BAB 12

Romance Series 13768

Hud mengelap peluh yang merembes di dahi dengan tuala kecil yang memang sengaja dia lilitkan di leher. Lagi beberapa langkah dia nak sampai ke rumah.

Pagi - pagi lagi dia sudah keluar berjogging. Malas mahu mengadap wajah Tia. Lebih baik dia keluar berjogging. Takdelah matanya sakit dari terus memandang wajah kampungan isteri tanpa relanya itu.

VROOOMMMM...

Hud urut dada. Kereta berwarna putih meluncur laju keluar dari autogate rumahnya. Seketika otaknya loading. Seterusnya matanya membulat besar. Kenal sangat siapa pemiliknya.

"Tania..." Sepontan bibir itu bergerak tanpa suara menyebut nama kekasihnya.

"Dia buat apa kat sini?" ditanyakan pula soalan tanpa jawapan kepada dirinya. Laju dia berjalan masuk ke dalam rumah seiring dengan tangan mengagau poket seluar.

Dia tepuk dahi. Sah - sah handphonenya tertinggal di dalam bilik. Memang perang besarlah dia lepasni dengan Tania. Serentak langkah dia lajukan sambil menyalahkan diri kerana lalai sampai handphone sendiri pun boleh tertinggal. Mesti kekasihnya itu banyak kali menghubungi dirinya. Apa alasan yang dia nak bagi?.

"Hmmm, balik pun. Ingat keluar taknak balik - balik lagi."

Terhinggut bahunya apabila disergah setelah menjejakkan kaki untuk masuk ke dalam rumah. Mata tunak memandang kearah suara yang menegur. Wajah tegang daddynya terpapar di depan mata. Kelihatan mommy sedang menggosok belakang daddynya, mahu menenangkan mungkin.

"Errr, Hud keluar jogging. Kenapa daddy?" Soalan dari daddynya dijawab. Cuba beriak tenang.

"Kamu ni tak sedar diri lagi ker? Kamu ni dah jadi laki orang. Bukannya bujang macam dulu lagi. Ni apa kes sampai ada perempuan datang cari kat rumah?" Dato' Huzairi mula membebel. Marah betul dia dengan anak lelakinya yang seorang ni.

"Errr, Hud tak suruh dia datang sini. Hud pun tak tau dia nak datang." Jawapan balas dari Hud. Hanya itu yang terlintas.

"Perempuan tu memang kekasih kamukan? Daddy nak kamu putuskan hubungan kamu dengan dia. Tumpukan perhatian kamu pada Tia Zahara, isteri kamu."

Hud Husaini bungkam. Sedetik pun dia tak boleh hilang Tania dari hidupnya. Cinta matinya hanya pada Tania.

"Dia memang kekasih Hud. Sebelum daddy paksa Hud kahwin dengan perempuan ni lagi memang Tania dah jadi kekasih Hud. Hud tak akan sekali - kali untuk lepaskan Tania." Tegas pula jawapannya kali ini. Dia tak sanggup. Memang selama ini dia hanya jadi penurut. Penurut akan segala kehendak dan arahan mommy dan daddynya walaupun kadangkala mengorbankan hati sendiri.

"Kata - kata daddy adalah muktamad. Putus dengan dia sebelum daddy ambil tindakan. Selagi Hud masih berhubungan dengan perempuan tu, selagi itulah daddy tak akan lepaskan jawatan COO tu pada kamu." Tegas kata - kata yang terlahir dari bibir Dato' Huzairi.

Dato' Huzairi terus berlalu. Meninggalkan anak tunggalnya dalam keadaan termangu - mangu.

"Degil." Ucapnya lagi tanpa berpaling.

Hud beralih pandang pada mommynya. Seolah - olah mahu meminta pendapat dari si ibu.

"Dengar cakap daddy Hud. Jangan bantah. Taukan daddy macam mana. Mommy tak dapat nak tolong. Jom Tia kita naik atas. Mommy ada sesuatu nak bagi pada Tia." Tangan si menantu yang masih diam membisu di situ dia tarik supaya mengikutnya.

