BAB 8

Romance Series 13768

Hud mengambil tempat di dalam sebuah kopitiam. Dia pun sebenarnya tiada idea mahu bawa ke mana buah hatinya itu. Kebetulan hanya itu yang ada di kawasan itu dan pemiliknya pula seorang muslim, masuk sahajalah. Jika difikirkan, dia sendiri pun pelik dengan dirinya sendiri, bab - bab pemilihan tempat makan akan dicarinya tempat yang halal tetapi masuk kelab malam, minum - minum, tiada pula rasa bersalah.

"Thanks..." Ucap Tania sejurus makanan yang diorder selamat sampai di depan mata. Segera dia capai dan menggigit hujung roti bakar.

"Sayang, macam mana kalau i kena kahwin paksa?"

"Huk - uhuk - uhukkk." Tania terbatuk kecil. Segera dia meneguk kopi pekat hitam di dalam cawannya. Hilang sedikit perit di dalam tenggorok.

"Sayang okay tak ni? Makan perlahan - lahan, jangan gelojoh, tadi kata tak lapar." Hud tepuk belakang badan Tania. Melihat wanita itu tersedak pun dah buat dia susah hati dan risau, apatah lagi hendak maklumkan yang dia bakal menjadi suami orang tak lama lagi. Sangat tak sanggup untuk dia hadap.

"Soalan apa yang you tanya i tadi? You nak kena kahwin paksa???" Tania menyoal tegas. Dia yang menanyakan soalan, dia juga yang memberi jawapan. Hatinya sudah tidak tenteram. Hud kekasihnya, lelaki yang dia sayang dan kenal sejak belajar di luar negara. Walaupun tiada tanda - tanda lelaki itu untuk menghalalkan dirinya tetapi dia tau yang Hud tak akan sanggup nak permainkan perasaannya. Dia sanggup tunggu dan bersabar.

"Emmm, abaikan soalan tadi, tak penting pun. I just nak tanya pendapat. Takpelah, takde kaitan pun soalan tu dengan hubungan kita." Ujar Hud. "Dah makan cepat, i ada hal lepas ni."

Tania masih tak berpuas hati. "You jangan nak main - mainkan perasaan i. I tak sanggup kehilangan you. You taukan, i sayang you sangat - sangat." Tegang suara yang terucap di bibirnya.

"Takkk, i tak pernah nak main - mainkan perasaan you. You abaikan soalan i tadi yer. I tak maksudkannya pun. Sorry kalau pertanyaan i tadi buat you tak senang hati." Hud memujuk, rasa bersalah pula. Hmmm, ingatkan nak bagi hint dulu. Tapi nampaknya dia terpaksa lupakan sementara waktu.

"Jom kita kahwin..."

Tersembur air yang diminumnya. Nasib baik tidak terkena Tania yang berada di depannya.

"You ni... Baru i ajak kahwin dah macam ni. Kenapa??? memang betullah yang you ni kena kahwin paksa???"Marah Tania. Tangannya yang terkena semburan air kopi Hud tadi dia lap dengan tisu.

"You minum cepat. I nak pergi kaunter, bayar bil." Hud bangun tanpa mengendahkan pertanyaan Tania sebentar tadi. Sebaik mungkin dia mahu menukar topik perbualan mereka.

Wajah Tania masam mencuka melihat langkah Hud yang berlalu pergi ke arah kaunter. Hatinya mula rasa tidak sedap memikirkan soalan yang diajukan oleh Hud sebentar tadi. Jika tak de apa - apa, masakan soalan itu boleh terpacul dari mulut lelaki itu.

*******

Usai solat isyak dua beranak ini sambil bersantai - santai di depan TV. Sebenarnya tiada drama yang menarik hati pun. Tetapi sekadar ingin menghabiskan waktu sebelum masuk tidur. Esokkan hari Sabtu.

"Taufiq..." Panggil Tia. Dia tau adik lelakinya itu belum tidur. Lagipun buat apa tidur awal, esokkan hari cuti.

"Adik kamu dah tidur agaknya tu." Sakinah mencelah.

"Belum lagi Bu. Taufiq, entah buat apa berkurung dekat dalam biliknya tu." Tia membebel.

"Adalah tu kerja dia. Biarkan jelah Tia."

"Taufiq..." Tia masih melaung. Bergema suara hingga ke dalam bilik.

KREKKK...

Daun pintu bilik Taufiq terbuka sedikit. Kelihatan figura adiknya berdiri dari balik pintu dan hanya mengeluarkan sedikit kepala.

"Fiq tengah study. Tak lama lagi kan dah nak exam. Kak long menjerit -jerit panggil Fiq ni kenapa?" Taufiq menyoal.

"Esokkan cuti. Marilah duduk sini, teman kak long dengan ibu tengok TV," ajak Tia. Adiknya Taufiq, satu hari ni asyik terperap di dalam bilik. Mana dia tak risau. Tadi semasa makan malam pun hanya sedikit yang dijamah. Tia sebenarnya lebih kepada mahu menerangkan akan hal pernikahannya nanti kepada adiknya Taufiq.

Sedar tak sedar, Taufiq sudah berada di sebelah. Mata beralih kepada Si ibu. Ralit benar mengadap ke arah TV.

"Fiq, tak lama lagi kak long dah nak kahwin..."

Tia angkat kepala memandang ke arah ibunya. Lega apabila hal itu ibunya sendiri yang maklumkan.Nafas lega terhela.

"Kahwin???"

Taufiq memalingkan wajah pada kakaknya. "Dengan siapa kak long nak kahwin?"Walaupun dia masih kecil, tetapi dia tau dah faham apa yang dimaksudkan oleh ibunya. Dia juga perlu ambil tau denga siapa kakaknya perlu berkahwin. Dia anak lelaki dalam keluarga kecil ini.


"Lelaki pilihan pak long." Tia membalas ringkas.

"Kakak kenal???"

"Fiq meh duduk sini." Ibunya menepuk sofa di sebelahnya. Mahu sibongsu itu beralih duduk di sebelahnya pula. Dia tau Tia dalam keadaan ragu - ragu untuk menjawab.

Taufiq akur dan bangun dari tempat duduk asalnya sebelum beralih tempat di sebelah ibunya.

"Sayang, dengan siapa pun kak long akan kahwin, Taufiq kena terima kerana ini adalah keputusan kak long sendiri. Apa yang kak long buat ni semua untuk kebaikan keluarga. Tapi jangan salah faham, ibu sekalipun tidak memaksa." Sakinah menerangkan. Peha anak lelakinya itu dia tepuk perlahan.

Taufiq hanya mengangguk. Faham akan apa yang diperkatakan oleh ibunya. Dia tidak akan bertanya lebih kerana faham, mungkin selepas berkahwin baru dia dapat berkenalan dengan bakal abang iparnya.

"Fiq, kak long akan berkahwin bulan depan. Tolong support kak long. Betul kata ibu, kak long buat semua ni bersebab. Semuanya untuk kepentingan keluarga kita." Tia bersuara lirih. Wajah polos adiknya dia tenung lama. Mengharap adiknya dapat memberi pengertian.

Taufiq angguk. Dia sebenarnya masih blur dalam mengerti semuanya. Tapi dia faham, kakaknya bakal berkahwin bulan depan dengan lelaki yang dia sendiri tidak kenali kerana setahunya, kakaknya tidak pernah rapat dengan mana - mana lelaki di kampungnya ini.

"Fiq faham. Dengan siapapun pilihan kak long, Fiq harap lelaki itu dapat jaga kak long sebaiknya dan tidak pernah terlintas untuk sakitkan hati kak long kerana Fiq tak redha siapapun yang tergamak untuk buat hati kakak Fiq terluka."

Tia tergamam. Betul - betul tersentak apabila mendengar kata - kata yang terlahir dari bibir adik lelakinya yang baru berusia sepuluh tahun itu. Kata - kata yang tidak seiring dengan umurnya yang masih terlalu muda dan dianggapnya terlalu matang untuk budak lelaki seusianya.

"Fiq, akak sayang Fiq. Mari sini duduk sebelah kak long." Tia gapai - gapai kedua tanganya meminta Taufiq untuk duduk di sebelahnya.

Tubuh adiknya dia peluk erat. "InshaAllah, berkat doa ibu dan Fiq, kak long akan kuat dan harungi apa jua yang bakal mendatang. Jangan risau pasal kak long. Walaupun selepas kak long dah berkahwin nanti, kak long dah tak duduk sini, janji dengan kak long yang Fiq akan jaga ibu dan kak long janji akan jaga diri akak di tempat orang." Janjinya. Dia usap perlahan kepala Taufiq yang berada dalam dakapannya.

"Terima kasih sebab faham kak long." Ucap Tia senafas.

*******

....."You dekat mana sekarangni, tengah jahit seluar dalam ke?"

Soal Hud, melengking suaranya. Gagang telefon dia betulkan kedudukan di telinga apabila dirasakan tidak selesa. Sudah sejam dia menunggu di situ, kata kekasihnya mahu ke butik pakaian dalam sebentar. Sebentar yang dimaksudkan bukan lima belas minit, bukan juga tiga puluh minit tetapi sudah menjadi satu jam. Mana tak berbahang hatinya.

....." Sabarlah, i ke toilet kejap. Perut i tiba - tiba rasa tak selesa.. Jangan risau i dah siap beli apa yang i nak. dalam 3 minit i sampai kat tempat you. You jangan pergi mana - mana."

Suara kekasihnya Tania mendayu - dayu di hujung talian.

"Huhhh, dah tau nak pergi ke tandas, tak boleh nak cakap sepatah. Buat orang macam tunggul." Rungut Hud perlahan tetapi masih jelas didengar di talian belah sana, dalam tak sedar, talian mereka masih bersambung.

..... "You cakap apa B? You marahkan i ke?" Tania menyoal tidak berpuas hati. Takkan marahkan pasal tadi kot sebab tak bagi ikut ke butik pakaian dalam wanita. Hmmm, mana maunyer dia bagi kekasihnya itu ikut. Seganlah... Nak beli spender dengan bra pun ada yang pandang - pandang.

....."Errr, takdelah. Takkan i nak marahkan you pulak. Dahlah, lupakan. You cepat sikit datang sini, i dah lapar." Terasa bersalah pula tiba - tiba terlepas kata pada kekasih hatinya itu. Terus ditukar kepadanya topik yang lebih selamat.

"I dah kat depan you sekarangni, jom kita pergi makan."

Hud mematikan talian. Hummmm, dah membebel baru cepat muncul, kalau tak, sampai kesudah dia jadi tunggul yang dah hampir reput dekat bangku kayu ni.

Tangannya ditarik dan lengannya dipaut mesra oleh Tania. Sangat romantik. Terus hilang segala rasa tak puas hati dalam dirinya.

"AUCHHH...Adoiii"

Berterabur barang - barang yang ada di dalam pegangan wanita itu.

"You buta ke? Mana mata you? Letak dekat kepala lutut." Suara Tania naik seoktaf. Bahunya yang terkena pelanggaran dengan seorang gadis muda itu dia gosok perlahan.


"Maaf cik, saya tak sengaja. Khilaf saya sebab mata tak tengok masa tengah berjalan. Cik ada sakit dekat mana - mana ke?"


"Eeee, jangan sentuh i dengan tangan kotor you. Tengok pakaian pun dah tau you ni orang Miskin. Jaga tingkah you." Terasa berang pula apabila gadis muda itu cuba menyentuh lengannya. Dia pandang atas bawah. Hmmm, perempuan kampung mana entah yang datang ke mall besar macamni. Tengok cara berpakaian pun dah nampak selekeh. Tudung bawal warna biru dengan blouse yang sedikit lusuh dipadankan dengan seluar slack hitam. Nampak murah. Mesti dibeli di pasar malam. Umpatnya. Dia memandang jengkel kepada gadis muda itu.

"Sudahlah sayang, jomlah kita balik. Jangan dilayan budak tak cukup akal ni. Nanti you juga yang stress. Lengan you sakit lagi ke?" Hud gosok lengan teman wanitanya. Dia menarik tangan Tania menjauh dari situ. Dari hujung mata, dia nampak yang gadis muda itu terbongkok - bongkok mengutip barang yang jatuh di atas lantai. Tawa sinis terukir di hujung bibirnya.

"You kata lapar, nak makan." Tania mengingatkan apabila Hud terus menuju ke tempat parking lot.

"Kita balik, i dah takde mood nak makan. I hantar you balik rumah dulu." Maklum Hud.

"Suka hati you. Tapi you ada ke mana - mana ke, selepas hantar i balik rumah?" Tania menyoal sangsi.

"Takde ke mana - mana, i nak terus balik rumah. I makan dekat rumah je," balas Hud. Hilang terus seleranya disebabkan insiden yang berlaku sebentar tadi.

*******


"Assalamualaikum ibu. Tia baru balik," ucapnya sejurus masuk ke dalam rumah.

Tia kerut kening. Senyapnya. Mungkin ibunya ada di kebun sayur belakang rumah. Tia bergerak malas menuju ke bilik.

Dia meletak beberapa beg kertas di tepi meja solek.

"Laki perempuan sama je. Ada dikatanya aku ni budak tak cukup akal. Habis tu yang dia tu cukup akal ke?" Omel Tia. Sampai hiruk - hiruk mulutnya. Lelah baru balik dari bandar pun belum hilang lagi.

Ingatan tertala di shopping mall tengahari tadi. Entah macam mana dia boleh terlanggar dengan pasangan kekasih tu, salah matanya juga sebab terlalu leka melilau ke kiri dan ke kanan, melihat kedai - kedai yang ada di sekitarnya. yer, memang dia akui salahnya. Jadi dia tidak boleh marah jika dihamun sebegitu rupa.

Pandangan dia alihkan pada dua beg kertas. Isi dalam dia keluarkan satu - persatu. Ada sepasang kasut dan juga handbag berjenama. Semuanya siap diorder oleh bakal mentuanya. Dia hanya diarahkan untuk mengambilnya sahaja di butik.

Datin Malika ada di luar kawasan sekarang ni. Sedang bercuti bersama Dato' Huzairi. Sebab itu dia tidak dapat menemaninya ke mall harini. Kasut dan handbag itu adalah pemberian dari Datin Malika. Katanya bukan hantaran tapi pemberian ikhlas daripada bakal mentua kepada bakal menantu. Betul - betul buatnya terharu.

"Tia..."

Tia yang leka menilik kasut bertumit separa tinggi itu berpaling.

"Baik sungguh Dato' dan Datin tu dengan keluarga kita." Ujar Sakinah seraya melabuhkan punggung di atas katil.

"Ye bu, Tia sendiri pun terasa segan. Macam - macam bu dia dah bagi pada keluarga kita." Nafas terhembus perlahan.Semalam sedang sibuk membantu ibu di kebun sayur, dia menerima panggilan dari Datin Malika. Panggilan yang berupa satu arahan memintanya pergi ke Mall di bandar. Siap dimaklumkan butik kasut dan handbag sekian - sekian. Katanya hanya perlu ambil sahaja kerana semua sudah dibayar. Lepastu dipesannya untuk bersiap - siap sebelum pukul sepuluh pagi kerana akan ada driver yang akan menjemput.

Sekali lagi dia terasa segan dan malu yang teramat. Mana taknya, dahlah dibelikannya barang, pastu siap ada pemandu lagi yang akan datang menjemputnya. Datin Malika ni biar betul.

"Emmm, takpelah, orang berbudi kita berbahasa. Tia jangan kecewakan harapan Dato' dengan Datin tu yer. Ibu tau, Tia terpaksa, tetapi mungkin ini adalah aturan terbaik yang Allah dah aturkan buat Tia."

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience