BAB 22

Romance Series 13768

Tia mengadap jendela bilik. Hujan lebat pula pagi ni.

Terpaksa batalkan untuk berjogging dengan Amni. Hari minggu seperti biasa, dia akan habiskan masa beriadah dengan kawan baiknya itu.

Hampir dua puluh minit dia berteleku di depan jendela biliknya.

Perut sudah terasa pedih. Baru dia teringat malam tadi dia tidak menjamah walau sebutir nasi pun.

Hanya masak mee goreng segera dari jenama Mi Sedap. Sengaja dia buat stok banyak - banyak.

Usai memasak, dia bawa pinggan berisi me goreng itu ke ruang menonton. Makan sambil menonton. Memang layan. Ditambah pula dengan satu mug kopi O panas.

Button remote TV dia tekan. Mencari cerita - cerita yang menarik.

"Ehemmm..."

Bunyi berdehem.

Tanpa pamit lelaki itu terus sahaja duduk di sebelah Tia.

"Makan sorang - sorang tak ajak pun."

"Tak perlu kot." Tia membalas. Bukan sebagai tanda kurang ajar tetapi untuk apa dia melayan elok - elok lelaki yang selalu memaki hamun dirinya.

Hud hanya senyum. Tidak pula berkecil hati.

"Perlu... Sebab saya suami awak..." Intonasi suara yang rendah itu makin buatkan hati dan jiwa Tia meriding.

Pinggan berisi mi goreng itu dia letak di atas meja kopi.

'Saya... Awak...' Lain macam, mana perkataan aku - kau yang selalu bermain di bibir itu. Mana juga cakap - cakap kasar yang selalu dihamburkan untuknya.

"Sejak bila saya dianggap sebagai isteri? Bukankah Encik Hud dah cakap jangan campur tangan atau ambil tau urusan Encik Hud. So saya rasa memang tak perlulah kot saya nak ajak atau ambil tau pasal Encik Hud." Tia membalas tanpa berpaling. Kedudukan lelaki itu sedikit merapat padanya. Tia berganjak sedikit dari kedudukan asalnya.

Hud telan liur. Nafasnya terhembus kasar.

"Jom kita mula dari awal. Abaikan apa yang saya pernah cakap dulu. Kita baiki semula hubungan kita," ujar Hud. Sejak dia bergaduh besar dengan Tania. Nombor wanita itu sudah dia block. Ini kerana Tania tidak habis - habis mengganggu. Dah habis ke duit Dato' tua tu dia dah kikis?.

Cakaplah beribu kali alasan pun, dia tetap tak percayakan Tania. Bos apa macamtu sampai boleh berpeluk sakan. Lain macam.

"Baiki hubungan kita? Kenapa? Mana kekasih Encik Hud?" Tia menyoal bertubi - tubi.

"Dia dah takde dalam hidup saya. Yang ada sekarang adalah wanita yang ada di depan mata saya ni."

Suara maskulin Hud menerjah dan menusuk ke dalam gegendang telinga Tia.

Bulu roma Tia tegak berdiri. Sangat - sangat lain macam perangai suaminya harini. Macam kucing parsi. Hilang sudah taring harimau belang pada diri lelaki itu.

"Tia, saya minta maaf..."

Tia pandang wajah Encik Hud sekilas. Sejak hampir setahun mereka bernikah, inilah kali pertama dia mendengar ucapan keramat itu.

"Banyak silap yang saya dah lakukan pada awak. Saya tak layan awak selayaknya isteri saya. Maafkan saya Tia. Tangan Tia dia ingin capai.

Tia yang menyedari hal itu, segera melarikan tangannya.

Kata - kata hinaan lelaki itu terngiang - ngiang di cuping telinganya.

"Saya nak duduk rumah sewa. Dekat dengan kolej saya. Kalau Encik Hud nak maki atau hina saya, buatlah Encik Hud. Saya hanya minta izin sebab status saya masih lagi isteri kepada Encik Hud." Dia memaklumkan apa rancangannya bersama Amni. Permintaan maaf lelaki itu juga dia tak respon.

Hud terdiam. Marah benar Tia pada dirinya. Ye, memang dia akui. Banyak dosanya pada Tia. Memang patut pun Tia marah atau berkecil hati.

Manakan sanggup dia nak berjauhan dengan Tia. Dia baru sahaja ingin memulakan langkah untuk memperbaiki hubungan mereka. Kalau dah duduk jauh, rosaklah rancangannya.

"Sebelum ni elok jer berulang alik. Kenapa baru sekarang nak cari rumah sewa?"Hud menyoal.

"Saja nak cari yang dekat dengan kolej. Lagipun mesti Encik Hud akan happykan kalau saya duduk rumah sewa. Takdelah saya menyemakkan mata Encik Hud." Tia membalas dengan kata - kata sindiran yang pedas.

Hud hela nafas.

Tiba - tiba telefon Tia berdering. Hud curi lihat siapa yang membuat panggilan untuk isterinya pagi - pagi hari macamni.

'Encik Razif' Perkataan itu sepontan tersebut di dalam hatinya.

Tia pantas mengambil handphone dari atas meja kopi dan menjawab panggilan itu sambil dia keluar dari rumah.

Hud pandang dengan ekor mata. Kenapa tak jawab saja di depannya ni bolehlah dia sama - sama mendengar.

Bunyi gelak tawa Tia kedengaran dari luar rumah. Hud pandang ke arah pintu utama. Menyelinap satu perasaan tidak senang hati dari dalam dirinya. Dia cemburu??? Ah, tidak, buat apa nak cemburu. Dia usir jauh - jauh perasaan itu yang mengacau emosinya ketika ini.

Mesti terlalu mesra, jika tidak masakan boleh bergelak ketawa sebegitu rupa. Sekali lagi fikiran yang dia sendiri sukar tafsirkan itu datang mengganggu.

Tia masuk kembali ke dalam rumah. Mengambil pinggan mee gorengnya dan dibawa ke arah meja makan. Hud yang memandang ke arahnya dia tidak pedulikan.

Hud masih di sofa sementara Tia sudah berlalu masuk ke biliknya.

Kurang tiga puluh minit, Tia keluar kembali. Siap berpakaian cantik.

Kembang kempis hidung Hud menghidu wangian yang menerobos ke rongga hidungnya. Tidak terlalu kuat tetapi cukup membuatkan dia sebagai lelaki terpesona.

Dia hentikan langkah di depan Hud.

"Saya nak keluar, beli barang untuk projek kelas." Tetap juga meminta izin. Walaupun dalam dada debarnya hanya Allah saja yang tahu. Risau jika tiba - tiba akan dimaki.

Hmmm, Hud lepas keluh. Baru dia ingat nak bersama - sama luangkan masa dengan isterinya harini.

Isteri!!!

Sejak bila dia mengiktiraf Tia Zahara sebagai isteri??? Jawapan yang tidak boleh dia jawab. Atau mungkin jawapannya sejak dia memberi ciuman pertama kepada Tia.

Dia akui, walaupun dia agak bebas dengan Tania, tetapi tidaklah sampai ingin berzina dengan wanita itu. Sebab itulah dia paling kecewa apabila melihat Tania berpeluk - pelukan mesra dengan lelaki yang layaknya dipanggil ayah. Itu yang dia nampak, yang dia tak nampak. Rasa kecewa yang menebal itulah membuatkan dia semakin menjauhkan diri dengan Tania.

"Saya pergi dulu." Tia pamit.

"Awak nak pergi mana? Saya hantarkan." Entah kenapa baik pula hatinya ingin menawarkan diri. Sebenarnya dia ingin melihat dengan siapa Tia jumpa. Dalam satu hal, dia ingin mengambil tau, siapa kawan - kawan Tia dan yang paling utama, siapa Razif.

"Errr, tak payah. Tak perlu susah - susah. Nanti ada yang akan jemput dan hantar saya balik." Tia membalas. Dia sebenarnya semakin pelik dengan sikap Hud sejak akhir - akhir ini. Entah betul - betul baik atau baik yang ada makna. Dia mula meragui. Beringat lebih baik dari terjadi sesuatu perkara.

"Siapa???... Razif???" Nada cemburu mula timbul.

"Siapa pun kawan saya takde kena mengena dengan Encik Hud. Ni urusan peribadi saya." Tia menegakkan apa yang terbuku di hati.

"Ada kena - mengena dengan saya sebab saya suami awak." Hud membalas tanpa isyarat. Dia buang semua sifat egonya.

"Suami??? Sejak bila? Ingat semula kata - kata Encik Hud sejak awal kita bernikah dulu. Dah lupa?" Tia menghidupkan semula memori duka antara mereka berdua. Telinganya sudah kebal dengan caci maki lelaki itu.

Hud telan liur. Dia yakin yang dia sudah kalah.

Caller ringtone lagu Inggeris berbunyi dari handphone Tia.

Tia memandang sekilas pandang. Faham maksud panggilan itu.

"Saya pergi dulu." Tia berjalan laju menuju ke arah rak kasut. Kasut bertumit wedges dia capai kerana itu yang paling dia selesa untuk dipakai ketika ini.

Dari balik kain langsir, Hud memandang ke arah kereta berwarna silver dari jenama H itu berhenti di luar pintu gate.

Tia pula kelihatan happy dan tersenyum mesra. Keluar seorang lelaki muda dari perut kereta itu. Turut tersenyum manis melihat ke arah Tia.

Nampak gentleman apabila lelaki itu membukakan pintu sebelah penumpang untuk Tia.

Mata Hud mencerlung tajam. Ada api - api cemburu pada wajahnya. Tangannya terkepal kuat sambil matanya melihat sehingga kereta itu berlalu pergi.

Rahangnya juga bergerak - gerak. Perjanjian itu dia juga yang bagi dulu. Ah, pergi mampuslah dengan perjanjian dan amaran bodoh tu. Dia sudah tidak peduli jika dikatakan menjilat ludahnya sendiri. Yang penting sekarangni, bermula dari haritu, dia mahu menjernihkan semula hubungannya dengan Tia.

Perlahan dia berjalan ke arah bilik Tia. Cuba membuka pintu bilik itu tetapi tidak berjaya. Pintu berkunci.

*******

"Thanks tau sebab sudi temankan saya beli barang - barang untuk projek akhir semester kita ni," ujar Razif. Sengaja dia mengajak gadis ini keluar. Untuk mengenal dengan lebih rapat gadis yang berjaya menarik hatinya ini.

"Emmm, welcome. Untuk kegunaan kelas kita jugakan," tukas Tia. Dia memegang beberapa paket kertas berwarna warni dan beberapa kotak pen marker pelbagai warna.

"Tia ada nak beli apa - apa tak kat kedai alatulis ni?" Razif menyoal.

Tia geleng kepal.

"Ambillah, saya nak kira sekali dengan barang - barang ni semua," pinta Razif.

"Errr, takpe Encik Razif, barang - barang dan alat tulis saya masih ada yang belum pakai. Kalau beli lagi pun memang terperok je dalam laci. Membazir je nanti."

"Kalau macam tu, jom kita pergi makan. Perut saya pun dah lapar ni," ajak Razif.

Usai membuat bayaran, dia keluar dari kedai alatulis itu.

Kriukkkk...

Tia tahan perut. Masa - masa macamnilah dia nak berbunyi.

"Tu perut awak dah berbunyi. Lapar ke?" Razif menyoal sambil tersenyum.

"Errr, saya hanya jamah sedikit mee goreng pagi tadi. Mungkin perut dah masuk angin kot." Maklum Tia malu - malu. Rona merah terasa menyerbu ke seluruh muka. Malu...

"Okay, memandangkan awak pun dah lapar, kita makan nasi ayam kat restoran depan tu." Razif menunjukkan ke arah sebuah restoran nasi ayam tidak berapa jauh dari tempatnya berjalan. Sudah banyak tempat dia singgah dalam mall ini.

"Awak okay ke keluar berdua dengan saya? Risau pula kot - kot ada yang marah." Razif memasang umpan. Harap pancingnya akan mengena nanti.

"Okay jer, lagipun kita keluar ni sebab nak beli barang - barang untuk projek kelaskan." Tia menjawab.

Yer, awak memang okay Tia, yang tak okaynya saya ni. Saya nak tau sangat apa status awak. Awak dah berpunya ke belum?. Suara hatinya bergema. Tidak mampu untuk dia luahkan. Tidak timbul sekelumit pun rasa bersalah pada statusnya yang bergelar tunangan orang. Tania seolah - olah sengaja menjauhkan diri. Dia telan liurnya seteguk.

"Emmm, betullah tu. Ceritalah sikit pasal family awak. Haritu dalam kelas macam tak puas saya dengar awak bercerita semasa sesi perkenalkan diri tu." Pinta Razif. Memang betul, banyak benda sebenarnya dia ingin ketahui pasal gadis di depannya ini.

"Apa yang Encik Razif dengar dalam kelas tu, itu jelah kisah hidup saya. Cerita hidup saya takde apa yang menarik pun."

"Tapi saya berminat nak dengar."

Tia geleng kepala.

"Cukuplah setakat itu sahaja yang Encik Razif tau cerita pasal saya. Cerita saya lebih kurang sama je dengan kawan - kawan yang lain. Cuma bezanya mereka hidup senang, saya ni dari keluarga yang biasa - biasa jer." Tia masih mahu menutup pekungnya. Biarlah menjadi rahsia untuk dirinya sendiri. Statusnya juga tidak dia gembar - gemburkan, waima Amni sendiri pun tk tau yang dia dah berkahwin.

Razif senyum. Dia akui, susah juga mahu memenangi hati gadis ini. Nak bercerita pasal keluarga pun susah inikan pula nak berkongsi cerita tentang diri sendiri.

"Takpelah, awak makan. Nanti saya hantar awak balik." Arahnya lagi.

Tiga puluh minit berlalu...

"Tia kita berhenti di kedai baju wanita kat depan tu sekejap boleh?" Razif bersuara sambil menunjukkan ke arah satu butik pakaian wanita.

"Boleh, jom." Balas Tia. Fikirnya mungkin Razif mahu membelikan hadiah untuk ibunya.

Masuk sahaja dalam kedai, rambang matanya melihat blouse, skirt, seluar palazo, seluar straight cut dan macam - macam lagi yang bergantungan di tempat penggantung yang disediakan. Semua cantik - cantik.

"Encik Razif nak beli untuk mak ke? Saya boleh tolong pilihkan. Cuma bagitau saiz jer," soal Tia. Berseri - seri mukanya dengan senyuman manis.

"Tak, bukan untuk ibu saya, tapi saya nak awak pilih untuk diri awak sendiri. Pilihlah seberapa banyak yang awak nak. Saya belanja. Upah awak temankan saya jenjalan harini," maklum Razif. Nampak di riak wajahnya yang dia sebenarnya juga gembira pada hari itu.

"Ehhh, tak payah Encik Razif. Saya ikhlas temankan Encik Razif harini. Jangan salah anggap. Tak perlu belikan apa - apa. Saya ada duit dan saya boleh beli sendiri apa yang saya nak." Tolak Tia lembut. Dia juga semakin tidak sedap hati. Lain macam perangai lecturernya pada hari ni. Layaknya bukan sebagai seorang lecturer tetapi sebagai seorang kekasih. Dia hembus nafas. Dia buang jauh - jauh apa yang terlintas di fikirannya itu.

"Takpe, awak pilihlah sepasang dua. Saya akan rasa serba salah jika awak tak pilih. Kalau awak tak ambil, hati saya akan jadi tak tenteram. Please, tolong pilih untuk diri awak bagi pihak saya." Razif memujuk. Kedua tangan dia rapatkan dan menyilang di dada.

Tia makin jadi serba salah. Yang kuban - kuban je permintaan lecturernya ni.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

mama lieza
2025-06-03 21:05:09 

Next please...nak tahu apa kesudahan cerita Hud dan Tia..


NovelPlus Premium

The best ads free experience