Hud hela nafas. Semua tidak berpihak pada dirinya kini. Dia juga ikut bergegas naik ke tingkat atas.


*******

"Cantiknya mommy. Mesti mahalkan." Tia menayangkan rantai emas beserta loket itu di depan matanya. Telan air liur dia beberapa kali melihat set barang kemas serba satu di dalam bekas baldu berwarna merah hati berbentuk segiempat itu. Sepanjang hidupnya baru pertama kali dia dapat melihat malah memegang barang kemas mewah itu.

"Ni semua Tia punya," ujar Datin Malika bersama senyum lebarnya.

Mata Tia membulat besar.

"Errr, tapi mahal ni. Tia... Tia tak boleh terima mommy." Tia tergagap - gagap. Rantai leher yang berada di tangannya dia letak kembali ke tempat asal.

Datin Malika mengambil tempat di sebelah Tia. Ketika ini mereka berada dia ruang rehat dan ruang menonton. Tangan Tia dia raih. Digosoknya beberapa kali.

"Tia... Ambillah. Memang mommy nak bagi pada Tia. Set barang kemas ni dah lama mommy beli untuk mommy hadiahkan kepada menantu mommy. Tia satu - satunya menantu yang mommy ada. Terima yer sayang." Lembut kata - kata memujuk yang terlahir dari mulut Datin Malika. Dia tau, menantunya yang seorang ini serba salah dan bukan mata duitan.

Sejak kali pertama suaminya menyuarakan hasrat mahu menyunting Tia Zahara sebagai menantu dalam rumah ini dia sudah terjatuh suka dan sayang walaupun hanya melihat wajah gadis ini buat kali pertama melalui sekeping gambar. Dapat dia rasakan Tia seorang gadis yang baik dan tinggi akhlaknya.

"Ambil yer, anggap ni pemberian dan hadiah dari mommy untuk Tia." Kotak barang kemas itu dia letak di atas riba menantunya.

"Mommy, Tia sebenarnya serba salah. Tia taknak disebabkan ini, Tia akan dicop mata duitan, materialistik, perempuan yang nak ambil kesempatan dan perempuan..."

"Mommy tau Tia macam mana. Mommy tak pernah anggap buruk pun pada Tia. Jangan fikir hal yang bukan - bukan. Buang perasaan rendah diri Tia tu jauh - jauh yer. Sekarang ni tugas Tia, ambil hati Hud supaya dia dapat lupakan perempuan tu." Datin Malika menepuk peha Tia sebelum bingkas berdiri.

"Mommy nak keluar kejap, ada program anjuran persatuan isteri - isteri VIP. Nanti lambat pula mommy nak ke sana."

Tia angguk. "Terima kasih mommy bagi Tia set barang kemas ni, Tia sangat hargai." Ucap Tia kesekian kalinya walaupun hatinya masih berat untuk menerima.

Datin Malika tersenyum manis sebelum berlalu menuju ke biliknya. Lega hatinya kerana Tia sudi menerima pemberian yang tak seberapa dari dirinya itu.

Tia memandang belakang badan ibu mentuanya.

'Ambil hati Hud supaya dia dapat lupakan perempuan tu.'

Kata - kata ibu mentuanya menjengah kembali ke kotak fikirnya. Mampukan dia??? Hati suaminya itu sudah kepunyaan orang lain. Macam mana dia mahu lembutkan hati sekeras batu suaminya itu supaya terima takdir dengan redha yang wanita pendamping suaminya itu adalah dirinya. Perempuan yang sah untuk lelaki itu. Tia Zahara berteleku. Jauh fikirannya melayang. Semerta keluhan terluah dari bibir.

Krekkk...

Perlahan pintu bilik itu dia tolak. Tidak mahu mengejutkan lelaki itu. Dia tau, lelaki itu berada di dalam bilik.

Lama dia duduk menghabiskan masa sendirian di ruang rehat keluarga itu. Bersama kotak baldu yang masih ada di tangan, dia melabuhkan punggung di sofa tempatnya tidur dan berehat.

Telinga menangkap bunyi air paip hujan dari dalam bilik air. Mesti suaminya sedang mandi. Sebentar lagi sudah masuk waktu zohor.

Tia masih diam membatu.

Selang beberapa minit, pintu bilik air dibuka. Terasa sedikit debar di hati Tia. Dia menundukkan pandangan memandang pada karpet. Jari - jari kakinya bermain di situ.

Dia memandang sekilas figura yang hanya berkain tuala yang melilit di pinggang itu mengelap rambut melalui hujung ekor matanya.

"Puas hati kaukan dapat pengaruhi mommy dengan daddy...."

Tia angkat kepala. Terkejut dengan jerkahan kuat secara tiba - tiba itu. Seteguk air liur ditelan.

"Kau jangan ingat, kau dah jadi menantu dalam rumah ni, kau boleh kawal mommy dengan daddy aku. Ingat ekk, aku tak pernah anggap kau sebagai isteri aku. Tak pernah." Hud hamburkan semuanya yang terbuku di hatinya. Peristiwa pagi tadi betul - betul membuatkan dia semakin benci kepada perempuan yang berada di depannya sekarang ini.

"Sa... Saya tak pernah rasa pun nak kawal dato' dengan datin. Mereka layan saya cukup baik. Tu pun dah buat saya bersyukur. Saya minta maaf jika kehadiran saya dalam rumah ni cukup tak menyenangkan Encik Hud." Dia tidak mampu untuk meneruskan kata - katanya. Tapi air mata yang bertakung di pelupuk mata sedayanya dia tahan dari jatuh. Dadanya sudah berombak menahan segala rasa.

"Cukuplah tunjukkan sifat kau yang naif ni. Aku dah jelak tengok muka kesian kau. Kau memang tak tau malukan. Kau terima lamaran mommy dengan daddy aku sebab nak hidup senangkan. Kau memang perempuan kampung yang tak sedar diri. Aku benci kau perempuan..." Masih tak cukup puas dia menyakitkan hati Tia. Ikutkan hatinya mahu dia ceraikan sahaja perempuan ni. Tetapi memikirkan syarat - syarat bodoh yang dibuat oleh daddynya itu dia tahankan sahaja. Kerana perempuan inilah dia terpaksa tahankan semuanya rasa tak puas hati, rasa amarah dan memberontaknya. Jika dia bertindak sesuka hatinya menceraikan perempuan ini, dia bakal kehilangan segalanya. Malah hidupnya juga akan merempat kerana semua kesenangan yang dia ada sekarang ini akan ditarik. Semuanya kerana perempuan ini.

"Kenapa kau diam? Dah terasa ker? Susahlah bercakap dengan kau ni. Lurus bendul."

Dia memakai bajunya cepat - cepat. Terasa rimas pula duduk berduaan di dalam bilik ini.

Dia mencapai kunci kereta di atas meja solek dan bergegas keluar. Mahu segera berjumpa dengan Tania. Kekasihnya ini selalu buat tekanan darahnya naik.

Tia telan liur. Terasa kelat melalui tenggoroknya. Entah sampai bila semuanya akan berakhir dan entah sampai bila suaminya ini dapat menerima dirinya seikhlas hati.

*******

Tangan lelaki di sebelahnya dia genggam erat seperti tidak mahu dilepaskan.

"I tak suka you datang rumah family i."

"Salah ke? I datang sebab you dah berminggu tak contact i. I WhatsApp u tak reply. You tau tak betapa i terlalu risaukan you. Tapi you, you boleh marah i lagi." Tania menghamburkan segala. Sebab lelaki ini juga dia dihina. Semuanya kerana sikap nekadnya pagi tadi.

"Salah tetap salah Tania. I tak nak family i salah anggap tentang you. I baru je nak slow talk pasal kita pada mommy dengan daddy i. Tapi you dah musnahkan semuanya. Daddy i dah tak sukakan you. Tak boleh ke you bersabar sikit Tania???" Suara Hud kendur.

Mulut Tania sudah memuncung.

"Kalau you terpaksa jumpa i, you boleh balik. Apa yang i buat langsung you tak pandang. Apa... You dah mula tersuka pada bini you tu ker?" Tania membuat muka bersama jelingan.

Hud lepas nafas. Lain pula yang difikir oleh Tania. Hati Tania mudah terusik.

"Sorry sayang. Banyak sangat hal yang i nak fikir sekarangni. Serabut otak i. Seingat i, i dah maklum awal pada you supaya tak contact i dalam tempoh tiga minggu ni. You lupa??? I tak nak nanti daddy i fikir yang bukan - bukan pasal kita. Otak i tengah serabut. Mana lagi nak fikir, dengan kahwin paksa dan dengan desakan daddy lagi suruh terima perempuan tu. Tak banyak pun yang i nak mintak dari you... Tolong support i. I hanya ada you jer sekarangni untuk faham i. Please sayang..." Tangan kanan si kekasih dia genggam erat. Hanya Tania yang dia harapkan untuk dia berkongsi suka duka hidupnya sekarang ini. Mommy dengan daddy langsung tak peduli, yang diaorang tau, terima Tia, sayang Tia dan jaga hati Tia. Habis tu, hatinya siapa yang nak jaga???

"Sayang..." Hud pandang wajah Tania apabila dilihatnya wanita itu diam membatu. Tiada respon.

"Yer, i akan tetap dengan you tapi cepat selesaikan hal kita dengan mommy dan daddy you. I tak nak tunggu. I tak rela berkongsi lelaki dengan perempuan lain. I harap you faham maksud i." Tania bersuara juga akhirnya. Dia tak kisah jika Hud nak anggap dirinya mementingkan diri sendiri. Di juga punya hati.

"Huhhhh," Hud mengeluh.

"Sayang, tolong bagi i masa. Jika tergopoh - gapah macamni, i risau nanti peluang untuk kita bersama langsung takde. I akan cuba slow talk dengan mommy dan daddy i. You sabar sikit yer." Hud memujuk. Berat sangat permintaan Tania untuk dia penuhi sekarang ini. Bukan dia nak lari dari masalah. Dia akan cuba juga berdepan dengan kedua orang tuanya. Tapi bukan dalam masa terdekat sekarang ni.

"Ambil masa you, tapi jangan lama sangat. I tak sanggup nak tunggu lebih lama lagi. Mommy dengan daddy i dah sibuk nak kenen - kenenkan i dengan anak kawan dia..."

Hud telan liur, dia meraup wajahnya dengan kedua tangan. Tiba - tiba timbul rasa debar di dalam hatinya. Risau jika Tania terlepas ke tangan orang lain.

"I faham. You taukan i tak boleh hidup tanpa you. I boleh jadi gila. Tolong setia dengan i," Hud bersuara dalam resah. Dia tak sanggup.

*******

"Baru ingat nak balik. Kamu ni ke mana lagi Tania, waktu - waktu sekarang baru balik?"

Tania pandang pada wajah yang sedang duduk di sofa. Sudah pukul 12.00 tengah malam masih belum tidur lagi mommy dengan daddynya.

"Tania ada mesyuarat tadi untuk projek modelling ke Indonesia bulan depan. Maaf, busy sikit tak sempat nak maklum pada mommy dengan daddy." Tania membalas walaupun terpaksa berbohong.

"Ada mesyuarat ke atau kamu masih jumpa lagi dengan kekasih kamu yang dah jadi laki orang tu???" Dato' Rahim menduga.

"Betullah ada mesyuarat, takkan Nia nak tipu daddy pulak," Tania membalas pantas sambil dia bermain dengan jari - jemarinya. Gugup. Memang dia sedang gugup sekarangni.

Dato' Rahim geleng kepala. "Jangan bohong Nia..."

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience