BAB 14

Romance Series 13768

Errr, persahabatan menjadi keluarga??? Apa maksud daddy??? Nia tak faham..." Tania buat - buat tanya padahal dalam hatinya sudah faham akan niat sebenar maksud daddynya itu.

"Kami dah sepakat nak jodohkan Nia dengan Razif," ujar Syarifah Husna bersama perasaan terujanya.

"Nia tak setuju. Nia dah ada pilihan hati Nia sendiri. Tolong jangan paksa Nia berkaitan hal jodoh. Lagipun mommy dan daddy taukan dengan siapa Nia sedang berkawan sekarangni." Dia tahan perasaan tidak puas hatinya. Hmmm, ingat zaman dulu - dulu ker, pakat - pakat menjodohkan anak.

"Mommy dengan daddy tau. Tapi suka atau tak suka Nia kena terima. Cukup - cukuplah kejar laki orang tu Nia. Lupakan dia. Yang ada depan mata ni lagi baik dari laki orang tu," nasihat Datin Sofia seraya memandang ke arah Syarifah Husna.

Syarifah Husna hanya mengangguk.

Tania menghela nafas. Wajahnya berubah mencuka. "Nia nak naik atas, nak masuk bilik." Tanpa mengendahkan orang - orang disekelilingnya dia mengatur langkah ke arah tangga. Terus berlari anak menuju ke biliknya. Malas dia mahu duduk bersama dengan mereka.

Bangggg...

Masing - masing tersentak dan memandang ke bahagian atas apabila mendengar bunyi bising dari pintu yang dihempas kuat itu.

"Takpe, jangan risau. Taulah nanti saya pujuk dia." Maklum Datin Sofia. Segan dia pada tetamunya dengan tingkah Tania.

*******

"Sampai bila kita nak macamni?"

"Macamni? Kenapa tiba - tiba tanya soalan macam ni sayang?"

Dahi Hud berkerut. Pelik dengan soalan tiba - tiba yang menerjah kotak pendengarannya.

"Yela, sampai bila you nak i jadikan perempuan stok geli - geli you?" Tania melepas nafas geramnya.

"I tak faham..."

"You tak faham atau buat - buat tak faham?" Tania makin geram dengan sikap acuh tak acuh Hud. Kata belajar tinggi, sampai keluar negara tapi otak boleh benak sebegitu rupa.

"Sabar sayang... Yang you tiba - tiba nak melenting ni kenapa?"

"I nak tak tanya you, bila you nak halalkan i atau you sebenarnya dah jatuh hati pada bini kampung you tu." Nafasnya turun naik. Soalan dari Hud tidak dijawabnya.

Hud menarik nafas. Cuba untuk berfikir dan mencari alasan dengan betul.

"Sayang, you kena bagi i masa. You taukan i dengan perempuan tu baru jer sebulan berkahwin. I tengah cari jalan, macam mana nak keluar dari rumah parent i. Kalau dah keluar dari rumah tu, taulah i cari jalan macam mana i nak buat supaya perempuan tu minta cerai dengan i. Lepas tu, baru kita boleh kahwin. I nak you support i. You taukan i tak boleh hidup tanpa you." Terang Hud panjang lebar. Dia tatap wajah Tania bagi menyatakan kesungguhannya.

Tania berpeluk tubuh.

"Lepas tu you angkutlah sekali perempuan kampung tu..." Nada cemburu kedengaran.

"Mestilah sayang, kalau i tinggal asing nanti lagi teruk tanggapan negatif parent i. Lagi dia susah nak lepas i pindah."

"Kalau dah duduk serumah berdua mestilah lain jadinya. You taukan dalam berdua mesti akan ada jadi yang ketiga. Lama - lama nanti i takut you akan terjatuh cinta pada dia." Mulut muncung Tania makin ketara.

"You cemburu???"

"Mestilah i cemburu. You kekasih i. Yang di rumah tu isteri you. Pangkat dia lagi tinggi dari i. You kena faham pasal tu. I dah rasa tergugat tau. I tau kesungguhan you tu. Tapi you kena ingat i ni perempuan. Makin lama maki menua. Dan satu lagi i nak cakap kat you. Penting yer. Mommy dan daddy i dah sepakat nak jodohkan i dengan anak kawan dia. Kalau you rasa, you masih sayangkan i dan nak jadikan i isteri you, cepatlah you buat keputusan atau you akan kehilangan i." Tania bangun dari tempat duduknya dan berlalu keluar dari cafe makanan barat itu. Tanpa berpaling lagi pada Hud. Hatinya cukup terguris dengan ketidaksungguhan Hud dalam mempertahankan dirinya. Sekarangni dia dah malas nak fikir. Kalau ada jodoh adalah...

Hud terpempam... Tak sangka dengan kata - kata yang tidak dia jangka terkeluar dari mulut Tania. Tak sanggup dia kehilangan kekasih hatinya itu.

"Sayang tunggu..." Panggilnya apabila melihat Tania sudah semakin menjauh. Usai membuat pembayaran, dia berlari mengejar Tania.

Tania berjalan laju dan semakin jauh meninggalkan Hud.

VROOOMMM...

"Arggghhh..." kedua tangannya meraup kepala yang sedikit serabut itu.

Kereta Tania sudah berdesup laju meninggalkan dirinya. Sebab tu tadi Tania beria - ria nak datang asing walaupun berulang kali Hud mohon ingin menjemput.

*******

Enjin kereta dia matikan. Beberapa kali dia menepuk kuat stereng kereta. Nak masuk ke dalam rumah pun dah tiada mood. Sementelah lagi ingin mengadap perempuan kampung tu. Sejak perempuan ni muncul dalam hidupnya, banyak kali juga dia dan Tania bergaduh. Semuanya sebab Tia Zahara.

"Hud mari sini makan. Tia ada masakkan roti jala dengan kuah kari ni. Rugi tak cuba. Sedap ni." Datin Malika mengajak anaknya setelah wajah sugul anak lelakinya itu muncul di depannya.

"Mommy makanlah. Hud takde selera." Balas Hud sekadarnya. Sesaat pandangannya bertembung dengan Tia yang baru datang ke arah meja makan sambil memegang satu mangkuk.

Sebal rasa dalam hati Hud.

"Kenapa takde selera? Demam ke? Marilah rasa. Rugi tau. Pandai Tia masak." Tak habis - habis lagi Datin Malika memuji menantunya sambil memancing Hud supaya bersama mereka.

"Tak mommy. Hud nak naik bilik. Nak rehat." Hud melangkah longlai menuju ke tingkat atas. Penat otaknya memikirkan kata - kata Tania sebentar tadi. Apa akan jadi pada dirinya jika Tania berkahwin dengan orang lain. Dia boleh jadi sasau.

Makan malam berlangsung seperti biasa. Masing - masing fokus dengan hidangan masing - masing.

"Sedap tak kari ikan tenggiri ni? Tia yang masak tu." Datin Malika menyoal sambil memandang pada Dato' Huzairi dengan tersenyum. Suka betul dia tengok anaknya itu makan dengan berselera.

Tia di sebelah Hud menunduk malu. Tidak berani mahu mengangkat muka. Dahlah tadi dia dah kena marah oleh Hud. Tanpa salah apa - apa dia ditengking sebegitu rupa. Hampir nak gugur jantungnya.

Hukkk... Hukkk... Hukkk... Terbatuk - batuk Hud yang ingin menyuap nasi ke dalam mulut. Dahlah bertambah dua pinggan. Entah dari mana sakanya tiba - tiba muncul. Biasanya jarang dia makan sampai menghabiskan dua pinggan nasi. Nasi yang sudah tinggal suku di dalam pinggan ditolaknya ke depan. Hilang terus seleranya. Bukan hilang selera dalam erti kata yang sebenar - benarnya tetapi lebih kepada mahu menjaga egonya. Dia akui, kari ikan Tia memang sedap.

"Aik... Dah siap ke, lagi sikit tak habis tu." Dato' Huzairi menegur sambil menggeleng - gelengkan kepala.

"Hud dah kenyang," balas Hud berura - ura mahu mengangkat punggung.

"Duduk dulu Hud. Daddy nak cakap sikit." Pinta Dato' Huzairi.

Hud melabuhkan punggungnya kembali.

"Esok masuk pejabat. Tempoh Sebulan dah tamat. Jangan bagi alasan lagi." Kuasa vetonya sudah kedengaran.

Dahi Hud berkerut. Memang betul dia minta tempoh sebulan sebelum masuk pejabat selepas dia berkahwin dulu.

"Hud belum bersedia lagi daddy."

"Sampai bila daddy nak kena tunggu untuk kamu bersedia tu? Nak tunggu daddy masuk kubur dulu ke?."

"Abang... Jangan cakap macam tu. Tak elok." Datin Malika menegur. Tak suka benar apabila mendengar suaminya bercakap perkara yang bukan - bukan seperti itu.

Hud terdiam sejenak. Dia telan liurnya. Terasa kesat melalui ruang tenggoroknya.


"Emmm, baiklah. Tapi Hud ada satu permintaan. Hud nak berdikari. Hud nak pindah." Terasa gerun untuk menuturkannya tapi dia perlu maklumkan juga.

"Hmmm... Baiklah. Kamu berdua boleh tinggal di rumah singgah kita tu sebelum daddy carikan rumah baru yang lain."

Hati Hud berbunga - bunga. Satu misinya telah tercapai. Hud tersenyum penuh makna.

"Terima kasih daddy. Faham akan kehendak Hud."

Di dalam bilik Hud...

Dari sofa di mana tempat Tia berehat dan juga tidur, dia memerhati tingkah suaminya yang sedang bersiap - siap. Nampak happy. Mungkin mahu keluar untuk jumpa buah hati.

Tia atur kata sebaik mungkin, risau jika tutur katanya membuatkan mood suaminya itu ke laut.

"Betul ke kita nak pindah? Encik Hud tak bincang dengan saya pun." Gugup tapi dia perlu juga bertanya. Dia merasakan hak dan statusnya sebagai isteri seakan tidak berguna.

Siulan riang dari bibir lelaki itu lenyap secara tiba - tiba. Rahangnya bergerak.

"Kau siapa yang aku kena bincang dulu dengan kau?" Mencerlung matanya memandang pada Tia. Berangin seluruh badannya secara tiba - tiba apabila disoal seperti itu.

"Errr, saya ni masih isteri Encik Hud. Walaupun Encik Hud tak iktiraf saya sebagai isteri sekalipun, saya tetap isteri yang sah dari segi hukum. Encik Hud kena akuinya." Berteguk - teguk air liurnya melalui kerongkong. Gugup, gementar dan risau semuanya menyatu.

"Arggghhh..." Wajahnya terdongak ke atas apabila dagunya di cengkam kuat secara tiba - tiba. Rasa perit dan pedih pada pipinya semakin terasa.

"Kau dengar sini perempuan kampung, aku bertahan dengan status bodoh ni pun sebab daddy dan mommy aku. Kau jangan ingat aku happy atau aku suka dengan semua ni. Aku geli dan meluat tengok muka kau. Aku nak cepat - cepat pindah dari sini supaya aku tak payah tengok lagi muka kau satu bilik dengan aku. Aku muaklah dengan semua ni." Suara kuat Hud yang separa menjerit itu memenuhi seluruh ruang dalam bilik itu. Tapi hatinya belum puas. Ikutkan hati mahu ditamparnya perempuan yang bermulut celupar ini.

"Errrr, sa... Sa... Sakit Encik Hud. Tolong lepaskan saya." Tia merayu. Air matanya bergenang menahan sakit. Tapi sakit di hati dengan penghinaan itu lagi perit dari sakitnya perbuatan Hud padanya.

"Ni peringatan untuk kau. Aku tak suka kau persoalkan apa juga keputusan aku. Kau ingat ni sampai bila - bila. Sampai mati hidup semula pun aku tak akan anggap kau isteri aku."

Terteleng ke belakang kepala Tia apabila ditonyoh kuat pada dahinya. Dia hanya memandang dengan lirikan matanya melihat Hud berlalu keluar dari bilik itu. Hatinya tersangat sebal. Dadanya turun naik dalam menahan pelbagai rasa di hatinya.

"Astaghfirullahalazim..." Dia beristighfar seraya mengurut perlahan dadanya. Tinggal serumah dengan orang tua pun lelaki itu boleh bersikap kasar apatah lagi jika mereka tinggal berasingan. Hmmm... Bertabah lah Tia. Hadap sahajalah.

*******

Tia mengemas apa yang patut. Semuanya sudah siap dimasukkan ke dalam beg pakaiannya.

"Cepat turun. Aku tak suka tunggu. Terhegeh - hegeh. Kau ingat kau puteri raja." Marah Hud apabila Tia masih lagi di anak tangga tengah sedangkan dia sudah sampai ke anak tangga paling bawah.

"Jaga Tia baik - baik. Isteri ni amanah pada Hud. Jangan sia - siakan hidup dia." Sempat Dato' Huzairi memberi pesanan. Risau juga dalam hatinya pada Hud. Risau jika Hud tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya pada menantunya itu.

"Jangan risau, taulah Hud jaga isteri Hud." Dia mencium tangan daddynya sebelum beralih pada mommynya pula.

"Hujung minggu datang sini yer. Bawa Tia." Giliran mommynya pula memberi pesanan penaja.

Usai bersalam, mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

Tia diam tidak bercakap. Pandangannya hanya tertumpu pada luar tingkap. Hatinya dari semalam rasa berdebar lain macam. Mungkin sebab ini kali pertama yang dia akan duduk serumah berdua dengan lelaki itu.

Lebih kurang setengah jam perjalanan, kereta memasuki pagar dan membelok ke arah sebuah rumah banglo dua tingkap sederhana besar. Nilah rumah singgah seperti yang diperkatakan oleh bapa mentuanya itu. Laman bersih terjaga rapi. Yang paling dia suka ada jiran di kiri dan kanan rumah itu. Tidaklah terasa seriau jika rumah ini dekat dengan kejiranan.

"Yang kau termenung tu kenapa? Nak duduk dalam kereta tu sampai tahun depan ke?..."

Suara garau Hud menerjah ke gegendang telinganya. Tak sedar yang kereta itu sudah berhenti. Tia keluar dari kereta dan mengambil beg pakaian di bonet.

Tia mengekor langkah Hud masuk ke dalam rumah. Mata Tia memerhati ke segenap ruang dalam rumah itu. Bersih dan teratur susun atur perabotnya. Dia ekori lagi langkah Hud sampai ke tingkat atas. Dari pengamatannya, rumah ini ada lima bilik. Satu di bahagian bawah. Mungkin bilik pembantu rumah dan empat di tingkat atas.

"Ni bilik aku. Bilik kau, pilihlah bilik yang mana - mana kau suka. Dalam rumah ni, kau bebas buat apa yang kau suka yang penting kau tak ganggu hidup aku. Dan aku tak akan halang apa jua aktiviti yang kau nak buat. Kau uruslah hidup kau sendiri dan aku dengan hal aku. Paling penting kau jangan campur semua urusan hidup aku. Hal aku dengan Tania dan apa - apa jer. Nama baik keluarga ni terletak di tangan kau. Jangan kau cemar." Panjang lebar amanat yang diberikan kepada Tia. Kalau tak faham lagi tu tak taulah.

"Emmm, okay. Saya ambil bilik bawah." Tanpa menunggu jawapan balas, laju kakinya melangkah turun ke tingkat bawah.

"Tu bilik bibik. Orang bagi bilik selesa, nak juga bilik bawah tu. Emmm, dasar... Sesuailah dengan taraf kau."

Tia hanya membalas dengan senyum tawar. Lantaklah kau nak cakap apapun. Selagi kau masih mampu. Aku tak kisah sikit pun...

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience