BAB 46

Romance Series 30712

"Tahniah!!! Apa maksud doktor?" Hud masih dalam keadaan benak - benak ubi.

"Encik Hud dan Puan Tia tak lama lagi akan menjadi mommy dan daddy." Doktor muda itu menerangkan. Hatinya juga turut berbunga - bunga.

Mata Tia dan Hud membulat besar.

"Maksud doktor, isteri saya mengandung ke sekarangni..." Hud menyoal dan masih tidak percaya.

Doktor mengangguk perlahan. "Puan Tia mengandung dua bulan. Sekarangni masih di peringkat trimester pertama. Kena banyak jaga - jaga. Jaga emosi, pergerakan dan perbuatan. Jangan lasak. Hubungan kelamin kalau boleh elakkan dulu untuk peringkat awal ni. Bagi kandungan betul - betul kuat dulu." Doktor muda menitipkan pesan. Sememangnya itulah yang dia selalu berpesan kepada pasangan muda seperti ini. Risau terbabas tingkah.

Hud sujud syukur. Air mata lelakinya gugur juga. Tetapi hatinya tetap berdesis. Tak sia - sia usaha kuatnya dalam bercucuk tanam selama ni.

Selepas urusannya di klinik selesai, Hud dan Tia beransur. Hud memandu tenang tetapi hatinya masih lagi seolah - olah tidak percaya. Masih tertanya dalam hatinya. Betulkah dia akan menjadi ayah tak lama lagi.

Hud pandang Tia di sebelah. Isterinya itu masih tenang. Memandang ke luar tingkap.

"Sayang..." Panggil Hud perlahan.

"Terima kasih sebab mengandungkan zuriat abang. Nilah hasil kita setelah beberapa bulan bercucuk tanam. Nampaknya tidak sia - sia. Ada hasil yang bakal kita tuai." Hud berkias. Dia tersenyum manis.

Tia hembus nafas. Pipinya merona merah. Faham akan kiasan yang terbit dari mulut suaminya. Tak senonoh punya laki.

Tetapi, dia makin terkedu apabila tangannya dikucup lembut oleh Hud. Semacam ada aura positif yang mengalir dalam segenap urat nadinya.

"Thanks sayang sebab merealisasikan impian abang nak jadi seorang daddy. Tak sabarnya nak tunggu." Hud senyum bertambah manis. Bahagianya yang dia rasa saat ini.

Tia turut tersenyum. Sebenarnya dia juga masih terkejut. Terkejut dengan berita yang baginya tidak disangka - sangka. Dia masih tidak percaya.

"Kenapa senyum je dari tadi? Sayang happy tak?" Hud paling wajah memandang sekilas pada isterinya.

"Emmm... Abang tanya apa? Maaf Tia tak berapa dengar." Tia yang tadi terleka memandang ke arah suaminya.

"Tengok tu... Sayang tengah fikirkan apa sekarang ni? Sampaikan abang cakap pun sayang tak dengar." Soal Hud.

"Maaf, Tia betul - betul tak dengar. Tia sendiri pun tak tau sedang fikirkan apa sekarangni."

"Emmm, takpe. Lupakan... Kita terus balik ke rumah yer." Hud berlembut. Cuba untuk memahami situasi perempuan yang sedang mengandung sekarang ini.

"Emmm..." Ujar Tia sepatah. Bibirnya masih mengukir senyum.

Hud geleng kepala. Masih lagi tidak faham akan karenah isterinya. Tetapi matanya masih terfokus ke depan jalan.

"Ke sayang nak pergi rumah daddy. Kita maklumkan terus berita gembira ni yer," usul Hud.

"Boleh juga. Tapi kena terus balik lepas tu sebab esok kerja. Baju tak bawa." Tia bersuara akhirnya.

"Jangab risau pasal baju. Baju yang kita balik rumah daddy minggu lepas masih ada dalam almari. Kita pakai je baju tu pergi kerja esok." Hud mencadangkan.

"Kalau itu yang abang dah cakap, Tia ikut je." Tia lepas pandang ke arah tingkap. Dia sebenarnya bukan tidak suka akan berita gembira ini tapi entahlah, hatinya terasa tidak enak.

"Sayang macam nampak tak happy je? Tak suka ke mengandungkan anak abang?"

"Abang jangan salah faham. Tia bukannya tak happy. Jauh lagi tak suka. Cuma sekarangni Tia masih dalam keadaan terkejut."

"Terkejut kenapa?"

"Entah... Tak tau nak cakap."

"Tak payahlah fikir yang bukan - bukan... Kita bertenang dan layankan sahaja yer. Abang nak sayang jangan stress, emosi kena stabil. Kalau tak, nanti akan bagi kesan kat anak kita. Sayang faham tak apa yang abang cakapkan ni?" Hud menyoal. Barulah dia faham kenapa dari tadi isterinya itu hanya mendiamkan diri.

"Faham... Thanks abang, sebab ingatkan Tia. Tia kena faham yang Tia sekarang bukan lagi seorang. Tia dah bawa satu nyawa. Nyawa pengikat kasih kita." matanya bergenang. Entah kenapa, sedih pula dia malam ini.

"Okay... Fikir yang baik - baik saja ye. Abang taknak emosi sayang terganggu." Tangan kiri Hud mencapai tangan Tia dan membawanya ke bibir. Tangan isterinya itu dikucup lembut.

Suasana hening menghiasi ruang dalam dalam kereta ketika itu. Hanya ditemani bunyi lagu dari radio yang dari tadi tanpa jemu memutarkan lagu.

Setelah agak lama masing - masing melayan perasaan sendiri, akhirnya sampai juga ke rumah banglo mewah milik Dato' Huzairi.

"Hati - hati sayang." Hud pimpin tangan Tia memasuki dalam rumah.

"Kenapa tak cakap nak balik?" Datin Malika menyoal. Dia dan suaminya sedang menonton TV.

"Tak dirancang pun mommy."

"Hmmm, balik senyap - senyap, bukannya nak cakap sepatah," Datin Malika membebel. Huluran tangan si anak menantu tetap juga dia sambut.

"Kami minta maaf mommy. Sebenarnya ada perkara yang kami nak maklumkan." Hud dan Tia duduk di satu sofa yang boleh memuatkan dua orang itu.

"Perkara apa tu? Kamu berdua ni nak pergi bercuti ke?" Dato' Huzairi menyoal.

"Ehhh, bukanlah daddy. Yang tu coming soon dan memang ada dalam list program kami nanti." Hud membalas pantas. Suka benar membuat tebakan.

Hud dan Tia berpaling sambil tersenyum manis.

Dato' Huzairi dan Datin Malika berpandangan dengan kening berkerut.

"Tia dah pregnant dua bulan." Suara Hud bergema di dalam rumah agam itu.

"Betul ke ni?" Datin Malika menyoal seolah - olah tidak percaya.

Tia angguk. "Betul apa yang abang cakapkan tu mommy, daddy. Tia mengandung dua bulan sekarangni." Tia memaklum bagi mengurangkan rasa keliru dari mommy dan daddynya.

"Ya Allah abang, kita bakal jadi datuk dan nenek. Mal macam tak percaya yang nanti Mal bakal jadi seorang nenek. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang telah Engkau kurniakan."

"Ye, kita bakal jadi datuk dan nenek. Abang bersyukur, akhirnya ada kesinambungan keturunan kita. Tahniah anak menantu daddy." Dato' Huzairi pula menambah.

Nampak terserlah wajah gembira Dato' Huzairi dan Datin Malika. Gembira sehingga tak terucap dengan kata - kata.

Datin Malika menarik tangan menantunya supaya duduk di sebelah. Dia gosok perlahan bahu Tia. Sayang betul dia pada menantu yang seorang ini.

"Terima kasih sayang sebab hadirkan cucu untuk mommy dan daddy," ucap Datin Malika. Tangan menantunya dia gengam erat.

"Sama - sama mommy." Tia balas genggaman Datin Malika.

"Hud, nanti mommy akan carikan pembantu rumah. Boleh bantu Tia dalam urusan rumah kamu." Datin Malika mengusulkan cadangan.

"Tapi mommy..."

"Takde tapi - tapi lagi Hud. Mommy taknak urusan rumah kamu semua terbeban pada isteri kamu. Tia tu tengah mengandung. Dari dulu lagi mommy dah suruh cari tapi alasan kamu, nak privacy. Sekarang, mommy tak kira. Kamu tetap kena terima pembantu rumah yang mommy akan carikan." Datin Malika membebel. Susah betul nak memahamkan anak lelakinya yang sorang ini.

Hud mati kutu dia hanya mengangguk lemah. Susah nak bangkang kalau Datin Malika dah keluarkan arahan. Kuasa dominannya kuat.

"Haaa, macam tulah... Esok mommy akan carikan. Mungkin minggu depan akan dapat pembantu rumah tu," ujar Datin Malika dengan nada gembira.

"Esokkk???"

"Yelah, esoklah mommy terus carikan. Nak tunggu bila lagi. Tahun depan???"

"Emmm, baiklah mommy. Hud ikut jer." Hud membalas lemah. Dia menarik tangan Tia dan meminta izin dari kedua orang tuanya untuk naik ke bilik.

Sampai sahaja di dalam bilik. Hud terus merapatkan pintu. Dia tarik tangan Tia menuju ke birai katil. Di dudukkan isterinya di situ.

"Abang sebenarnya tak selesa bila ada orang lain dalam rumah kita. Nanti apa yang kita nak buat semua akan terganggu. Dah takde privasi lagi untuk kita berdua. Sayang suka ker, apa yang kita nak buat, nak bebas dalam rumah sendiri dah jadi sedikit terbatas???" Hud menyoal.

Tia beriak tenang. Dia pun tidak bersetuju. Tapi apa boleh dia cakap. Dah itu telah ditetapkan oleh ibu mentuanya. Dia terpaksa menurut.

"Dahlah, Tia nak mandi. Dengar jelah cakap mommy. Apa yang mommy nak buat tu adalah untuk kepentingan keluarga kita juga." Tia bangun dan melangkah ke arah bilik air. Malas nak pening - peningkan kepala. Mungkin apa yang akan jadi nanti ada hikmah disebaliknya.

Hud pandang belakang batang tubuh isterinya sehingga menghilang ke dalam bilik air. Dia berbaring menelentang. Memerhati syiling yang kosong di atasnya.

*******

Tia membuka pintu bilik. Lesu dan terasa sedikit penat. Mungkin inilah kot, simpton - simpton yang biasanya dialami oleh ibu mengandung. Dia ada urusan dengan Amni selepas habis waktu pejabat tadi.

Menemani Amni untuk pergi membuat rawatan wajah di Spa. Dah lama katanya tak manjakan diri.

Tia mengikut sahaja. Dari hanya sekadar ingin menemani, last - last dengan dia - dia terpalit buat rawatan wajah. Boleh dikira dengan jari sepanjang dia bergelar seorang isteri hanya beberapa kali sahaja dia pergi ke Spa untuk membuat rawatan wajah.

Dia menghampiri ke arah katil. Ada satu beg kertas yang diletakkan di atas katil tersebut.

Tia cuba melihat isi dalam. Berwarna merah hati. Tia angkat dan ingin melihat baju apakah itu.

"Dresss..."

Ralit dia tenung dress cantik yang dia pegang dengan tangannya itu.

"Sayang dah balik???

Tia tersentak. Dia berpaling ke arah suami yang baru keluar dari bilik walk-in wardrobenya. Tia letak semula dress itu ke atas katil.

"Dress ni untuk sayang pakai masa dinner hari Sabtu nanti. Cantik tak? Cuba pakai, abang nak tengok," terang Hud.

"Dah basuh ke ni?" Tia menyoal kerana dia cukup geli nak pakai pakaian yang baru dibeli tanpa dibasuh terlebih dahulu.

"Dah sayang. Abang minta butik tu bersihkan dulu dress ni sebelum dihantar ke pejabat."

"Dia basuh macammana?"

"Sayang ni banyak betul soalan. Taulah pekerja butik tu untuk membersihkan dress ni dengan cara yang macam mana. Tak payah taulah. Tugas sayang nanti pakai je dress ni. Mesti cantikkan."

"Abang ni macam nak pamerkan isteri pulak. Berdosa tau." Tia menegur.

"Bukan nak pamerkan tapi abang nak sayang cantik - cantik pada malam dinner tu nanti. Biar Tania takde nak kacau - kacau abang lagi," terang Hud.

"Emmm, yelah. Tia angkat dress yang dia letak di atas katil sebentar tadi dan membawanya ke walk-in wardrobe.

Hud menunggu dengan sabar. Kurang lima belas minit, Tia keluar.

Mata Hud membulat besar. Padan betul baju ni dengan isterinya.

"Cantik... Tersangat cantik. Tak pernah abang tengok sayang pakai baju macam ni. Kena warna merah hati ni dengan kulit sayang yang putih ni." Hud tak habis - habis memuji. Pandangan matanya juga tak lepas dari memandang ke arah isterinya.

"Lama lagi ke nak kena sarung baju ni? Badan Tia dah melekit ni."

Hud hembus nafas. Tulah, tak sudah - sudah dia nak meneroka.

"Pergi salin. Mandi dan solat asar. Lepas maghrib kita keluar makan." Hud memberi arahan.

"Nak keluar??? Bibik tak masak ker?"

"Abang minta Bibik rehat. Cepatlah tukar baju."

Tia angguk dan akur. Dia bergerak perlahan ke arah walk-in wardrobe. Selepas itu keluar dalam keadaan berkemban dari bilik itu.

Hud yang sedang duduk di birai katil sambil melihat handphone, memandang sekilas. Terus air liurnya ditelan berteguk - teguk. Tengok isteri berkemban pun dia boleh tergugat. Entah apa - apalah nafsunya kali ini. Penangan ibu mengandung agaknya. Sejak Tia mengandung, Hud begitu tertarik dengan kulit putih kemerah - merahan isterinya itu. Nampak sangat menggiurkan dan betul - betul mengundang.

"Dah sudah belum scan badan Tia?" Tia menyoal apabila melihat si suami dari tadi memandangnya tidak berkelip - kelip. Entah apa yang ditiliknya pun dia tidak pasti. Dia pula yang seram sejuk.

Hud hembus nafas. "Cepat mandi." Asar dah nak habis waktu."

Hud angkat kaki dan turun ke bawah. Tekaknya haus. Mahu mencari air. Di dapur, kelihatan bibiknya sedang mengelap table top.

"Tuan nak apa? Saya boleh sediakan."

"Takpe Bik Indah, saya nak minum air je. Kejap lagi saya dan Tia nak keluar. Bik Indah ada apa - apa mau pesan?" Hud menyoal.

"Tak mengapa Tuan. Saya takde apa - apa yang hendak dipesan. Semua cukup." Bibik Indah membalas. Baru empat hari dia menjadi orang gaji di dalam rumah ini.

"Okaylah kalau macamtu." Hud membalas datar seraya membawa gelas berisi air kosong ke ruang tamu.

*******

MAJLIS DINNER DI HOTEL ALAMANDA...

"Cantiknya sayang. Risau pula abang sekarangni. Takut ada sesiapa yang akan terpikat dengan sayang nanti."

"Apa yang abang merepek ni? Tia ni mak buyung tau, takde sapa pun nak pandang."

Hud hanya tersenyum...

"Dahlah, abang gurau je. Jom kita masuk." Hud pegang erat tangan isterinya.

Mereka beriringan masuk ke ballroom. Dari luar sudah terdengar muzik - muzik santai yang menenangkan halwa telinga.

"Tuan sila duduk sini." Pelayan menunjukkan ke arah satu meja VIP.

Tia dan Hud melangkah ke arah meja yang ditunjukkan itu. Sudah tercatat namanya pada kad kecil di atas meja.

Tia pandang sekeliling. Majlis belum dimulakan dan masih menunggu jemputan.

Pandangan Tia terarah pada meja di sebelahnya.

"Norzie..." Mulutnya terkeluar nama kawan baiknya di kampung itu.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience