. Aku mahu mencari sumber air terdekat dahulu untuk kita minum. Oh..ya.. ubahlah wujud kita kepada bentuk haiwan.. Jika tidak, kita akan mudah kelelahan dan tidak mampu bertahan lama hidup di dunia ini." Suri memaklumkan kepada Mulya sambil dirinya ketika itu langsung berubah menjadi seekor rusa berwarna putih.

"Kau pergilah dahulu Suri.. Kakak mahu kekal dalam bentuk begini saja.. Kakak tidak mahu Kenchana merasa dia dibesarkan oleh haiwan. Kakak mahu Kenchana membesar dengan melihat ibunya dan merasakan kasih sayang seorang ibu.." Mulya memberi penjelasan kerana enggan bertukar bentuk wujudnya kepada haiwan. Suri hanya memandang ke arah Mulya tanpa sebarang balasan. Dia yang sudah bertukar menjadi seekor rusa itu berkedip-kedip matanya memandang ke arah Mulya yang sedang memangku Kenchana yang masih bayi.

"Terserah kau saja Kak.. Kalau itu yang kau rasakan terbaik untuk dirimu dan anakmu.. Aku akan menyokong segala keputusanmu.." Suri yang sudah menjadi seekor rusa putih itu berbicara secara batin kepada Mulya. Suri kemudian mengangkat rendah kedua kaki depannya sebelum mula berlari untuk mencari sumber air seperti yang dia perkatakan tadi.

Di gua itulah menjadi rumah mereka dan tempat bagi Kenchana membesar. Hari berganti minggu. Bulan berganti tahun masa berlalu. Setelah 9 tahun berlalu, Mulya akhirnya semakin sakit tenat. Mampu bertahan didunia manusia dalam tempoh selama itu sudah dianggap sangat hebat bagi kaum bunian seperti mereka. Mungkin kerana keazaman dan tekad sebagai seorang ibu menjadikan Mulya mampu bertahan sehingga selama sembila tahun. Kenchana berusia sembilan tahun ketika itu hanya mampu menangis apabila melihat ibunya jatuh sakit. Kenchana yang tidak tahu identiti sebenar Suri hanya menganggap rusa putih itu sebagai teman dia dan ibunya di gua tersebut.

"Suri.. Kalau aku tiada nanti, kau tolonglah jaga Kenchana baik-baik ya.." Mulya berbisik kepada Suri sambil dirinya berbaring kerana sudah sakit tenat. matanya sesekali memandang ke arah Kenchana yang sedang tidur disampingnya. Dia terpaksa memperlahankan suaranya untuk berbicara dengan Suri agar tidak mengganggu tidur anak perempuannya itu.

"Kakak.. Aku fikir baik kau berubah wujudmu dan kembalilah sebentar ke Nirma untuk perawatan.." Suri memberi sarannya.

"Kau tahu aku tidak akan berbuat begitu kan.. "

"Tapi kak.. Demi Kenchana, lebih baik kau dapatkan rawatan.."

"Kerana demi Kenchanalah aku tidak akan meninggalkan dia.." Mulya tetap berkeras hati. Suri pula semakin bingung dan tidak tahu bagaimana lagi untuk memujuk Mulya.

"Berjanjilah kau akan menjaga Kenchana.." suara Mulya perlahan.

"Ya Kak.. Aku berjanji akan menjaga Kenchana lebih dari nyawaku sendiri." Suri sememangnya sangat sayangkan Kakak dan anak saudaranya itu. Namun sekarang dia sangat kesal dengan keputusan Mulya yang berkeras tidak mahu mengubah bentuk wujudnya ataupun kembali ke alam sebenar mereka untuk mendapatkan rawatan. Mulya pula hanya tersenyum sambil matanya perlahan-lahan dipejam.

Setahun kemudian Mulya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kenchana yang berusia sepuluh tahun ketika itu menangis kencang apabila kehilangan ibu tersayang dan satu-satunya manusia yang dia kenali. Kenchana yang kesepian menangis selama beberapa hari tanpa makan dan minum. Dia cuma akan berhenti menangis apabila tertidur kerana terlalu penat menangis. Diwaktu Kenchana tidur, baru Suri berubah ke bentuk asalnya dan mengebumikan jasad Mulya serta kembali ke Perkampungan Nirma untuk memberi laporan kepada Penghulu Jalit. Suri akan kekal merahsiakan identitinya daripada Kenchana sendiri biarpun Kenchana terpaksa kesepian demi keselamatan anak saudaranya itu.Dia memilih untuk terus menemani Kenchana sebagai seekor rusa peneman sahaja bagi menjadi tempat Kenchana meluahkan perasaan.

Perkampungan Nirma

SURI sedang berhadapan dengan Penghulu Jalit di dalam sebuah bilik. Dia baru sahaja melaporkan hal kematian Mulya dan kesedihan Kenchana kepada Penghulu Jalit. Pemimpin Parkampungan Nirma itu menangis apabila mengetahui nasib yang menimpa anak dan isterinya di dunia manusia. Penghulu Jalit ingin sahaja membawa Kenchana kembali ke dunia mereka namun terpaksa membatalkan niatnya itu setelah dipujuk oleh Suri. Demi keselamatan Kenchana, mereka harus meneruskan rancangan yang sudah berlangsung. Mereka tidak ingin pengorbanan Mulya menjadi sia-sia jika Kenchana tertangkap oleh Bunda Banang sekiranya kembali ke alam bunian.

"Aku tak boleh berlama-lama disini. Nanti disana, Kenchana akan bersendirian beberapa hari.."

"Baiklah Suri.. pergilah temani dan jaga anakku disana sebaiknya. Jangan lupa untuk kau bawa bekalan makan,minumnya.. ambil juga pakaian ini untuknya." Penghulu Jalit memberikan bungkusan yang berisi makanan dan pakaian persalinan untuk Kenchana kepada Suri.

"Baiklah Penghulu.." Suri menundukkan kepalanya dan mengambil bungkusan yang dihulurkan oleh Penghulu Jalit.

Mereka kemudian keluar bersama dari bilik tersebut dan menuju ke sebuah kawasan lapang dibelakang rumah Penghulu Jalit. Penghulu Jalit menghayunkan tangannya seraya sebuah gerbang menuju ke alam manusia terbuka.

"Aku pergi dulu Penghulu.." Suri meminta diri untuk berpemergian menjaga Kenchana di alam manusia.

"Baiklah Suri.. Hati-hatilah disana.." Penghulu Jalit memberi pesanan. Suri kemudiannya terus masuk ke pintu gerbang yang dibuka oleh Penghulu Jalit sebentar tadi. Sejurus sahaja Suri melepasi gerbang tersebut dan masuk ke alam manusia, pintu gerbang antara dua alam tersebut terus mengecil dan tertutup. Penghulu Jalit pula masih berdiri disitu sendirian dengan kedua tangannya disilangkan dibelakang badannya.

"Kasihan anakku Kenchana.. diusia sekecil itu sudah hidup sendirian di tengah hutan belantara.. Aku hanya bergantung kepadamu Suri.. Tolonglah jaga keselamatan Kenchana..." Penghulu Jalit berbicara sendirian dengan perlahan. Seketika kemudian, sebuah hembusan dilepaskan dari mulutnya. Penghulu Jalit sungguh kesal dengan apa yang telah berlaku. Sungguh dia tidak menyangka, orang yang ingin membunuh anak perempuannya adalah ibunya sendiri, nenek kepada anaknya itu. Tidak jauh dari rumah Penghulu Jalit, dicelah daun-daun pokok yang merimbun, ada seekor burung gagak hitam sedang memerhatikan tindak-tanduk Penghulu Jalit dan Suri tadi.

Burung gagak itu kemudian terbang meninggalkan pokok yang dihinggapnya dari tadi. Setelah terbang beberapa ketika pada jarak yang agak jauh dari Perkampungan Nirma, gagak itu kemudian menghampiri sebatang pokok yang besar dan terbang meluru ke arah batang pokok tersebut. Selepas terbang merempuh batang pokok tersebut, burung gagak itu hilang dari pandangan sepertinya tembus memasuki batang pokok besar tersebut. Disatu ruangan yang terlihat kosong, gagak hitam terus terbang sebelum hinggap di sebatang kayu yang terlihat terpacak berdiri sendiri. Kemudian berpuluh-puluh ekor burung gagak lain muncul dan mereka bertembung sesama sendiri sebelum menyatu membentuk fizikal manusia. Manusia yang muncul itu adalah Bunda Banang, tetapi pakaiannya yang sebelum ini sudah bertukar menjadi warna hitam. Alis matanya juga berubah menjadi warna hitam.

"Kemanakah mereka sembunyikan budak itu? Mulya juga sudah beberapa minggu tidak kelihatan.. Pasti perempuan itu membawa anaknya bersembunyi dariku dimana-mana tempat.. Jangan fikir kalian sudah cukup bijak.. Aku pasti akan mencari kalian walau ke lubang cacing sekalipun.. Aku akan menjadi penguasa di dunia ini.. Penguasa yang abadi.. Akulah Ratu Manikmaya!!" Bunda Banang menjerit dengan kuat. Tongkat yang terpacak berdiri terus disambar olehnya dan dihentak dengan kuat ke lantai sehingga menyebabkan gagak yang hinggap diatas tongkatnya tadi terbang dari terus bertenggek disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience