"Kinah..."
"Ooo, Kinah..."
"Bunyi macam suara Pak Long." Terbit suara halus dari mulut Tia Zahara. Ketika itu dia baru sahaja mahu memasukkan kuih ke dalam mulut. Memang kacau betul mood dia yang baru nak bersarapan pada pagi itu. Hilang seleranya tiba - tiba.
Langkah dia atur menuju ke bilik. Tudung bawal bercorak bunga - bunga kecil yang tersangkut pada paku di dinding pintu bilik dia capai. Terkocoh - kocoh dia berlari anak menuju ke pintu utama rumah. Ikutkan hati dia mahu memekakkan sahaja telinganya. Tapi bila memikirkan orang tua yang sedang terpekik - pekik di depan rumahnya itu adalah bapa saudaranya, dia gagahkan untuk bersua muka.
Kurang tiga minit, dirinya sudah terpacak di depan pintu. Tunak memandang pada bapa saudara sebelah ayahnya yang sedang duduk di atas motosikal belum di matikan enjinnya itu.
"Pak Long rupanya. Nak jumpa ibu ke? Tapi ibu takde kat rumah hantar adik ke sekolah. Masih belum balik lagi." Penuh tertib dia menjawab. Adab sopan yang diajar ibu dan ayahnya dia gunakan kepada orang tak mengira siapa.
"Bila ibu kamu balik???"
"Tak pasti lagi, biasa lepas hantar adik, ibu terus balik ke rumah, tapi ni mungkin ibu singgah dekat warung Mak Tom atau Pak Seman dulu agaknya." Tia lolos dari pintu. Badannya sedikit mendekat dengan bapa saudaranya itu. Seakan serius pula jika dilihat dari wajah tua itu.
"Kawan pak long ada nak buat kenduri hujung minggu ni, dia nak tempah kuih. Minta tolong pak long carikan orang yang boleh buat kuih tradisional. Daripada pak long bagi dekat orang lain, baik pak long bagi pada ibu kamu." Tahir memulakan hajatnya. Sebenarnya dalam niat baiknya itu, dia ada niat dan agendanya sendiri. Sambil menyelam minum air. Niatnya untuk terus memujuk Sakinah. Liat betul. Dah banyak kali dia mencuba, cakap baik - baik, memujuk, ugutan semuanya tak jalan.
"Berapa banyak yang kawan pak long nak tempah kuih tu?"
"100 biji," Pak Long Tahir membalas dengan tiada nada mesra. Sakit hatinya pada arwah adiknya masih tidak berkurang walaupun arwah adiknya itu sudah lama tiada. Sekarang perasaan itu terjangkit pula pada keluarga adiknya ini. Jika tidak memikirkan tiada siapa lagi yang boleh buat kuih tradisional di kampung itu, takdenya dia menapak ke sini. Kawannya ini juga satu hal, macam tak boleh nak cari sendiri. Hmmm... Eh, dia garu kepala, dalam omelannya, dia seakan tersedar pula. Bukan dia sengaja ke ingin Sakinah yang buatkan. Sebenarnya masih ada orang lain yang biasa ambil tempahan buat kuih di kampungnya ini, bukan hanya adik iparnya sahaja yang pandai. Tapi... Tapi dan tapi... Dia garu kepala lagi. Cuba mencari pelbagai alasan.
Tia kerut kening, pelik pula dengan tingkah pak longnya ini yang seakan memikirkan sesuatu. Resah dan gelisah. "Nanti Tia bincang dulu dengan ibu." Tia Zahara membalas lembut.
"Pak long balik dulu. Petang nanti pak long datang lagi." Dia membetulkan topi keledar yang sedikit senget di kepala.
"Errr, yer - yer. Nanti Tia bagitau ibu." Ulangnya lagi.
Nyaring bunyi ekzos motosikal Yamaha 125 menderum meninggalkan perkarangan rumah Tia. Dia menggelengkan kepala. Tak pernah lagi sepanjang dia dalam proses membesar, bapa saudaranya ini melayan dirinya dan keluarga dengan baik. Tak tau apa salah mereka. Datang menjengah ke sini pun jika ada kepentingan.
Hujan semakin mereda hanya turun renyai - renyai halus yang membasahi lantai bumi. Matahari juga mula menampakkan cahayanya.
Dari jauh dia sudah terdengar bunyi motosikal ibunya. Motosikal Honda cabuk peninggalan arwah ayahnya itulah yang banyak berjasa buat mereka sekeluarga. Tetapi dirinya tetap bersyukur kerana masih ada tempat berteduh.
"Mak Tom dan Pak Seman call ibu tanya kenapa tak hantar kuih harini tapi Tia dah jawab kita tak hantar." Tia memaklumkan sejurus ibunya sudah masuk ke dalam rumah. Ibunya tertinggal handphone pula.
"Yer, tadi pun ibu sempat singgah kedai Mak Tom dan Pak Seman kamu, dah maklum pada diaorang yang kita tak hantar kuih harini. Esok je kita hantar." Sakinah membalas cakap anak daranya. Dia mengibas - ngibas hujung seluarnya yang basah akibat terkena percikan air hujan.
"Ibu, tadi pak long datang dia maklumkan kawan pak long nak order kuih untuk kenduri hujung minggu ni. Nanti petang dia datang lagi nak jumpa ibu." Sebelum dia terlupa terus sahaja dia memaklumkan hajat pak longnya sebentar tadi pada sang ibu.
"Pak Long kamu tak kerja ke harini?" Sakinah menyoal dengan kening bertaut.
"Entahlah bu. Pak long masih kerja di rumah orang kaya tu lagi ke?"
"Masih lagi. Kerja apa yang dia boleh buat. Sejak arwah ayah kamu masih adakan dia dah kerja dekat rumah orang kaya tu." Sakinah menjawab sekali jalan masuk ke dalam rumah.
Tia diam mendengar dan mengangguk, dia juga mengikut langkah ibunya masuk ke dalam rumah.
*******
"Kau takde plan nak sambung belajar ke Tia?"
"Ada Zie, tapi kau taukan family aku macam mana. Family aku bukannya berduit macam family kau. Aku kesiankan ibu aku. Sejak ayah aku takde, ibu akulah yang ambil alih tugas jadi ketua keluarga. Aku tak nak bebankan ibu aku lagi. Cukuplah ibu aku dah tanggung aku belajar sehingga SPM. Sekarangni aku hanya mahu fokus pada adik aku. Aku tak nak dia terima nasib macam aku." Tia Zahara membalas. Redup wajahnya dan kendur sahaja suaranya. Dia cukup faham akan kemampuan ibunya. Siapa yang taknak sambung belajar sampai ke universiti. Dia pun ada angan - angan ke arah itu. Tapi apakan daya. Hidup mereka sekeluarga hanya cukup - cukup makan walaupun masih belum sampai ke tahap berkais.
"Tapi sayang Tia, result SPM kau sangat baik. Bahkan lagi baik daripada aku. Takpun kau ambil Tingkatan enam macam aku. Nak tak?" Norzie memberi cadangan.
"Takpelah Zie. Aku lepaskan adik aku dulu. Taufiq masih jauh lagi perjalanan hidup dia. Aku sekarang hanya mengharapkan dia untuk ubah nasib keluarga kitaorang," tukas Tia. Kakinya mengais - ngais rumput yang merimbun di depan kakinya. Pandangannya jauh ke depan memandang pada pokok - pokok padi yang sudah mula menguning itu.
Sengaja dia mengajak Norzie untuk duduk melepak di pondok tepi bendang yang betul -betul mengadap jalan kampung. Memang di situlah mereka selalu bertemu jika hari minggu. Norzie kawan rapatnya yang selalu ada jika dia susah dan senang. Kepada Norzie jugalah yang selalu dia berkongsi kisah suka - duka hidupnya.
Tia melayan perasaan sendiri, padi yang hampir menguning terhampar bagai karpet kelihatan begitu cantik di pandangan matanya. Sungguh, pemandangam itu buat dirinya cukup terpesona. Tak putus - putus dalam hati dia memuji kebesaran Allah SWT yang tiada tandingannya itu.
Tia berpaling, Norzie begitu ralit dengan handphonenya. Ni jika ada apa - apa yang berlaku di depan mata, mesti tak perasan. Fokus sangat. Tia bermonolog. "Kau ni dari tadi mengadap handpone, aku ni macam duk bercakap sorang - sorang pulak dekat sini." Tia mengomel. Mulutnya sedikit mencemik. Sengaja dia mahu mengusik Norzie. Taulah tengah berbalas mesej dengan pakwe, tapi kawan di sebelah janganlah lupa. Dia ajak keluar adalah untuk temannya berborak.
"Yela - yela, aku minta maaf. Okay - okay jom kita sambung sembang." Handpone dia letak ke tepi. Kembali fokus pada kawannya itu. Sepatutnya Tia beruntung dikurniakan dengan wajah yang cantik. Mana taknya semasa zaman sekolah dia salah seorang yang hot juga. Berbeza dengan dirinya yang Berkulit sedikit sawo matang, walaupun macam tu, tapi manisnya tetap ada. Pujinya... Hmmm, nasiblah ada juga yang sudi nak jadikan dia makwe. Kira laku jugalahkan. Biasalah apabila sudah dimomokkan jika kulit cerah je mesti cantik. Tapi Tia Zahara kawannya ini memang betul - betul seorang yang cantik, kelebihan kurniaan dari Allah SWT buat diri seorang Tia Zahara. Dia yang perempuan ni pun turut akuinya.
"Kau ada dengar dekat mana - mana tempat tak yang nak pakai pekerja. Aku nak cari kerjalah. Sekurang - kurangnya dapatlah juga meringankan beban ibu aku. Tak kisahlah kerja apa, janji halal." Tia mengusulkan pertanyaan. Sudah lama dia fikirkan. Kalu ikutkan ibunya, hanya nak dia terperap sahaja dekat rumah. Bantu ibunya buat kuih dan buat kerja dekat kebun tapi itu berapa sangat yang dapat.
"Kau nak cari kerja ke?
"Iyer Zie. Sampai bila nak harapkan ibu aku sorang - sorang buat kerja cari duit. Aku ni macam anak tak guna je kan. Lagipun aku dah besar panjang. Sudah boleh bekerja." Balasnya lagi.
"Ibu kau sebenarnya tak nak menyusahkan kau Tia. Semangat dia kuat. Kuat untuk besarkan anak - anak dia. Tapi kalau kau nak cari kerja, kerja apa yang kau boleh buat?" Norzie pandang sejenak wajah kawannya.
"Tak kisah Zie, kerja kupas kulit bawang, basuh pinggan atau apa - apa jelah aku boleh, janji halal.
"Apa sangatlah kerja yang ada di kampung ni. Melainkan kau cari dekat pekan. Sana macam - macam kerja kau boleh cari. Tapi tulah, nak ke mak kau lepaskan. Kau taulah, kalau ke pekan tu dengan jarak ke sini boleh tahan jauh juga. Takkan kau nak berulang hari - hari kalau kau dapat kerja kat sana nanti."
Tia telan liur. Hmmm, itulah salah satu cabarannya. Nak kena mengadap 'mem' besar dekat rumah tu pun macam sulit je. Seakan sudah dapat mengagak akan jawapan yang bakal dia terima nanti. Hal jarak tu mungkin dia boleh cari bilik sewa. Hmmm, lagilah berat ibunya nak lepaskan.
*******
Sakinah menutup tingkap kayu biliknya. Sudah hampir sejam dia berteleku seorang diri di situ. Anak - anaknya mungkin sedang menonton TV selepas selesai makan malam sebentar tadi, dia pula selepas selesai sahaja makan malam terus masuk ke bilik.
Sudah dia minta Tia untuk memantau kerja sekolah anak bongsunya itu.
Langkah dia hala ke arah katil. Dia henyakkan punggungnya di situ.
Satu bekas rotan berbentuk petak segi empat sama dia keluarkan dari bawah katil.
Sekeping gambar arwah suami dicapai. Dia senyum sendiri melihat gambar arwah suaminya yang sedang duduk di tangga rumahnya. Ketika gambar ini diambil, Tia masih di dalam kandungannya lagi. Gambar yang diambil masih lagi menggunakan kamera kodak. Bukan seperti sekarang yang semua gambar boleh dirakam dengan menggunakan handphone. Begitu cepat masa berlalu. Masa yang dibawa bersama arus zaman.
Begitu dia merindui zaman ketika dulu - dulu, ketika arwah suaminya masih ada.
Sangat dia tak menjangka yang dua beradik melamarnya pada tahun dan bulan yang sama cuma berbeza minggu. Tapi pilihan hatinya cuma berpihak kepada Tajuddin, lelaki yang tidak pernah berputus asa merebut hatinya. Lelaki itulah juga ayah kepada anak - anaknya. Tapi yang telah berlalu tetap menjadi kenangan terindah. Kenangan itu tak akan pernah terkubur sampai bila - bila, sebab tu sehingga saat ini, dia tidak terbuka hati untuk mencari pengganti. Tidak sanggup untuk mengantikan tempat arwah suaminya dengan orang lain. Bukan tiada yang menanya. Ada, tetapi hatinya... Hatinya tetap kepada Tajuddin.
"Ibu..."
Dalam ralitnya dia berpaling ke arah suara yang datangnya dari muka pintu bilik. Gambar yang dipegangnya dia letak semula ke dalam bekasnya.
Sakinah senyum. Anak daranya datang semakin mendekat.
"Tiaaa... Adik dah siap kerja sekolah?" Sakinah menyoal.
"Dah bu. Adik dah masuk bilik. Nak tidur awal katanya." Tia membalas.
Sakinah angguk. Matanya melihat jam pada handphone. Patutlah, dah pukul 10.00 malam. Dia berdesis.
"Kenapa kamu tak masuk tidur lagi?" Sakinah menyoal Tia.
"Tia nak masuk tidur tapi tengok bilik ibu masih lagi cerah."
"Ibu belum mengantuk..."
"Kenapa sejak akhir - akhir ni Tia nampak ibu banyak menung? Ibu ada masalah? Kalau ada masalah ibu boleh kongsi dengan Tia." Tia ambil tempat di sebelah ibunya.
"Tia pergi masuk tidur. Dah malam. Ibu nak bersendirian." Peha anaknya dia tepuk.
"Tia tau ibu ada masalah. Tolonglah kongsi dengan Tia bu. Tia dah cukup dewasa. Apa gunanya Tia jadi anak ibu kalau semua beban, semua masalah, ibu nak kena tanggung sorang - sorang." Tia masih tidak berganjak. Tangan kanan ibunya dia gengam.
"Takpe, Tia pergi masuk tidur. Takde masalah berat pun. Mungkin ibu penat sampai terbawa - bawa."
"Baik bu tapi ibu jangan tidur lambat. Kalau ibu rasa dah bersedia nak cerita pape pada Tia, Tia bersedia nak mendengar."
Sakinah hanya senyum tawar dan tidak membalas kata - kata anaknya. Dia menghantar anaknya keluar dari biliknya dengan pandangan kosong.
Keluhan lelah terlepas dari bibirnya.
"Ibu tak tau macam mana nak mulakan untuk bagitau hajat pak long pada Tia. Ibu risau jika hal ini akan mengganggu emosi Tia. Bukan ibu sengaja nak mendiamkan diri. Maafkan ibu Tia. Tapi Tia jangan risau, selagi ibu boleh elak, ibu akan elak dari melayan kemahuan pak long." Suaranya itu hanya terbit secara perlahan.
Sakinah meletak semula kotak yang banyak menyimpan kenangan bersama arwah suaminya itu ke bawah katil dan dia menarik satu bantal.Kepala yang terasa sarat itu dia rebahkan di atas bantal.
Selang beberapa minit, matanya tertutup rapat dan segala masalah yang membelenggu dirinya saat itu hilang bersama lenanya.
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel