SETELAH selesai menodai Mastika, Ulong bangkit berdiri. Ulong Sang Naga Purba Raya itu kemudian mengeluarkan seutas kalung dari celah ikatan dedaunan yang melilit pinggangnya dan memakaikan kalung tersebut kepada Mastika. Mastika yang sudah lemah hanya memandang lelaki dihadapannya dengan tidak bermaya. Dia sedar dirinya sudah menjadi korban penyembahan. Dia sekarang adalah milik naga yang menyarungi jasad manusia di depannya itu. Maka disebabkan itu, dia membiarkan sahaja Ulong untuk berbuat sesuka hatinya. Jiwa Mastika tidak lagi merdeka. Hidup dan matinya bergantung kepada Naga Purba Raya.
"Ini adalah kalung naga. Jangan sesekali kau membuangnya. Itu adalah tanda kau milikku." Ulong memberi peringatan kepada Mastika. Mastika hanya diam membisu. Matanya terlihat kosong tanpa berkedip.
"Jaga anakku nanti sebaik mungkin. Aku mahu kesaktian dua bulan purnama yang mengambang penuh pada malam ini jatuh kepada benihku yang berada di dalam rahimmu itu."
"Memandangkan kau adalah ibu kepada anakku yang bakal lahir nanti, maka kau juga sangat penting bagiku. Jika kau memerlukan aku, serulah namaku.. Kalung itu adalah penghubung diantara kau dan aku.." Naga berjasad manusia itu tersenyum, menampakkan gigi taringnya. Tiba-tiba Ulong tersentak. Dia lantas mendongakkan kepalanya memandang ke arah bulan yang sedang mengambang penuh di atas langit. Agak lama, Ulong hanya berdiam diri. Dia membatu, berdiri kaku mendongak ke langit. Matanya terpaku memandang ke arah bulan yang sedang mengambang. Tidak semena-mena Ulong berubah reaksi. Tangannya digenggam kemas dan wajahnya menyeringai menampakkan taring.
"Tak guna! Ada orang sedang melakukan upacara menarik kesaktian.." Rupa-rupanya Ulong dapat mengesan seseorang sedang melakukan ritual penarikan kuasa sakti pada malam tersebut. Ulong mula kelihatan resah kerana bimbang kesaktian pada malam tersebut tidak akan jatuh kepada benihnya yang ditumpahkannya ke dalam rahim Mastika sebentar tadi. Mastika pula masih dengan pandangan kosongnya, menatap ke arah Ulong. Hati dan fikirannya sunyi tanpa sebarang isi.
"Siapakah yang berani menarik kesaktian pada malam ini?! Tak guna!! Kau cuba menarik kesaktian dari zuriatku!"
Ulong menjerit kegeraman. Lalu dia segera melompat dan badannya langsung bertukar menjadi seekor naga dan terus terbang tinggi ke langit. Mastika yang melihat kejadian itu sungguh terkejut dan takjub. Akal fikirannya mulai mendatangi jiwanya yang sedari tadi kekosongan. Mastika kemudian membalikkan badannya menghadap bumi. Badannya yang terasa sakit dan kehilangan tenaga cuba untuk merangkak tetapi tidak berjaya. Dia hanya mampu mengensotkan dirinya perlahan-lahan, cuba untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun beberapa detik kemudian, Mastika terus rebah dan pengsan.
Perkampungan Nirma
BULAN yang sedang mengambang penuh menerangi alam. Di atas sebuah bukit, beberapa orang yang berpakaian putih sedang berkumpul. Bunda Banang sedang melakukan ritual untuk menarik kesaktian pada malam dua bulan purnama mengambang. Di empat penjuru sekelilingnya terdapat setiap tiang yang tinggi dan besar. Bunda Banang yang berada dtengah-tengah diantara empat penjuru tiang itu sedang menghadap ke arah Bulan yang mengambang penuh pada malam tersebut. Tempat duduk Bunda Banang dilingkari dengan bulatan yang diperbuat dari serbuk debu berwarna putih. Di sekeliling Bunda Banang juga kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengelilingi perempuan itu sambil membacakan mantera.
"Bunda Banang.. Isteri Penghulu, Mulya akan bersalin. Sekarang mereka sedang menunggu anak yang akan lahir itu di bilik bersalin." Seorang lelaki mendatangi tempat itu dan menyampaikan berita kepada Bunda Banang. Bunda Banang yang sedang memejamkan matanya melakukan ritual tidak menjawab. Dia cuma mengangkat tangannya dan menunjukkan telapak tangannya kepada lelaki tersebut sebagai tanda 'tunggu' atau 'jangan ganggu'. Lelaki yang datang menyampaikan berita itu cuma diam dan tidak tahu harus berbuat apa. Bunda Banang pula terus terkumat-kamit mulutnya membacakan mantera.
Seketika kemudian, suasana hening malam itu dikejutkan dengan bunyi ngauman Naga Purba Raya Dirgantara. Semua yang berada di Perkampungan Nirma itu terkejut dengan kehadiran Naga Purba Raya tersebut. Tiba-tiba Naga Purba Raya muncul dikawasan bukit, tempat mereka sedang melakukan ritual dan ingin menghalang mereka dari meneruskan upacara tersebut. Beberapa orang lelaki disitu menjadi panik dan segera lari bertempiaran menyelamatkan diri mereka.
"Naga bangsat!" Bunda Banang yang marah dengan gangguan Naga Purba itu cuba menghayunkan tongkat ditangannya untuk menyerang sang naga. Serangan berupa cahaya hijau dari Bunda Banang itu tersasar dan gagal mengenai Naga Purba Raya yang sedang terbang di langit. Kerana marah dirinya cuba diserang, Naga Purba Raya segera menghembuskan apinya dari mulut. Bunda Banang yang tidak menunggu terus menghasilkan lapisan pelindung yang melindungi dirinya dari terkena semburan api naga tersebut. Api hembusan Naga Purba yang kuat itu membakar bukit tersebut namun gagal melukai Bunda Banang.
Kegeraman lebih kuat menerkam jiwa Naga Purba Raya apabila menyaksikan Bunda Banang cuba melawannya. Naga Purba pun melibas ekornya yang besar untuk meruntuhkan ke empat-empat tiang yang berada dipenjuru. Tiang-tiang yang runtuh itu jatuh ke arah Bunda Banang namun masih gagal menimpa Bunda Banang yang dilindungi oleh lapisan cahaya berwarna hijau bercahaya. Runtuhan tiang tersangkut pada lapisan pelindung yang dihasilkan oleh Bunda Banang. Tanpa berlengah, Naga Purba Raya mengambil kesempatan menerkam ke arah Bunda Banang dan kekuatan pelindung Bunda Banang itu gagal menghalang kekuatan fizikal dari Naga Purba Raya. Akhirnya lapisan pelindung itu pecah dan runtuhan tiang tadi segera menimpa diri Bunda Banang dan dirinya mula tertimbus didalam runtuhan tiang tersebut.
Naga Purba Raya sekali lagi mengaum kuat sebagai tanda kemenangan. Ngaumannya terisi penuh rasa bangga dengan kekuatan miliknya. Si Naga yang bangga dengan kehebatan dirinya itu berjaya menghalang Bunda Banang dari meneruskan upacara menarik kesaktian pada malam tersebut. Dia sangat berharap kesaktian pada malam tersebut jatuh kepada benihnya yang sudah disemai ke rahim manusia tadi. Naga Purba Raya melihat-lihat sebentar keadaan sekeliling untuk memastikan tiada lagi yang berani meneruskan upacara tadi. Setelah memastikan semuanya berlaku dengan lancar mengikut kehendaknya, maka Naga Purba Raya itu pun terbang jauh ke angkasa, meninggalkan kawasan yang diserangnya itu.
Diperkampungan Nirma, seorang lelaki berlari dengan kelam-kabut. Dia menuju ke arah bilik bersalin dimana Penghulu Jalit berada untuk menemani isterinya melahirkan anak mereka. Setibanya dia di bilik Penghulu Jalit berada, lelaki tersebut menghentikan langkahnya dan berdiri di muka pintu bilik tersebut.
"Penghulu!!" Lelaki itu memanggil Penghulu Jalit dengan suara yang agak kuat. Penghulu Jalit, Mulya dan Pendeta Manik yang terkejut memandang kearah lelaki tersebut. Wajah dan kelakuannya jelas mempamerkan kekalutan.
"Kenapa Maji? Apa yang berlaku?" soal Penghulu Jalit kepada lelaki tersebut.
"Bunda Banang.. Bunda Penghulu.. dia....diserang.. Naga Purba Raya." Jawab lelaki tersebut dengan tersekat-sekat dan kelam kabut.
Wajah Penghulu Jalit dan Mulya serta-merta berubah setelah mendapat berita mengejutkan tersebut. Namun berbeza dengan Pendeta Manik yang menunjukkan reaksi masam mencuka dengan pandangan mata yang tajam.
"Kenapa pula Naga Purba itu datang ke sini? Apa yang Bunda Banang lakukan sehingga menaikkan kemarahan Naga Purba?" Pendeta Manik menyoal.
"Bunda.. tadi.. Bunda Banang melakukan upacara menarik kesaktian.." Jelas lelaki bernama Maji itu.
"Kenapa kalian membuat upacara tanpa izinku terlebih dahulu?" Wajah Penghulu Jalit bertukar kemerahan menahan rasa geram dan marah.
"A..aku tidak tahu penghulu.. Kami cuma mengikut arahan Bunda Banang tadi. Kami fikir, Penghulu sudah mengizinkannya." Maji menjawab dalam ketakutkan.
"Bunda Banang.. Dia melakukan upacara itu bukan untuk kita.. Tapi untuk dirinya sendiri.." Pendeta Manik bersuara perlahan tetapi suaranya itu ditekan olehnya sambil menghentakkan tongkatnya ke lantai. Tiba-tiba bayi dalam pangkuan Penghulu Jalit menangis. Penghulu Jalit memandang ke arah anak perempuan di pangkuan lengannya dan menggoncangkan lengannya untuk mendodoikan anaknya yang baru lahir itu.
"Naga Purba itu sudah pergi dari sini?" Penghulu Jalit bertanya lagi.
"Ya Penghulu.. selepas menyerang Bunda Banang, dia terus pergi.." Maji menjawab.
"Kalau begitu, bawalah beberapa orang untuk meninjau di kawasan serangan. Jika ada yang cedera, segera bawa mereka untuk dirawat.. Jika ada yang meninggal, uruskanlah pengebumian mereka.." Penghulu Jalit sudah merendahakan suaranya berbanding tadi. Wajahnya kelihatan lebih tenang selepas menatap anak didalam pangkuannya itu.
"Baiklah Penghulu.." Maji segera beredar dari situ untuk melaksanakan arahan Penghulu Jalit.
"Bundamu itu.. dia pasti merancang sesuatu yang tak baik.." Pendeta Manik memberi peringatan kepada Penghulu Jalit.
"Entahlah pendeta.. Sekarang keadaan Bunda pun kita tidak tahu bagaimana.. mungkinkah dia masih selamat dari serangan Naga Purba tu.. Atau sudah kehilangan nyawanya.. " Penghulu Jalit mengeluh.
Mulya hanya melihat kearah Penghulu Jalit tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Dia tidak mahu menambah kekusutan dikepala suaminya yang menjadi penghulu di Perkampungan Nirma itu. Penghulu Jalit pula melihat ke arah bulan yang sedang mengambang dari luar jendela bilik tersebut. Seketika kemudian Penghulu Jalit tersenyum dan memandang ke arah anak perempuannya yang baru dilahirkan sebentar tadi. Tangisan anak itu semakin mereda setelah di dodoikan Penghulu Jalit.
"Aku namakan anak perempuanku ini Dwi Wulan Kenchana.. sempena kelahirannya pada dua bulan mengambang yang cerah keemasan pada malam ini. Bagaimana menurutmu Mulya?" Penghulu Jalit tersenyum pula ke arah isterinya yang masih terbaring lemah selepas melahirkan anak mereka itu.
"Indah sekali nama itu.." Mulya turut tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia menyukai nama yang diberikan oleh suaminya itu kepada anak perempuan mereka.
"Jagalah baik-baik anakmu ini Jalit.. Jangan sampai ada yang tahu dia mempunyai kesaktian.." Pendeta Manik memberi nasihat. Penghulu Jalit hanya mengangguk tanda menyetujui saran Pendeta tua kepadanya.
Di kawasan bukit yang diserang Naga Purba Raya tadi, beberapa orang lelaki sedang mengalihkan batu-bata dari tiang yang runtuh disitu. Beberapa orang lagi terlihat sedang memadamkan api yang masih marak menyala di kawasan bukit tersebut. Selepas beberapa ketika, mereka akhirnya menemui Bunda Banang yang tidak sedar, tertindih oleh tiang-tiang yang runtuh itu. Salah seorang dari mereka cuba memeriksa nadi ibu kepada Penghulu Jalit itu.
"Bunda Banang masih selamat. Dia cuma pengsan.. Ayuh, lekas angkat Bunda Banang.." Lelaki berkenaan meminta beberapa temannya mengangkat Bunda Banang yang pengsan itu. Mereka mengalihkan lagi beberapa puing runtuhan yang berada disitu sebelum mengangkat Bunda Banang untuk dibawa kembali menerima rawatan di Perkampungan Nirma.
Share this novel