Tubuh Tia yang terkulai masih dalam dakapan Hud. Dengan dia - dia terjatuh ke lantai kerana gagal mengawal imbangan badan.
"Hmmm, dah mati ke?" Lancang betul mulut seorang Hud Husaini.
Dia lepaskan kepala Tia ke lantai. Tak ada pula rasa belas kasihan untuk mengangkat Tia ke bilik.
Wajah yang bertukar pucat itu dia pandang sekilas lalu sebelum dia angkat kaki meninggalkan tempat itu.
Kunci kereta dia capai sebelum keluar dari rumah. Selang beberapa minit, bunyi enjin kereta menderum laju meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.
Tia tersedar...
Dia masih terbaring di atas lantai. Anggaran hampir dua jam dia di situ sebab selepas dia tersedar, dia melihat pada jam di handphone miliknya yang jatuh terperosok di tepi sofa. Kepalanya terasa miong - miong. Tia tepuk kepalanya beberapa kali. Bagi membetulkan sarafnya otaknya.
Tia gagahkan diri untuk bangun. Di handphone ada beberapa misscall dan notification WhatsApp yang belum sempat dia baca.
Usai mandi dan menunaikan solat Isyak, dia qadakan sekali solat maghrib yang terlepas. Dia bukan sengaja. Dia sendiri pun tak sedar yang dia boleh terbaring di atas lantai. Serasanya tadi dia bersama dengan suaminya. Masih terasa kesan jerutan di leher akibat ulah suaminya yang menarik tudungnya dari belakang.
Selepas kain telekung dia kemaskan, dia mengambil tempat di atas katil. Melihat handphone.
Ada tujuh misscall, tiga dari ibunya dan empat dari Amni, kawannya.
Dia dail kembali nombor ibunya. Paling - paling utama adalah ibu. Kawan boleh letak nombor dua.
....."W'salam, ye bu." Tia menjawab salam apabila panggilan disambut.
....."Kamu okay ke? Ibu call tak angkat"
....."Tia okay bu. Maaf bu, Tia tersilent handphone tadi. Tak perasan ibu call sebab handphone dalam bag. Ibu dengan adik okay?" Bohongnya. Tidak mahu ibunya risau.
....."Alhamdulillah, kami semua okay. Ibu rasa tak sedap hati, tu yang terus call kamu. Betul ni kamu okay?"
Tia hembus nafas. Instinct seorang ibu. Memang tak pernah salah. Desis Tia. Maafkan Tia bu. Tia sakit. Tia tak larat. Tia sedih. Semua itu hanya terluah di dalan hatinya. Di tak mampu untuk luahkan.
....."Tiaaa..."
....."Errr, maaf bu. Ada nyamuk pulak mengganggu. Tia kat sini okay je bu. Tia happy dengan suami Tia. Tia happy dengan pelajaran Tia. Ibu jangan risau ye," ucapnya lirih.
....."Emmm, baguslah. Lega ibu dengar. Kamu jaga diri baik - baik. Ni dah makan ke belum?"
....."InshaAllah bu. Tia dah makan dah lepas balik dari kolej tadi." Bohong lagi. Terasa berdosa tapi dia terpaksa.
....."Okaylah, senang hati ibu dengar. Ibu letak dulu ye, nak sambung menjahit. Jaga diri kamu. Assalamualaikum."
....."Baik bu. Waalaikumsalam."
Huhhhhh... Dia hembus nafas lagi tapi lebih kepada mengeluh. Mengeluh akan nasib dirinya yang sampai bila akan begini.
Selepas itu dia call kawannya pula. Nanti marah pula makcik yang sorang ni.
....."Kau pergi mana ni, aku call tak angkat. Kau tak tau ke aku risau."
....."Maaflah, aku tertidur tadi. Kepala peninglah. Tu yang tak sedar kau call. Jangan marah, nanti cepat tua." Bohong lagi. Tetap juga dia berseloroh.
....."Kau okay tak sekarangni? Lain macam bunyi suara kau."
....."Errr, aaku okay. Okay sangat. Kan aku cakap aku baru bangun tidur, mestilah suara serak. Kau call aku kenapa ni?" Tia pula menyoal Amni.
....."Saja nak call kau. Katanya pengganti Puan Halena dan ada. Kau ada dengar desas - desus ke?"
....."Emmm, takde. Kaukan pelapor segala hal kat aku, biasanya apa - apa berita mestilah aku dengar dari mulut kau...Kita tengok jelah esok. Tapi... Pengganti Puan Halena tu lelaki atau perempuan?"
....."Dengar - dengar lelaki. Hensem pulak tu."
....."Hummm, dah keluar dah sifat gedik dia. Adalah tu..."
....."Ala aku gedik pun dengan kau je, mana ada dengan orang lain. Kalau depan orang aku behave."
Bunyi gelak Amni di hujung talian. Dia buat lawak, dia juga yang ketawa. Amni - Amni.
....."Okaylah, kita jumpa esok. Tia, aku teringin nak makan nasi goreng mabeles kau..."
....."Dahhh, jangan ngada - ngada, esok aku bawak nasi goreng kat kolej."
....."Thanks Tia, kau je kan yang faham aku. Ok bye, jumpa esok. Love you."
....."Bye, assalamualaikum. Orang islamkan."
....."Yela sorry. Waalaikumsalam."
Tia geleng kepala sambil tersenyum. Panggilan dimatikan.
Dia angkat punggung menuju ke dapur. Membuka kabinet dan mencari mee segera. Itu sahaja yang dia rasa membuka selera untuk makan ketika ini. Tekaknya juga tidak baik sejak dua tiga hari ni. Nak demam agaknya. Tekak perit, sesekali nak batuk kerana tekak kering, petanda semua tu.
Usai selesai memasak mee segera dia bawa mangkuk ke ruang tamu. Mahu makan sambil tengok Netflix.
Drama Korea menjadi pilihan. Cerita romantik begitu menjadi kesukaannya. Layan sehingga boleh lupa hari dah lewat malam.
Suaminya itu masih belum menampakkan batang hidungnya. Ke mana lagi, pergi berjumpa kekasih hatilah tu. Tia menebak.
Dia langsung tidak ambil peduli, apatah lagi hendak cemburu. Hmmm, minta simpang. Takdenya dia nak cemburu kerana lelaki itu sendiri tidak pernah mengiktirafkannya sebagai isteri.
Walaupun begitu, batas - batas pergaulannya tetap dia jaga. Bukan tiada lelaki di kolej yang cuba mendekati. Malah anak dato' pun ada.
Pelajar di situ kebanyakannya anak dari golongan kenamaan. Mungkin sebab itulah kot daddy daftarkannya di sini. Mahu dia bergaul dan mencari ramai kawan.
Dalam tak sedar, Tia tertidur di Sofa. Siaran TV masih lagi on.
Pukul 1.00 pagi...
Hud yang sudah mengantuk menguap beberapa kali. Dia membuka pintu utama dengan kunci pendua.
Matanya membulat besar apabila lampu di dalam rumah masih lagi terang - benderang. "Isyyy, perempuan ni, tidur tak reti nak tutup lampu. Ingat bill elektrik ni free of charge ke." Hud membebel.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya dikecilkan ke arah sofa.
Kelihatan Tia sedang tidur nyenyak di situ bersama dengkuran halus. Hud geleng kepala.
"Muslimah sangat, tidur pun pakai tudung."
Kaki tidak mahu pergi ke arah sofa tapi kata hatinya memintanya dia pergi ke arah situ.
Dia bawa langkah ke tempat Tia tidur.
Duduk di sebelah wanita itu.
Mata tertancap ke arah TV.
"Hmmm, minah jiwang rupanya." Dia bulatkan lagi matanya apabila melihat lakonan mesra di kaca TV. Siap ada adegan cium - mencium.
"Cerita macam ni kau tengok Tia. Macam mana nak masuk ilmu, tengok cerita - cerita romantik macam ni." Sempat dia membebel seiring tangan mencapai remote TV.
TV dimatikan.
Dia labuhkan punggung di sebelah Tia. Sepanjang mereka berkahwin, tidak pernah dia duduk sebelah menyebelah dengan isterinya itu. Benci tapi entahlah... Mulut mengatakan benci... Hati berbelah bahagi.
"Kesian kaukan. Muda - muda lagi dah terjebak dalam hidup aku."
Tangan gatalnya menyentuh hidung Tia lalu di bawa pula ke bibir.
"Kau ni cantik jugakan."
Dia amati wajah lembut Tia. Kulit wajah mulus putih kemerahan. Hidung comel separa mancung. Kening cantik terletak dan bulu mata pun lentik. Takde yang kurang sebenarnya pada Tia.
Dia sendiri yang tidak mengambil peluang untuk menghayati kecantikan wanita yang halal dengannya itu.
Dia dekatkan wajahnya pada Tia. Hembusan nafas Tia mengenai wajahnya.
Entah apa gilanya dia pada malam tu. Dia sendiri pun tidak faham. Yang dia tahu, dia sebenarnya baru lepas bertengkar dengan Tania.
Selepas dia memaki hamun Tia petang tadi sehingga wanita itu pengsan, dia keluar. Dia ke cafe tempat dia selalu lepak dengan Tania.
Entah macam mana, takdirnya melihat kelaku Tania.
Di balik cermin kaca, dari dalam cafe itu dia nampak Tania berjalan sambil bergelak ketawa dengan seorang lelaki. Yang paling geli, lelaki itu layaknya berpangkat ayah pada Tania.
Paling membuat hatinya kecewa, sebelum kejadian itu, Tania call memaklukan yang dirinya akan berkursus modeling anjuran tempatnya bernaung.
Huhhh, berkursus atau menggedik. Hud tak dapat mengawal amarahnya.
Dang - dang tu juga dia memberi tumbukan padu kepada lelaki yang berdamping dengan Tania ketika itu.
Kata - kata Tania padanya 'You gila' - 'You memang gila' tergiang - ngiang di cuping telinganya.
"Sampai hati you Tania."
Penjelasan Tania mengatakan yang lelaki itu adalah bosnya dan dia berada di kawasan itu kerana urusan kerja sangat tidak masuk akal.
Ingatan dan bayangan pada siang tadi terpadam apabila Tia bergerak. Kepala isterinya secara tiba - tiba terlentok di bahunya.
Hud tergamam...
Seperti terkena kejutan elektrik, dia keras kejung di situ.
"Apa ni?"
"Kenapa dengan aku ni?"
"Cium isteri kau Hud."
Satu suara batin menerjah ke gegendang telinganya. Menghasut...
Hud geleng kepala. Ya Allah, apa ni? Kata - kata terkepung di dalam hatinya.
"Kenapa kau takut? Dia isteri kau. Halal untuk kau. Cium dia Hud..." Suara batinnya menghasut lagi.
Hud terpedaya. Dia rapatkan hidungnya pada wajah Tia. Bibirnya dan bibir Tia hampir bertemu.
Kucupan kilat. Menyelinap satu perasaan yang sukar dia tafsirkan. Dia tolak perlahan - lahan kepala Tia pada bahunya.
Nafasnya turun naik.
Tidakkkk...
Hud angkat punggung.
Dia bergegas masuk ke biliknya.
Dia tidak boleh.
Dia juga tidak mampu.
Dirinya hampir tewas sebentar tadi dek bisikan - bisikan yang mengganggu cuping telinganya.
"Kenapa aku macamni?"
"Isyyy, gilalah..." Hud memaki dirinya di depan cermin. Dia meraup wajahnya berkali - kali.
Bunyi deringan telefon bertalu - talu. Dia abaikan sahaja kerana dia sudah dapat mengagak dari siapa yang membuat panggilan.
"Perempuan jenis apa kau ni Tania? Dalam kau jadi kekasih aku, kau bertunang, lepastu kau cari lagi lelaki lain. Apa yang kau nak sebenarnya ni?" Hud masih lagi di depan cermin. Dia bercakap dengan imbasan wajahnya sendiri.
Bunyi dering masih lagi tak berhenti.
"Untuk apa kau call. Tadi kau dah cakap aku gila masa depan kekasih gelap kau yang kau katakan 'bos' tukan."
Dalam melayan perasaan, dia tertidur. Sudah terbayang di ruang fikirnya sebelum itu yang dia akan ambil Emergency Leave esok. Jiwanya tidak sihat.
*******
Tia meletak barang - barang serta keperluan belajarnya ke dalam kereta. Tidak dia lupa bekal nasi goreng untuk Amni. Nanti bising pula makcik tu.
Dia hidupkan enjin kereta.
Kembali masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang yang tertinggal.
Sebelum masuk ke dalam kereta, matanya memandang ke segenap langit yang luas dan tiada penghujung.
Warna birunya memukau dan menyejukkan hati. Cuaca terang dan elok walaupun masih pagi. Tiada tanda - tanda hari nak hujan.
"Alhamdulillah."
"Subhanallah."
Pandangan melilau ke arah lain. Kereta suaminya masih terparkir di bawah garaj.
"Eh, ada lagi! Tak pergi kerja ke dia harini."
Dahinya berkerut.
"Emmm, biarlah. Kang kalau ditanya, mau sebakul aku dapat makian pagi ni. Tak payahlah nak rosakkan mood yang tengah baik ni." Tia bercakap sendirian.
Langkah dia atur masuk ke dalam kereta.
Berderum kereta volkswagen kuning meninggalkan kawasan rumah banglo dua tingkat itu.
Tanpa Tia sedar mata Hud memandang dari balik langsir biliknya. Awal dia bangun pagi ni, seolah - olah ada roh yang mengejutkan dia untuk bangun bersolat subuh. Urusan wajib yang dah lama dia pandang sambil lewa.
Hud melepas keluh. Dia sentuh bibirnya. Matanya terpejam sejenak.
Peristiwa malam tadi kembali yerlayar di ruang mata.
Ingatan pada kekasihnya Tania hilang sekelip mata yang ada adalah bayangan wajah comel Tia. Bibir lembut wanita itu masih terasa pada bibirnya.
"Kenapa aku macam ni?" Dia orak langkah ke tingkat bawah. Membawa sebakul baju - baju kotornya. Niatnya mahu membasuh baju. Kalau selama ini dia bawa semua baju - bajunya itu ke dobi, tapi hari ini, rajin pula dia nak membasuh menggunakan mesin basuh.
Langkahnya terhenti di depan bilik laundry. Matanya tertumpu pada satu bilik di sebelah kanannya. Bilik yang bertutup rapat.
Dia letak bakul di atas lantai. Kakinya pula bergerak perlahan menuju ke arah bilik itu.
Kini Hud sudah terpacak di depan bilik itu. Tangannya serba salah mahu membuka pintu itu atau tidak.
Dia genggam tangannya kuat - kuat.
Tangan yang sedikit gementar itu sudah berada pada tombol pintu.
Cuba pulas.
Berkunci...
Hmmm, sedikit hampa...
Nafas dihela. Dia kembali ke bakul pakaiannya semula.
Sementara menunggu bajunya siap dibasuh, Hud naik semula ke tingkat atas, mahu mandi. Dia berura - ura untuk berjogging pagi ni. Badannya seperti kekurangan energy.
Urusan ELnya sudah dimaklumkan awal - awal pagi pada PAnya.
Terkejut juga apabila melihat phone pagi tadi, ada sembilan puluh misscall dari Tania. Hmmm, mahu apa lagi? Mahu tegakkan benang yang dah sedia basah ke?.
Dia berlari - lari anak turun ke aras bawah. Menghampiri pintu.
Sudah habis dua pusingan dia berjogging pada pagi itu. Peluh jantan berpusu - pusu keluar di dahinya.
Rasa segar sedikit tubuhnya. Tuala di leher dia dap - dap pada wajahnya.
Hud memilih satu kerusi batu untuk dia duduki.
Sesekali hembusan nafas terhembus pada mulutnya.
Wajah Tia yang sedang tidur di dalam dakapannya malam tadi menari - menari di ruang mata.
Di pejam mata. Ingin mengusir wajah itu. Semakin dia usir, semakin galak pula wajah Tia melambai - lambai. Entah kenapa, sejak terjaga dari pagi tadi, ingatannya hanya itu. Wajah isterinya.
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel